BAB 12

Romance Completed 497

“ Tak payah rajin pun duit masuk. Yang kat luar tu rajin, baju buruk jugak.”

Dan mereka berdua mengekek ketawa.

Tanpa berfikir, kalau tidak kerana kerajinan yang memakai baju buruk itu, tidaklah mereka dapat merasa sarapan pagi yang sedap tiap-tiap hari. Tidaklah mereka bersenang lenang keluar masuk rumah tanpa memikirkan kerja-kerja rumah. Semuanya diserahkan kepada Azalea. Azalea lah yang bertanggungjawab ke atas banglo tiga tingkat yang langsung tidak mempunyai pembantu rumah walaupun pemiliknya mampu menggaji lebih dari sepuluh orang pembantu.

Azalea mengetap bibir, menyampah bila mendengar perbualan abang dan adik pemalas yang tak guna tu. Dahi diraba. Sakit. Nasib baik tak berdarah. Dia meneruskan langkah ke biliknya.

Seperti biasa, sweater disarung ke tubuh. Menyembunyikan kesan-kesan lebam di tubuh yang masih belum hilang. Hari-hari kena tambah, macam manalah nak hilang semua. Hari ni tambah kat dahi pulak.

Cap dicapai lantas disarung ke kepala untuk melindung lebam di dahi yang akan menyerlah sekejap nanti. Dia tidak mahu orang tahu.

Tugas pagi sudah selesai. Dia perlu melapangkan jiwanya.

Azalea & Syairi

“ Your highness~” Syairi buat tunduk hormat di hadapan Azalea yang sedang duduk bersila di bangku taman permainan. Dia sudah mula ada rutin harian baru, iaitu memeriksa taman permainan kawasan perumahan Azalea, mencari kelibat gadis itu setiap pagi.

Terbit rasa gembira di hati Azalea bila Syairi tiba-tiba muncul menyapa. Kalau sebelum ini dia menghabiskan masa lapangnya seorang diri, tapi sejak berjumpa dengan Syairi, lelaki itu selalu sahaja menemaninya.

Syairi mengambil tempat disebelah Azalea. “ Dah breakfast?”

Azalea mengangguk.

Syairi menilik penampilan Azalea. Hari ini ada penambahan. Cap dikepala. Mungkin untuk berselindung dari panas. Gadis itu tetap cantik dimatanya.

“ Breakfast apa tadi?”

“ Nasi goreng.” Azalea menjawab. Dia berpaling memandang Syairi. Lelaki itu hanya mengenakan baju-T biru tua dan jeans biru lusuh. Syairi tak kerja ke? Atau masih belajar? Dia jadi tertanya-tanya.

“ Kenapa tengok saya macam tu?”

Azalea terus berpaling ke arah lain. Kantoi!

Syairi tersenyum lebar. “ You free today?” Syairi mengerling sekilas jam di tangan. 11.40 minit pagi.

Azalea angguk. Biasanya tengah hari tak akan ada yang makan di rumah. Semua ada temu janji di luar. Sarapan pagi dan makan malam sahaja yang memerlukan khidmat dia. Walaupun kadang-kadang semua masakannya langsung tidak disentuh. Dia tidak kisah, yang penting dia telah menjalankan tugasnya.

“ Jom ikut saya.”

Syairi & Azalea

“ Nak masuk tak?” Syairi pandang Azalea.

Azalea menilik dirinya. Dengan semua pakaian yang sudah nampak lusuh dan buruk, dia malu nak melangkahkan kaki masuk ke dalam butik pakaian yang nampak mahal itu.

“ Jom!” Syairi tarik tangan Azalea memasuki Roxy & Quiksilver. “ Cantik tak?” sehelai baju-T berwarna hitam berlambang Roxy dihadapan ditayang kepada Azalea. Azalea hanya mengangguk. “ Nak?”

Cepat Azalea menggeleng. Tengok kedai je tahu mahal-mahal. Mana dia nak dapat duit? Makan tengah hari tadi pun Syairi yang belanja.

“ Nak lah.. Please?” Syairi memujuk, masih menghulur baju itu kepada Azalea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience