BAB 2

Horror & Thriller Completed 9360

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?"soal Afifah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ.” Katanya memulakan cerita.

“Tok tengok perempuan mana pula tu?” tanya anak saudaranya.

“Alah perempuan yang lalu-lalang depan rumah ni saja. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Afifah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Ina.

"Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Long Mimah yang meninggal dunia akibat menggantung diri.”

“Ha? Gantung diri? Apa yang terjadi Mak Lang?” soal anak buahnya lagi.

“Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Bukit Besi tapi merantau ke sini dari Selatan Thai.

"Arwah Mak Long Mimah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Zainal. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran 'ratu', orangnya mestilah cantik molek.”

“Oh, ni mesti kes cemburukan isteri lawa. Lepas tu ada orang lelaki lain yang tengok cemburulah suaminya. Naik hantu kata orang.”

“Lebih kurang begitulah. Kalau dah ratu kebaya kan. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Zainal kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Long Mimah menjadi mangsa Pak Zainal melepaskan amarahnya.” Jelas Afifah lagi kepada anak saudaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience