bab 3

Romance Completed 82686

PINTU  terbuka.  Ray pulang semula ke bilik hotel kerana dia masih tidak puas hati dengan Suraya.  Ray merenung sekujur tubuh yang masih tidur itu dengan lama.  Spontan dia menelan air  liur.  Ray tersenyum tiba-tiba kala minda nakalnya berimaginasi. 

Lauk yang terhidang di hadapan dia itu sememangnya halal untuk dia jamah.  Ray terus mendekat dengan mata tajam memerhati bermula dari betis lalu ke paha yang terdedah agak tinggi itu.  Suraya sudah pun  bergaun tidur. 

Suraya pula tidur tanpa selimut.  Ray makin dekat. Makin dekat...

“Aduh!”  Ray mendesah sambil kening bertaut.  Kaki kanan terangkat kala kepala lutut terkena pada tiang katil hotel itu.   Ray laju memekup mulut.  Suraya menggerakkan sedikit badannya.  Ray menghela nafas.  Dia merasa lega isterinya itu tidak bangun.

“Nasib...”  ujar Ray seperlahan mungkin.  Ray tersenyum sendiri.  Sekali lagi mata nakalnya mengerling tubuh tanpa selimut itu.  Menahan nafas dan bergerak laju ke arah bilik air.  Suraya benar-benar tidak sedar tubuh sedang diperhatikan. 

“Tolong jangan abah.  Su, sakit abah!”  ujar Suraya berlinangan air mata biar pun mata terpejam.  Ray terpaksa mendekat kerana mahu dengar lagi rintihan Suraya.  Kenapa dengan isteri keduanya itu?

“Tolonglah abah. Su merayu.  Abah tak kasihankan Su ke? Kalau mak tahu apa yang abah buat ni...” ujar Suraya lalu terbuka mata.  Pipi yang dia rasa basah seraya disentuh lalu dikesat.  Suraya bingkas bangun.  Kosong.

“Sampai hati Ray. Langsung tak balik,”  lirihnya cuba menahan air mata dari jatuh semula ke pipi.  Suraya memandang meja lalu mengangkat telefon pintar. Mengharapkan agar ada mesej dari sang suami.  Hampa.

“Su, bangun Su!  Kau sepatutnya kena sedar. Kau siapa dengan dia.  Kau juga tak cintakan dia.  Kau lupa yang perkahwinan ini kerana terpaksa?”  Hati bersoal-jawab.  Suraya berperang dengan dirinya sendiri.

Ray yang berselindung di balik dinding antara tempat tidur dengan bilik air dengar luahan Suraya itu.  Ray jeda.  Mata tajam merenung lantai marmar.  Dia keliru.  Pelik.  Bagaimana dengan begitu mudah sekali Suraya boleh jatuh cinta pada dia.  Kenal pun tidak?

Apakah benar seperti yang diperkatakan oleh orang bahawa cinta itu buta?

Atau kita yang sebenarnya buta?

Telefon berdering.  Ray kelam-kabut tarik keluar telefon pintar dari dalam poket seluar lalu butang merah ditekan. 

Suraya memandang meja tatkala terdengar bunyi dan mengangkat kembali telefon yang dia letakkan tadi.  Kosong.  Suraya senyum sinis.  Nampak sangat dia terlalu mengharap.

“Su, Su... sudah-sudahlah tu.  Kau tu sekadar isteri atas kertas sahaja. Bangun, Suraya!”  ujarnya  pada  diri  sendiri.

“Suraya.  Kau kena terima hakikat bahawa kau itu, tiada dalam hati dia,”  ujar Suraya dengan perlahan sebelum dia turunkan tubuhnya untuk baring semula.

 Ray tidak mendengar lagi sebarang kata-kata dari wanita tersebut, lalu dengan perlahan-lahan dia jengahkan sedikit tengkuknya dari balik dinding.  Suraya kembali baring.  Ray menghela nafas. 

“Habis aku ni nak tidur dekat mana? Ngantuk lagi.  Tak akan aku nak pulang semula, nanti tentu Hani syak something pula.  Kata ada kerja tu yang kena  pergi awal.  Aduh!” rungutnya seorang diri di balik dinding.  Tersandar.

Ray sekali lagi menjengahkan kepalanya. Posisi baring isterinya itu masih lagi gaya sama.  Menandakan dia sudah tidur semula.  Ray tersenyum sendiri.  Mahu mendekat dia gusar nak ke tandas lagi kerana Suraya tidur tetap tak berselimut.

“Ray, nampak gayanya kau kenalah tidur  kat lobi,”  ujarnya sendirian lalu melangkah keluar dari tempat persembunyiannya.  Sebelum dia menapak lagi ke arah pintu, mata tetap menjeling arah katil.  Bergerak-gerak halkum seraya menggeleng dan menuju ke pintu.

Seperlahan mungkin dia menarik pintu ketika mahu membuka serta mahu menutup kembali.  Ray tak mahu Suraya terjaga. 

“Ray, Ray.  Bodohlah kau ni.  Lauk ada kau tak nak ngap!”  ujar suara hati nakalnya.  Ray enggan mendengar dan terus melangkah di laluan sunyi itu untuk ke arah lif.

 

 

 

CAHAYA terang yang menyuluh ke muka membuatkan Suraya terbuka mata.  Kelam-kabut bangun serta meraup muka.  Merungut seorang diri kerana terlepas subuh.  Memandang keliling sebelum ke arah jam atas meja lampu.

“Ya Allah, lama aku tidur,”  rungut Suraya seraya merenung jam semula.  Tepat pukul sepuluh pagi.  Suraya memusingkan tubuh ke  tepi lalu menjuntaikan kaki ke atas  lantai kamar hotel. 

Pintu terbuka.  Mata keduanya saling bertatapan buat seketika.  Ray buat-buat mencampakkan kot  hitam atas sofa berdua tepi dinding kamar  hotel.  Suraya juga turut tersedar  dan terus mendapatkan suaminya itu.

“Eh, kau nak buat apa?” soal Ray bersuara tegas.  Suraya terundur sedikit.  Niatnya mahu membantu terbantut.  Ray tanpa mahu mengendahkan Suraya terus melangkah ke arah bilik air kerana dia mahu mandi.

Suraya tetap tersenyum lalu mengalihkan semula badannya ke  arah katil bukan katil tetapi bagasi mereka berdua untuk mencari pakaian yang sesuai buat suaminya itu yang akan ke pejabat.  Suraya tak sangka juga Ray balik pagi itu. 

“Dia balik sekejap pun, aku dah bersyukur sangat,”  ujar Suraya sambil membuka bagasi Ray.  Suraya kembang-kempis hidung kala menghidu bau pewangi suaminya itu. Jenama saja sudah tahu berapakah harganya!

Memandang sekeliling. Tiada seterika.  Suraya membentangkan kemeja biru laut, kot senada dengan kemeja tetapi sedikit gelap.  Tali leher yang tidak bersimpul lagi.  Suraya mengangkat tali leher.  Jenuh juga dia cuba menyimpul.

Ray menapak seperlahan mungkin dari dalam bilik air.  Tajam mata menujah pemandangan yang ada di hadapan.  Suraya pula tidak sedar dalam pemerhatian sepasang mata tajam.  Dia masih lagi cuba menyimpul tali leher. 

Ray tersenyum melihat gelagat Suraya yang cuba menyimpul tali leher sambil berpeluk tubuh.  Tiba-tiba, wajah Hani terpamer di ruangan mata.  Ray terus tersedar  bahawa cintanya hanya pada wanita bernama  Hani sahaja bukan Suraya!

Ray cepat-cepat menanggalkan tualanya lalu menapak ke arah katil.

Suraya laju berpaling dengan tali leher masih terpegang erat. 

“Segan?”  sindir Ray yang sedang memakai seluar slack hitam setelah mengenakan kemeja.  Suraya langsung membisu.  Tali leher makin erat dia genggam.  Suraya baru teringat akan sesuatu.  Baju tidur yang tak dia tukarkan. 

“Kau jangan bimbang.  Aku tak mungkin sentuh kau.  Tali leher aku mana?”  soal Ray.  Suraya terus membuka matanya.  Sakit hatinya dia biarkan dengan senyuman palsunya itu.  Suraya menapak ke arah Ray.  Ray terasa lain. 

Suraya menyarungkan tali leher dari atas kepala suaminya itu.  Suraya sedikit menjengket kerana suaminya itu berketinggian 6 kaki 8 inci.  Tinggi seorang model pentas.  Ray terkesima sebentar apabila ada sesuatu terkena pada dada bidangnya itu kala Suraya terpaksa mendekat  sedikit lagi.

“Kalau kau tak tahu cakaplah tak tahu,”  sanggah Ray cuba merampas tali leher namun entah macam mana, mungkin dia terlalu berkasar, Suraya mahu terjatuh nasiblah dia sempat menghalangnya. 

Dan kini, tubuh Suraya berada dalam dakapan.  Mata sekali lagi berpandangan. Ray menatap wajah Suraya dari mata sehingga ke bibir  yang terbuka itu.  Suraya juga dengan hati yang berdebaran.

          “Maafkan aku,”  ujar Ray yang tersedar.  Tubuh Suraya dia lepaskan setelah mendirikan wanita itu.  Suraya juga termalu-malu.  Terbetul-betul gaun tidurnya.  Menggigit bibir.  Ray terus menapak  ke meja solek untuk menyikat rambut. 

‘Ray, ingat Ray.  Kau sudah ada Hani. Ya, aku ingat!’  Ray berperang dengan suara hatinya ketika menyikat rambut manakala Suraya pula terus menapak laju ke bilik air.  Sebelum itu dia mendekati Ray semula. 

Ray terdiam saat Suraya menarik tangannya untuk dikucupi sebelum wanita itu berlari ke arah bilik air.  Ray spontan memekup mulutnya.  Menarik nafas lalu menghelanya kasar.  Meraup muka.  Entah kenapa, rasa bersalah semakin banyak bertandang.

“Argh! Aku tak cintakan dia. Aku hanya cintakan Hanisya sahaja. Noktah!”  ujar Ray berpaling ke arah katil.  Mencapai briefcase dan membuka langkah ke arah pintu tanpa sebarang kata pamitan buat sang isteri.  Suraya yang berada di balik pintu bilik air yang sengaja tak dikuncikan  itu hanya mampu mengeluh seorang diri. 

“Ya, aku tahu.  Aku tahu bahawa aku tiada  dan tak akan pernah ada dalam hati kau, Ray.”

 

 

 

 

“KAU  mahu lari mana hah, perempuan!”  bentak lelaki melayu namun mempunyai tatu di lengan sebelah kirinya.  Rambut Lola masih dia genggam dan menarik-nariknya agar wanita itu mengaduh sakit.

“Lepaskan akulah bodoh!”  sanggah Lola meronta-ronta namun lelaki itu mengangkat kaki kirinya dan menekan tubuh Lola supaya makin rapat dengan dinding.  Kini, tubuh yang berpakaian seperti tidak cukup kain itu terhenyak ke dinding. 

Kepala Lola makin lelaki itu dongakkan sehingga sebahagian dadanya  terserlah.  Tajam mata lelaki berperwatakan samseng itu menalakan pandangannya ke arah kawasan berbukit-bukau itu.  Lidah spontan menjilat  bibir.

“Aku kata lepaskan aku!”  pekik Lola makin kuat. 

“Hei, kau diam boleh tak!”  sanggah si lelaki.

“Kalau kau tak nak aku bising, so just let me go!” ancam Lola sekali lagi.  Dia dalam kesakitan.  Terutama sekali rambut yang lelaki itu cengkam dengan kuat. 

Lelaki bertatu naga itu makin kuat ketawanya.

 “Hei betina.  Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku tak tahu... kau pasti akan lari jika aku lepaskan kau, kan?  Kau pandai berhutang tapi buat tahi dengan aku.   Kalau kau tak mampu nak bayar hutang  dengan duit.  Apa kata?”  soalnya seraya merenung tajam atas  abdomen wanita itu. 

“Aku kata lepaskan aku, lepaskan aku lah.  Dasar lelaki bangsat!” pekik Lola.  Dia tak sedar bahawa kata-kata yang mulutnya itu hamburkan menaikkan lagi amarah si pemuda bertatu itu. 

“Apa kau kata aku?  Ulang sekali lagi?”  soal si pemuda itu dengan merengkuh dagu Lola.  Dagu itu makin kuat dia cengkam sehingga mulutnya Lola menjadi semuncung-muncungnya. 

Puih!

Lola hambur ludah ke muka pemuda itu.  Pemuda itu hanya tersenyum dan air liur Lola sekadar dikesat dengan belakang tapak tangannya. 

“Itu baru sikit aku bagi,”  sindir pemuda bertatu itu seraya melepaskan tangan serta tubuh, Lola dengan segera menjauh.  Bibir masih dia kesat dengan kasar.  Jijik. Hanya bibir Rayyan yang dia mahukan bukan orang lain!

“Aku boleh bagi kau sedikit lagi masa,”  ujar pemuda itu seraya membuka langkah.  Pengikutnya pula yang sedang duduk bersembang sesama sendiri mulai bangun dan mengekorinya.  Lola mendesah sakit dalam masa sama keberangan.  Segala macam maki serta sumpah dia lafazkan tanpa terluah. 

Hatinya benar-benar sakit!

“Mana aku nak cari duit sebanyak itu?  Ini semua kau punya pasal Haikal.  Mana kau sembunyi?  Tak pasal-pasal aku pula kena tanggung segala hutang kau di sebabkan aku penjamin!”  hamun Lola amat geram sekali. 

Pasang penyiasat upahan juga tiada gunanya masih lagi tiada tanda-tanda sudah menemui lelaki itu.  Entah mana dia melingkup pun Lola tidak tahu. 

“Aku mesti dapatkan Ray. Mungkin Ray boleh bantu aku. Aku tak mahu mati lagi!”  ujar Lola sambil memegang kepala yang masih lagi sakit.  Manakala bahagian depan bajunya terpaksa dia tutup dengan tangan akibat koyakkan tersebut.

“Haikal!!!”  Lola terus memekik untuk melepaskan rasa amarah. 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience