Una (1)

Horror & Thriller Series 22056

"Pengikut Maha, mereka tengah marah." Khalil memberitahu membuatkan dahiku berkerut.

Kalau Khalil pengikut Maha…Kenapa dia terkejut? Atau dia pura pura terkejut?

"Kau okay ke ni?" Aku bertanya dengan mata memandang ke arah Ana yang mukanya pucat tidak berdarah. Matanya bergetaran dalam ketakutan.Aku meletakkan tangan di atas bahunya untuk menenangkan dia.

"Aku okay, tapi kau kena datang sini. Tolong semua orang. Bawa Ana sekali." Khalil tercungap cungap menjelaskan, seperti dia sedang berlari.

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Hujan di luar sudah berhenti namun awan hitam menghiasi langit petang itu. Kegelapan menyelubungi kampus.

Aku bangun dan berdiri di tingkap untuk melihat dengan lebih jelas keadaan di luar. Keadaan di luar sangat suram. Seperti sesuatu sedang menghalang cahaya matahari dan apa yang di bawah sinaran itu hanyalah bayang bayang.

Di tengah tengah kampus, kelihatan awan yang terbuka dan cahaya merah keluar dari lubang itu. Dari tempat aku sedang berdiri terlihat seperti berduyun duyun objek tidak diketahui jatuh dari situ.

Bula romaku meremang. Mungkinkah itu makhluk makhluk kegelapan yang diturunkan Maha? Tapi Maha dah mati. Jadi siapa yang memanggil makhluk makhluk kegelapan itu?

"Kenapa aku kena pergi? Bukannya aku boleh tolong pun." Aku mengetap bibir, cuba untuk tidak menggigil kerana ketakutan.

"Hanya ada seorang pengikut Himawari boleh menenangkan Maha. Mungkin kau orangnya. Kita kena kumpulkan semua orang sebab kita tak tahu siapa orang tu." Maha seakan merayu. "Tolonglah Una, kau kena tolong."

"Okay." Aku menjawab sepatah. Aku sendiri tidak pasti jika aku perlu pergi atau tidak tetapi aku hanya mahu mematikan talian. Tidak mahu lagi mendengar kata kata Khalil yang barangkali sedang menipu aku.

"Una, aku takut. Tolong aku Una." Ana memeluk aku dari belakang. Bahuku basah dengan tangisan dari matanya.

"Sabar, kau tunggu je dekat sini." Aku menenangkan dia. "Biar aku yang pergi." Aku menyambung.

"Una, jangan tinggalkan aku. Aku takut." Ana menangis semakin kuat. "Kau kunci pintu dan tingkap. Mereka takkan jumpa kau, okay?" Aku meletakkan tanganku di atas bahunya yang bergetaran.

"Khalil akan bunuh kau." Ana merenung tepat ke dalam mata aku. "Kalau bukan Khalil, pengikut pengikut Maha akan bunuh kau. Kenapa kau bahayakan nyawa kau macam ni." Dia menggoncang bahuku kasar.

"Khalil kata mungkin aku pengikut Himawari yang boleh menghentikan semua ni. Aku kena tolong." Aku memberitahu.

"Dia nak tipu kau. Dia nak bunuh kau sebenarnya." Ana seperti mengingatkan aku tentang realiti dan aku tersedar sebentar.

"Tapi, kalau dia tak tipu?" Aku bertanya dengan wajah polos. Aku sudah tidak tahu apa yang harus aku percaya lagi. Ini semua gila. Gila.

"Aku ikut kau. Kalau dia buat apa apa pada kau, aku akan tolong." Ana menggengam bahuku.

"Ana, tak payah." Aku menolak tangannya. "Kau fikirkan nyawa kau dulu." Aku menjeling.

"Aku ikut." Dia merenung wajah aku. Degil. Matanya kelihatan seperti selalunya. Bersemangat dan tekad. Ana yang aku kenal sudah kembali.

"Lantak kaulah." Kataku walaupun pada masa sama hatiku merasa lega kerana aku tidak perlu pergi ke sana seorang diri.

Kami keluar dari bilik dan mengunci pintu rapat. Bunyi jeritan yang entah dari mana dan angin yang mendesup desup dengan laju kini semakin jelas kedengaran. Kini ia semakin jelas. Ini semua sedang terjadi. Ini semua realiti.

Aku mencubit kulitku, dengan harapan aku akan terjaga dari mimpi ngeri ini namun tiada apa terjadi. Ini semua kenyataan.

Aku dan Ana menuruni tangga, menuju ke lobi blok kolej aku. Tiada sesiapa di lobi itu. Pelajar pelajar lain pun sudah balik ke kampung. Hanya segelintir yang belum balik.

Mujur. Kalau tidak, pasti lebih kecoh di kolej ini dan akan membahayakan nyawa lebih ramai orang. Aku dan Ana berlari ke tengah kampus dan pada waktu itu, beberapa orang sedang berlari berlawanan arah dengan kami.

Wajah mereka ketakutan. Seorang dari mereka sedang menggengam tangan yang berdarah. Barangkali dicederakan makhluk makhluk tersebut atau tercedera ketika cuba untuk melarikan diri.

"Macam serius je." Kedengaran ketakutan dalam ton suaranya. "Tulah." Aku menjawab sepatah. Aku sendiri tidak tahu apa perlu aku katakan.

Kami tidak berhenti berlari sedari tadi namun tiba tiba aku merasakan tangan menarik aku dan aku terjatuh di belakang dinding. Rupanya Ana yang menarik aku.

Dia meletakkan jarinya di mulut, menyuruh aku senyap. Aku menjenguk ke belakang dinding. Kelihatan seekor makhluk berkaki lapan sedang berjalan di dinding dengan lidah yang panjang. Matanya bergerak ke kiri kanan. Mencari mangsa.

Beberapa minit berlalu namun ia tidak bergerak dari situ. Sampai bila harus kami tunggu? Aku perlu berjumpa Khalil sekarang.

Aku nekad.

Aku menarik tangan Ana dan berlari keluar dari belakang dinding itu dan berlari selaju mungkin. Ana menjerit ketakutan dan pegangan tangannya semakin kejap.

Aku dapat merasakan lidah panjang makhluk tadi menjilat belakang tengkuk aku namun tidak sempat menarik aku. Kami selamat buat sementara waktu ini.

Aku berlari selaju yang boleh dengan tangan masih memegang tangan Ana dengan erat. Dataran tengah kampus tiba tiba terasa sangat jauh.

Saat itu, aku terdengar suara Ana menjerit dan tangannya melepaskan pegangan tanganku. Aku menoleh dan saat itu aku terkejut sehingga aku terduduk.

Seekor makhluk berbulu yang besar berdiri dan memeluk Ana. "Tolong aku, Una!!" Ana menjerit sekuat hatinya dan aku bangun dengan pantas lantas mendekati makhluk itu.

Aku menarik tangan Ana dengan sekuat hati aku sebelum aku merasakan tamparan kuat ke wajah aku. Aku jatuh terjelepok di atas lantai.

"Ana!!" Aku menjerit sambil tanganku memegang pipi aku yang sakit berdenyut denyut ditampar tadi. Aku melihat Ana perlahan lahan ditelan oleh mulut di tengah perut makhluk itu.

"Tolong aku Una!!" Tangisan membasahi wajah Ana. Aku bangun semula dan menariknya sekali lagi dengan lebih kuat dan pada waktu itu tiba tiba makhluk itu melepaskan Ana dan gadis itu jatuh melutut ke lantai.

Aku hairan kenapa makhluk itu tiba tiba melepaskan Ana namun aku terus menariknya pergi. "Kau okay?" Aku bertanya sewaktu kami berlari. "Ya." Ana menjawab sepatah.

Kami tidak berhenti berlari dan pada waktu itu kelihatan perkarangan dataran tengah kampus itu. Pada waktu itu aku merasakan aku terjatuh ke dalam sebuah lubang.

Aku menjerit sekuat hati, merasakan yang aku bakal mati hari ini. Namun aku tidak jatuh, Ana memegang tangan aku dari tebing lubang itu.

"Una, jangan lepaskan!" Dia menjerit.

Aku mengangguk dalam ketakutan dan tanganku yang sebelah lagi mencapai tebing lubang itu. Aku menguatkan diri dan memanjat ke atas semula.

Sebaik sahaja aku selamat berdiri di atas lantai semula, aku memeluk Ana. Bersyukur yang dia
berada dengan aku dan aku bukan sendirian.

Kalau aku datang sendirian, aku pasti aku sudah mati ditelan lubang gelap itu.

"Nasib baik kau selamat." Ana menepuk belakang aku dan kami berjalan ke arah dataran itu. Di dataran itu, dari atas langit makhluk kegelapan jatuh dari lubang di awan itu.

Kami bersembunyi di dalam sebuah bilik kosong berdekatan tempat itu dan melihat keluar daripada tingkap yang terbuka.

Aku terlihat Khalil dan beberapa orang lagi sedang melawan pengikut pengikut Himawari dan makhluk makhluk kegelapan.

"Dia tipu. Dia kata mereka sedang tunggu pengikut Himawari yang boleh menenangkan Himawari tapi mereka sebenarnya sedang membunuh mereka." Aku mengurut dahi aku. Terasa dikhianati.

Aku tidak sangka lelaki yang aku anggap kawan itu sanggup menipu aku seperti ini.

"Aku dah cakap." Ana menggeleng, ikut sama kecewa. Aku menoleh ke hadapan semula dan Khalil yang sedang berlawan tadi sudah hilang.

"Kau dah cakap apa?" Suatu suara membisik di telinga kami.

Kami menoleh dan Khalil sedang berdiri di belakang kami.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience