BAB 14

Romance Completed 4317

“Saya belajar dengan seorang ustazah. Lama... sampai saya betul-betul yakin dengan diri saya, barulah saya buat keputusan untuk peluk Islam. Alhamdulillah, keluarga saya tak ada halangan. Walaupun kami berlainan agama, mama dan papa saya tak buang saya dari hidup mereka.”

“Lia...” Yusra memanggil perlahan. Cerita Dahlia menyedarkannya tentang sesuatu.

“Awak... awak tahu?” Dahlia memandang wajah Yusra.

“Tentang apa?”

“Tentang...” Berat rasanya Yusra mahu menuturkannya.

“Tentang... awak cuma anggap saya sebagai kawan sebab kita berlainan agama?” Dahlia menyambung ayat yang tergantung itu. Yusra terdiam. Ya Allah... Jadi adakah sebab itu Dahlia membina jurang antara mereka? Adakah sebab itu Dahlia menyepikan diri hingga hubungan akrab mereka terputus begitu saja?

“Saya tahu. Saya dengar semuanya,” tambah Dahlia lagi. Hatinya rasa bagai terhiris waktu itu tapi cuba untuk tidak ditunjukkan di depan Yusra. Yusra mengeluh panjang.

“Lia... saya mintak maaf...”

“Bukan salah awak. Salah saya sebab mengharap pada awak...”

“Tapi saya yang bagi harapan tu pada awak. Saya sedar semua tu salah saya.” Yusra menunduk penuh kesal. Dahlia diam membisu.

“Lia... kalau saya mintak peluang kedua, sudi tak awak maafkan saya?” Yusra merenung tepat ke dalam mata Dahlia. Dahlia masih lagi diam. Terasa bagai berada di alam mimpi. Yusra meminta peluang kedua?

“Saya salah dalam menilai perasaan saya sendiri. Saya sebenarnya... sayangkan awak lebih daripada seorang kawan. Hanya selepas awak jauhkan diri daripada saya, baru saya sedar semua, Lia...” luah Yusra. Dia tak menipu. Itulah perasaan sebenar yang terpendam dalam hatinya selama ini. Setitis air mata gugur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience