Bab 11

Young Adult Completed 7336

Pagi itu, segar sekali Suhana rasakan. Dia direzekikan Allah peluang untuk mendirikan solat sunat Taubat dan Tahajud pada sepertiga malam tadi. Tambahan, hari ini dia berpeluang membaca Al-Ma'thurat selepas Subuh.

Alangkah manisnya iman dia rasakan!

Memandangkan hari ini hari Sabtu - dan dia tahu Mawar sedang haid - dia tidak mengejutkan anak saudaranya itu daripada tidur. Dia mengerti seminggu pertama persekolahan Mawar amat mencabar.

Jujur, dia berasa sungguh tidak berdaya dan tidak berguna kerana tiada apa yang dapat dia lakukan untuk membantu mengurangkan beban anak saudaranya itu.

Benarkah memang langsung tiada ada yang dapat dia lakukan?

Atau dia sebenarnya yang tak cukup berusaha?

Entahlah.

Tapi, apa yang Suhana pasti dia mampu lakukan sekarang hanyalah memberi perangsang semangat kepada Mawar, menggalakkan dia mempertahankan diri, dan paling penting sekali mengingatkan Mawar supaya menjaga kewajipannya sebagai seorang Muslim.

Setelah puas dia melayan kotak fikiran sendiri, dia segera bangun daripada duduk bersilanya tadi. Telekung yang masih tersarung dia tanggal dan sejadahnya dilipat lalu disangkut ke tempat asal.

Suhana lalu keluar daripada bilik untuk memasak sarapan di dapur. Memandangkan emosinya sedang dalam keadaan baik, dia berniat hendak memasak sarapan yang lebih istimewa sedikit daripada biasa.

"Buat nasi lemak macam sedap juga, kan?" Dia melihat-lihat di dalam kabinet dapurnya kalau-kalau semua bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan tradisional itu ada.

"Alhamdulillah. Lengkap semua!" Suhana bertepuk gembira.

Hampir dua jam lebih lamanya Suhana berhempas-pulas di dapur untuk menyiapkan sarapan pagi itu. Tempoh itu termasuk sekali tugas mengemas dapur, mencuci segala perkakas dapur yang telah dipakai, dan menghidangkan makanan.

Apabila jam menginjak ke pukul 10:30 pagi, barulah dia mula melangkah ke bilik Mawar untuk mengejutkannya dari tidur.

Sebenarnya, Suhana sendiri yang sudah terlalu lapar dan terliur hendak makan. Arakian, dia tidak sanggup hendak makan secara sendirian. Kasihan pula mengenangkan Mawar kena makan sendiri nanti kalau dia makan terlebih dulu.

"Mawar! Dah bangun ke belum?" Pintu bilik itu Suhana ketuk.

Apabila tiada sebarang jawapan yang didengarinya, dia membuka pintu bilik itu. Untung saja ia tidak berkunci, mudahlah buat Suhana hendak masuk ke dalam.

Melihatkan Mawar yang masih nyenyak tidur itu mengingatkan Suhana kepada zaman remajanya dulu. "Anak dara pada usia ni memang liat bangun tidur gamaknya. Termasuk aku sekalilah tu dulu." Suhana ketawa kecil.

Bahu Mawar digoyang-goyangkan sebelum nama gadis remaja itu diseru berulang kali oleh Suhana. "Mawar. Bangun, Mawar. Mak Ngah dah siap masak sarapan ni. Makan sama, jom?" Suhana masih tidak berputus asa.

Mawar masih tidak memberi reaksi.

Atas naluri hatinya, Suhana bertindak meletakkan belakang tapak tangannya ke atas dahi Mawar. Risau mencengkam apabila dia merasakan dahi anak saudaranya itu panas bagaikan demam.

Segera dia berpatah balik ke dapur dan membasahkan tangannya di singki lalu kembali dia kembali semula ke bilik tidur itu. Selepas basmalah ditutur, dia menyapu muka Mawar dengan tangannya yang basah dan menepuk perlahan pipi Mawar.

"Mawar? Mawar demam, ya? Kita pergi klinik, okey?" Akhirnya Mawar bangun dari tidurnya yang tidak tenteram. Apabila wajah Suhana menghiasi jendela penglihatannya, dia terus mendakap tubuh wanita itu ke dalam sebuah pelukan penuh keterdesakan.

"Mawar pembunuh, Mak Ngah! Mawar berdosa besar!" raung Mawar disusuli tangisan yang begitu kuat.

Alhamdulillah, dah selamat sampai bab 11! ಥ⁠‿⁠ಥ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience