Guru Baharu

Adventure Series 173

Semua pelajar 2 Bestari terkejut setelah mendapat tahu guru yang mukanya diconteng oleh Saizo itu ialah guru kelas baharunya. Ramai pelajar masih menafikan perkara ini.

"Bukankah guru kelas kami, Puan Hasniza? Saya rasa, Puan Rohayati salah kelas... " soal Natasya selaku wakil daripada kelas 2B. "Puan Hasniza sudah berhenti daripada menjadi guru kelas kamu disebabkan perangai kamu yang melampau ini! Sekarang saya gantikan beliau sebagai guru kelas baharu kamu. Sata juga akan menggantikan guru kelas Bahasa Inggeris kamu yang berhenti angkara sikap kebudak-budakkan kamu ini!" jelas Puan Rohayati dengan tegas. "Now, TAKE OUT YOUR ENGLISH TEXT BOOK!!!"

Umairah yang tidak berpuas hati dengan layanan Puan Rohayati yang garang itu, ingin memukul kepala Puan Rohayati dengan sebatang penyapu, lalu dihalang oleh Nuha dan Shafeeqa. Shafeeqa menasihati Umairah, agar kawal sifat pemarahnya itu. Tanpa sedar, Puan Rohayati berada di belakang Shafeeqa lalu berbisik ke arah telinga Shafeeqa, "Where's your text book, dear Ms. Nagger? "soal Puan Rohayati secara berbisik dengan tegas. Shafeeqa yang sudah berasa cuak itu segera mengeluarkan buku teks Bahasa Inggerisnya.

Puan Rohayati meronda di sekeliling kelas untuk memastikan semua pelajar membawa buku teks. Di kawasan meja perempuan, semua pelajar perempuan membawa buku teks. Tetapi, setibanya di kawasan meja lelaki, semua pelajar lelaki kecuali Saizo dan Mi 9 tidak membawa buku teks seperti yang diharapkan Puan Rohayati. Seorang demi seorang pelajar lelaki dirotan oleh Puan Rohayati menggunakan sebatang rotan yang sangat tebal sehingga meninggalkan kesan yang sangat jelas di atas badan yang di pukul itu.

"Mengapa ramai pelajar tidak membawa buku teks?! Lihat seperti pelajar perempuan, rajin bawa buku setiap hari. Hanya 2 orang sahaja yang membawa buku teks, iaitu Saizo dan Mi 9!" lagi sekali Puan Rohayati memarahi pelajar 2B. "Puan Rohayati, sebenarnya Saizo memang setiap hari membawa semua buku yang dia ada. Jadi, tidak perlulah kagum dengan dia. Malah Mi 9 pun bukanlah rajin seperti yang Puan Rohayati sangkakan. " jelas Fauzan yang tidak berpuas hati dengan Mi 9 kerana buku yang ada pada Mi 9 itu sebenarnya buku teks Fauzan. "Ouh, patutlah Saizo terlalu kurus, begnya pula tersangatlah besar. " bisik Puan Rohayati seorang diri.

Ketika Puan Rohayati memulakan pengajarannya di dalam kelas, beliau mengeluarkan senaskah buku nota kecil untuk mencatat maklumat yang beliau perolehi daripada pelajar 2B. Bagaimana sifat mereka, kelemahan mereka, apa yang menarik minat mereka, dan sebagainya. Dengan cara ini, lebih mudahlah beliau untuk mengenali pelajar-pelajar di dalam kelas yang diajar oleh beliau. Ada kalanya, beliau bertanya sendiri kepada pelajar secara bersemuka, dan ada juga melalui pemerhatian.

Ketika beliau sedang mengajar, loceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2B. Belum sempat Puan Rohayati ingin memberitahu tugasan kerja rumah, semua pelajar lelaki sudah hilang melarikan diri. Rupa-rupanya, selepas mata pelajaran Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani, atau lebih dikenali sebagai Waktu Untuk Bermain Bola Sepak bagi pelajar lelaki!

Puan Rohayati cuba menyelidik apa yang membuatkan pelajar lelaki amat menyukai mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Rupanya, pelajar lelaki boleh bermain Bola Sepak sepuas-puasnya sehingga tamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Manakala, pelajar perempuan hanya berlajar di dalam kelas dengan alasan, pelajar perempuan perlulah menjadi sopan dan pintar.

Puan Rohayati menjadi marah dan tidak berpuas hati dengan cara guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani lelaki dengan perempuan. "Ini semua tidak adil! Pelajar lelaki dibiarkan bermain bola manakala pelajar perempuan hanya belajar di dalam kelas?! Mengapa guru mereka ini sangat BODOH?!!!" maka terkeluarlah kata-kata kesat yang keluar dari mulut Puan Rohayati. Apabila disoal mengapa berbuat sedemikian, mereka hanya menjawab, 'mereka terlalu sibuk'. Puan Rohayati hanya mampu menahan sabar dengan muka tersenyum.

Jadi, dengan itu, Puan Rohayati telah mengetahui bahawa pelajar 2B amat meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana boleh melakukan apa-apa sahaja yang mereka mahu. Malah, Puan Rohayati telah mendapat sebuah idea baharu bagaimana untuk menaikkan minat pelajar 2B untuk belajar dan menjaga adab dengan gurunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience