BAB 16

Romance Series 68161

"Siapa pula tu bang? kenapa kereta tu depan rumah kita?" soal danisya dan danish pun turun dari kereta , danish mengetuk tingkap teksi tersebut lalu di buka oleh syamsul..

"Eh kenapa kau dekat sini? sorang ke?" soal danish , "Sofea dekat dalam dia ambik barang" jawab syamsul lalu danish terus terfikir yang ada di rumah itu cuma ada datin dan mak yam sahaja...

"Asal?" soal taufiq tapi danish tidak menjawab malah danish terus berlari ke dalam di ikuti oleh taufiq , "Sofea sofea" jerit danish..

"Mak yam mana sofea?"

"Ha tadi mak yam nampak dia pergi dapur dengan datin" kata mak yam , Jadi danish pun terus ke dapur danish melihat datin yang masih mencengkam kuat lengan sofea mana kala sofea pula masih memegang pil tersebut...

"Ma apa mama buat ni?" tanya danish , datin terus melepaskan pegangannya dari lengan sofea , "Apa mama buat dengan sofea? ni apa ni?"

Danish mengambil pil dari sofea , "Vitamin mama nak kandungan tu sihat sebab mama nak thu tu cucu mama ke bukan"

"Ma tak perlu la mama nak buat semua ni , danish boleh jaga sofea insha allah kandungan dia kuat , danish tak perlukan bertolongan mama" ujar danish...

Danish terus membawakm sofea keluar dari rumah tersebut , "Apa jadi? kenapa" soal danisya yang baru sampai di pintu masuk...Danish tidak menjawab dia mengajak syamsul untuk naik bersamanya lalu tampang teksi di bayar oleh danish..

"Apa mama buat kali ni?" tanya danisya kepada datin , "Mama cuma nk bagi dia vitamin je salah ke?"

"Sure ke tu vitamin? bukan ubat lain?" ucap danisya dan datin terus mengeleng laju , "Mana ada kamu jangan nak menuduh mama ya danisya" marah datin..

"Kalau bukan okey la , danisya takut mama ada niat lain mana tahu mama nk buat sofea tu gugur yela mama kan tak anggap sofea tu menantu mama" jawab danisya sambil naik anak tangga..

"Tapi danisya yakin mama tak sejahat tu , danisya percaya mama" tambah danisya kali ini datin hanya berdiam sahaja...

Dalam perjalanan hanya radio sahaja yang kedengaran , syamsul dan taufiq pun hanya berdiam dan tiada siapa yang membuka suara sehingga danish yang memecahkan keheningan itu...

"Kenapa pergi sana? kenapa tak call?"

"Saya , saya dah call awak banyak kali , mesej pun saya dah hantar dekat awak tapi awak yang tak balas" jawab sofea..

"Phone kau mati kan , memamg la tak dapat sofea call kau ni pun bukan nak bawak powerbank" sampuk taufiq dan danish memberikan tatapan marahnya...

"Ok aku diam" kata taufiq , "Sofea cuma nak ambik gambar keluarga kitaorang je lagipun bukan dia pergi sorang , aku kan ada apa yang kau nak susau hati sangat" celah syamsul pula..

"Aku cuma risau , mama aku" sofea terus memegang tangan danish yang berada di stereng , "Mama kau kenapa? dia ada niat nak buat bukan bukan pada sofea ke?"

"Eh tak la abang , danish nak cakap yang mama danish tak akan lepaskan sofea balik selagi dia tak puas berbual dengan sofea" bohong sofea dan kali ni danish mengeluh perlahan...

"Humm nak bagitahu minggu depan aku nak ke paris , ada urusan dekat sana maybe dalam 2 hari je sebab aku pun tak nak lama lama dekat sana risaukan keadaan kau ni"

Sofea tersenyum , "Urusan kerja kan pergi je la lagipun sofea masih ada abang yang boleh jaga dia" ujar syamsul dan danish terus mengengam tangan sofea lalu di bawak ke pehanya....

**************************************

Irdina di beritahu oleh PA nya tentang kedatangan syarikat danish ke paris untuk handlekan masalah yang ada di syarikat nya , "Ha siapa yang akan datang? danish?" soal irdina kerana dia takut tembelangnya akan pecah..

"Bukan , syarikat tu meminta orang bawahan tuan danish untuk hadir ke sini oleh kerana tuan danish masih banyak urusan di sana dan tak boleh ke sini" jawab PA irdina..

"Bagus la kalau macam tu" kata irdina dan PA nya pun meminta izin untuk keluar dari biliknya , "Nasib bukan danish" bisik irdina...

Tepat pukul 1.00 pagi danisya keluar dari biliknya dan pergi ke dapur untuk mencari pill yang di beri oleh datin kepada sofea , sofea cuba mencari dan akhirnya jumpa di atas almari pinggan mangkuk...

"Kenapa letak sini? kenapa tk letak dalam peti sejuk je?" soal danisya dan terus naik ke biliknya , "Pill apa ni?" soal danisya sambil membuka laptopnya...
Danisya cuba mencari nama pill itu di google dan baca mengenai pil tersebut , "Pill pecah darah? untuk mengugurkan kandungan yang masih baru"

Danisya terus terkejut bila baca artikel tentang pill tersebut , "Mama bagi ni sebab nak gugurkan kandungan sofea , ya allah ma kenapa mama sanggup buat macam ni"

"Tapi siapa bagi mama? mama beli sendiri ke? ya allah ma kenapa mama sanggup buat macam ni , kandungan sofea baru lagi ma" kata danisya dan menyorokkan pil itu di almari bajunya....

Maya melihat dua orang lelaki itu yang tengah lena di buai mimpi dan ini adalah peluang dia untuk melarikan diri , dia cuba membuka ikatan tangan dengan skill yang pernah dia belajar dan akhirnya terbuka juga....

Maya mencapai kunci kereta yang ada di atas meja mereka dengan perlahan lahan , dapat je kunci tu maya terus berjalan ke pintu keluar dan buka pintu dengan perlahan tapi sayangnya maya di tangkap oleh tom...

"Kau nak gi mana ha perempuan ? kau nak lari eh ?" soal tom , Maya terus rasa panik dan cuba mencapai kayu di sebelahnya "Kau dekat aku bunuh kau" jerit maya tapi ugutan maya langsung tak menakutkan tom...

"Jangan la marah marah , apa kata kau layan aku malam ni" ajak tom dan terus langkah ke arah maya , "Kau jangan ingat aku tak berani nak pukul kau"

Tom membuat muka , maya terus mengangkat kayu tu dan pukul di badan tom tapi kayu tu yang patah dan tom masih tegak berdiri , "Kau silap orang la maya" sampuk khai yang bersandar di dinding...

"Bawak dia" arah khai dan tom pun terus mengangkat maya dan bawak ke bilik , "Kau memang cari pasal la" kata khai pada maya...

Tom terus mencampak maya ke atas katil dan mereka mengikat tangan dan kaki maya semula , "Salah kau sebab kau cari masalah dengan kitaorang" ucap tom sambil buka bajunya..

"Tolong la lepaska aku , aku janji aku tak akan babitkan korang , aku tak akan bgithu polis tentang korang berdua , tolong lepaskan aku" rayu maya..

"Tolong la" rayu maya sekali lagi tapi tidak di endah oleh mereka berdua , khai pergi ke arah pintu manakala tom pula memulakan kerjanya......

Sofea terjaga dari tidurnya dan dia terus memandang jam di dindingan menujuk pukul 9.00 pagi , "Ya allah lambat nya aku bangun" kata sofea dan terus bangun dari katil...

"Eh kau tersedar ke? aku bising sangat ke?" soal danish yang keluar dari bilik pakaian dengan beg pakaian yang beroda...

"Awak nak kemana? kenapa kemas kain baju? awak nak tinggalkan saya ke" soal sofea , perasaannya mula rasa sedih dan dia terus menutup mukanya dengan tapak tangan..

Danish terus letakan begnya dan pergi ke arah sofea , "Eh kau ni kenapa? asal manja sangat ni?"

"Mana ada manja , tpi knapa awak bawak beg ni?" soal sofea lagi , danish terus memeluk sofea dan mengusap punggungnya....

"Petang ni aku pergi paris , dua hari je tak lama sorry semalam aku nak bagithu tpi kau dah tidur aku tak nak la ganggu kau" pujuk danish lalu mengucup lembut kepala sofea...

"Aku bukan nak tinggalkan kau tapi aku ada hal kerja , kandungan ni pun baru lagi jadi doktor tak izinkan kau naik kapal terbang , aku pergi 2 hari je sofea , mak sal pakcik daus ada dekt sini jaga kau" tambah danish....

Sofea rasa lega dan menolak danish dari pelukkan nya , "Okey" jawab sofea , sofea baru nak melangkah ke bilik air tapi tanganya di tarik oleh danish....

Danish duduk di katil dan mendudukan sofea di pangkuannya , "Apa ni? saya nak mandi la awak pergi la buat kerja awak sana" kata sofea yang menolak danish..

"Stay macam ni kejap boleh?"

Sofea akhirnya terpaksa turut kata danish , danish memeluk tubuh sofea dan tanganya di letakkan di perut sofea.... "Aku sayang kau , aku sayangkan baby ni jadi aku nak kau jaga diri kau elok elok , jangan pergi rumah mama , jangann keluar seseorang dan jangan terima bekalan dari sesiapa pun" pesan danish..

"Kenapa pula? makanan kena la terima , itu kan rezeki"

"Sofea kita tak thu dalam makanan tu ada apa , kali ni dengar cakap aku boleh?" tegas danish..

"Selama ni saya ikut je arahan awak , tapi saya ada satu permintaan yang awak perlu ikut dan perlu laksanaan kan"

Danish mengangkat kening , "Lepas saya bersalin saya nak awak lepaskan saya , awak kahwin dengan irdina sebab irdina adalah pilihan mama awak , itu je permintaan dari saya"

Danish melepaskan keluhan , "Kau tak sayangkan aku ke? tak akan la perasaan tu sikit pun tak ada?" tanya danish dan sofea mengeleng perlahan...

Sofea menipu perasaannya sendiri , dia sangat sayang pada danish bahkan cinta pada suaminya tapi dia perlu buat keputusan untuk kebahagian danish juga....

Danish diam , "Pergi la saya nak mandi , awak mesti banyak kerja kan" ujar sofea sambil bangun dari pangkuan danish..

"Kalau awak dah sampai sana awak bagithu la saya tu pun kalau awak ingat kan saya" tambah sofea dan terus masuk ke bilik air....

Danish mengeluh perlahan dan dia memandang gambar perkahwinan mereka yang berada di atas meja solek , gambar itu di ambil oleh danish dan danish membawa gambar itu ke paris bersama dirinya , cincin pernikahan juga di pakai oleh danish....

"Aku pergi dulu , jaga diri baik baik sofea kalau ada hal penting bagitahu aku" pesan danish sebelum keluar dari bilik....

"Hati hati , saya sayang awak" bisik sofea pada dirinya sendiri......Danish bersalaman dengan mak sal dan juga pakcik daus dia sempat berpesan pada syamsul agak menjaga sofea dengan baik sewaktu ketiadaan dia di sini...

"Mama nak kemana?" soal danisya yang nampak datin bersiap untuk keluar , "Mama nak cari sofea , setahu mama abang kamu pergi paris hari ni kan jadi mana perempuan tu duduk"

"ma kenapa mama ni, mama biarla itu kan rumah tangga abang kenapa mama nak sibuk pula ni" halang danisya...

"Eh danisya kenapa kamu ni , biar la mama nk jumpa dia ke mama nk halau dia ke suka hati mama sebab danish tu anak mama dia tu siapa"

"Dia menantu mama , dan dia mengandungkan cucu mama , mama dah papa tak ada ni tolong la jangan buat hal" pujuk danisya...

"Mama jangan ingat danisya tk tahu eh apa yang mama cuba buat pada sofea semalam , mama cuba nak gugurkan kandunga dia kan?" kata danisya dan datin terus rasa panik..

"Mana ada , eh kamu jangan nak tuduh mama sebarangan ya danisya mama ni mak kamu , syurga kamu" marah datin..

"Tpi tindakkan mama tu dah melampau , sofea boleh mati kalau dia makan pil tu dan mama akan di masukkan dalam penjara" lawannya dan datin diam...

Datin terus naik ke atas semula dan danisya hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja , "Mak yam saya keluar dulu , mak yam tengok kan mama ya" pesan danisya...

Taufiq mengambil danisya untuk pergi ke rumah baru danish tanpa dia sedar ada seseorang yang ikut nya iaitu farhan , farhan di beri arahan untuk buat apa sahaja pada sofea yang penting sofea keguguran....

"Kenapa awak singgah balai polis ni?" soal danisya hairan , "Dah 24 jam maya hilang jadi saya nak buat laporan danish pun dah tahu dah" jawabb taufiq..

"Saya cuma risau mana tahu maya kena culik dengan orang yang perangkap danish dengan sofea , maya je yang tahu kes sebenar jadi kita kena cari dia sampai dapat" tambah taufiq lagi...

"Aduh kenapa diorng kat balai polis pula ni? diorang dah thu ke aku ikut diorng , aduh bahaya bahaya baik aku bla dulu" kata farhan dan akhirnya terus beredar dari situ......


**************************************

"Sakit? ha siapa suruh kau melawan kan dah kena" kata tom dan campak kain baju maya tepat di muka nya , "Sekali lagi kau cuba lari lunyai kau aku kerja kan" ugut khai...

Maya hanya mampu menangis , terasa badanya sungguh sakit akibat ulah mereka berdua , maya di pukul, di paksa melayan nafsu binatang mereka membuatkan maya pasrah dengan apa yang berlaku padanya nanti.....

Penerbangan yang lama membuatkan danish terasa sangat penat , sampai di paris dia di sambut oleh PA irdina yang merahsiakan kedatangan danish dari irdina...."Mana irdina? dia dekat office ke?" soal danish

"Ah dia dekat , dekat office " jawab PA irdina yang ragu ragu , "Awak bohong ni , mana dia?"

"Sebenarnya dia tak masuk office hari ni , dia minta saya cancel kan semua meeting hari ni katanya ada hal penting" jawab PA irdina....Danish mengangguk faham dan mereka pun menuju ke hotel yang telah di siapkan oleh mereka...

Sewaktu dalam perjalanan ke hotel danish ternampak irdina yang tengah berpelukkan dengan seorang lelaki , "Berhenti kejap" arah danish dan PA irdina terus berhenti...

Danish memerhatikan irdina dan faris yang tengah bermesra mesra di kedai makan , dengan cara perpelukan dan lebih menyakitkan hati lagi iaiah faris mencium pipi irdina.....

"Tuan danish , mari kita" ajak nya tapi danish mengelengkan kepala lalu sambung memerhatikan mereka berdua dari jauh di temani oleh PA irdina...

"Sayang you sure ke bukan danish yang ke sini? i bukan apa i cuma risau je" tanya faris dan irdina mengucup pipi faris...

"I yakin bukan dia , i tahu dia tu macam mana , dia tk suka berurusan dengann orang luar paling paling pun dia akan suruh staff yang di percaya pergi sini" kata irdina dengan yakin...

"Jom kita balik rumah , i makan you" bisik faris dan mereka pun terus balik ke rumah mereka..

"Ikut diorang" arah danish dan mereka pun ikut kemana irdina dan faris pergi , tak lama mereka sampai di sebuah rumah dan danish dapat melihat mereka masih ke rumah tu bersama sama...

"Ni rumah faris tapi saya tk thu pula yang cik irdina duduk sekali" ujar nya , "Ha tu tuan rumah nya , tuan nak saya tanya kann ke?"

Danish terus keluar dan tak menjawab soalan pa irdina , "Hi, sorry can I ask you something?" tanya danish kepada mat salleh itu...

"sure"

"Do you know this girl ? l'm her brother so I'm looking for my sister near this area" soal danish sambil tunjuk gambar irdina kepada lelaki mat salleh itu...

Mat salleh itu pun terus mengangguk , "I know her, she is the wife of faris, faris rents in my house if you want to know her house it is on the second floor and room number 4 they only rent a room, and they told me that they were married a year ago" terang mat salleh itu...

"a year ago?" soal danish yang seakan akan tidak percaya , "That's right, Irdina was also pregnant but her pregnancy fell off because she fell down the stairs, Irdina now manages the family business, right?"

"That's right, then I'll go upstairs first to see my sister" ujar nya , mat salleh itu pun terus pergi masuk ke keretanya dan beredar sama seperti danish yang masuk ke kereta semula...

"Jadi hubungan diorang dah setahun lebih" soal danish pada pa irdina , pa irdina mengangguk perlahan...

"Dia keguguran waktu kandunganya berapa bulan?"

"Dia yang gugurkan sendiri di hospital tapi dia menipu semua orang menyatakan dia jatuh dari tangga" kata pa irdina...

Danish memegang kepalanya dan kata kata danisya bermain di fikiranya yang menyatakan bahawa irdina curang di belakangnya dan dia hanya di perbodohkan oleh irdina , danish tak sangka yang kotor selama ni adalah irdina bukan sofea....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience