BAB 42

Romance Completed 43245

"Afiq, Anis mana?" soal Encik Zahid kepada Afiq Raihan.

"Ada dalam bilik, kenapa abah?" balas Afiq Raihan.

"Oh tak ada apalah. Kamu dah solat Asar?" balas Encik Zahid.

"Dah. Fiq nak jumpa Anis kejap. Tak silap Fiq, dia tak solat lagi." kata Afiq Raihan.

Encik Zahid hanya mengangguk. Dia menepuk lembut bahu Afiq Raihan sebelum beredar pergi. Afiq Raihan hanya tersenyum nipis.

Dia mengatur langkah untuk berjumpa Anis Raihanna. Baru saja dia mahu menghampiri isterinya, kelihatan Anis Raihanna sedang meracau.

"Afiq...Afiq...Afiq..." panggil Anis Raihanna dalam tidur.

Afiq Raihan segera mendapatkan Anis Raihanna. Dia mengejut isterinya dengan lembut. Air mata isterinya berlinangan sejak dari tadi.

"Hana, bangun, bangun. Kau mengigau ni." kejut Afiq Raihan.

"Afiq, Tok Nek dah tak ada. Kenapa kau tinggalkan aku?" kata Anis Raihanna sebaik sedar dari lenanya.

Dia memeluk erat Afiq Raihan. Matanya dipejamkan rapat.

"Hei, kau mimpi buruk ni Hana. Tok Nek okay jer. Jangan risau. Bila pulak aku tinggalkan kau. Aku pergi solat kejap tadi. Tulah tidur waktu asar lagi." bebel Afiq Raihan.

Anis Raihanna segera meleraikan pelukan. Tangannya menyeka air mata yang mula berlinangan di pipi.

"Maksud kau aku mimpi la tadi?" soal Anis Raihanna polos.

"Ya. Dah pergi solat Asar." arah Afiq Raihan.

Anis Raihanna hanya akur pada arahan suaminya. Dia menampar lembut pipinya. Sakit. Jadi ini realiti. Getus hati Anis Raihanna.

Anis Raihanna binti Zahid, aku ceraikan kau dengan talak tiga.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Anis Raihanna. Kenapa rasa macam betul? gumam Anis Raihanna perlahan. Dia hanyut dalam lamunan.

"Hana..." panggil Afiq Raihan.

Namun tiada balasan daripada isterinya. Dia mencuba sekali lagi. Inilah masa yang sesuai.

"Anis Raihanna binti Zahid!" panggil Afiq Raihan dengan lebih kuat.

Serta merta, Anis Raihanna menoleh. Tolonglah jangan..kata yang... Anis mula cuak.

"Anis Raihanna binti Zahid..."

Sekali lagi Afiq Raihan mengulang sebaris nama itu. Dia dah buat keputusan. Dia yakin akan keputusan itu adalah yang terbaik untuk mereka berdua.

"...aku cintakan kau!"

???

Kata-kata itu dilafazkan oleh Afiq Raihan dengan satu hembusan nafas. Matanya bertembung dengan anak mata isterinya.

Anis Raihanna tersentak. Dia seakan tak percaya dengan pengakuan Afiq Raihan. Langkah diatur menghampiri suaminya.

"Hana, aku betul-betul sayangkan kau. Tolonglah jangan seksa aku lagi. Aku mintak maaf. Aku salah, Hana. Aku tipu kau tentang perasaan aku. Please, jangan tinggalkan aku." rayu Afiq Raihan.

Dia tak nak kehilangan Anis Raihanna. Dia tak sanggup untuk tanggung perasaan itu lagi. Cukuplah sekali dia terluka.

Kolam air mata Anis Raihanna mula pecah. Terhenjut bahunya menahan tangisan. Dia memeluk Afiq Raihan dengan erat. Tangisannya dihamburkan pada dada bidang Afiq Raihan.

"Afiq...aku nak minta maaf. Aku derhaka dengan kau. Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku dah lukakan hati kau. Aku tipu kau tentang perasaan aku. Aku cintakan kau Afiq. Maafkan aku. Aku janji takkan tinggalkan kau."
luah Anis Raihanna diselangi tangisan.

Afiq Raihan membalas pelukan isterinya. Luka pada hatinya bagai terubat semula.

Perasaannya pada ketika ini sukar digambarkan. Terasa bahagia dan gembira mula hadir menggantikan jiwanya yang kosong selama ini.

"Hana, aku janji takkan tinggalkan kau. Tak kira apa yang terjadi, aku akan tetap dengan kau. Jangan nangis dah please. Hati aku sakit bila kau menangis." ucap Afiq Raihan lembut.

Dia mengangkat dagu isterinya supaya mereka dapat melihat wajah satu sama lain. Tangan kasarnya menyeka air mata yang mengalir berlinangan di pipi Anis Raihanna. Satu ciuman hangat dihadiahkan pada dahi isterinya.

Anis Raihanna memejamkan mata. Dia mahu menikmati detik indah ini. Sungguh bahagia perasaannya pada ketika itu.

"Afiq, ini bukan mimpi kan?" soal Anis Raihanna lagi.

Dia masih tak dapat mempercayai dengan apa yang berlaku sekarang ni. Anak matanya menikam tepat mata Afiq Raihan.

Tanpa amaran, pipi Anis Raihanna dicubit kuat oleh suaminya. Terjerit dia mengaduh kesakitan.

"Auch! Apa ni sakitlah, Afiq!" marah Anis Raihanna geram.

Kini matanya mencerlung ke arah Afiq Raihan. Merah pipinya dibuatnya. Afiq Raihan tersengih.

"Sakit kan? Jadi ini bukan mimpi sayang." ucap Afiq Raihan lembut.

Pipi Anis Raihanna mula memerah. Bukan kerana dicubit lagi tetapi kerana malu apabila dipanggil sebegitu.

"Okay. Aku percaya ni bukan mimpi. Aku pergi solat dulu eh." balas Anis Raihanna malu-malu.

"Hana, kejap!" panggil Afiq Raihan.

"Ya, kenapa-"

Tubuh Anis Raihanna dipeluk Afiq Raihan sekali lagi. Anis hanya membalas pelukan suaminya. Dia tersenyum nipis.

"Hana, aku rindukan kau. Rindu kau sangat-sangat. Aku janji akan layan kau dengan baik lepas ni. Aku sayangkan kau, Hana." ucap Afiq Raihan sayu.

Sungguh dia cintakan gadis dihadapannya ini. Entah kenapa, dia terlalu lambat untuk menyedarinya. Anis Raihanna menepuk lembut belakang tubuh Afiq Raihan.

"Afiq, aku pun rindukan kau. Kita mulakan hidup baru okay?" pujuk Anis Raihanna.

"Betul ni?" soal Afiq Raihan mahukan kepastian.

"Ya, takkan aku nak tipu. Aku pergi solat dulu, boleh? Nanti aku datang balik." balas Anis Raihanna lembut.

Afiq Raihan meleraikan pelukan. Dia menatap wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Dielus lembut pipi gadis itu.

Anis Raihanna melemparkan senyuman kepada suaminya. Seraya itu, dia mula melangkah pergi.

"Hana..." panggil Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna menoleh. Dia menahan tawa. Takkan nak berenggang sikit pun dah tak boleh?

"Nah kunci." balas Afiq Raihan.

Anis Raihanna mengerutkan dahi. Kunci apa pulak ni? Dia berjalan mendekati Afiq Raihan semula.

"Kunci apa, Afiq?" soal Anis Raihanna.

Afiq Raihan mengukir senyuman. Dia takkan persiakan lagi cinta mereka.

"Kuncinta kau selamanya." balas Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna menahan malu. Sejak bila Afiq Raihan tukar perwatakan ni? Ahh...melting!

"Afiq, jangan main-main. Aku nak solat ni." bidas Anis Raihanna geram.

"Alaa...mana ada aku main-main.
Betul lah aku sayang kau. Cepatlah solat, aku rindu dah ni." rengek Afiq Raihan.

Anis Raihanna tergelak kecil. Kenapa comel pulak suami aku ni? Haihh macam-macam.

"Yer nak solatlah ni. Kau tu panggil aku dari tadi. Macam mana aku nak solat? Dah tunggu je okay." pesan Anis Raihanna.

Afiq Raihan memberi tabik hormat tanda mendengar kata. Dia menayang sebaris giginya yang putih bersih.

Anis Raihanna mengukir senyuman sebelum meninggalkan Afiq Raihan. Hatinya bersorak gembira.

Tanpa mereka berdua sedari, Tok Nek mengalirkan air mata. Akhirnya, dia dapat pergi dengan tenang selepas ini.

Tok Nek bangga dengan kamu berdua.

???

"Tok Nek, dah sedar? Nak Afiq ambik apa-apa? Air ke?" soal Afiq Raihan prihatin.

Dia membantu Tok Nek duduk dengan berhati-hati. Risau sekiranya Tok Nek berasa sakit lagi.

"Tok, tak nak apa-apa Afiq. Duduk kejap, Tok nak cakap sikit." kata Tok Nek lemah.

Afiq Raihan hanya menurut kata. Dia menarik kerusi yang disediakan lalu diletakkan berhampiran katil Tok Nek. Seraya itu, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

"Tok, nak cakap apa? Tok kena banyakkan berehat tau. Afiq tak nak Tok sakit lagi." pesan Afiq Raihan lembut.

Tok Nek hanya mengangguk kepala. Dia mengukirkan senyuman penuh makna kepada Afiq Raihan.

"Afiq...boleh tak Tok nak Afiq janji dengan Tok?" kata Tok Nek lemah.

"Mestilah boleh Tok. Tok nak Afiq janji apa?" balas Afiq Raihan ramah.

Tok Nek mengenggam tangan kasar Afiq Raihan dengan erat. Pipi cucunya dielus lembut.

"Tok nak Afiq janji. Janji dengan Tok yang Afiq akan jaga Anis baik-baik. Jangan buat dia menangis dah boleh?" pinta Tok Nek penuh pengharapan.

Afiq Raihan mengangguk perlahan. Dia mencium tangan Tok Nek penuh kasih.

"Afiq janji Tok. Afiq janji akan jaga Hana sampai hujung nyawa, Afiq." kata Afiq Raihan yakin.

Seraya itu, Tok Nek mencium dahi Afiq Raihan. Dia menyalurkan segala kasih sayang kepada cucunya. Terasa beban yang ditanggungnya hilang serta-merta.

"Tok pun kena janji dengan Afiq. Janji dengan Afiq yang Tok akan sihat balik, boleh?" pinta Afiq Raihan pula.

Tok Nek membalas dengan anggukan kecil. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Terpancar sinar kegembiraan pada wajahnya yang sudah dimamah usia itu.

"Tok rehat ya? " kata Afiq Raihan.

Dia membaringkan Tok Nek kembali di atas katil hospital. Tubuh lemah itu diselimuti selimut tebal. Tidak lama kemudian, Tok Nek melelapkan mata.

"Afiq." panggil Puan Aimi yang baru sampai.

Afiq Raihan menoleh ke arah ibu mertuanya. Dia mengukir senyuman.

"Ya, ibu. Tok Nek baru tidur ni. Nak Afiq ambilkan apa-apa?" soal Afiq Raihan.

"Oh. Tak apalah ibu tak nak apa-apa. Ibu nak tanya, nampak abah? Dari tadi, ibu cari." ucap Puan Aimi resah.

Puan Aimi menghampiri ibunya. Dia mengambil tempat disebelah Tok Nek. Wajah ibunya dipandang dengan penuh kasih.

"Abah solat dekat surau kejap kalau tak silap." balas Afiq Raihan.

"Afiq dengan Anis balik la dulu. Biar ibu dengan abah jaga Tok Nek. Doktor kata Tok tak apa-apa. Kamu berdua balik dulu yer? Rehat." kata Puan Aimi sambil menoleh ke arah Afiq Raihan.

"Tak apa ke ibu? Afiq dengan Anis boleh je jaga Tok Nek." gesa Afiq Raihan.

"Tak apa. Lagipun Tok Nek boleh discharge esok. Biarlah ibu dengan abah yang jaga. Kamu berdua baliklah." ucap Puan Aimi. Dia menolak pelawaan Afiq Raihan dengan lembut.

"Kalau macam tu, Afiq pergi dulu yer, ibu. Kirim salam dekat abah. Kalau ada apa-apa, call Afiq." pesan Afiq Raihan.

Dia bersalaman dengan Puan Aimi. Satu senyuman dihadiahkan kepada ibu mertuanya.

Langkah diatur keluar dari wad tersebut. Matanya mencari kelibat Anis Raihanna. Dia tersenyum sebaik terjumpa susuk yang dikenalinya.

"Hana!" jerit Afiq Raihan dengan kuat.

Sehingga cukup membuatkan semua orang mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua. Anis Raihanna segera mendapatkan Afiq Raihan.

Dia menahan malu. Tertunduk-tunduk dia meminta maaf kepada orang ramai kerana sikap Afiq Raihan yang tak sopan itu.

"Afiq, kenapa jerit? Aku dekat depan kau je tadi kan." bisik Anis Raihanna.

"Biarlah. Aku nak semua orang tahu, aku panggil kau. Jom." ajak Afiq Raihan tiba-tiba.

"Pergi mana?" soal Anis Raihanna tertanya-tanya.

"Rumah kita."

???

"Hana...boleh tak kau masakkan untuk aku? Aku rindu nak makan masakan kau. Tengah lapar ni. Please!" rengek Afiq Raihan.

Anis Raihanna tergelak kecil. Dia bercekak pinggang. Matanya dikecilkan ke arah suaminya.

"Fikir comel ke merengek macam tu hah?" soal Anis Raihanna dengan nada memerli.

"Mestilah! Nak tahu tak kenapa, hurm?" balas Afiq Raihan yakin.

Anis Raihanna hanya melayan perangai suaminya. Dia mengeleng kepala sebelum membalas.

"Kenapa?" soal Anis Raihanna.

Afiq Raihan tersenyum nakal. Bukan selalu, dia macam ni. Eh ye ke?

"Sebab...aku kau punya!" balas Afiq Raihan selamba.

Serta-merta, merah muka Anis Raihanna dibuatnya. Afiq Raihan menghamburkan tawa.

"Eii, perasan! Kau nak makan apa ni? Aku nak masak." balas Anis Raihanna menutup malu.

"Urmmm..nak makan apa eh?" ucap Afiq Raihan sambil mengusap dagu.

Anis Raihanna hanya menunggu balasan daripada suaminya. Bahagia betul perasaannya pada ketika ini.

"Nak makan kau boleh?" balas Afiq Raihan bersama senyuman nakal.

Matanya dikenyitkan kepada Anis Raihanna. Membulat mata Anis Raihanna apabila mendengar jawapan daripada Afiq Raihan.

"Afiq, aku tak jadi masak terus kang." ugut Anis Raihanna.

Sebilah pisau ditunjukkan kepada Afiq Raihan. Sekali lagi, tawa lelaki itu meletus.

"Okay-okay. Aku gurau je." kata Afiq Raihan sebaik tawanya reda.

Anis Raihanna meletakkan kembali pisau tersebut diatas meja. Bibirnya mengukir senyuman. Afiq Raihan hanya memerhatikan setiap tindakan isterinya.

"Tapi seriuslah tak boleh?" kata Afiq Raihan yang masih mahu mengusik.

"Siapa kata tak boleh?" balas Anis Raihanna selamba.

Afiq Raihan terlopong. Tak percaya dengan jawapan daripada Anis Raihanna.

"Maksudnya, boleh ke?" kata Afiq Raihan teruja.

Anis Raihanna diam tak membalas. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

"Siapa kata boleh pulak?" kata Anis Raihanna lagi.

Afiq Raihan memuncungkan bibirnya. Tak sangka dia dah terkena. Dia mula menghampiri Anis Raihanna yang sedang membersihkan sayur-sayuran.

"Kenapa diam? Merajuk eh?" usik Anis Raihanna.

Seraya itu, Afiq Raihan memeluk isterinya dari belakang. Dagunya diletakkan diatas bahu Anis Raihanna. Anis Raihanna menghentikan tindakannya.

"Mana ada aku merajuk." balas Afiq Raihan manja.

"Ye ke?" soal Anis Raihanna lagi.

Afiq Raihan makin mengetatkan pelukan. Dia mencium pipi Anis Raihanna sekilas.

"Ya. Kenapa? Tak percaya eh?" bisik Afiq Raihan lembut pada telinga Anis Raihanna.

"Lebih kuranglah." balas Anis Raihanna malu-malu.

Dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Afiq Raihan melingkarkan tangannya pada pinggang Anis Raihanna.

"Hana..." panggil Afiq Raihan lagi di telinga isterinya.

Anis Raihanna menahan geli. Rasa seperti digeletek di bahagian telinganya. Dia memusingkan badan menghadap Afiq Raihan.

"Kenapa hurm?" tanya Anis Raihanna lembut.

Afiq Raihan mengukir senyuman. Seraya itu, dia memeluk tubuh isterinya. Lama mereka berpelukan. Dia mula membisikkan sesuatu di telinga Anis Raihanna.

"I love you."

??????
Stay tune!
Dont't forget to comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience