(B) - Beruang

Romance Series 83989

"cik.. tolong jangan macam ni.. you bukan haiwan buas untuk buat perangai seperti manusia yang tak bertamadun macam sekarang ni.." marah lelaki tersebut dan menolak badan Nelissa agar menjauh dari duduk atas badannya.

"ala, i hanya nak nombor telefon you je, tapi badan dan otak i yang paksa i buat macam ni.. salah i ke? cepatlah hensem.. " goda Nelissa lagi sambil jari tangannya yang sebelah lagi bermain-main dibadan lelaki tersebut.

"oh! otak dan badan you yang paksa you buat macam ni ye? erm maknanya otak you tu dah gila tak boleh berfikir dengan waras, i tengok perangai you ni dah macam perempuan murahan.. sanggup jatuhkan maruah sendiri untuk ternampak hebat dimata orang lain.." ejek lelaki tersebut tanpa melihat reaksi perubahan muka Nelissa yang terasa terhina.

Dan belum sempat Nelissa membuka mulutnya dan terus terdengar suara seseorang di tepinya.

"Ray, agak-agaklah awal lagi kot.. macam tak sempat-sempat pulak kau ni ye nak buat kerja.." sergah seorang lelaki iaitu kawan kepada lelaki yang masih dibawah badan Nelissa.

Tanpa sengaja lelaki tersebut menolak badan Nelissa yang berada diatasnya dengan sedikit kuat dan menyebabkan minuman yang berada ditangan Nelissa tertumpah keatas bajunya sendiri.

"argghhhh.. sampai hati you tolak i.. habis basah baju i.." marah Nelissa dan terus duduk disebelah lelaki yang dipanggil Ray oleh kawannya.

"maaf ye cik, kawan i dah sampai dan i rasa you boleh cari mangsa lain untuk puaskan nafsu buas you tu.. " ucap lelaki yang bernama Ray tersebut itu lagi.

"Ray siapa? tak nak kenalkan ke?" ucap kawannya lagi yang masih berdiri melihat sepasang makhluk yang sedang bermain tarik tali.

"oh nama you Ray ye.. terima kasih kawan.. siapa nama you? i Nelissa.. you can call me Nel.. how sweet you are Ray.." ucap Nelissa yang cuba menyentuh dada Ray dan ditempis oleh Ray.

"auww.. garangnya i like.. " Nelissa masih mencuba nasibnya.

"hihi.. i Eric kawan Ray.. Nelissa you cantik sangat.." ucap kawan Ray yang bernama Eric sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Dan Nelissa hanya tersenyum pada Eric selepas saja Eric memujinya cantik dan mengabaikan tangan Eric yang ingin bersalam dengannya, tanpa berlama-lama Nelissa terus meninggalkan Ray dan Eric yang masih memerhatikannya seperti tidak pernah melihat perempuan cantik.

"ish.. dah la Eric kau pantang tengok yang berdahi licinkan.." marah Ray bila Eric mula memandang Nelissa dengan penuh nafsu.

"tapi dia nak apa dari kau? andai aku cepat sikit dari kau.. mungkin aku yang berada kat bawah dia sekarang ni.. argghh, lain macam aura Nelissa tu kan Ray.." Eric yang masih memandang Nelissa dari jauh tanpa pedulikan Ray yang melihatnya dengan pandangan menjijikan.

"entah, tiba-tiba je datang lepas tu ganggu aku.. meluat betul tengok perempuan gedik macam tu.. apa dia ingat dia cantik sangat ke? lagi comel Kiki aku yang kat rumah tu.." omel Ray sambil minum.

"habis tu, kalau kau tak nak sekali pun apa salahnya kau layan dulu lepas tu kau pass la kat aku.. nanti pandai la aku jinakkan si Nelissa tu.. argghh.. aku tak tahan weh tengok dia tadi bila dia duduk atas badan kau.. aku terbayang dia yang duduk kat atas badan aku.. mesti aku tak lepas dia keluar dari bilik kalau dia jadi milik aku.. hahaha.." gelak Eric bila saja Karl mengabaikannya.

"lantak kau lah.. tapi kau nak order minum ke tak? kalau tak nak jom keluar.. aku rasa rimas la kat sini.. perempuan gila tu asyik tengok sini je.." ajak Ray bila saja mata Eric masih memandang kearah dimana Nelissa berada bersama kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience