Bab 104

Romance Completed 78329

Luqman turun ke ruang meja makan dan memandang bihun goreng yang sudahpun siap dimasak mamanya. Sedapnya!!! Dia segera menuju ke dapur dan mencapai pinggan. Perutnya dah berkeroncong hebat minta dipenuhi makanan.

“Luq? Awalnya Luq bangun? Mama baru je lepas goreng bihun tu…” Selalunya Luqman akan bangun dalam pukul sembilan macam tu kalau weekend. Tapi hari ni awalnya dia bangun. Jam baru je tunjuk angka lapan empat puluh lima pagi.

“Luq laparlah ma. Lapar dia memang tak boleh bawak bincang. Rasa macam tak makan sebulan.” Luqman mencedok bihun ke dalam pinggannya. Selepas membaca doa makan, terus bihun goreng disuapkan ke dalam mulutnya. Nikmat!!!

Aku pelik dengan anak aku sekarang ni. Dah tiba-tiba sekarang ni dia kerap lapar. Tak kira masa dia kira nak makan je. Kadang-kadang makan buah mempelam yang masam-masam macam tu. Dah tu ada hari dia mengidam itu ini…dah kalahkan orang mengandung.

Hatinya kuat mengatakan yang Gia mengandung tapi dalam masa yang sama macam mustahil jugak. Tak ada kbar berita dari Gia pun yang mengatakan dia mengandung. Tapi, tengok cara Luqman ni dia seolah-olah terkena alahan ibu mengandung.

“Ma? Kenapa mama tengok Luq macam tu?” Dari tadi lagi aku tengok mama asyik perhati je aku makan. Aku makan gelojoh sangat ke?

“Mama pelik dengan anak mama sekarang ni. Selera makan Luq sekarang kuat betul. Nak makan itu ini…Luq kenapa ni? Luq ada masalah ke apa?”

“Tak ada masalah apa lah ma. Tapi tulah Luq pun pelik dengan diri Luq sendiri. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni suka sangat makan banyak. Lapar dia tak menentu. Kadang-kadang Luq tengok orang jual lauk tepi jalan pun Luq jadi terliur.”

Jelas pada pengamatannya anaknya seperti terkena alahan ibu mengandung. Ataupun memang betul Gia tengah mengandung sekarang?

GIA dari tadi lagi mengurungkan dirinya di dalam tandas. Badannya rasa lemah dan lesu akibat alahan yang dialaminya. Sumpah! Nak diri pun kaki rasa lemau sangat-sangat. Ya Allah…aku rasa letih sangat sekarang ni. Rasa macam nak berbaring terus di atas katil. Cuma, dia rasa badannya kuat bila tiba waktu untuk solat. Time tu dia rasa seolah-olah alahan pergi sekejap dari dirinya.

“Khun Gia? Khun Gia? Khun yoo nai ya (awak ada dekat mana)?” Gia terdengar suara Theerut yang sedang memanggil namanya. Nak panggil nama Theerut pun dia dah tak larat sangat sekarang ni.

“Khun!” Kemudian, pintu bilik air dibuka dari luar. Theerut segera menghampiri Gia yang tersandar pada dinding bilik mandi. Risau dia bila tengok keadaan Gia yang lemah sampai macam ni sekali.

“Pee Thee…Gia roo seuk mai sbai mahk (saya rasa tak larat sangat).”

“Pee chuwai khun (saya tolong awak)!” Theerut mengangkat tubuh Gia dan membawanya keluar dari tandas. Tubuh Gia diletakkan ke atas katil.

“Khob khun ka (terima kasih),” Gia betul-betul rasa badannya lemah. Nak angkat tangan pun rasa tak larat je. Teruk jugak alahannya.

“Bpen arai ya Thee (kenapa ni Thee)?” Lisa yang baru tiba di bilik Gia terus bertanya bila nampak Theerut tolong letakkan Gia di atas katil. Keadaan Gia pun nampak tak bermaya sangat. Lemah.

“Ter en dtua long klai hong nam yang aun ae gorn na nee (Dia tersandar lemah dekat tandas tadi). Dang nan phom mah chuwai ter (jadi, aku tolonglah dia),” jelas Theerut.

“Khob jai na Thee (terima kasih ya Thee),” Lisa segera menghampiri Gia. Mangkuk berisi salad nasi beras perang diletakkan pada meja kecil bersebelahan tingkap dan segera check keadaan Gia.

“Gia…kau ok tak ni? Kalau kau tak ok, kita pergi hospital ya? Aku nampak kau lemah sangat ni.”

“Tak apa…tak payah. Biasalah bila dah ada alahan ni. Lama-lama aku akan oklah.”

“Seriuslah ni Gia?”

“Ya…”

“Kalau macam tu kau makan sikit ya? Aku masakkan kau salad nasi beras perang. Kau kena makan untuk tambah energy kau.”

Gia sekadar mengangguk lalu perlahan-lahan bangun dari pembaringannya dan ditolong oleh Lisa dan Theerut.

“Na doo seed mahk (muka nampak pucat sangat),” Ujar Theerut. Bibir Gia pun nampak pucat sekali.

“Jing lo ka (betul ke)?” Pertanyaan dari Gia dijawab dengan anggukan dari Lisa dan Theerut. Muka pucat macam mayat hidup.

Dia harapkan lepas dia dah masak salad nasi beras perang ni Gia akan ada tenaga balik. Dalam nasi beras perang ni ada isi ayam dan sayuran brakoli. Resepi ni pun Jericho yang bagi. Katanya search dalam Google makanan yang berkhasiat untuk ibu mengandung yang ada alahan macam Gia. Theerut pula meminta diri untuk beredar keluar dari bilik.

“Sedap tak?” Lisa tolong suapkan nasi dengan isi ayam ke dalam mulut Gia memandangkan Gia nak angkat tangan dia pun tak larat. Jadi, apa salahnya kan kalau dia tolong?

“Sedap. Mesti kau masak kan?”

“Mestilah…aku sekarang ni dah jadi chef peribadi untuk kau tahu? Dulu maybe kita bermusuh tapi sekarang ni kita dah boleh berkawan baik!” Bila fikir-fikir balik benda bodoh yang dia dah buat dulu, rasa nak hempuk kepala dekat dinding. Haih! Rasa diri tak matang langsung.

“Benda yang dah lepas tu tak payah nak ungkit balik Lisa. Benda dah lepas pun dan yang penting sekarang ni kau dengan aku dah berbaik dan kau dah berjanji dengan aku untuk berubah kan?” Lisa mengangguk.

“Kau dengan Jericho macam mana? Tak ada apa-apa perubahan lagi?”

“Belum.”

“Aku mintak maaf Lisa. Aku dah janji dengan kau nak tolong kau tapi aku pulak jadi macam ni.”

“Tak apalah Gia. Alah…aku pun dah tak nak berharap lebih-lebih Gia. Aku rasa Jer memang marahkan aku lagi dan susah untuk maafkan aku. Aku tak kisah pun pasal tu Gia.”

“Kau dah berputus asa ke Lisa?”

“Lebih kuranglah. Aku tengok Jericho memang dah macam tak nak layan aku lagi dan mustahil untuk terima aku balik sebagai girlfriend dia. Tak apalah Gia…aku akan anggap aku dengan dia tak ada jodoh.”

“Lisa…” Gia memegang tangan Lisa. “Kau sendiri cakap dekat aku yang kau takkan mengalah kan?”

“Memanglah tapi bila aku tengok cara layanan Jer pun dah berubah, apa yang aku cakap dekat dia pun dia buat tak endah je…aku rasa baik aku undurkan diri. Aku tak cukup baik untuk dia Gia. Cukuplah sepanjang kami ada hubungan dulu, dia makan hati dengan perangai aku.”

Nampaknya Lisa dah mengalah. Tak boleh jadi ni!
Jericho pun satu! Yang keras hati sangat dah kenapa? Bukan aku tak tahu dia masih sayangkan Lisa tapi ego dia tu melambung naik tinggi sangat!

USAI solat, Gia kembali melipat telekungnya dan disimpan kembali ke tempat asalnya. Tubuhnya yang terasa letih tadi kembali segar sebaik saja dia menyudahkan solatnya. Bibirnya tersenyum seketika.
Alhamdulillah…Allah memudahkan urusan aku.
Bersangka baik dengan Allah dan segala liku dalam hidup kita akan dipermudahkan. Itulah benda yang Gia selalu titipkan dalam dirinya.

Alahannya masih ada lagi tapi berkurang sikit. Walaupun rasa perit nak tanggung rasa muntah dengan badan yang letih, tapi dia masih mampu tanggung. Punggungnya dilabuhkan ke birai katil. Fikirannya tiba-tiba teringatkan Luqman. Dalam waktu sekarang ni hatinya kuat nak Luqman sentiasa ada di sisinya. Tapi, dia tahu itu semua takkan berlaku. Luqman takkan datang.

“Gia?” Lamunannya terhenti bila Lisa menyeru namanya. Gia kembali menceriakan wajahnya.

“Ya? Ada apa Lisa?”

“Ada orang nak jumpa dengan kau.”

“Siapa?” Hati Gia tertanya-tanya.

“Akak!!!” Nyaring suara Vitalika menjerit di muka pintu.

“Vi!!!” Vitalika pantas menerpa ke arah kakaknya lalu tubuh kakaknya dipeluk erat. Rindu!!! Baru beberapa minggu tak jumpa dah rasa macam berbulan.

Lisa tersenyum melihat keletah dua beradik tersebut. Sekurang-kurangnya dia dah nampak senyuman pada wajah Gia. Kalau tak, selalunya wajah tu muram dan masam. Mesti dia terfikirkan pasal Luqman.

“Vi! Kenapa datang sini tak bagitahu?” Tak ada khabar berita apa tup tup Vitalika muncul di hadapannya hari ni.

“Saja je nak buat surprise! Akak macam mana? Ok? Vi happy gila bila dapat tahu akak dah nak jadi mummy!!!” Bila dia dengar khabar pasal kakak kembarnya dari Jericho, nak saja dia melompat sampai ke bulan.

Amboi! Melampau sangat tu sampai ke bulan. Nak melompat sepuluh meter pun tak lepas ada hati nak sampai ke bulan!

“Alhamdulillah…akak sihat je tapi faham-faham jelah bila dah morning sickness. Rasa letih, lesu…”

“Ohhh…akak ok ke sekarang ni?”

“Ok je. Baby ni baik. Dia tak bagi mummy dia muntah lama-lama.” Gia tersenyum kecil sambil tangannya naik mengusap perutnya.

“Mestilah baby baik sebab mummy dan daddy dia baik-baik orangnya.”

Percakapan Vitalika membuatkan mood Gia down sikit. Vitalika dan Lisa perasan perubahan pada wajah Gia bila mention pasal daddy.

“Errr…sorry akak. Vi tak bermaksud nak sebut pasal Luqman.”

“Tak apa. Akak ok.”

“Oh ya…by the way Vi ada bawakkan seseorang jugak.”

“Huh? Siapa? Jangan cakap Luqman!”

“Tak! Kejap eh!” Vitalika menuju ke pintu bilik lalu membawa seseorang yang bertudung labuh memakai jubah berwarna coklat. Mata Gia membulat melihat gerangan yang datang.

“Ibu?!” Sumpah aku tak terfikir yang ibu akan datang ke sini dengan Vitalika.

“Gia…”

Gia bangun lalu menghampiri Puan Aminah. Tubuh Puan Aminah dipeluknya erat.

“Gia rindukan ibu!”

“Ibu pun rindukan Gia. Sebab tulah ibu datang sini.”
Pelukannya pada tubuh Gia dirungkaikan. “Gia nampak berisi sekarang. Alhamdulillah…rezeki Gia untuk timang anak awal.” Pada pengamatannya, tubuh Gia lebih berisi sekarang sebelum dia mengandung dulu. Kurus sangat.

“Luqman tahu ibu datang sini?”

“Tak…ibu tak bagitahu dia. Ada jugak dia tanya ibu ke mana sebab ibu tak ada dekat rumah. Ibu bagi alasan ibu balik kampung jumpa dengan saudara-mara jauh. Luqman percaya.”

Nasib baik jugaklah Luqman percaya. Kalau tak?

“Gia tak rindukan Luq?” Soalan dari Puan Aminah membuatkan mulutnya diam. Tak ada jawapan.

“Gia tak nak keruhkan keadaan ibu. Gia tak nak dia sakit hati sebabkan Gia. Gia nak dia hidup macam dulu balik. Happy tanpa Gia. Kalau Gia terpaksa besarkan anak ni sorang-sorang pun Gia sanggup. Gia ambik semangat ni dari mummy. Mummy pernah hadap rasa susah untuk besarkan kami berdua. Jadi, Gia rasa Gia boleh handle sorang diri pasal ni.”

“Gia yakin yang Luq lupakan Gia dan biarkan Gia macam ni je?”

“Gia tak nak dia kembali dekat Gia sebabkan rasa bersalah. Gia tak perlukan perasaan bersalah dia. Oh ya, ibu datang sini berapa lama?”

“Tak lama pun. Seminggu je lepastu ibu baliklah. Kalau lama-lama nanti Luqman syak apa pulak.”

“Ohhh…”

Betul jugak. Kalau lama-lama sangat nanti Luqman mesti akan cari ibu pulak. Dah tu mesti dia akan syak something nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience