Ajkar masih menunggu kedatangan Koji. Yang sudah dianggapnya adik angkat. Dia melihat jam di dinding. Jam yang diperbuat daripada perak. Jam sudah menunjukkan 5 petang. Koji masih belum muncul. Pofob pula keluar. Entah ke mana agaknya Pofob pergi. Mungkin pergi meredahkan hati.
“Perlukah aku dengar cakap Amelia eh. Tapi Eryna tu aku da anggap adik aku sendiri. Takkan lah aku tipu diri aku sendiri. Aku dah janji yang Eryna tu sampai bila-bila adik angkat aku.”.
Ajkar masih ragu-ragu keluarkan keputusan sama ada mendengar percakapan Amelia atau Eryna. Dia tidak tahu ingin memilih Amelia atau Eryna. Ajkar tahu wajah yang dimiliki oleh Eryna. Jika dibandingkan dengan Amelia, jauh sekali dilawan. Tapi sifat keperempuan Amelia itu membuatkan Ajkar tertarik dengan Amelia. Buntuh Ajkar memikirkan pilihan isteri yang patut dipilih.
Motor terdengar dari luar. Menandakan Eryna sudahpun sampai. Selalunya Eryna akan bersihkan motornya dahulu sebelum masuk. Ajkar tetap menunggu kedatangan Eryna. Dia tahu yang Eryna akan mengambil masa yang lama untuk masuk. Ajkar tetap bersabar.
10 minit kemudian..
“Ajkar?”.
Sahut Eryna. Dia begitu terkejut dengan kehadiran Ajkar secara tiba-tiba. Duduk di sofa yang selalu diduduki oleh Pofob. Ajkar memegang dahinya. Ingatan dari pergaulan Pofob dan Amelia masih diingat. Hal ini lah yang dia perlu bincang dengan Eryna sekarang.
“Duduk.”.
Ajkar mengarah Eryna duduk di sofa yang berhadapan dengannya. Sofa yang bewarna kelabu itu. Lalu didudukkan oleh Eryna. Senyuman di bibirnya tidak lari. Di hadapan itu adalah lelaki yang dicintainya. Eryna sembunyikan rasa malu-malu itu di hadapan Ajkar. Dia tahu Ajkar hanya menganggapnya adik. Tidak lebih dari yang lain. Diakui sendiri Eryna.
“Koji aku ada nak cakap dengan kau sesuatu. Tapi kau harus janji dengan aku satu hal.”.
Tegas Ajkar. Koji diamkan diri. Menunggu saja Ajkar. Dia sendiri tidak tahu apa yang mahu dikatakan oleh Ajkar. Muka Ajkar kelihatan serius. Tidak selalu muka Ajkar itu diberikan kepada Eryna.
“Apa dia Ajkar?”.
Jawab Eryna dengan nada perlahan. Menunjukkan sedikit sifat kewanitaan yang ada pada dirinya. Namun Ajkar hanya melayannya dengan tenang. Langsung tidak terkisima. Ajkar tetap anggap yang Eryna itu berpewatakan lelaki. Itulah yang menyebabkan Ajkar sukar menerima Eryna menjadi kekasihnya.
“Eryna aku nak kau jujur dengan aku! Setahap mana cinta kau tu dengan aku. Aku nak tahu?”.
Ajkar menyoal terus soalan yang mahu ditanyakan itu. Saat ini, hanya itu sahaja yang dia fikirkan. Ajkar perhati dengan tajam muka Eryna. Tangan kanannya pula memegang dagunya. Bengis mukanya sekarang. Dia masih tidak terima yang Eryna menyimpan perasaan terhadapnya.
“Apa yang kau cakap ni Ajkar?”.
Eryna pura-pura tidak tahu. Suara Ajkar itu terdengar begitu jelas dan kuat. Dia sembunyikan perkara yang sebenar. Eryna tidak tahu bagaimana Ajkar tahu rahsiah yang disimpannya dari dulu ini terbongkar akhirnya. Dia pasti ini angkara Pofob dan Amelia. Mereka berdua saja yang tahu Eryna menyimpan perasaan itu kepada Ajkar.
“Tu tak penting! Sekarang ni kau jawab soalan aku cepat. Setahap mana cinta kau tu kat aku selama ni?”.
Ajkar tahu yang Eryna hanya berpura-pura lupa. Dari sudut muka saja Ajkar boleh tahu. Eryna memberi riak muka yang binggung. Begitu jelas ditampil di hadapan Ajkar. Sudah tentu Ajkar dapat mengesan riak muka Eryna itu.
“Kau dah kenapa ni Ajkar. Dah buang tebiat ke apa? Nak mampus awal eh? Bila masa lagi aku cinta kat kau. Kau kan abang angkat aku. Takkan lah aku nak jatuh cinta dengan abang aku sendiri. Kau pun dah nak kahwin dengan Amelia tu. Patut ke kau rasa yang aku ni jatuh cinta dekat kau. Hahaha. Mengarut ke apa kau ni Ajkar.”.
Dengan tenang Amelia menjawab pertanyaan dari Ajkar itu. Dia terpaksa bohong dengan apa yang dirasainya terhadap Ajkar. Dia tidak mahu luahkan perasaan sebenar kepada Ajkar sekarang. Dia tahu dengan mentah-mentah Ajkar pasti akan menolaknya.
“Eryna kau adik angkat aku tau. Kau kena ingat tu. Aku dah letakkan tanggungjawab aku untuk jaga kau. Ingat Eryna, jangan sekali-kali simpan perasaan kat aku. Aku ni abang kau. Biarpun kita ni bukan lah ada darah daging, tapi aku dah anggap kau ni adik aku sendiri. Faham tu!”.
Jelas Ajkar. Dia tidak mahu lagi mendengar perkara yang terjadi. Awal-awal Ajkar memberi amaran kepada adik angkatnya itu. Eryna.
Eryna menahan sebak itu di hati. Mulutnya saja bergetar-getar menahan perasaan sedih selepas cintanya tidak dibalas oleh Ajkar. Walhal cintanya terhadap Ajkar sangat besar. Dia menahan dengan tahan. Mulutnya seakan-akan tidak dapat bercakap. Tapi bibirnya dipakasa senyum. Berpura-pura setuju dengan percakapan dari Ajkar itu. Sememangnya dia cukup kecewa dibalas sebegitu. Tangannya memegang tubuhnya. Dia menahan sekuat-kuatnya perasaan sedih itu. Apa yang dirasai Eryna sekarang ini sangat sakit.
“Baiklah Ajkar. Jangan risau. Aku tak akan ganggu kau dengan Amelia. Aku pastikan yang kau dengan Amelia kahwin. Aku nak abang aku ni happy dapat kahwin dah.”.
Ujar Eryna. Dia sembunyikan perasaan sedih itu dengan memuji Ajkar. Selama ini Eryna tidak percaya yang Ajkar dibenarkan berkahwin dengan perempuan di luar sana. Disebabkan kerja Ajkar itu. Ayahnya juga sangat keras menerima sebarang perempuan. Tapi kali ini lain yang dirasakan oleh Eryna.
“Ada tiga hal yang kita harus ingat Eryna. Satu ialah keputusan. Keputusan bukan bergantung kepada hati tetapi bergantung pada orang yang kita nak jalinkan. Kedua perasaan. Kita harus melihat sama ada perasaan tu dibenarkan atau tak dibenarkan. Contohnya kalau kau dah ada perasaan kat orang tu. Tapi pihak yang kedua ni pula tak de perasaan dengan kau, jadi kau kena hadap benda tu slow-slow. Jangan jadikan perasaan tu negatif. Jadikan benda tu positif. Pasti sempurna hidup. Yang ketiga pula adalah belajar menerima. Tak selalu benda yang kita dapat, akan dapat kat hidup kita. Banyak je yang tak sedar ayat ni. Ayat ni sangat penting bagi aku. Tahu tak kenapa? Sebab bila aku teringatkan orang yang aku sayang sangat dulu, ayat tu menolong. Sebab tau tak kenapa? Sebab aku dah belajar terima semua yang Tuhan bagi kat aku. Aku pasrah. Jadi sebab tu lah hidup ni kena ada tiga tu kalau nak bercinta. Faham tak ni Eryna? Sorry lah kalau panjang sikit aku jelaskan.”.
Eryna teliti setiap ayat yang keluar dari mulut Ajkar. Setiap nasihat yang diberi tidak membantu tenangkan hati Eryna yang sakit itu. Eryna tidak rela beri kehidupan Ajkar kepada wanita lain. Ajkar tetap miliknya. Apapun yang dikatakan oleh Ajkar itu tidak membuat dia berhenti cintakan Ajkar.
“Baiklah Ajkar. Aku faham apa yang kau cuba nak bagi tahu kat aku. Tapi Ajkar, Amelia tu kan tak cinta kat kau? Kenapa kau nak dia jadi kan isteri kau? Ayah kau setuju ke yang Amelia tu jadi isteri kau? Setahu aku ayah kau akan gila kalau dapat tahu yang kau akan kahwin dengan perempuan lain.”.
Eryna cuba alihkan percakapan yang dikatakan oleh Ajkar sebentar tadi. Sudah lama dia memikirkan hal ini. Sudah 4 kali juga Ajkar membawa gadis di tempat ini. Termasuk Amelia sudah menjadikan bilangan menjadi 5. Keempat-empat gadis itu ditolak terus oleh Burhan. Kali ini Eryna terasa lain sedikit. Rasa takut juga muncul. Takut-takut yang Burhan akan menerima Amelia menjadi suami kepada Ajkar. Dia tidak rela Ajkar dimiliki oleh orang lain.
“Ya. Ayah aku dah setuju. Aku akan jumpa keluarga Amelia lepas ni. Aku nak merisik Amelia. Mungkin aku akan jumpa keluarga dia esok.”.
Jelas Ajkar.
“Oh. Kalau macam tu aku nak ucap good luck. Harap bapa Amelia tu setuju lah dengan bakal menantu dia ni.”.
Eryna tidak yakin yang Ajkar boleh diterima oleh keluarga Amelia. Melihat saja perwatakan Ajkar sudah tentu keluarga Amelia akan takut. Mana tidak muka Ajkar sangat jelas kelihatan muka mafia.
“Baiklah. Sekarang ni kau naik atas. Temankan Amelia tu. Buat dia dah macam keluarga ni. Jangan kasar-kasar kat dia. Aku nak kau hormat Amelia. Amelia tu tua sikit dari kau.”.
Arah Ajkar dengan tegas. Dia tidak mahu Amelia dikasari oleh Eryna. Dia tahu Eryna perempuan yang kasar. Berapa kali bergaduh dengan lelaki yang cuba merampas harta yang dimiliki oleh Ajkar. Ajkar tidak mahu Eryna terbawa-bawa sifatnya yang kasar itu pada Amelia.
“Ye. Aku tahu. Kau nak balik ke?”.
Sememangnya Eryna tidak sabar mahu berjumpa dengan Amelia lagi. Dia harus tahu bagaimana berita ini boleh sampai ke telinga Ajkar. Eryna juga masih menunggu Ajkar pergi dari sofa itu. Mata Ajkar tidak henti-henti melihat pergerakan Eryna.
“Aku balik dulu. Mungkin esok pagi aku datang sini. Ingat apa yang aku dah pesan kat kau tu. Jangan cuba nak kasar-kasar dengan Amelia.”.
Arah Jobi dengan keras. Sekali lagi dia mengingatkan pesanan itu kepada Eryna. Ajkar mula berdiri dari sofa itu. Matanya pula masih memandang kelopak mata Eryna. Dia masih kurang yakin dengan Eryna.
2 minit kemudian, bayangan Ajkar sudahpun hilang. Tinggal lagi Eryna seorang diri duduk di sofa itu. Dia melihat ke arah pintu tempat Ajkar keluar tadi. Kereta Ajkar diperhatinya dengan lama. Hatinya ditahan sakit. Selang beberapa minit kereta Ajkar akhirnya lesap.
Eryna melangkah ke atas untuk berjumpa dengan Amelia. Mahu nyatakan perkara yang diperkatakan oleh Ajkar tadi. Dia yakin pasti ada hal yang terjadi di sini tadi. Hinggakan rahsiah yang disimpannya selama ini sampai ke telinga Ajkar.
^^^
“Amelia?”.
Panggil Eryna dengan nada perlahan. Dia terlihat Amelia duduk seorang diri di tepi jendela itu. Melihat kereta yang melintasi jalan raya. Sayu sungguh wajah Amelia. Pasti dia berasa sedih. Eryna turut rasa simpati terhadap Amelia. Mahu saja dia temankan Amelia duduk di sana. Memeluk Amelia. Tapi dia tidak berani. Eryna cuba kekalkan sifat lelaki itu di dirinya.
“Oh Eryna.”.
Jawab Amelia dengan menambah senyuman. Eryna pula kelihatan muram. Disebabkan masih belum menerima apa yang diperkatakan oleh Ajkar tadi. Amelia bertambah curiga.
“Kenapa ni?”.
Tanya Amelia dengan rasa risau. Eryna langsung diamkan diri. Tidak bercakap dengan Amelia. Amelia hanya memandang pergerakan Eryna. Menunggu cakapan dari Eryna.
“Patut ke aku cakap yang sebenarnya dengan dia.”.
Eryna masih rasa ragu-ragu menyatakan perasaannya kepada Amelia. Hatinya memang sakit. Dia tidak dapat gambarkan bagaimana Ajkar menolaknya mentah-mentah. Nasihat yang diberikan Ajkar juga sangat dimengerti. Nasihat Ajkar itu menuju ke dirinya.
“Eryna? Eryna? Kenapa ni? Cakap lah?”.
Amelia goyangkan badan Eryna. Eryna masih diamkan diri. Sepatah apapun tidak keluar dari mulutnya. Eryna masih tundukkan kepalanya ke bawah.
“Aku terpaksa pergi Amelia. Nanti kita jumpa. Aku ada hal kat luar. Bye..”
Lari Eryna dengan pantas. Belum masanya untuk dia ceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Hatinya juga sangat sakit. Mood di hatinya hilang dengan begitu saja. Dia biarkan Amelia kembali ke tempatnya semula.
“Kenapa dengan Eryna tu eh? Huh ni tak boleh jadi. Mesti Ajkar dah buatkan Eryna tu sakit hati. Aku tak boleh biarkan benda ni berlarutan. Ajkar dah melampau. Aku janji dengan kau Eryna, kau tetap akan jadi milik Ajkar.”.
Sahut Amelia di hatinya sendiri. Dia kembali ke tempatnya semula. Melihat pemandangan yang berada di jendela itu. Esok dia akan berjumpa dengan keluarganya. Ajkar sudah memaksa. Amelia juga yakin yang Geriz tidak akan menerima Ajkar. Penampilan Ajkar saja seperti mafia, tidak yakin Amelia yang Geriz mahu menerima Ajkar menjadi menantunya. Apapun Amelia akan tetap menunggu keputusan itu esok.
Share this novel