Bab 3: Malam tanpa bintang

Mystery & Detective Series 2682

“Selamat malam Encik Jonathan, Puan Susan, Karl.Kami berjaya menemui anak encik dan puan yang hilang tetapi dia kami tidak berjaya menyelamatkan dia.” ujar Encik Sebastian. Di hujung ayatnya itu tersembunyi rasa berat hati, menyesalpun.

Aku seperti hilang kawalan diri. Graviti menarikku ke bawah namun aku tetap bertahan untuk tidak jatuh. Duniaku sudah bertukar pudar kemudian gelap. Segala harapan untuk bertemu lagi dengan Carla kini punah. Kalau aku jumpapun tiada gunanya lagi. Kami sudah tidak dapat berkongsi kisah lagi. Kisah Carla sudah berakhir pada 29 Mac.

Dengan pandangan kosong, aku memandang sekelilingku. Orang ramai memerhatikan kami. Aku berasa seperti dikongkong oleh mereka semua walaupun mereka sebenarnya berada di tempat duduk masing-masing.

Aku hanya perhatikan pergerakan mulut papa sedang menenangkan keadaan mama yang kelihatan jatuh di pelukan papa. Papa memandang aku, dia menggeleng lalu membuka mulut, bersuara. Namun, seakan sesuatu menyekat suara papa masuk ke dalam telingaku. Apa aku nak buat? Semuanya berakhir di sini. Misteri kehilangan Carla sudah terjawab, apa aku nak buat lagi? Tiada apa-apa yang perlu dilakukan lagi. Aku bersuara sendiri di dalam hati.

Badanku kini seakan bukan aku yang mengawalnya lagi. Aku bangkit, keluar dari tempat duduk lantas berlari keluar dari dalam restoran itu.

Aku tidak ambil peduli lagi apa yang aku langgar dan kalau ada kenderaan yang ingin melanggar aku ketika ini juga, aku sudah siap untuk dilanggar kerana aku betul-betul hancur mendapat berita yang mengatakan bahawa Carla sudah tiada. Meninggal. Mati.

Aku berlari dan terus berlari tanpa arah tujuan yang tetap. Aku hanya ingi lari dari realiti ini, aku dalam halusinasi sahaja. Ini semua mimpi, aku harus bangun. Aku memukul wajahku berkali-kali sekuat hati. Tiada apa yang berlaku melainkan luka kecil di bagaian mulutku sahaja.

Itupun aku sedari ketika aku sudah berhenti berlari dan mendapati diriku berada di sebuah pantasi yang kosong. Bunyi ombak menderu menggigit pantai, bunyi kenderaan sedang berlari di dada lebuh raya, semuanya hanya mengganggu fikiranku.

“Argh! Fuck! Fuck! Fuck!” aku mengeluarkan kata kesat dengan penuh amarah. “Carla! Carla! Carla!” aku melaung nama Carla berkali-kali seakan dia akan muncul di hadapanku. “Kenapa tinggalkan adik sorang-sorang! Awak nak janji untuk datang konvo adik, tapi awak menghilang! Awak dah janji selepas adik konvo kita akan berkelah bersama-sama lagi seperti dulu! Tapi awak hilang! Sekarang, awak hilang buat selama-lamanya!” jeritku sekuat hati. Biar urat leherku terputus, aku tak kisah. Biar aku pengsan akibat kehilangan banyak oksigen dan dihanyutkan oleh ombak malam ini, aku tak kisah. Aku hanya mahu hilangkan perasaan ini. Aku tak tahu apa yang harus aku rasakan sekarang. Marah, kecewa, dendam, menyesal semua perasaan negatif itu menyelubungi fikiranku dan itu mempengaruhi aku.

“Carla!” laungku lagi dan aku semakin lemah. Aku tersungkur di atas permukaan pasir. Aku dapat rasakan permukaan kasar pasir itu melekat pada pipiku yang basah dan berbisik jangan menangis lagi.

Dari jauh, aku melihat seseorang sedang berlari ke arahku. Dia memanggil namaku berkali-kali, “Karl! Karl! Karl!” namun aku sudah tidak berdaya untuk menjawab.

Justin, lelaki itu adalah Justin. Lelaki yang pernah digunakan oleh papa untuk mengusik Carla. Dia mengangkat badanku lalu digendong. Aku sudah lemah dan mamai. Semuanya hanya samar. Berat badanku membuatkan pergerakan Justin lambat, itu yang dapat aku bayangkan tatkala aku mendengar hembusan nafas kasar Justin setiap kali berlari.

Masa seperti diberhentikan lalu dimainkan semula, tadi aku ada pantai sekarang aku ada di dalam kereta yang aku tidak kenal. Aku menoleh ke kanan, Justin sedang memandu.

“Justin.” ujarku. Justin menoleh sambil tersenyum. “Awak tak apa-apa. Papa awak call, suruh cari awak. Mujur saya kerja berdekatan sini. Tak tahu kenapa, saya rasa yang awak mungkin akan pergi tempat yang paling sunyi dan satu-satunya tempat yang sunyi di sini ialah pantai tadi tu. Then, I found you.” jelas Justin. Namun, aku belum berminat untuk mendengar celotehnya lagi. Aku belum ada semangat untuk berborak.

“Kita nak kemana?” soalku lemah. “Rumah.” jawab Justin, seraya itu aku menyuruh dia berhenti, “Jangan, keadaan akan lebih teruk kalau aku pulang sekarang.” balasku. Justin tampak resah apabila aku berkata begitu.

“Jadi? Awak nak kemana?” soalnya pula. Aku nak ke tempat yang boleh menenangkan fikiran aku untuk sementara waktu. “Kalau awak tiada apa-apa idea, saya ada tempat cadangan.” ujar Justin. Aku menelan air liurku sedikit akibat tekakku terlalu kering. “Mana-mana…asal bukan rumah.” balasku. Justin hanya tersenyum lalu memecut laju ke hadapan. Fikiranku masih kalut, namun aku tak mahu bebankan diri sekarang. Kalau boleh semua yang aku rasakan sekarang ini lenyap begitu sahaja tanpa aku sedar segala kesedihan ini.

Aku masih tidak percaya yang Carla sudah tiada, seakan-akan kematiannya hanya dipalsukan oleh pihak polis Miri kerana tidak berjaya menemukan dia. Aku tak percaya selagi aku sendiri tidak tengok jasad itu. Jasad Carla yang sudah meninggal dunia.

Jejariku menari-nari di atas pahaku, aku mula tenang. Aku tidak mahu kelihatan sedih atau apa-apa di hadapan Justin. Aku tenang sekarang. Aku boleh hadapi kenyataan ini, aku hanya ingin minum untuk menghilang tekanan di fikiran bercelaru ini. Fikirku.

Agak lama memandu, sekarang sudah jam sembilan empat puluh lima, Justin mematikan enjin keretanya. Suasana dalam kereta itu tiba-tiba sunyi dan aku melihat di hadapan melalui tingkap kereta, Relax dan chill. Inilah tempat yang Justin cakap tadi. Bisikku di dalam hati.

“Kita dah sampai.” ujar Justin sambil tersenyum mempersembahkan barisan askar giginya yang tersusun kemas di dalam seragam kerjanya yang tertera logo serta nama tempat kerjanya yang aku sendiri tidak ambil kisah.

“Owe.” jawabku lemah. Aku membuka daun pintu lalu keluar. Aku menoleh ke arah Justin, dia tersenyum sambil membuat isyarat tangan memperkenalkan aku dengan bistro itu. “Jom.” katanya lagi lalu kami melangkah menuju ke bistro itu. Jam masih awal untuk orang ramai mula meninggalkan bistro itu. Pelbagai ragam orang di situ.

“Suit yourself.” ujar Justin, tersenyum melihat aku. Di hadapan kami sudah tersedia sebotol arak yang aku sendiri tidak pernah cuba selama ini. “Sinilah tempat saya selalu lepak hujung minggu. Lima malam bekerja, dua hari cuti.” Justin berbasa-basi denganku tapi aku menngangguk tidak minat untuk berbual lagi. Selang beberapa saat suasana kembali sunyi antara kami. Kedengaran muzik techo berkumandang diselang lagi lagu K-pop dan seterusnya. Kebanyakan pengunjung yang datang seperti sebaya dengan aku, lingkungan dua puluhan. Namun, semua berpasangan.

“Karl. Saya turut bersimpati dengan kehilangan kakak awak. Semoga pihak polis cakna dalam operasi mereka.” aku terkilan mendengar kata-kata Justin mengenai kes Carla. Dia belum tahu Carla sudah meninggal? Aku mengangguk sahaja sebelum meneguk segelas arak di dalam gelas kecil. Rasanya agak menyengat. “Awak belum tahu lagi?” tanyaku kepada Justin. Aku perhatikan kening tebalnya terangkat sedikit. Dia tampak terkejut dengan soalan itu. “Apa? Carla hilang? Maaf.” ujarnya. Aku menghela nafas panjang.

“Carla sudah dijumpai, malam ni.” balasku. Tanpa terkawal, air mata mula berkumpul di kelopak mataku namun aku masih dapat menahan. Aku menoleh ke kiri, menghindari dari diketahui oleh Justin aku sedang mengusap air mata.

Aku melihat riak wajah Justin agak terkejut, rimas. Aku faham dia memang tengah tunggu aku menyambung ayatku cuma aku yang perlu masa untuk mengucapkannya. Aku masih emosional. “Polis jumpa…mayat dia.” akhirnya terucap juga dan satu kelegaan menerpa di hati kerana aku diberi kekuatan untuk mengungkap kebenaran itu kepada Justin dan pada masa yang sama amat terpukul dengan hakikat yang Carla sudah meninggal.

Satu kehampaan di tambah dengan kegusaran. Itu yang dapat aku tangkap daripada reaksi Justin ketika itu. Lantas itu, dia menuang beer dari botol ke dalam gelas kecil lalu diteguk, kemudian dia menuang lagi lalu diminum sampai tiga kali. Aku sendiri, memang tidak akan berbuat begitu. Tapi, aku sudah bersumpah pada diri sendiri untuk menghilangkan rasa sakit ini untuk malam ini sahaja dan mungkin esok semuanya akan berjalan seperti biasa.

“Carla seorang kawan yang baik. She’s the best girl I’ve ever met.” ucap Justin tetapi kali ini dia tidak memandang ke arahku sebaliknya dia merenung gelas di tangannya. Aku teringat, Carla pernah ceritakan kisah kali pertama dia dan Justin berjumpa.

Hari itu, kami berdua sedang bermain di halaman rumah. Dari balik pagar rumah, aku melihat sebuah kereta Hilux putih gak di melintas lalu berhenti di sebelah agak jauh dari rumah kami. Kemudian, sebuah lori bermuatan penuh melintas laluu berhenti di hadapan rumah itu juga.

“Jiran baru.” ujarku. Lalu aku berlari ke dalam rumah untuk mendapatkan mama dan papa dan memberitahu mereka yang kami sudah ada jiran.

“Carla.” ucapku. Aku melihat Carla sedang mengintai dari celah gerigi pagar. “Wah, handsomenya dia.” puji Carla sambil tersenyum. “Handsome, handsomepun kalau dia tak suka kat awak tak da maknanya.” usikku. Carla menoleh ke arahku lalu dengan tidak semena-mena satu tumbukan hinggap di dadaku membuatkan aku kehilangan nafas untuk beberapa saat sebelum aku tertunduk menahan kesakitan.

“Sibuk jer, at least Carla puji dia handsome daripada Carla puji Karl serupa macam pantat ayam.” balasnya lalu pergi. Aku ketawa sendiri mendengar itu di samping menahan kesakitan di dadaku.

“Apa awak nak buat untuk hilangkan stress? Selain daripada minum.” celah Justin memeranjatkan aku. Tiba-tiba aku teringat akan Melvin. Ketika itu, kami sudah hampir dikejar oleh tarikh akhir menghantar tugasan kursus kami. Lima kerja kursus dan semuanya ada tiga soalan setiap kertas dan perlu dihantar selang seli setiap sehari. Memang menggilakan.

“This is driving me crazy, bro. Kenapalah pensyarah kita ni letak due date sehari selepas satu assignment kena hantar. I can’t believe what I’ve been through. These work is very shit me out.” ucap Melvin malam itu.

“Saya ada idea.” ujarku ringkas, membelakangi Melvin di meja belajarku sambil memandang lampu jalan di luar rumah. “Kita karaoke!” balasku lagi. Seraya itu, aku mendengar komputer riba tertutup dengan agak kasar. Aku menoleh ke belakang. Melvin sudah memegang mikrofon di tangannya. Aku tergelak. Laju dia bertindak, bisikku di dalam hati.

Namun, sekarang aku untuk buka untuk bersuarapun aku dah tak sanggup. Aku seperti orang yang bodoh, tak tahu bagaimana berfikir dengan waras. Justin masih lagi di alam sedarnya cuma sedang angau seorang diri dalam dunianya sedangkan aku sudah hampir out of my reality.

“ I kissed a girl and I like it.” lagu Katy Perry berkumandang dari arah pentas yang meletakkan pembesar suara dan sebiji television dilekat pada dinding. Aku tersenyum sendiri memikirkan Melvin dan aku pada malam itu. Malam paling bersejarah buat diriku apabila pada keesokannya tugasan kami siap namun tiada kualiti langsung, itulah yang aku bayangkan tentang nasib kami.

Di alam separa sedarku itu, pendengaranku amat sensitif seperti kelawar. Bunyi pintu dibuka dari jauh sudah dapatku dengar. Segala perbualan pengunjung yang jauh dari kami seakan dapat kudengar dengan jelas. Setiap baris ayat mereka, hanya aku tiada minat untuk mengetahui isi perbualan mereka.

Satu perkara yang menarik perhatian dan minatku, aku menoleh ke sebelah kiriku dari celah-celah kerumunan orang ramai yang duduk, aku melihat kelibat seseorang yang sangat familiar. Siapa dia? Aku kenalkah? Tapi dekat mana aku jumpa dia? Aku mula berteka-teki sendiri. Aku mengangkat kepalaku mencari-cari, siapa gerangan yang membuat dadaku semakin laju berdegup. Pelayan yang lalu lalang membawa dulang di atas tangan, berpakaian serba seksi itu mengganggu konsentrasiku dalam misi mengecam siapa gerangan orang yang menjadi tanda tanya dalam diriku.

Justin hanya menjadi pemerhati dengan tingkah laku ganjilku itu. Aku tidak pedulikan dia saat itu.

Kemudian, seorang lelaki berpakaian segak, berambut keperangan sedang berjalan seakan menuju ke arahku. Bersamanya, seorang wanita muda berpakaian agak menjolok mata. Skirt yang dikenakan hampir-hampir menunjukkan bahagian pahanya dan baju ketatnya memang menggugat iman setiap lelaki yang memandang. Itu terbukti tatkala sepasang pasangan yang berada di bistro itu bertekak antara mereka. Yang jelas, perempuan itu berkata, “Semua lelaki sama je. Mata keranjang, pantang tengok perempuan seksi.” lalu teman lelakinya di tampar lalu beredar dari situ dan babak kejar-mengejar seperti dalam kebanyakan dramapun bermula.

Nampaknya, aku kehilangan jejak lelaki tadi. Aku mencari-cari sekeliling namun aku tetap gagal menemukan dia. Dia sangat familiar, bisikku di dalam hati. Aku pernah tengok dia, rambut perang itu. Tambahku lagi. Aku bersandar pada kusyen sambil mengurut kepala berkali-kali.

“Arg!” berangku namun itu tidak mengganggu pengunjung lain kerana bunyi lagu yang dipasang amatlah besar dan suaraku tenggelam bersamanya.

“Hahaha. Rasa lega sekarang?” celah Justin di sampingku. Aku tidak faham maksud sebenarnya, tetapi aku hanya ketawa tanpa sebab. Aku dapat rasakan yang aku sudah out tetapi masih dapat dikawal. “Arg! Awak keluarkan semuanya. Itulah cara terbaik untuk hilangkan stress. Aku selalu buat bila stress di tempat kerja.” tambah Justin dan aku mula faham maksud soalan dia tadi.

“Dahlah. Orang makin ramai, makin lama kita di sini makin teruk kau nanti.” ujar Justin sambil menarik tangan kananku. Aku hanya ikut. “Justin.” aku hampir tidak sedar yang aku menyebut nama dia. Aku menatap wajah Justin. Parut di dahinya masih ada. Melihat hal itu aku tersenyum lalu aku mengangkat tangan lalu menyentuh parut itu. Antara dia sedar atau tidak sedar aku berbuat demikian, yang penting aku mula ingat kenangan sewaktu kecilku bersama Justin. “Karl, bangun. Aku tak ingat pula awak bukan kaki minum. Kau minum sampai teruk macam ni sekali. Kalau aku tahu awak macam ni tadi, baik aku pesan teh tarik jak tadi.” kata Justin sambil membantu aku berjalan beredar dari situ dan aku hilang kesedaran. Aku tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Semuanya blur.

Malam itu menjadi malam terakhir aku bersedih untuk Carla dan malam permulaan untuk misi mencari dalang kehilangan dan kematian Carla. Aku berazam untuk menuntut bela bagi pihak Carla. Aku tidak mahu dia hilang dan meninggal tanpa sebab yang munasabah yang akan menghantui fikiranku untuk masa yang panjang.

Kepergian kakak tidak akan pernah membuatku tenang selagi darah si pelaku itu tumpah di dalam tanganku.
Malam yang panjang bagiku sehinggakan aku terbangun dan aku bukan di bilik sendiri mahupun di ruang tamu rumah melainkan aku terbangun di atas padang rumbut. Sudah menjadi satu kebiasaan bagiku bangun pawa waktu subuh. Dengan kepala yang masih pening, aku perlahan bangun dan mendapati badanku diselimuti selembar selimut yang aku tidak kenal. Aku memerhati sekeliling, kereta Justin berada di hadapanku tidak jauh dari tempat aku terbaring tadi.

Kelihatan Justin sedang nyenyak di dalam keretanya. Tapi, kenapa aku tidur di atas rumput ni? Soalku di dalam hati. Aku menoleh ke kananku, rumah kami. Aku mula ingat, kami berada di kawasan belakang rumah. Tempat aku dan Carla pernah tidur semalaman di bawah langit malam. Masa itu sungguh indah, langit malam itu tiada awan melainkan jutaan bintang dan satu bulan yang sentiasa menemani sehingga pagi. Berbeza dengan malam semalam, langit diselubungi awan tanpa mengizinkan sebutir bintangpun mengintip di balik awan.

“Hei.” aku membangunkan Justin dengan mengetuk tingkap kereta. Kali pertama dia tidak memberi respon. “Hei, Justin. Bangun, dah subuh ni. Jom balik.” ujarku lagi sambil mengetuk tiga kali. Susah juga nak bangunkan dia ni. Fikirku.

Kemudian, aku cuba membuka pintu keretanya dan berjaya. Dia membiarkan pintu kereta itu tidak terkunci dan aku mengambil peluang cuba bangunkan dia lagi. Dengan perlahan, tanganku menggoyangkan bahunya tiga kali, “Bukan, bukan aku!jangan apa-apakan aku!” muka aku hampir ditumbuk oleh Justin akibat mengingau. Dahsyat betul mimpi budak ni. Aku undur ke belakang dengan laju. “Relax. Aku bukannya nak apa-apakan kau. Dah subuh dah, jom balik. Kita sambung tidur di rumah.” aku hampir ketawa tatkala aku ingat kembali detik-detik lucu tadi tetapi kesian pula melihat muka pucat dia di bawah lampu keretanya itu.
“Dah subuh?” soal Justin sambil memegang kepalanya. Dadanya turun naik dengan laju. Rasa kesian aku kat dia pun timbul tapi nak buat macam mana, dah dia susah sangat nak bangun. Fikirku lagi sambil memerhati sahaja Justin duduk dan sedang mamai di dalam keretanya. “Ya, terima kasih untuk malam tadi dan… untuk selimut ni.” ucapku kemudian menyerahkan selimut tadi kepadanya.

“Boleh saya tanya sesuatu?” soalku. “Apa dia?” jawab Justin. Rasa bersalah pula aku tanya dia tadi melihat respon dia sebegitu. Kenapa dia tampak cemas semacam. Dia menjawab seperti sedang marah dan rasa bersalah. Fikirku. “Aku tidur di atas padang rumput tu semalaman?” sambungku lagi sambil menunjuk ke arah tempat baringku tadi. Justin mengangguk. Dia perlahan menoleh ke arahku.

“Awak mabuk teruk semalam. Awak muntah dekat baju saya, dua kali. Nasib ada spair. Lebih parah lagi, sampai depan rumah, masa saya bangunkan awak untuk masuk rumah awak bantah pula. Cakap tak nak balik rumah, nak tengok bintang di pandang rumput belakang rumahlah. Sampai kat sini, awak terus keluar…hah, rebah kat sana tu.” aku ketawa sendiri apabila mendengar kronologi bagaimana aku boleh berakhir di atas padang rumput itu. “Hahaha…maaflah, menyusahkan kau je.” balasku. Justin pantas merespon. “Tak da hallah. Keluarga awak dengan keluarga saya ni dah macam satu keluarga dah. Anggap jak kita ni adik-beradik.” kata Justin. Kali ini aku setuju dengan apa yang dikatakan oleh Justin. Aku turut terharu mendengat luahan hati Justin.

Hampir lima minit kami berbual, matahari mula terbit. Langit gelap mula bertukar oren keemasan di ufuk. Justin baru sahaja memandu pulang ke rumah bersebelahan dengan rumah kami hanya dipisahkan oleh satu lorong kecil yang memisahkan rumah kami dengan rumah Justin kemudian di sebelah mereka pula rumah keluarga Pak cik Weasley.

Aku mengorak langkah menuju ke rumah yang tidak jauh dari tempat terakhir kami tadi. Aku tak dapat bayangkan, reaksi mama dan papa setelah aku meninggalkan mereka berdua semalam. Segala panggilan yang masuk aku biarkan tidak terjawab. Lima belas panggilan tidak terjawab dan semuanya panggilan dari mama.

Aku masih teringatkan Carla. Senyuman serta gelak tawanya. Itu sahaja yang sedikit sebanyak membantuku untuk terus melangkah ke hadapan. Walaupun aku tahu, dalam masa terdekat ini akan amat susah bagiku untuk meredhakan mepergiannya namun setelah semuanya selesai, aku akan kembali menjadi diriku yang dulu. Karl. Selepas aku membalas dendam untuk Carla.

Karl berjumpa dengan Justin, jiran serta kawan lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience