BAB 33

Romance Completed 42886

Ariana Atilia mengeraskan tubuh. Dia langsung tak tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang dilontarkan oleh suaminya. Pegangannya pada buku milik Mawar Adriana makin kuat.
Risau sekiranya terlepas daripada pegangan tangannya.

Tanpa amaran, Adi Ashraf merampas buku tersebut daripada pegangan isterinya lalu mencampakkannya ke atas katil. Pandangannya kini beralih kepada Ariana Atilia sepenuhnya. Rahangnya yang diketap membuatkan Ariana Atilia menelan air liur.

"Mana kau dapat buku tu, Ariana Atilia?" soal Adi Ashraf sekali lagi dengan nada yang dingin. Riak wajahnya yang beku dipamerkan.

Ariana Atilia menundukkan muka apabila menyedari pandangan tajam suaminya terhadap dirinya. Nama penuh miliknya yang disebut oleh Adi Ashraf membuatkan dirinya lebih takut.

Adi Ashraf mula rasa tidak puas hati apabila soalannya tidak dijawab oleh isterinya. Dia langsung tidak menyedari bahwa dia telah menakutkan Ariana Atilia. Satu langkah diambil untuk dia mendekati isterinya.

Tindakannya itu membuatkan Ariana Atilia mengambil satu langkah ke belakang. Di dalam hatinya tak henti dia mendoakan agar tiada buruk yang bakal berlaku antara mereka berdua.

Namun Adi Ashraf langsung tidak menghentikan langkah. Tanpa Ariana sedari, belakang badannya terlanggar dinding bilik mereka. Oleh kerana itu, barulah Adi Ashraf menghentikan langkah.

Tetapi kali ini dia mendekatkan pula wajah kepada isterinya. Perbuatannya itu membuatkan Ariana Atilia memalingkan mukanya ke arah lain. Matanya dipejam rapat. Nafasnya tak tentu arah.

Kedua-dua belah tangan disisi tubuhnya digenggam kuat. Jantungnya berdegup kencang. Sehingga telinganya mendengar setiap degupan jantungnya pada ketika itu.

"Siapa bagi kau kebenaran sentuh barang dia?" bisik Adi Ashraf dengan nada yang keras di telinga Ariana Atilia.

Ariana Atilia sedaya upaya cuba untuk mengeluarkan suara. Tak tahu jika hanya bisikan yang keluar. Otaknya pula ligat bekerja untuk berfungsi sepenuhnya. Tersekat-sekat perkataan yang mula keluar dari mulutnya.

"A...ku, aku-"

Tok...tok...tok...

Bunyi ketukan pintu bilik tersebut menarik perhatian mereka berdua. Adi Ashraf membuang pandangan ke arah pintu bilik mereka. Kelihatan tombol pintu bilik mereka dipulas dari luar. Namun gagal dibuka kerana tombol tersebut telah dikunci dari dalam.

"Riana..." panggil Mai dari luar. Lalu, sekali lagi pintu bilik mereka diketuk.

Ariana Atilia yang menyedari dirinya dipanggil membuka mata perlahan-perlahan. Kepalanya yang ditundukkan sebentar tadi diangkat sedikit. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan sahabatnya itu.

"Ya, Mai." jawab Ariana Atilia dengan nada yang dibuat-buat. Cuba untuk mengelakkan rakannya itu daripada mengesyaki apa-apa.

"Umi dengan abah kau nak balik dah ni." maklum Maisarah tak lama kemudian. Bermaksud gadis itu langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Ariana Atilia menghela nafas lega. Matanya mengerling suaminya sekilas. Tetapi hampa kerana Adi Ashraf langsung tidak memandang ke arah dirinya.

Tak lama kemudian, Adi Ashraf menjauhkan diri daripada isterinya. Dia mengambil semula tempat duduknya dihujung katil. Kepalanya ditundukkan dan tangannya meraup wajahnya dengan kasar. Anak matanya masih tetap memandang ke arah buku milik Mawar Adriana.

"Okay, Nanti aku keluar. Kau pergilah dulu." balas Ariana Atilia seceria yang boleh. Tetapi wajahnya dimasamkan. Belum sempat dia berkata apa-apa kepada suaminya, kata-kata lelaki itu membuatkan hatinya retak tanpa dia sedari.

"Keluar." arah Adi Ashraf dingin tanpa melihat wajah isterinya.

Ariana Atilia akur tanpa berkata apa-apa. Dia berpura-pura seperti langsung tak terkesan dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Senyuman palsu dipamerkan sebaik dia keluar dari pintu bilik mereka berdua.

"Ha, keluar pun. Cepat sikit jalan. Kesian umi dengan abah kau tunggu dari tadi." rungut Maisarah lalu menarik tangan Ariana Atilia. Dia langsung tak menyedari perubahan riak wajah sahabatnya.

Sebaik mereka berdua mendekati Puan Sandra dan Encik Johan, Ariana Atilia segera melepaskan tangan Maisarah. Dia segera menyembamkan mukanya pada ceruk leher ibunya. Tangan dilingkarkan pada pinggang wanita itu.

Puan Sandra sedikit terkejut dengan tindakan anaknya. Naluri keibuannya mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Lantas, tangannya mengusap lembut belakang badan anak perempuannya. Pelukannya diketatkan cuba menyalurkan kekuatan kepada Ariana Atilia.

"Lia, kenapa ni hmmm?" ucap Puan Sandra lembut. Kepalanya anaknya diusap penuh kasih sebelum dihadiahkan ciuman hangat. Hati Ariana Atilia yang terluka terasa terubat oleh tindakan ibunya.

Dia mendongakkan kepala menemui seraut wajah yang dicintainya sepenuh hati. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Tak mahu merisaukan wanita itu. Pipi Puan Ratna dicium sekilas sebelum dia meleraikan pelukan.

"Lia, okay. Cuma takut Lia rindu umi dengan abah. Umi dengan abah tak nak tidur sini ke?" pujuk Ariana Atilia bersungguh-sungguh.

Puan Sandra dan Encik Johan saling berpandangan. Mereka berdua mengeluarkan keluhan kecil. Serba salah kerana tak boleh memenuhi permintaan anak perempuan mereka.

"Tak boleh, sayang. Umi dengan abah kena balik kampung. Tok Wan sakit." maklum Puan Sandra sedih. Encik Johan mengangguk tanda mengiyakan.

Ariana Atilia mengangguk tanda faham. Figura Tok Wan yang sedang terlantar di katil menerpa ke dalam fikirannya. Betapa dia rindukan Tok Wan ketika ini.

"Adi mana? Umi dengan abah nak kena cepat. Risau jadi apa-apa nanti." kata Encik Johan sambil mencari kelibat menantunya.

Ariana Atilia terdiam sejenak sebelum bersuara. Tak kira apa pun dia perlu menjaga air muka suaminya.

"Ash kata dia tak sihat. Dia minta maaf sebab tak boleh hantar umi dengan abah pergi." tipu Ariana Atilia bagi pihak suaminya.

Kedua-dua orang tuanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Mereka bersalaman. Ariana Atilia menghantar pemergian mereka berdua dengan pandangan. Dia hanya berdoa di dalam hati agar diberikan kekuatan sebelum mengorak langkah ke bilik tidurnya semula.

" Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan."

••???••?????••???•

Izz Faris meneruskan pemanduannya dengan tenang. Sesekali mulutnya akan mengikuti rentak lagu yang bermain dicorong radio. Tangan kirinya terletak di stereng kereta manakala sebelah lagi diletakkan diatas pahanya.

Lampu isyarat merah yang menyala membuatkan dia menghentikan kereta. Buat seketika, matanya melilau ke luar tingkap. Pandangan matanya tertancap pada kereta disebelahnya yang diduduki oleh sebuah pasangan suami isteri.

Kelihatan pasangan tersebut sedang berbual mesra. Interaksi antara mereka jelas menunjukkan mereka sedang bahagia. Izz Faris tersenyum tawar. Kerana terlalu leka, tak semena-mena hon yang kuat dibunyikan dari belakang.

Tanpa berlengah, Izz Faris mengerakkan kereta. Dia mengeleng kepala cuba menumpukan perhatian kepada pemanduannya semula. Kelantangan radio direndahkan sedikit.

Tangannya membuka dashboard kereta mahu mengambil coklat pudina kegemarannya. Sebaik tangannya mencapai kotak coklat tersebut, dia menarik keluar dengan segera.

Tindakannya itu membuat sekeping nota terkeluar bersama. Nota yang bertulis sebuah alamat rumah seseorang itu menarik perhatian Izz Faris. Akhirnya, dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

Matanya meneliti alamat rumah tersebut dengan penuh fokus. Cuba mengingat semula bagaimana alamat tersebut boleh berada bersama dirinya. Selepas beberapa ketika, dia teringatkan sesuatu.

Tubuhnya disandarkan pada kerusi kereta. Tangannya meraup rambutnya ke belakang. Baru sekarang dia sedar ke mana hilangnya kertas itu selama ini. Namun apabila sudah terjumpa, dia mula berkira-kira untuk pergi ke alamat tersebut.

Jam tangan di pergelangan tangan kirinya dikerling sekilas. Nampaknya sekarang masa yang sesuai untuk dia melawat sahabat lamanya itu. Terlalu lama mereka tidak berjumpa. Mungkin ini peluang yang tak patut dia lepaskan.

Akhirnya, dia menghidupkan kereta untuk bergerak ke destinasi yang dinyatakan di dalam nota tersebut. Alamat itu telah dimasukkan ke dalam aplikasi Google Maps untuk memudahkan perjalanan.

Trafik yang tidak begitu sesak pada hari itu memendekkan masa perjalanan Izz Faris. Arahan daripada aplikasi Google Maps dipatuhi tanpa ragu-ragu oleh dirinya. Memberikan sepenuh kepercayaan terhadap aplikasi tersebut.

"Your destination is in your left."

Suara auto yang ditetapkan oleh aplikasi tersebut mula memenuhi ruangan kereta. Lantas, Izz Faris memusingkan stereng kereta ke kiri. Dirinya kini berada di dalam kawasan perumahan yang cantik. Sebuah rumah teres yang besar dan selesa berada dalam pandangan.

Nombor rumah tersebut yang bertepatan dengan alamat yang tertulis di nota membuatkan Izz Faris memberhentikan kereta tidak jauh dari situ. Enjin kereta dimatikan sebegitu juga aplikasi yang digunakan tadi.

Dia melangkah keluar dari kereta. Sempat lagi dia membetulkan penampilannya di hadapan cermin sisi keretanya buat seketika. Baju kemeja yang dipakai dikemaskan sedikit. Dia menarik nafas panjang sebelum mengorak langkah ke rumah tersebut.

Sebaik tiba dihadapan rumah tersebut, matanya meliar ke dalam pagar mahu melihat sekiranya ada sesiapa di rumah. Kereta yang diparkir kemas menandakan bahawa rumah itu tidak kosong. Lantas, jari Izz Faris menekan  loceng.

Selepas beberapa kali, sebuah figura muncul disebalik muka pintu rumah. Izz Faris cuba mengenalpasti raut wajah pemilik rumah tersebut. Namun tak berjaya kerana terhalang dengan pagar yang tinggi itu.

Perlahan-perlahan, pagar automatik itu terbuka menampakkan wajah pemilik rumah tersebut dengan jelas. Izz Faris mengerutkan dahi. Kerana dia langsung tak mengenali gadis yang berada di hadapannya itu.

"Ermmm, Encik ni cari siapa ya?" soal gadis itu ingin tahu.

"Saya Izz, maaf sebab menganggu cik. Tapi saya nak cari kawan saya, Naufal. Ni rumah dia ke? Cik ni Ria ke?" balas Izz Faris jujur.

"Oh tak. Saya Alia bukan Ria. Saya pun tak kenal mana-mana Naufal yang duduk sini. Mungkin Encik salah rumah kot." balas gadis yang bernama Alia itu dengan sopan.

Izz Faris menggaru kepalanya yang tak gatal. Hairan bagaimana dia boleh tersalah rumah. Alamat yang berada di tangannya direnung sekilas. Kalau diikutkan alamat tersebut, memang betullah.

"Maafkan saya sekali lagi ya. Tapi boleh cik Alia periksa alamat ni?" pinta Izz Faris lalu menyuakan nota tersebut kepada gadis itu.

Nota tersebut bertukar tangan. Gadis itu meneliti alamat tersebut dengan fokus. Izz Faris menunggu dengan sabar.

"Betullah ni alamatnya, Encik." ucap Alia tiba-tiba. Izz Faris menghela nafas lega. Kelihatan gadis itu seperti sedang sibuk memikirkan sesuatu.

"Mungkin kawan Encik tu penyewa sebelum ni." sambung Alia lagi. Dia menyerahkan semula nota tersebut kepada Izz Faris.

"Kalau macam tu, cik ada nombor atau alamat baru penyewa sebelum ni tak?" soal Izz Faris penuh berharap.

"Maaf Encik, tapi saya tak ada maklumat tu. Tapi kalau Encik nak jugak, saya boleh bagi nombor pemilik rumah ni. Bolehlah Encik tahu daripada dia." balas Alia cuba membantu Izz Faris yang kelihatan terdesak itu.

Izz Faris mengangguk tanda mengiyakan. Dia tersenyum lebar. Ucapan terima kasih tak henti diucapkan kepada gadis itu. Namun sebaik sebaris nama yang disebut oleh Alia, dia mengerutkan dahi.

"Ni nombornya. Namanya Ariana....

....Ariana Atilia"

••???••?????••???•

Pintu bilik tidur yang berada dihadapan Ariana Atilia ditenung lama. Bagai mahu tembus pintu tersebut dibuatnya. Dari tadi tangannya ingin mengetuk pintu tersebut namun tak berjaya.

"Dia marah aku lagi ke?" monolog Ariana sendiri. Segala anggapan negatif mula memenuhi mindanya. Keyakinan yang dibina selama ini mula hilang sekelip mata.

Macam mana kalau Adi Ashraf sudah tak mahu lihat muka dia lagi? Macam mana kalau mereka dah tak bercakap? Macam mana kalau suami dia akhirnya mahu...

Meninggalkan dia?

Semua persoalan yang bermain-main dibenak fikiran membuatkan dia gelisah. Hatinya bagai disiat-siat apabila memikirkan semua itu. Tanpa dia sedari, kepalanya terhantuk pada pintu itu sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Matanya dibulatkan apabila menyedari tindakannya itu akan disedari oleh Adi Ashraf. Kesakitan pada dahinya dihiraukan sepenuhnya. Dia mula panik apabila terdengar langkah tapak kaki dari dalam.

Belum sempat dia melarikan diri, pintu tersebut telah dibuka oleh suaminya. Menampakkan wajah beku Adi Ashraf. Namun riak mukanya berubah apabila melihat wajah Ariana Atilia.

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu memberikan laluan untuk isterinya masuk sebelum kembali melabuhkan punggung di penjuru katil. Ariana Atilia yang masih sedikit terkejut masuk ke dalam. Dia berdiri tegak sambil menundukkan kepala.

Mulutnya sesekali mengaduh kesakitan sambil memegang dahinya yang sakit. Takkan teruk sangat dia terhantuk tadi? Haih. Dia menjeling suaminya dari ekor mata. Apabila tiada tanda-tanda suaminya mahu bercakap atau berbaik, dia melepaskan keluhan berat.

Takkan dia mahu berdiri disitu sampai esok. Atau takkan lah dia mahu berada disitu sekiranya hanya dihiraukan oleh Adi Ashraf. Dia mengorak langkah untuk keluar dari bilik. Nampaknya terpaksalah dia tidur bersama Maisarah malam ini.

"Tunggu." panggil Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia menoleh sambil memegang dahinya yang sakit. Tak menyangka dia dipanggil oleh suaminya akhirnya.

Adi Ashraf bangun berdiri lalu berjalan mendekati isterinya. Tetapi hampa apabila dia berjalan melepasi Ariana Atilia hanya untuk mengambil sesuatu. Ariana memasamkan wajah.

Tetapi secara tiba-tiba, tangannya ditarik oleh Adi Ashraf mendekati katil mereka. Ariana Atilia memandang suaminya mahu jawapan. Adi Ashraf hanya beriak bersahaja.

Sebaik mereka berdua melabuhkan punggung diatas katil, tubuh Ariana Atilia dihadapkan kepada Adi Ashraf. Adi Ashraf mendongakkan wajah isterinya dengan lembut untuk menyamakan paras muka mereka.

Lalu, kotak kecemasan yang diambil tadi dibuka untuk mengeluarkan sesuatu. Ariana Atilia diam tak bersuara. Matanya memerhati suaminya yang sedang khusyuk merawat dahinya. Nampaknya teruk juga dia terhantuk tadi.

"Dah tak ada tangan ke nak ketuk pintu? Sampai kena guna dahi, Riana?" soal Adi Ashraf bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Pandangan mata mereka bertembung.

Ariana Atilia melarikan anak matanya. Sebaik Adi Ashraf selesai merawat lukanya, dia segera bangun. Tak sanggup menghadap wajah Adi Ashraf lagi. Perasaannya sebentar tadi mula menguasai dirinya semula.

Namun perbuatannya terhalang apabila tangan Adi Ashraf menarik tangannya. Matanya beralih pada tangan yang dipegang oleh suaminya kepada wajah suaminya.

"Riana... Aku minta maaf." ucap Adi Ashraf pada akhirnya. Jelas kelihatan kekesalan pada wajah lelaki itu sehingga membuatkan hatinya lemah.

"Aku minta maaf sebab marah kau macam tu. Aku... tak dapat kawal kemarahan aku tadi. Buku tu buat aku teringatkan dekat dia." ucap Adi Ashraf menundukkan wajah sambil meraup muka.

Ariana Atilia duduk semula disebelah suaminya. Jarak mereka didekatkan lagi. Tangan suaminya yang memegang tangannya diusap lembut.

Seolah cuba memberi isyarat untuk lelaki itu meneruskan kata-katanya. Adi Ashraf sedar dengan keadaan itu dan berhasrat untuk menjelaskan segala-galanya.

"Nama dia Mawar. Mawar Adriana." sambung Adi Ashraf perlahan. Hanya dengan sebaris nama itu degupan jantungnya mula kencang. Dia mula tersenyum apabila mengingat semula memori mereka bersama.

"Aku... sayang dia. Sayang sangat jadi kami bertunang. Aku happy bila tengok dia happy. Aku rasa macam aku paling bahgia bila ada dengan dengan dia. Suara dia, tawa dia dan yang paling penting senyuman dia. Semua orang sayang Mawar." cerita Adi Ashraf bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Ariana Atilia hanya senyum simpul..

"Tapi kebahagiaan tu semua sementara, Riana." ucap Adi Ashraf sambil tersenyum tawar. Riak wajahnya yang gembira tadi berubah. Pegangan tangannya juga mula longgar.

"Sebelum majlis perkahwinan kami, dia... Dia pergi. Dia tinggalkan aku. Untuk selamanya." ucap Adi Ashraf sedaya upaya cuba menahan diri daripada menangis. Tangannya sudah meleraikan gengaman pada tangan isterinya.

"Aku sayang dia. Sayang dia sangat-sangat. Tapi sekarang dia dah tak ada, Riana. Mawar Adriana, dah tak ada.

Aku... rindukan dia. Rindu sangat sampai hati ni sakit. Sakit sebab sayang orang yang dah tak ada dalam dunia ni, Riana." luah Adi Ashraf penuh sebak. Tangannya terketar-ketar apabila segala yang disimpannya selama ini berjaya diluahkan.

Ariana Atilia menyatukan semula tangan mereka berdua. Dia mengenggam sedikit tangan suaminya cuba memberikan kekuatan kepada lelaki itu. Sebelah tangannya lagi diletakkan diatas genggaman tangan mereka berdua.

Adi Ashraf memandang ke arah isterinya. Suara isterinya yang lembut itu menerjah ke dalam telinga. Serta-merta, menenangkan hatinya yang lara.

"Aku ada. Aku ada untuk buat kau lupa segala kesakitan tu."

-to be continued...

Updated yay!????
Hope you all enjoy reading!
Don't forget to vote!
And leave comments!
Stay tune ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience