Rate

Lelaki paling biadap Bab 4

Humor Completed 61915

Rumor mengenai Farid Husin akan menjadi pengurus Advertising marketing mula tersebar di seluruh Department Teguh Holding malah Dato sri Hassan kamarudin juga telah memberi amaran kepada semua staf tidak kira pangkat di Teguh holding supaya tidak memcampuri apa-apa sahaja urusan yang di lakukan anak bongsunya itu namun ada satu rumor yang membuatkan seluruh Staf Teguh holding menjadi gempar mengenai Farid Husin apabila sebuah klip rakaman Cctv di lobi telah tersebar dari kalangan staf-staf Teguh holding

Department Advertising marketing

"Wei gila lah.. boleh report kat jabatan buruh nie"
Kata seorang wanita bertudung batik sedang melihat sebuah rakaman di skrin monitor

"Masalahnya, cleaner tu berani ke buat report?,"
Tanya seorang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di sebelah wanita itu

"Kesihan weii.. kalau aku yang kena, aku terus buat report polis je"
Jawab wanita itu bersungguh-sungguh

"Wei, lelaki dalam rakaman tu akan jadi bos kita tahu tak, apa kata, bila dia masuk nanti, kita sama-sama boikot dia"
Celah pula seorang wanita berambut panjang sambil berdiri

"Tak payah nak boikot-boikotlah"
Kata seorang lelaki bertubuh gemuk berdiri di tengah ruang pejabat sambil melihat staf-staf department advertising marketing

"Ada hati nak boikot, kau tahu ke intan, siapa yang kau nak boikot tu?,"
Tanya lelaki gemuk itu sambil memandang wanita yang sedang berdiri

"Tak kisahlah dia tu siapa, kalau salah tetap salah, mana boleh biarkan je"
Celah wanita bertudung batik, tergeleng-geleng

Lelaki gemuk itu diam tidak membalas, dia memerhati seketika staf-staf di ruangan itu kemudian mengankat tangannya sedang memegang beberapa helai kertas
"Ada berita baik untuk korang semua, aku akan bagi setiap korang dalam pejabat nie, satu borang"

"Borang apa tu encik Hamdan?,"
Tanya wanita bertudung batik dengan wajah hairan

"Borang nie.. untuk korang isi department mana korang berminat untuk pindah,"
Lelaki gemuk itu lantas memberi setiap sehelai kertas kepada para staf yang berada di ruangan pejabat itu
"Untuk pengetahuan korang, Bos baru department kita nie, tak nak staf-staf lama, so korang patut bersyukur, terselamat dari dia"
Katanya lagi

"Kalau ada yang tak nak pindah macam mana pulak?,"
tanya wanita bertudung batik itu kelihatan bingung

"Berhenti jelah"
Jawab lelaki gemuk itu tersengih-sengih

Bilik rehat cleaner

"Ini kau Fazura!,"
Ucap seorang wanita pertengahan usia dengan wajah terkejut sambil melihat sebuah rakaman di skrin telefon pintar bersama-sama rakannya

"Ya Allah Fazura, sampai hati lelaki tu buat kau macam tu"

Fazura duduk di lantai memeluk lutut hanya mendiamkan diri, wajahnya kelihatan murung sekadar memerhati rakan-rakan sekerjanya menonton rakaman mengenai dirinya di permalukan oleh seorang lelaki di lobi tempoh hari

Seorang wanita pertengahan usia menapak menghampiri Fazura lalu duduk di sebelahnya

"Sabar jelah Fazura, dah kerja kita macam nie, sapa-sapa pun boleh hina kita"

Fazura mengukir senyuman paksa sambil mengangguk perlahan
"Saya faham kak, lagi pun itu bukan kali pertama orang hina saya, dah banyak kali saya dah kena hina, saya pun dah tak kisah sangat"

Wanita itu mengeluh panjang sambil mengusap bahu Fazura
"Apa kata, fazura buat je aduan dekat pejabat buruh, kak boleh temankan"

Fazura lantas mengeleng-geleng kepalanya
"Tak perlu kak, lagi pun saya dah lupakan semua tu"

Kata2 fazura itu membuat wajah-wajah rakan sekerjanya menjadi geram

"Kalau kau takut Fazura, kita orang semua boleh pergi teman kau, kau jangan risau"

"Tak kak.. saya bukan takut, saya cuma tak nak mempanjangkan masalah tu, kalau saya buat aduan nanti, saya bimbang kalau kontrak saya tak kena sambung"

mendengar penjelasan dari Fazura membuatkan setengah dari rakan-rakan sekerjanya seakan tersedar dari lamunan, bila memahami maksud fazura tadi, memandangkan mereka semua hanyalah perkerja kontrak sahaja, bila-bila masa sahaja boleh di berhentikan

Pejabat pengerusi Teguh holding

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala beberapa kali kemudian mengosok-gosok wajahnya bila selesai melihat rakaman Cctv berkaitan kelakuan anak bongsunya, dia betul-betul tidak menyangka anak bongsunya akan melakukan sesuatu yang memalukan pada hari pertama menapak ke dalam bangunan Teguh holding

"Macam mana nie yah, rakaman tu dah tersebar sekarang"
Kata Fuad Sobri, abang sulung kepada Farid Husin kelihatan mengusap-ngusap rambutnya

"Apa lagi ayah boleh buat, kalau dah perangai Farid macam tu"

Fuad sobri berkumis lebat berdegus perlahan melihat sikap ayahnya seakan tiada minat untuk menyelesaikan masalah yang telah cetuskan adiknya

"Ikutkan Long pun malas nak masuk campur hal Farid nie yah, tapi masalahnya sekarang sikap Farid tu dah melampau sangat, siap pegang kepala orang lagi, paksa orang tu menunduk yah"

"Aduhai... masalah betullah"
keluh Dato sri Hassan kamarudin
"Nanti Long cari jelah siapa perempuan dalam rakaman tu, cuba tanya, kalau dia nak buat aduan, suruh je dia buat, ayah tak akan halang"

"Aduan?,"
Wajah Fuad sobri kelihatan bingung

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk

"Buat aduan pada siapa yah?,"

"Kau nie dah kenapa Long, Pejabat buruhlah, kat siapa lagi,"

"Hiss ayah nie.. tak akanlah sampai ke pejabat buruh, jatuhlah reputasi syarikat nie nanti'

"Habis tu, long nak ayah buat apa, Marah si Farid tu?,"

Fuad sobri mengeleng kepala
"Sekurang-kurangnya ayah beritahu lah kat Farid tu, suruh dia buat pemohonan maaf, bukan susah pun,"

"Long ingat, Farid tu nak buat benda tu semua"
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Lupakan jela long, kau sendiri pun kenal dengan perangai adik kau tu"

"Salah ayah ngan mak jugak, pergi bagi arwah nenek jaga si Farid tu"

"Hey.. Cakap tu baik-baik sikit long"
Marah Dato sri Hassan kamarudin namun di saat itu pintu pejabat Dato sri Hassan kamarudin di buka secara tiba2

"Ayah.."
Seorang wanita 30 an kelihatan tergesa-gesa masuk ke dalam pejabat di ekori seorang lelaki bersuit merah

"Ayah dah tengok ke rakaman si Farid tu?"
Kata Fazilah, kakak ke kedua farid Husin

"Kat luar tu yah, tengah kecoh sekarang"
Kata pula Fadil Fitri, abang ketiga Farid Husin

Dato sri Hassan kamarudin diam tidak menjawab hanya memerhati wajah anak-anaknya
"Farid.. Farid"

Damansara height

"Kalau Farid nak pinjam kereta, ambil jelah, kak bukan pakai pun semua kereta nie"

Farid Husin tidak menjawab hanya memerhati tiga biji kereta di parkir di halaman hadapan banglo 2 tingkat

"Farid rasa kak salah faham nie,"
balas Farid Husin dengan wajah serius

Farah mengerut dahi
"Salah faham?,'

Farid Husin memandang kakaknya kemudian mengangguk
"Farid datang sini, bukan nak pinjam kereta, tapi Farid nak kereta kakak nie jadi milik Farid terus"

Farah diam tidak menjawab sekadar merenung wajah adik bongsunya jika adik bongsunya itu sekadar bergurau

"Kenapa kak diam, Farid bukan main-main?,"
Kata Farid Husin dengan senyuman tipis

Farah menghela nafas panjang lantas mengalah
"Okay, Farid nak kereta yang mana?,"

"Semua"

Dahi Farah terus berkerut sakit pula hatinya bila melihat wajah annoying adik bongsunya menginginkan semua kereta miliknya

"Kenapa Farid tak minta je rumah banglo kakak nie sekali"
Tanya Farah mengherotkan bibirnya dengan sikap annoying adik bongsunya itu

Farid Husin dengan wajah serius lantas menapak menghampiri kakaknya kemudian jari telujuk kanan mengetuk-ngetuk cermin jam di tangan kirinya

"Farid beri masa 30 minit je untuk kak Farah, pergi kemas pakaian-pakaian kak sekarang tapi barang-barang kemas apa saja yang berharga sila tinggalkan je dalam rumah"

Farah mengerit giginya sambil menatap wajah annoying adik bongsunya itu

"Cepatlah kak farah, masa tengah berjalan nie, jangan sampai Farid campak semua pakaian-pakaian kak farah keluar dari rumah tu"
Kata Farid Husin dengan senyuman sinisnya

"Campak jelah Farid!, ambik semua.. ambik semua harta kakak nie, kakak boleh keluar macam nie je lah"
Kata Farah dengan wajah kecewa bila di permainkan oleh Farid, kemudian menapak laju ke arah pagar rumah

"Sampai hati Farid buat kakak macam nie,"

"Alah kak nie, Farid gurau je pun, itu pun nak sentap"
Kata Farid Husin cepat2 memaut lengan kakaknya

"Kau kalau buat sikap annoying kat orang, kau lah rajanya,"
Ucap Farah dengan nada geram
"Sakit hati kak tahu tak"

"Alaa... sakit konon, dahlah bayar Farid cuma15 ribu je"

"Ooo... begitu ye, Farid buat kak farah camnie, sebab 15 ribu tu ke"
Kata Farah sambil mencekak pinggang

"Tahu takpe..,"
Balas Farid Husin tersengih, hatinya puas bila dapat mengusik kakaknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience