BAB 9

Humor Completed 13767

Ting!

Pintu lif terbuka dan aku pantas keluar tanpa menjawab pertanyaan mamat tu. Aku nak balik. Makan dengan bonda.

Tak kuasa nak layan dia.

" Saya cintakan awak Zulia!" jeritnya tiba-tiba semasa kami melalui lobi pejabat.

Aku terundur dua langkah ke belakang.

“Apa yang awak cakap ni?”

Aku menoleh ke kiri. Ternyata papa,bonda dan Abang Haz mendengar perbualan kami. Kureng asam betul. Mereka tersengih.

"Tak sangka mamat sombong macam awak boleh jatuh cinta dekat saya.." Kata-kataku lebih kepada perlian. Sengaja nak duga perasaannya.

" Aku pun manusia biasa." Pulak! Dia guna balik panggilan aku dan kau tu. Ish!

" Apa jawapan kau?" aku tunduk memandang lantai. Kemudian aku tersenyum.

" Awak kena ubah sikap jika awak mahu saya terima awak." tegasku. Aku lihat dia seperti teragak-agak. Aku jongket kening. Berani ke terima cabaran aku tu.

" Baiklah. Aku sanggup." Bagus!

" Awak kena sentiasa senyum. Terutama dengan saya. Awak tak boleh egois mahupun sombong lagi. Kalau tidak saya tak mengaku yang awak ni teman lelaki saya." Rasa nak terhambur ketawa aku melihat reaksi dia. Tapi ini sajalah cara agar dia berubah. Demi kebaikan kami berdua.

" Okey fine!"

" Yeah!" Aku bersorak kegembiraan. Macam tu lah.

" Terima kasih..." Senyumannya yang menawan itu terukir. Ha! Kan handsome macam tu hehek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience