Bab 8

Short Story Series 16005

Disebabkan hari ini Hazirah masih lagi bercuti tetapi mak ayah dia sudah pulang ke rumah mereka lepastu tak ada orang jaga dan Deyna sebagai seorang sahabat yang baik lagikan murni meminta kebenaran dekat bossnya untuk bercuti dan dengan mudahnya boss memberi keizinan. Tamat. Ehh belum, sabar.

Lepas saja breakfast Deynadan Hazirah hanya melepak di hadapan televisyen.

"Naa apa yang kau nak cerita semalam." Pertanyaan Hazirah membuatkan Deyna tersenyum sendiri.

"Hoi aku tanya ni boleh pula tersenyum-senyum. Gatal betul. Anak siapa entah." Sambil tangan Hazirah itu tak berhenti-henti tampar lengan Deyna.

"Tak payah tampar la hishh. Kejap la nak cerita la ni." belum cerita lagi Deyna dah tersengih-sengih. Malu plus gedik. Deyna pun bercerita tentang perjumpaannya dengan Encik Crush.

"Pergh kau patut bersyukur tau aku tak halang kau pergi. Kalau tak dah melepas kau nak dating dengan dia." Tutur Hazirah dengan mata tidak lepas memandang telefon.

"Elehh. Kau halang aku pergi juga sebab dah kempunan sangat aku nak makan aiskrim tu. Tapi sumpah aku kata kemungkinan kami ditakdirkan berjumpa secara tak sengaja. Bukan sekali tapi tiga kali." Deyna menunjukkan tiga jari depan muka Hazirah.

Hazirah mengeluh perlahan. "Aku bukannya apa Naa aku cuma tak nak kau terlalu berharap takut nanti kau yang sakit." Bercakap dengan kawan tapi mata still lagi melekat dekat telefon.

"Aku tau Rah, aku tahu tapi selagi kita tak cuba kita tak tahukan. Walau apa pun yang terjadi misi tetap diteruskan, kan?"hampir berkaca-kaca mata Deyna melihat Hazirah macam tak support kawan sendiri. Lahai lembut sangat hati tu.

"Haritu dia yang beria nak aku jalan kan misi."gumam Deyna perlahan.

Hazirah mengeluh. "Aku bukan tak support kau ke apa ke Naa. Tak. Aku cuma tak nak kau terlalu berharap takut nanti kau sakit. Aku pernah kena Deyna Uqasha tapu sakit dia tu rasa macam nak bunuh diri and aku tak nak kau jadi macam tu. Cinta tak semestinya dimiliki melainkan dia betul-betul jodoh kau. Jangan terlalu berharap."

Deyna diam tidak bagi apa-apa respon dekat Hazirah. Deyna bangun masuk dalam bilik dan Hazirah hanya pandang tanpa suara.

Usai bersiap Deyna keluar bilik menuju ke pintu rumah. Tidak menghiraukan pandangan kawannya. Hazirah hanya memerhati tanpa menghalang mahupun nasihat.

Mereka bukan bergaduh tetapi cara itulah dapat menenangkan hati mereka.

Sampai sahaja ditepi tasik Deyna duduk diatas salah satu bangku yang kosong.

Keputusan tentang peminangan itu belum diberi. Walaupun dah lama berlalu.

"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumsalam. Ni la hang ibu tengah sibuk buat kerja baqu nak telefon. Mai masa kita free sunyi ja fon ni."bebel ibu. Apa yang sibuk sangat pon tak tahu.

"Qasha cuma nak cakap pasai jawapan minang tu ja nanti Qasha off la balik sebab Qasha ada hal juga." Balas Deyna dalam pelat Penang juga.

"Haa apa jawapan Qasha?"tanya ibu tetapi yang menarik perhatian Deyna adalah bunyu bising seperti ketukan kuali. Mak dia nak buat kenduri ke.

"Qasha tolaklah ibu. Qasha tak nak fikir lagi pasal semua benda tu lagi. Nanti dah cukup masa yang sesuai Qasha terima ja siapa yang masuk minang dulu tapi ibu kena habaq la sapa yang masuk minang tu. Jangan main terima je. Mati Qasha nanti buat ibu terima duda anak lima." Gurau Deyna sambil mata tunak memandang tasik yang tenang itu.

"Hmm Yalah Qasha nanti ibu bagitau ayah Lukman yang hang tolak. Apa pula duda anak lima. Qasha jangan buat main. Ibu tutup dulu dah nak hangit masakkan ni."

"Baik ibu. Assalamualaikum ibu sayang."usai Deyna bagi salam terus ibu tutup tanpa jawab salam mungkin jawab dalam hati.

"Sibuk betul sampai jawab salam pun tak sempat." Tergeleng-geleng kepala Deyna apabila ibu dia yang seorang tu.

Dari jauh Deyna nampak susuk tubuh seseorang yang dia kenali tetapi Deyna hanya mengabaikan mungkin cuma angan dia.

Belum sempat Deyna pusing muka menghadap tasik mata mereka bersambung dan terus seseorang tu menuju ke arahnya

"Kau sorang ja dekat sini?"tanyanya dengan tangan penuh dengan barang.

"Haah sorang. Awak buat apa dekat sini Haziq?"tanya Deyna bila tengok dia meletakkan barang-barangnya disebelah dan melabuhkan duduk disebelah Deyna.

"Kalau mood rajin melukis aku selalu datang sini sebab banyak dapat ilham." Balanya sambil mengeluarkan bahan-bahan untuk melukis.

"Awak selalu datang sini? tapi saya tak pernah jumpa sebab saya dengan kawan saya selalu lepak sini juga itu pun kalau tak penat."dengan mata tak berhenti-henti usyar crush sibuk mengeluarkan barang.

"Iya? Aku pun tak pernah nampak korang. Boleh aku duduk sini?" Tanya Aidil Haziq. Dah duduk beberapa minit dah baru nak tanya.

"Duduklah lagipun kerusi ni panjang tak adalah rapat kalau duduk." terus Deyna berginjak berhampiran dengak hujung kerusi. Tak selesa oii duduk rapat-rapat.

Dalam ralit Deyna tengok dia membuat kerja tiba-tiba dia berhenti dan pusing kepalanya menghadap Deyna dan secara automatiknya Deyna terkedu, mata dah bulat dah muka jangan cakap confirm dah nak merah.

"Kau suka tengok orang melukis?"tanyanya selepas memusingkan kepalanya menghadap kertas canvasnya.

"Suka la juga sebab cara orang melukis tu unik walaupun saya tak pandai melukis."Deyna senyum sedikit apabila dia memusingkan muka dia sikit untuk bertentangan mata.

"Kau boleh tolong aku?"tanya Aidil Haziq.

"Boleh ja. Awak nak suruh saya buat apa?"

Terus dia menghulurkan telefonnya kepada Deyna.

"Awak nak suruh buat apa ni Haziq?"tanya Deyna sedikit keliru.

"Letak nombor telefon kau dalam tu."katanya sambil tangan sibuk melukis diatas kertas canvas.

Deyna terkedu. "Patutnya aku yang mulakan dulu tapi sekarang dah terbalik."gumam Deyna perlahan.

Tanpa banyak soal terus Deynamasukkan nombor telefonnya dalam telefon Aidil Haziq. Lama juga dia berfikir nak letak nama apa. Mula nak letak future wife tapi nanti encik crush cop gatal pula lepastu terus dia letak nama sendiri. Nanti lepas kahwin dia tukar lain. Ewahh.

Selesai sahaja melakukan apa yang disuruh. Deyna terus menghulur kembali telefon Aidil Haziq sambil kepala menunduk ke bawah.

Beberapa minit berlalu tetapi Aidil Haziq masih tak ambil telefonnya dari tapak tangan Deyna. Bila Deyna mengangkat kepala mata mereka terus bersambung.

"Aku nak bagi kau kerja kira macam homework juga tapi ni homework aku. Kau just tolong je."katanya selamba. Apahal sama macam dalam misi Deyna Uqasha. Siapa yang tulis misi ni sebenarnya.

"Awak nak saya tolong apa?"berkerut dahi Deyna melihat crushnya. Jangan pelik-pelik sudah.

"Ambil gambar muka kau yang paling cantik lepastu save dalam fon aku senang." Tangannya masih sibuk melukis tanpa sikit pun melihat muka terkejut cik terbantut yang dah nak separuh pengsan.

"Haa?"lantang suara sahaja suara Deyna keluar. Nasib tak ramai orang kalau tak buat malu ja.

Aidil Haziq mengeluh. "Aku suruh kau ambik gambar bukan sebab nak santau kau ke apa. Taulah sekarang ni famous dengan santau online. Jadi kerja kau cuma ambil gambar kau yang paling cantik je dan tutup mulut tu nanti lalat masuk."tuturnya lembut.

Dengan teragak-agak Deyna mengangkat telefon itu dan selfie. Bila dah pilih gambar yang cantik terus Deyna save dalam telefon Aidil Haziq. Selepas itu Deyna terus meminta diri untuk pulang. Lagi lama duduk sebelah encik crush lagi banyak benda pelik akan jadi.

Masuk sahaja dalam kereta terus Deyna buka aircond sebab dah rasa diri ni nak cair macam aiskrim dah. Dia rasa balik ni dia kena berkurung dalam peti ais. Deyna sandarkan kepala dikusyen kereta. Misi nombor tiga dah selesai iaitu ajak crush buat homework sama-sama walaupun kedengaran dia agak pelik dan cringe tapi kisah apa dia. Misi tu pun masa zaman tak matang lagi hehe.

Tapi kenapa macam teratur saja misi itu walaupun Deyna tak expect benda tu terjadi dan misi tu pula dimulakan oleh encik crush bukan dua. Makin pening otak Deyna berfikir. Malas nak kusutkan fikiran Deyna terus pandu kereta untuk pulang ke rumah.

TBC...
Follow And Comment to unlock new chapter...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience