Ya itulah peristiwa satu malam yang hitam buat ku.
Aku terus menangis dan Rayyan tersedar dari tidurnya.
Dia hampir terkejut apabila lihat Raisya di sebelahnya yang sedang menangis tanpa seurat benang seperti dirinya.
'kau buat apa kat bilik aku?"sergahnya membuat aku tersentak.
"kau jangan kata kita lakukan sesuatu malam tadi"ujarnya kasar.
"kau lupa Rayyan ,kau yang buat aku macam ni...kau mabuk..."esak kan tangisku kedengaran.
Perlahan pintu dari luar di kuak dan kami terkejut bila muka ibu terpancul dari balik pintu.
"Ya Allah...korang buat apa ni!!?"sergah ibu.
"ibu...Raisya tak bersalah.."aku terus meraung.
"jadi kau nak salahkan aku?"Rayyan memarahiku tanpa rasa bersalah sedikitpun.
Semalam maruah aku diragut olehnya dan pagi ini dengan senang hatinya kesalahan dia tujukan padaku seorang.
"kau tahu kan Rayyan ni bakal adik ipar kau Raisya tergamak kau lakukan perbuatan terkutuk ni"ibu terusan menyalahkan aku.
Hatiku saat ini hanya Allah sahaja yang maha Mengetahui berapa sakit dan terseksa.
"ibu..Raisya tak bersalah...Rayyan yang mabuk dan rogol Raisya..."
"kau pakai baju sekarang Raisya...kau balik jawab dengan adik kau..dan kau Rayyan ikut kami balik"marah ibu.
Ibu mengutip bajuku dan membalingkan ke muka ku.
Betapa marahnya seorang ibu pada ku.
Ternyata baju ku terkoyak kerana direntap Rayyan semalam
Terus aku memakai pakaian ku dan perlahan bangun menahan segala kepedihan dan kesakitan.
Rayyan memandang ku penuh kemarahan.
"ayah..Raisya tak salah...Raisya dianiaya"aku pegang kaki ayah dan terus menangis.
"pergi kau Raisya anak tak tahu untung...selama ni aku anggap kau sebagai anak kandungku sendiri tetapi ini kau balasnya sanggup hancurkan kebahagiaan adik sendiri"begitu sinis kata kata ayah padaku.
"ibu...tolong lah percaya yang Raisya tak salah"aku terus merayu namun ibu hanya diam membatu.
"jadi kau nak salahku ?"pertanyaan Rayyan amat memedihkan hatiku..lagi pedih terasa daripada kesakitan maruah aku diragut nya.
"Rina maafkan aku..."kini aku bangun dan berlutut di samping Rina yang sedang menangis.
Aku yang bersalah kerana menawarkan diri untuk menolong ibu.
"aku tak akan bertanggung jawab atas apa yang berlaku..aku cintakan Rina dan aku akan kahwini dia"begitu datar kata kata Rayyan.
Aku terdiam tanpa kata,kini baru aku sedar hidup menumpang ,aku hanya anak yatim piatu yang menumpang kasih .
Aku cuma anak saudara ibu yang dibesarkan oleh mereka sejak umurku tiga tahun lagi.
Aku akui kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bahagi padaku selama ini.Tapi hanya satu malam saja kepercayaan mereka padaku hilang dan lenyap sama sekali.
"Rina aku minta maaf,aku memang tidak ingat apa apa pun pasal semalam"Rayyan cuba memujuk Rina.
"pergi Rayyan ,aku tak nak tengok muka kau lagi..aku nak putus"ujar Rina.
"Rina tolong jangan putus...aku rayu...kahwinlah dengan Rayyan"aku kembali bersuara.
"setelah kau dapat semua...kau nak aku ambik bekas kau?"lantang sekali kata kata Rina padaku.
Kenapa kesalahan ditujukan padaku,sedangkan Rayyan tidak.
Aku terus dipersalahkan walaupun yang rasa perit dan pedih adalah aku,kejamkah aku sebangai seorang kakak yang menghancurkan kebahagiaannya tanpa relaku.
Aku terus menangis sampai aku tak bermaya untuk bangun.
Entah jam berapa aku sendirian tanpa sesiapa lagi berada di ruang tamu.
Perlahan aku bangun berhenti seketika bila aku melalui bilik ibu dan ayah,aku renung dengan wajah sayu,bertapa luluhnya hati mereka punyai anak seperti aku.
Aku berlalu dan berhenti pula di bilik Rina yang mungkin kini sedang berduka.
"Aku minta maaf Rina,andai ini takdir yang tersurat buat ku menjadi orang yang telah rosak kebahagiaan orang lain,hatiku jua sedih dan pedih saat ini Rina"aku terus berlalu ke bilik dan menghempaskan badan yang sudah benar benar keletihan,letih dengan keperitan yang aku rasai semalam dan letih kerana tiada seorang pun yang percaya kan apa yang aku ucapkan.
Semua kesalahan ditunding kepada ku sedangkan Rayyan sedikit pun tidak memandang aku sebagai yang tidak bersalah.
Sampai pagi aku menangis dan aku tidak sedar bila aku terlelap dan terjaga saat terdengar suara azan subuh berkumandang.
Perlahan aku bangun untuk ke bilik mandi.
Terasa begitu berdosanya aku saat ini yang bergelumang dosa maksiat aku semalam.
Dosa atas paksaan seorang yang bergelar lelaki,teganya kau Rayyan.
Aku sudah tidak suci lagi,maruahku diragut oleh lelaki yang bernama Rayyan.
Selesai mandi aku terus menyarungkan telekung solat titisan airmataku kembali gugur mengenangkan dosa aku lakukan.
"ya Allah ku mohon keampunan dari mu,berilah aku petunjuk agar aku kuat dalam menjalani hidup ini,aku seorang pendosa..."airmata ku terus mengalir laju membasahi telekung yang aku pakai.
Selesai aku terus menuju ke dapur seperti kebiasaannya tempat pertama aku tuju adalah dapur.
Kebetulan hari ini adalah masih hari cuti ku.
"ibu..boleh Raisya tolong?"aku menghampiri ibu yang sedang asyik memasak
Ibu hanya memalingkan muka sekejap dan menjeling ke arahku.
" ibu..."panggil ku perlahan,namun ibu tidak mengendahkan panggilan ku.
Aku terdiam dan hanya berdiri kaku.
Aku capai teko air untuk membancuh air,kebiasaannya,rutin harian kami tolong menolong.
"tak payah buat,kami tak akan makan dan minum dari tangan kotor kau"Rina masuk dan terus merampas teko yang ku pegang tadi.
Aku menunduk dan kaku.
"tepi lah...buat semak jer kat sini"Rina menolak ku dan hampir terjatuh,airmata aku saat ini mula jatuh berjuraian.
"pergilah..kau tak payah buat drama airmata kat sini,kau tu kotor!!begitu keji kau memandang aku Rina.
Aku terus berlalu meninggalkan dapur dan berlalu ke bilik dengan airmata yang masih laju jatuh di pipi ku.
Dugaan yang amat berat terpaksa aku tempuhi kini,dipinggirkan oleh keluarga sendiri.
Ke mana lagi harus aku melangkah pergi sedangkan aku sebatang kara.
Share this novel