Episode 21

Adventure Series 25852

Episode 21- eyka_aqua

Diterminal KGEKT, Bandaraya Metropolitan Matahari.

Sabrina yang terpegun dengan suasana yang cukup meriah di Bandaraya Metropolitan Matahari semperna sambutan perayaan Manisan.

"Las~." Seseorang memanggil Las.

"Huh?" Mereka berdua cuba mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Mereka berdua sudah berada di bawah terminal, memusing-musing untuk mencari punca suara terbabit.

"Mana datang suara tu?" Las berkerut sambil menandang kiri kanannya. Agak suka mengesan kedudukan suara itu apabila terlampau ramai mereka yang lalu lalang disitu.

"Dah lah. Jomlah kita pergi pasaraya pavi." Ajak Sabrina selepas penat mencari kelibat suara tersebut barangkali peminat Las.

Las angkur dengan cadangan Sabrina. Mereka mengambil teksi untuk ke Pasaraya Mega Pavi.

######################

Nama sahaja teksi tetapi tiada pemandu dan tidak berbayar kerana dikawalan secara automatik ke lokasi penumpang mahukan. Teksi ini dijana mengunakan kuasa solar. Teksi ini hanya beroperasi dimalam hari manakala teksi dimalam hari mereka menggunakan teksi berasaskan elektrik. Teksi diAqua akan diservis setiap hari supaya sentiasa berfungsi dalam keadaan baik.

Las mempelawa Sabrina naik teksi tersebut. Las menghulur tangan kepada Sabrina. Sabrina menyambut sebelum memijak pedal khas untuk naik ke dalam teksi.

Las melompat ke dalam teksi tersebut. Selepas sahaja lokasi dinyatakan, pintu kaca teksi tertutup dan bergerak ke destinasi.

"Kau tak jawab lagi soalan aku." Kata Las sambil menyilang tangan.

"Hurmm?"

"Kau suka Arsh kan?" Las meneka. Las menjeling kearah Sabrina dan ternyata reaksi kelam-kabut Sabrina telah menerangkan apa yang disembunyikannya.

"BILA MASA AWAK TANYA? Tadi awak tanya lain! Lagi satu saya tak… su..su… Arsh!” Wajah Sabrina merah menyala. Entah mengapa susah benar dia mahu menyebut perkataan itu.

"Hahahaha." Las ketawa dengan reaksi Sabrina. Lebih menarik dari dijangkakan.

"Apa?! Kenapa gelak?!" Sabrina geram.

"Arsh cakap dia suka seseorang.. Seseorang yang comel perangainya~" Ujar Las sambil mengangkat kening. Itu hanyalah cerita rekaan Las. Arsh tidak pernah menyatakan hal itu. Sengaja dia ingin memancing kejujuran Sabrina.

Sabrina tergamam.

"Arsh suka seseorang yang comel?" Sabrina bermonolog dalam hatinya. Las mendengar suara hati Sabrina menyebabkan dirinya tidak berhenti ketawa.

Apahal dia ni gelak dari tadi? Sabrina mengerut dahi.

"Apa kata kau bagi kek yang kau buat sendiri? Bagi dekat Arsh." Cadang Las.

"Buat kek sendiri?"

Las menganguk.

"Arsh suka apa?"

"Arsh tak suka benda manis. Rasanya Koncer elok gak."

"Koncer? Ermmm.. Bolehlah kot."

Koncer sejenis manisan yang sangat terkenal di Bandaraya Bulan. Walaupun koncer sejenis manisan tetapi koncer tidak manis, krim koncer terletak diatas koncer. Krim koncer adalah asli dari buah-buahan seperti epal, nanas dan angur. Tepung untuk buat koncer adalah tepung gandum asli tiada pengawet atau tambahan seperti manisan.

Untuk buat koncer mereka perlu stim dahulu tepung sehingga naik barulah di letakkan krim asli keatasnya. Manisan ini direka untuk mereka yang tak suka benda manis dan baik untuk kesihatan.

#################

Di Pasaraya Mega Pavi.

"Wahhh!! Besarnya, meriah betul!" Suara Sabrina ceria.

Las mengangguk tanda setuju. Sememangnya cantik hiasan di dalam Pavi ini.

"Maafkan saya encik. Encik menghalang laluan masuk." Seorang pertugas pintu depan menyapa.

"Maafkan kami." Serentak mereka berdua berkata.

Mereka bergerak ke peta hologram untuk melihat arah tujuan mereka mahukan.

"Arah utara..." Suara Sabrina dengan nada perlahan.

"..." Las hanya memerhati peta tersebut.

"Macam mana kita nak pergi dekat sini?" Sabrina menunjuk arah dewan bahan kering didalam peta hologram.

Las menekan hologram tersebut. Hologram yang berwarna kelabu bertukar kepada hijau dan dianalisis data sebelum menunjukkan arah.

"Sila menggunakan pintu perentas (III) untuk melepasi sempadan ini. Pintu perentas berada disetiap titik yang berikan." Baca Las dan memerhati titik merah yang ditunjukkan. Las cuba menanam lokasi titik merah yang dinyatakan. Selepas memastikan dia mengingati setiap titik merah dia mula menekan butang kembali.

"Jom, gerak." Las bergerak menuruni tangga dan diikuti Sabrina.

Mereka berbual dengan gembira dan macam-macam topik diceritakan. 500 meter bagaikan tidak terasa oleh mereka semasa berjalan didalam Pavi untuk mencari pintu perentas.

"Ramai orang tu mesti pintu perentas." Kata Sabrina sambil menunjuk arah mereka yang sedang beratur.

"Memang pun."

Mereka bergerak dan beratur sebelum giliran mereka memasuki pintu perentas.

#################

"Awak nak apa Las untuk perayaan ni?" Kata Sabrina sambil memasuki pintu perentas. Dia perlu meminta maaf sebab kelewatannya tadi.

Sebaik sahaja, mereka memasuki pintu perentas sudah tersedia kapsul buih bersertakan tempat duduk khas untuk dua orang didalamnya. Las memasuki kapsul terlebih dahulu dan menghulur tangan kepada Sabrina. Pintu kapsul buih tertutup dan terapung di udara dan bergerak dengan laju. Semasa perjalanan mereka nampak ada beberapa kapsul melepasi mereka.

"Aku nak apa? Apa-apa pun boleh." Kata Las. Matanya memandang luar buih. Melihat suasana berubah seperti bintang yang bergerak laju disekeliling mereka.

"Kita akan sampai ke bahagian utara Pasaraya Mega Pavi dalam 5…4...3...2..1.. Sudah tiba ke destinasi. Sila berhati-hati dengan langkah anda." Suara dari kapsul buih kedengaran.

"50 saat saja. Boleh tahan laju." Kata Las perlahan.

Kapsul buih mendarat di kawasannya sebelum membuka pintu untuk mereka.

"Terima kasih menggunakan kenderaan kapsul buih." Kata kapsul buih sebelum tutup dan terapung untuk kembali ke tempat tadi.

Las dan Sabrina bergerak ke pintu, pintu dibuka secara automatik.

################

Suasana terus berubah, kawasan ini bagaikan set pengambaraan dimana kedai menyerupai rumah dan mempunyai pokok-pokok serta rumput dan daun. Pelbagai bentuk rumah kedai seperti berbentuk kasut, berbentuk ikan, berbentuk baju, berbentuk roti dan sebagainya. Tempat ini sungguh nyaman bagaikan bukan berada didalam Pasaraya.

"Dasyat betul. Macam pergi alam magis, masuk-masuk terus lain reka bentuk dan suasana." Puji Las. Dirinya sedikit sebanyak kagum dengan kecanggihan teknologi Aqua.

Sabrina bersetuju. Mereka berdua bergerak sambil memerhati kawasan. Mereka berhenti dan masuk ke kawasan manisan.

Kawasan manisan bagaikan syurga makanan untuk kanak-kanak. Kebanyakkan berbentuk manisan. Tengok sahaja kedai-kedai sudah terliur.

"Selamat datang ke Syurga manisan."

Maskot menyerupai seekor burung bersuara.

"Kyaaaa!!! Comel!!! Tangkap gambar jom!" Cakap Sabrina dengan penuh kegembiraan. Maskot tersebut mengangguk kepala.

Las mengaktifkan komputar gravitinya lalu menangkap gambar Sabrina dengan maskot tersebut… Dengan pelbagai aksi~

"Wahhh!! Bestnya! Gambar tu hantar dekat saya!" Kata Sabrina sambil membulatkan matanya.

Las hanya menurut kehendak Sabrina. Mereka bergerak memerhati sekeliling kawasan. Memang kawasan ini agak padat, mungkin kerana perayaan manisan akan berlangsung tiga hari lagi.

"Kedai tepung gandum asli." Las membaca papan tanda sebuah kedai seperti guni tepung di dalam hati.

"Sabrina tu kedai yang kita cari tu kan?"

Sabrina terus memandang kearah Las pandang.

“Yalah kot..” Sabrina mengangkat bahu. Ini kali pertama dia menjejak kaki disini. Mereka bergerak kearah dan memasuki kedai tersebut.

"Selamat datang." Kata pekerja kedai tersebut. Pakaian mereka semua cukup cantik dan sangat kemas.

#################

Mereka bergerak ke setiap sudut untuk mencari tepung khas untuk membuat Koncer. Sabrina leka mencari disetiap rak.

Terasa letih apabila bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa henti. Tidak sangka diri Las terdapat jenis tepung. Terasa dahaga menyebabkan Las bergerak keluar dan mencari kedai menjual air atau mesin air tanpa memberitahu Sabrina. Tidak sampai hati untuk mengangguk kesungguhan Sabrina.

#################

"Las antara ini dengan ini mana lagi e...lok.." Sabrina mula menyedari Las tiada disisinya.

"Oh! Tidak! Ke mana Las pergi?? Aku terleka sangat sampai tak sedar Las tak ada dekat tepi." Sabrina bermonolog bersendirian sambil rasa bersalah dihatinya.

Sabrina berpusing-pusing mencari Las. Selepas penat berpusing dia kembali ke rak tadi untuk menunggu Las disitu. Sabrina terkejut apabila nampak Las disitu memegang air minuman manakala ditangannya ada bakul mesra alam. Wajah Las kelihatan tenang walaupun wajahnya dilindungi oleh pakaian penutup mulut.

Sabrina bergerak laju kearah Las lalu mengoncang tubuh Las. Wajah Sabrina menunjukkan dia sedang risau.

"Wowowowo.. Sabar Sabrina... Kenapa ni?? Tumpah air." Las mengangkat air botolnya ke langit untuk mengelakkan tumpah ke bajunya.

"Ke mana kau pergi ha??? Penat aku cari kau dekat kawasan ni." Marah Sabrina. Terlupa penggunaan bahasa 'saya' dan 'awak'.

"Aku pergi beli bakul tadi dekat kedai bakul." Kata Las.

"Lain kali bagi tahu lah! Tak ada aku naik seriau kau hilang!! LAGI SATU MACAM MANA KAU NAK MINUM KALAU TAK BUKAK KAIN YANG HALANG MULUT KAU!"

"Hehehehe.. Maaf sebab kau nampak gembira beli barang untuk Arsh jadi aku tak nak kacau kau punya tumpuan. Lagi satu adalah caranya aku nak minum. Apa gunanya belajar sihir."

"Banyaklah awak hehehehe.. Saya pukul awak dengan bakul ni baru tahu!" Kata Sabrina sambil merampas bakul dari tangan Las. Kemarahan Sabrina sudah reda.

Sabrina mengacah untuk memukul Las tetapi Las cekap menangkap tangan kanan serta pergelangan tangan kiri Sabrina. Badan Sabrina berhenti kerana kekuatan Las berbeza dengan kekuatannya.

"Maaf ya. Nah, aku bagi kau air manga sejuk." Kata Las sambil mengeluarkan air tin manga dari poket jaketnya dan meletak ke pipi Sabrina. Jantung sabrina berdegup dengan tindakkan Las.

"Sejuk!!" Sabrina cuba menutup malu dan debaran hati.

"Dapat kurangkan kepanasan jiwa kau tadi." Perli Las.

"Memang dah hilang pun! Sekarang sebagai balasan awak kena angkat segala barang yang saya beli." Kata Sabrina sambil memasukkan semua barang yang ingin dibelinya ke dalam bakul. Las hanya menurut.

##################

Mereka mendapat potongan kerana pertugas kedai menginggatkan mereka adalah pasangan kekasih dan mereka bagitau mereka cemburu dengan kemesraan mereka berdua.

"Boleh pulak jadi pasangan kekasih." Kata Las.

Mereka berdua ketawa. Mereka membeli belah segala jenis barang sebelum pulang ke bahagian utama Pasaraya Mega Pavi.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience