Bab 100

Romance Completed 207871

"Cepatlah call Caden" pinta Shira.

Carlos kemudian bangun mencuci tangan, tidak lama Carlos datang kembali sambil mengesat tangan. Telefon dari poket kanan diambil. Ikutkan nak je minta Shira ambilkan tapi macam kurang manis pulak. Nombor telefon Caden didail lalu menyerahkan telefonnya pada Shira. Tidak lama panggilan dijawab.

"Hello Carl, ada apa?" soal Caden.

"Caden, ni saya, Shira" balas Shira.

"Eh Shira. Ada apa?" soal Caden pelik.

"Betul ke apa yang Carlos ceritakan pada saya tu?" soal Shira inginkan kepastian.

"Pasal kemeja?" soal Caden kembali.

"Haah" pendek Shira membalas.

"Ya. I'm worried something bad will happen to her. Tak pernah dia perangai pelik macam tu" kata Caden. Terluah keluhan nipis.

"Kalau saya cakap awak dan Intan nak dapat orang baru, awak percaya tak?" soal Shira.

"Orang baru?" soal Caden tak faham.

"Yup, orang baru. Adui.. anak. Saya tak pasti tapi saya rasa Intan maybe pregnant" balas Shira. Terdiam Caden di sebelah sana. Carlos pula sudah bulat memandang Shira di depan.

"Caden.. Caden" panggil Shira. Aik, takkan pengsan kot.

"Ya, saya dengar. Tapi, are you sure?" soal Caden teruja.

"Hm.. saya tak boleh nak cakap pasti tapi kalau nak tau, kena buat pregnant test la" jawab Shira.

"Nak buat macam mana, I don't know how" balas Caden. Aduh, rasa nak ketuk je kepala Caden kalau dia ada di depan ni. Bab business cerdik bukan main, kalau bab ini.. hampeh! zero!

"Caden.. tak payah susah-susah. Awak pergi farmasi minta pregnant test, beli la dua tiga jenis, biar puas hati. Lepas tu bagi Intan. Tau la dia nak buat apa nanti" terang Shira. Carlos yang di depan Shira sudah menyambung semula makannya yang terbantut tadi. Amboi selera sungguh makan, tak ingat kat orang lain.

"Hm.. selain dari ujian tu ada cara lain tak untuk kita tau seseorang perempuan tu pregnant? Saya bukan apa, takut nanti bila buat ujian, keputusan tidak seperti yang diharapkan pula. Saya tak nak Afrina sedih dan tertekan pula nanti" soal Caden. Dia tidak mahu nanti Afrina terbeban dengan perkara ini. Dia tidak kisah pun, ada rezeki alhamdulillah, kalau belum ada, cuba lagi..

"Ada tu memang ada tapi ni tak semestinya betul, tapi kebanyakannya kalau perkara ni berlaku atau terjadi, memang perempuan tersebut pregnant. Ini kebiasaannya tau, bukan mesti!" ulang Shira. Carlos yang ada di depan Shira, besar sahaja telinganya mencuri dengar perbualan. Makan, makan juga, telinga buka besar.

"Awak kena tengok ada tak perubahan pada Intan. Contoh paling dekat yang ada sekarang ni, perangai pelik hidu baju kemeja peluh tu. Itu yang dah berlaku dan disedari."

"Ada selain dari tu yang biasanya berlaku adalah selera makan bertambah, badan berisi dan kadang-kadang bahagian dada penuh dari biasa atau senang cakap buah dada makin besar, sebab apa jadi macam tu awak cari sendiri" selamba Shira bercakap. Carlos yang mendengar sudah tersedak.

"Awak ni, makan macam mana sampai tersedak" tegur Shira sambil menyerahkan air pada Carlos yang sudah memerah wajahnya. Shira pun cakap tak beragak, tau lah awak tu kerja bahagian D11 cawangan berkaitan jenayah Seksual tapi cakap tu tak bertapis langsung.

"Shira.. Shira" Caden pula memanggil Shira.

"Sorry-sorry, ada orang makan sampai tersedak kat depan ni" kata Shira sambil Carlos dijelingnya. Carlos hanya mempamirkan senyuman lesung pipitnya itu.

"Awak cuba la perhatikan Shira, ada ke apa-apa perubahan, kalau ada dan yakin, minta la Intan buat ujjan tu" kata Shira lagi.

"Okay, Shira. Thanks tapi awak jangan cakap apa-apa pada Afrina ya" pinta Caden.

"Ya.. kalau betul Intan pregnant, alhamdulillah tapi kalau belum ada rezeki, cuba je lagi" balas Shira. Mulut makcik sorang ni.. senang betul dia cakap ye.. Caden di sebelah sana sudah merah telinga mendengar ayat Shira. Cuba je lagi..

"Kalau macam tu saya letak dulu. Assalamualaikum and thanks" kata Caden.

"Waalaikumsalam" balas Shira lalu menyerahkan telefon kepada Carlos kembali.

"Dah, settle. Kita tunggu je nanti" balas Shira sambil menyedut minuman. Banyak cakap dahaga la pulak.

"Diaorang dah on the way. Kita bila lagi?" soal Caden. Shira yang sedang menyedut menuman terus terdiam lantas memandang tepat pada Carlos sambil tersenyum.

"Saya ikut je.." balas Shira malu-malu tapi mau..

+++

"Fahmi, ada masa lagi tak?" soal Caden pada Fahmi yang sedang memandu.

"Tuan nak ke mana?" soal Fahmi.

"Hm.. saya nak singgah farmasi" jawab Caden.

"Saya rasa tak sempat la Tuan. Lepas metting nanti kita singgah. Tuan nak beli apa, biar saya tolong belikan nanti" kata Fahmi sambil menjeling pandang pada Caden melalui cermin pandang belakang.

"It's okay, saya beli sendiri" kata Caden lagi.

+++

Seperti biasa Intan menunggu Caden pulang kerja di gazebo rumah dan sama-sama masuk ke dalam. Hari ini Caden pulang awal dari biasa. Lepas metting tadi, telah awal-awal lagi dipesan pada Fahmi supaya singgah farmasi untuk membeli pregnant test seperti diminta Shira. Ada tiga empat jenis dibelinya. Caden juga siap bertanyakan pada pekerja farmasi cara penggunaannya walaupun ada ditulis pada kotak dan caranya mudah sahaja.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah, Caden terus menuju ke dapur untuk berjumpa Kak Sal.

"Kak Sal, nanti jangan balik lagi ya, saya nak jumpa sekejap, ada hal sikit" pinta Caden pada Kak Sal yang sedang sibuk memasak. Intan request nak makan asam pedas ikan susu malam ni. Kalut juga Abang Budin ke pasaraya, mujurlah ada dijual, jika tidak jenuh pula nak mencari tempat lain. Intan pun tidak beritahu awal-awal, balik kerja tadi baru diberitahunya, mahu tak kelam kabut. Nak dimarah, majikan. Hadap je la..

"Baik Tuan" balas Kak Sal lalu meneruskan kerja memasaknya.

Sebaik Intan dan Caden sampai di dalam bilik tidur, Caden membuka kemejanya dan terus serahkan pada Intan dan melangkah masuk ke bilik air bersama tuala di tangan yang diberi Intan tadi.

Selesai mandi, Caden menyarungkan pakaian pada tubuh, mujurlah tadi sudah singgah di masjid untuk solat asar, jika tidak kalut juga nak mengejar waktu. Caden dapati Intan tiada di dalam bilik dan dijenguk ke bilik kerja di sebelah. Hm.. tengah simpan kemeja dalam bag sandang..

Setelah siap berpakaian laju Caden melangkah turun ke tingkat bawah untuk berjumpa Kak Sal. Tidak mahu soalan yang hendak ditanya itu diketahui oleh Intan.

"Kak Sal" panggil Caden. Terkedek-kedek Kak Sal datang menghampiri Caden yang sudah duduk di bar stool.

"Ya Tuan, ada apa. Macam penting ja ni" soal Kak Sal cuak.

"Hm.. sejak akhir-akhir ni, Kak Sal tengok ada yang pelik tak pada isteri saya?" soal Caden.

"Pelik? maksud Tuan?" soal Kak Sal tidak faham.

"Maksud saya benda yang lain dari kebiasaan" terang Caden.

"Oo.. saya rasa Puan Intan selera makannya bertambah sejak akhir-akhir ni dan selalu mintak Kak Sal masak makanan berat" kata Kak Sal.

"Makan berat?" soal Caden.

"Iya lah. Biasanya sarapan pagi kalau roti bakar pun dah okay tak pun kuih. Tapi sejak akhir-akhir ni, hari-hari minta sarapan nasi. Kalau tak nasi goreng, nasi putih, lauk telur dengan ikan goreng pun dah okay" kata Kak Sal. Terdiam Caden. Betul lah, sejak akhir-akhir ni kerap pulak Intan makan nasi sewaktu sarapan.

"Makan malam pun Puan Intan nak nasi. Macam hari ni, balik kerja tadi terus minta Kak Sal masakkan asam pedas ikan susu. Kelam kabut Abang Budin ke pasaraya cari ikan, mujur jumpa" kata Kak Sal.

"Kenapa Kak Sal tak call saya. Boleh saya belikan." kata Caden.

"Bukan tak nak call Tuan tapi takut Tuan lambat sampai, lambat pula nak masak. Kesian pada Puan lapar nanti" balas Kak Sal pula.

"Kak Sal rasa isteri saya sakit ke?" soal Caden. Nak juga dia tahu pendapat Kak Sal, mana tahu lain pulak dari jawapan Shira.

Sebaik mendengar soalan Caden, terus tertawa Kak Sal.

"Haah, sakit sembilan bulan" balas Kak Sal sambil tersenyum. Caden yang mendengar dah berkerut dahi.

"Tuan, Kak Sal cuma bagi pendapat tapi tak semestinya betul dan Tuan tak perlu nak percaya" kata Kak Sal berbahasa.

"Apa Kak Sal, jangan buat saya risau" soal Caden tidak sabar.

"Kalau dari segi pengalaman, Kak Sal rasa Puan Intan tu mengandung. Tengok pada selera, pada tubuh dan perangai Puan Intan tu biasanya pembawakan budak tu" kata Kak Sal.

"Bawa budak?" soal Intan dari belakang. Terperanjat Caden, berubah wajahnya.

"Eh, sayang. Bila turun, senyap je" tegur Caden.

"Lah abang ni, takkan sayang kena pasang kompang dulu baru boleh turun. Pelik-pelik la. Ni abang sembang apa dengan Kak Sal. Sayang dengar pasal budak, budak mana?" soal Intan. Kak Sal yang mendengar sudah rapat bibir ditutup sambil memandang Caden.

"Budak? bedak kot. Kak Sal minta Abang Budin belikan bedak.." kata Caden. Intan yang mendengar dah pelik tapi diangguk juga.

"Kak Sal, lauk dah masak ke?" soal Intan pada Kak Sal lalu melangkah menuju ke dapur, dapat dihidu aroma asam pedas yang wangi.

"Dah, Puan nak makan sekarang ke?" soal Kak Sal pada Intan.

"Boleh juga. Abang, kita makan sekarang ye, sayang lapar la" kata Intan pada Caden sambil mengusap perutnya. Caden hanya memerhatikan sahaja tingkah Intan. Betul ke ada nyawa yang sedang membesar di situ.

"Abang. Dah terbang ke mana pulak.." panggil Intan.

"Ya, ya.. Okay sayang, abang tunggu di meja makan" balas Caden lalu bergerak ke meja makan.

Telefon dalam poket dicapai dan icon whatsapp ditekan.

Caden : Carl, aku dah tanya Kak Sal. Kak Sal cakap lebih kurang sama macam Shira cakap.

Tak lama Carlos membalas.

Carlos : Pregnant?

Caden : Yup!

Carlos : Bukan tersampuk la?

Caden : Nope. Jauh sangat perginya.

Carlos : Pregnant test beli tak?

Caden : Dah. Kau rasa patut ke aku minta Afrina buat ujian tu. I'm worried the result not what the expectation.

Carlos : It's up to you, bro.

Caden : I think, I should give some time to her.

Carlos : Okay. Anything happen, call me.

Caden : Thanks.

"Nak makan pun masih dengan telefon ke" tegur Intan pada Caden.

"Oh, Carlos. Ada hal sikit" balas Caden lalu telefon disimpan semula di dalam poket seluarnya.

Malam itu Caden lihat, Intan makan berselera sungguh, siap bertambah. Kalau biasa tu, makan pun buat syarat sahaja. Nak bertambah, memang tak la.. katanya nak jaga takut berat naik. Tapi malam ni apa dah jadi. Hm.. kena siasat lebih ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience