BAB 9

Drama Completed 552

"Farina tak ada kat sini!!"

"I datang bukan nak jumpa Farina. Tapi I nak jumpa you."

Aku menggenggam tangan cuba mencari kekuatan.

Ad tersenyum. Tapi bagiku senyumannya amat menakutkan sekali.

Ad memperlawa aku masuk ke dalam rumahnya. Bersih dan tersusun seolah-olah rumahnya sentiasa di jaga dengan rapi. Tapi aku pelik. Mengapa gmbar-gambarku yang tersangkut didinding. Di mana gambar Farina?

"U nak cakap apa dengan I?"

Aku tersedar dari lamunan. Ad di hadapan ku tidak berhenti tersenyum.

"Suami I. Dia ada perempuan lain. U tau kan suami I selalu outstation. Tup tup haritu dia balik dia cakap nak ceraikan I. Apa I nak buat?"

Senyuman di wajah Ad berubah. Wajahnya menunjukkan rasa simpati. Dia bangun dan duduk di sebelahku dan menghulurkan sekotak tisu.

"I dari dulu dah agak benda ni. Am tak ikhlas kahwin dengan awak. Tak apa Ain. I ada. Kalau Am tinggalkan u, i akan jaga u sampai bila-bila."

Ad tersenyum.

Umpan sudah mengena.

"Patut I terima u. I menyesal. Maafkan I Ad."

Ad mengusap-usap bahuku. Mungkin cuba menenangkanku.

'Tak malu betul tenuk ni. Geli aku.'

Getusku di dalam hati.

"U nak air? Biar tenang sikit hati u tu."

Pelawa Ad tiba-tiba.

Aku mula gelisah. Buat air tiada dalam perancangan kami. Sepatutnya aku yang memperlawa Ad. Ini sudah terbalik.

"Err. I buatkan untuk u sekali ye Ad."

Ad tersenyum dan mengangguk.

Aku terus menuju ke dapur dan membancuh kopi 3 in 1 yang ada di dalam laci. Apabila air sudah siap sedia untuk dihidangkan aku mengeluarkan bungkusan kecil berwarna putih dari poket seluarku.

'Serbuk ni akan buat dia tertidur.'

Kata-kata Fahri terngiang-ngiang di telingaku.

"U nak bagi I ubat apa tu?"

Bungkusan kecil terlepas dari tanganku. Ad sudah berada di belakangku. Matanya memandang bungkusan yang terjatuh. Mukanya tidak mengukirkan senyuman.

Kerana terlalu terkejut dan takut aku terus keluar daripada dapur menuju ke pintu keluar. Ad memanggilku beberapa kali namun tidak aku endahkan.

"Ain!! Ain!! Apa kau buat ni ha!!"

Ad terus mengejarku. Belum sempat aku melangkah keluar Ad terus merentap tanganku.

"Lepas la Ad. Sakit la. Tolong!"

Aku meronta-ronta minta dilepaskan.

Tiba-tiba Ad menyuntik sesuatu di leherku. Pandanganku semakin kabur. Rontaan aku pun semakin lemah. Akhirnya aku semakin lemah dan tidak mampu melawan.

"Aku dah tahu rancangan kau orang Ain. Aku tahu kau cuma pura-pura."

Dengan pandangan yang kabur aku melihat Ad mengendongku dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.

=====

"Aku dah cakap Fahri, benda ni bahaya. Tengok sekarang apa jadi. Ya Allah mana la Ad bawak isteri aku."

Am mundar-mandir di ruang tamu. Hatinya rungsing memikirkan kehilangan Ain.

"Aku tak sangka pulak Ad boleh hidu rancangan kita."

Fahri dan Am masing-masing tidak dapat duduk diam. Fahri memikirkan nasib Farina dan Am memikirkan nasib isterinya.

=====

"Ain. Ain. Bangun lah."

Kepalaku terasa berat. Berkali-kali suara berbisik itu memanggil aku. Perlahan-lahan aku membuka mata.

"Farina! Ya Allah rindunya aku dengan kau."

Tubuh Farina yang semakin kurus itu aku peluk. Dia juga membalas pelukanku. Akhirnya kami mengalirkan air mata.

"Shhh! Jangan kuat-kuat. Nanti Ad dengar."

Aku amati tubuh Farina. Banyak kesan lebam dan luka ditubuhnya. Sudah pasti Ad mendera Farina.

"Rina kenapa kau macam ni. Ya Allah Rina. Ad dera kau kan. Jom Rina kita keluar daripada sini."

Aku menarik tangan Farina dan memaksanya bangun. Tetapi Farina menggeleng. Dia menarikku supaya duduk semula.

"Jangan Ain. Aku dah banyak kali cuba larikan diri. Tapi tengok apa jadi pada aku. Bila Ad tangkap aku cuba larikan diri dia pukul aku, sepak aku dan perkosa aku dia buat aku macam benda yang tak bernyawa Ain. Aku takut."

Hampir pitam aku mendengar pengakuan Farina. Air mata Farina meluncur laju. Aku tahu dia sudah lama memendam rasa sakit. Hari ini baru dia boleh menceritakan segalanya.

Aku memeluk Farina dengan lebih erat. Aku membiarkan dia menangis semahu-mahunya di bahuku.

"Seronok sembang."

Ad tiba-tiba muncul di pintu. Sekuntum senyuman diberikan kepada aku. Namun aku tidak membalas senyumannya.

Mahu sahaja aku mencekiknya sehingga mati kerana mendera Farina.

"Sayang kenapa menangis ni? Sayang cerita apa dekat madu sayang ni."

'Madu? Sudah gilakah Ad.'

Ad memandang tepat ke wajah Farina dan mengelap air mata Farina. Kemudian Ad membelai lembut rambut Farina yang panjang. Aku melihat tangan Farina terketar-ketar ketakutan.

"Kau ni dah gila kan Ad. Kalau kau dah tak suka dengan Farina ceraikan dia lepaskan dia. Bukan kau kurung dia dalam ni lepastu dera dia camni."

Ad berhenti membelai rambut Farina. Pandangannya dialihkan kepadaku.

"Kita kawen Ain. Kita bina hidup baru. I sayangkan u I sayangkan Farina. I tak boleh hidup tanpa u dengan Farina."

Aku membulatkan mata. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Ad.

"Aww sakit."

Tiba-tiba Farina mengaduh. Dia memegang perutnya.

Aku terus menyelak sedikit baju Farina. Hampir pitam aku melihat perut Farina. Terlalu banyak kesan gigitan dan melecur di situ.

"Kau buat apa ni Ad? Apa kau buat dekat Farina? Lepaskan la dia. Tolong lah Ad."

Tanpa sedar aku menumbuk dan memukul dada Ad berkali-kali sambil menangis.

"Sayang I cakap apa tadi kalau sampai Ain pukul I? Sayang tak bagi tahu Ain lagi ke?"

Aku terpinga-pinga denga soalan Ad kepada Farina. Adakah aku tersilap langkah?

Farina mula menangis dan menggigil ketakutan.

Tiba-tiba Ad bangun dan menyeret Farina ke pintu.

"Abang tolong la. Jangan apa-apa kan Farina. Farina salah abang. Maafkan Farina abang."

"Kenapa ni? Ad berhenti. Lepaskan Farina."

Ad tidak memperdulikan rayuan Farina dan pertanyaanku. Dia terus menyeret Farina ke pintu dan terus menutup pintu.
Aku cuba membuka dan mengetuk pintu tapi langsung tidak diendahkan Ad. Akhirnya aku mengalah. Hanya tangisanku mengiringi jeritan Farina yang dapat aku dengar dibalik pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience