Bab 6

Drama Completed 5973

Saraa melihat jam di tangannya. Sudah lebih lima belas minit dia menunggu kedatangan Adam. Dia sudah berkira-kira untuk menelefon Adam tetapi niatnya hanya terhenti di situ apabila dia tiba-tiba ditegur oleh Mila.
"Kau nak ke mana ni, Saraa?" tanyanya sambil meneliti penampilan Saraa. Saraa memakai baju T-shirt hitam berlengan panjang, tudung hitam, seluar sukan berwarna hitam dan kasut sukan yang berwarna biru.
"Kenapa kau tanya?" jawab Saraa dengan pertanyaan.
"Salah ke aku tanya?"
"Aku nak pegi kat kolej Adam," jawab Saraa acuh tak acuh.
"Kenapa pulak kau nak pegi kat kolej Adam? Kau nak sambung belajar ke? Bukanke ayah kau kata yang kau tak sambung belajar?" tanya Mila bertalu-talu.
Saraa hanya mengeluh mendengar soalan yang dilontarkan oleh Mila. Dia memang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran. Akan tetapi, disebabkan oleh masalah kewangan dan beberapa masalah yang lain, dia mengambil keputusan untuk mencari kerja dan membantu ekonomi keluarganya.
Belum sempat dia menjawab soalan-soalan yang diberikan, Adam telah tiba untuk menjemputnya. Saraa menghembus nafas lega dan terus meninggalkan Mila terpinga-pinga begitu sahaja. Dia masuk ke dalam perut kereta Honda berwarna hitam milik Adam dengan keluhan.
"Kenapa kau mengeluh?" tanya Adam.
"Kau tanya aku kenapa? Kau lewat kenapa?" marah Saraa.
"Maafla. Bukan sengaja pun. Perut aku ni, tiba-tiba nak buat hal pulak tadi," jawab Adam tersengih-sengih.
"Ish, banyak je alasan kau"
Adam hanya tersenyum melihat Saraa yang marah disisinya.
Saraa membuka aplikasi Whatsapp lalu menghantar mesej di group.

'Korang dah sampai ke?'
'On the way' - Syafiqa
'Dah nak sampai ni' - Shazrin
'Dah. Aku dan Damien tunggu korang kat cafe' - Areena
'Okeyyy tunggu tau'
...
Setelah 30 minit berada di atas jalan raya akhirnya Adam dan Saraa tiba di Kolej Tunku Ahmad Zani.
"Mana cafe kat sini?" tanya Saraa.
"Kau belum sarapan ke?"
"Dah. Syafiqa, Shazrin, Areena dan Damien tunggu kita kat sana,"
"Oh. Okey jom,"
Mereka berdua tiba di cafe setelah lima minit berjalan dari tempat parkir.
"Lambatnya korang," rungut Shazrin apabila melihat kelibat mereka berdua.
"Adam ni terhegeh-hegeh," ujar Saraa sambil menjeling Adam yang tersengih-sengih disebelahnya.
Syafiqa, Areena dan Damien hanya tersenyum melihat gelagat Adam. Walaupun Adam lebih tua daripada mereka, namun mereka sering menganggap Adam seusia dengan mereka kerana wajah Adam yang keanak-anakan itu.
"Jomla kita daftar nama. Nanti kalau dah ramai orang, lama pulak nak tunggu turn," ujar Adam.
Mereka hanya mengikuti Adam dari belakang untuk pergi ke tempat pendaftaran.
"Korang tunggu sini, biar aku yang daftarkan nama korang," ucap Adam setelah tiba di tempat pendaftaran.
Setelah Adam hilang dari pandangan mata, Shazrin bersuara.
"Kau dan Adam sepadanla," katanya sambil mencuit bahu kiri Saraa.
"Kau ni aku sepak kang," Saraa membalas sambil kakinya diangkat seolah-olah mahu menyepak Shazrin.
Syafiqa, Areena dan Shazrin hanya tertawa melihat reaksi Saraa.
"Tak salah kot kalau kau dengan Adam bercinta," kata Damien sambil mengangkat keningnya.
Areena hanya mengangguk.
"Dia istimewa. Tapi aku anggap dia macam abang aku je," jawab Saraa jujur.
Tanpa disedari, Adam mendengar perbualan tersebut. Dia tidak tahu kenapa hatinya bagai dihiris apabila mendengar jawapan jujur Saraa mengenai status mereka. Dia mengukir senyum kerana tidak mahu mereka mengesyaki apa-apa.
"Jom pergi padang. Aku dah daftarkan dah nama korang. Semua bawah seliaan aku," katanya sambil mengenyit mata kepada mereka.
Mereka terus mengekori Adam untuk ke padang.
"Terujanya aku!" kata Shazrin sambil bertepuk tangan seperti kanak-kanak.
"Teruja sangat kau ni," Syafiqa ketawa melihat gelagat kawannya itu.
"Mana la tau kot-kot terjumpa jodoh," jawab Shazrin selamba.
"Ish kau ni. Kita kat sini sebab nak belajar memanah bukan nak cari jodoh," bebel Saraa.
"Tak salah kot sambil menyelam minum air, kan sayang?" Areena membela Shazrin. Damien hanya mengangguk. Senyumnya tidak lekang apabila berada disisi Areena.
Saraa mencebik.
Adam hanya diam seribu bahasa melihat telatah mereka. Jawapan Saraa masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Eh Adam!" jerit seorang lelaki bermata hazel sambil berlari-lari anak ke arah mereka.
"Ni ahli kumpulan kau eh?" tanyanya mesra.
Adam hanya mengangguk.
"Nice to meet you guys," sapa lelaki tersebut sambil matanya merenung wajah Saraa, Areena, Syafiqa dan Shazrin satu persatu.
"Abang ni comel la. Boleh kami tahu nama abang?" tanya Shazrin beria.
Syafiqa memukul bahu Shazrin supaya dia mengawal keterujaannya.
"Nama saya Fahmi," dia memperkenalkan diri. Senyuman mesra dilemparkan ke arah Shazrin.
"Korang?" tanyanya ringkas.
Mereka semua memperkenalkan diri masing-masing. Dia menunjukkan wajah berminat apabila mereka berempat memperkenalkan diri mereka. Adam hanya memerhati kawannya itu tanpa berkata apa-apa.
'Dasar lelaki, tak boleh nampak perempuan sikit!' getusnya dalam hati.
"Bengkel dah nak mula dah. Jom," ajak Adam.
Mereka hanya menurut sahaja semua arahan Adam memandangkan Adam merupakan fasilitator mereka pada hari tersebut.
...
"Kau okey tak? Aku tengok kau senyap je dari tadi," tanya Saraa yang prihatin akan keadaan Adam.
"Aku okey. Kenapa?"
"Takdela. Jarang aku tengok kau senyap macam ni,"
"Trust me, I'm okay," Adam cuba meyakinkan Saraa.
Saraa hanya mengangguk.
"Aku nak tanya sikit, boleh?" tanya Adam dengan nada serius.
Saraa hanya memandang wajah Adam  tanda setuju.
"Kau berminat kat Fahmi?" tanyanya.
Saraa ketawa mendengar soalan tersebut. Soalan itu lucu baginya.
"Aku rasa Shazrin yang berminat kat dia. Kenapa?"
"Aku tengok tadi bukan main lagi korang berborak. Pasal apa?" tanya Adam lagi.
"Borak kosong je la. Kau ni dah kenapa?" Saraa hairan melihat Adam yang tiba-tiba berperangai pelik.
"Takdela. Dia tu playboy. Aku takut dia mainkan kau je," jelas Adam.
"Kau rilekla. Aku pandai jaga diri. Tapi betul ke dia macamtu?" soal Saraa.
Adam mengangguk.
"Aku perlu inform kat Shazrin ni. Takut dia pulak yang jadi mangsa," kata Saraa sambil mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantar mesej kepada kawannya yang seorang itu.
Adam hanya membiarkan Saraa dengan telefonnya. Dia perlu menumpukan perhatian dalam pemanduannya.
...
"Thanks tau," ucap Saraa dengan senyumannya yang manis apabila dia keluar dari perut kereta Adam.
Adam hanya membalas senyumannya dan terus berlalu pergi.
"Dah balik?" tanya ibu sejurus melihat Saraa masuk ke dalam rumah.
"Macam mana bengkel tadi? Dah pandai memanah ke? Dah pro?"
Saraa tertawa mendengar soalan ibunya itu.
"Tu bengkel untuk kita tau basic je la, bu. Takkanla Saraa terus pro sebab tau basic je," katanya dengan tawa yang masih bersisa.
Ibu hanya tersenyum.
"Dahla Saraa pergi mandi. Pergi solat. Lepastu  tolong ibu kat dapur ya," arah ibu sebelum berlalu ke dapur.
Saraa hanya mengangguk apabila mendengar arahan ibunya. Dia terus masuk ke dalam bilik untuk mengambil tuala untuk mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience