Takut

Drama Series 421991

Aku hilang keseimbangan, aku yakin sangat aku akan terbalik sesaat nanti jika aku tak cepat cepat bangun berdiri. Namun aku tak daya, terasa lututku lemah kerana semua darah menyerbu ke kepala.

Dan aku nyaris tersembam di jalan raya dengan mata tertutup. Kedua tangan telah menjadi pemangkin agar kejadian itu tak menjadi kenyataan. Nafasku laju, rentak jantungku tak sekata.

"B***!!"

Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluarkan perkataan itu pada saat begini. Seharusnya kata syukur, memuji yang Esa kerana wajah yang aku lihat tadi tak seperti yang aku bayangkan pada awalnya.

"Mana?"

Aku mendengus kemudian bangkit berdiri. Mataku merenung pada objek legam yang dilatari cahaya terang. Itu yang menjadi tumpuanku kini. Ringan tangan rasanya nak kutip semula kayu tadi, melibas objek legam di depanku.

"Kau dah kenapa, menonggeng tengah jalan, tengah malam, depan kubur Hindu pula tu"

Aku memilih untuk tak menjawab. Aku berpaling dan meneruskan perjalanan kembara soloku - kononnya.

Ya, aku merajuk. Aku malu dipertemukan saat posisi paling buruk aku buat - menonggeng. Tak pernah dibuat orang. Merah padam muka aku, menahan malu, menahan marah. Arghhh!!!

"Oiii budak. Nak pergi mana? Naik kereta aku cepat. Kang dibuatnya terjumpa minachi pakai..."

Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku terus berpusing dan berlari ke kereta, melepasi dia. Pintu kereta aku tutup kuat. Menyampah! Aku dah terlupa pasal tu, dia ingatkan semula. Dia la punca minachi tu muncul.

Dia tersengih sengih masuk ke dalam kereta, mengejek aku la tu. Sesaat kemudian, air mukanya berubah. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan tersebut. Kompartmen dashboard dibuka tergesa gesa, satu thumb drive berbentuk gitar dicucuk ke radio. Alunan ayat ayat suci berkumandang memenuhi ruang kereta.

Tak jauh simpang utama kawasan perumahan tadi, kami terlihat balai polis daerah. Kereta diperlahankan kelajuan dan berhenti di bawah lampu. Tiang lampu jalan yang terpacak melepasi pagar utama balai polis.

Sebotol air mineral yang terletak di belakang pemandu diambil, penutup botol dibuka sebelum mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Dia meneguk sebelum diberi padaku.

"Nah, minum ni. Selawat dulu"

Tanganku menggigil kuat, tak kuat untuk memegang botol itu. Nak berselawat pun aku tak ingat. Lalu disebut satu persatu kalimah itu dan aku mengikutnya perlahan lahan.

Mulut botol disua ke bibirku. Aku teguk sedikit demi sedikit. Kemudian, dituangkan sedikit ke tapak tangannya dan  disapu ke mukaku.

"Lega?"

Aku mengangguk kemudian aku tersandar. Dadaku masih laju berdegup kencang. Tapi berbanding tadi, ini lebih tenang iramanya. Aku menutup mata, menenangkan fikiran dan dada dengan kalimah Allah yang dilantunkan melalui corong radio.

Seketika kemudian, aku mengeliat dan membetulkan posisi badan. Setelah berasa lega dan segar seperti normal, aku pandang ke tempat pemandu. Tiada sesiapa.  Aku pandang sekeliling- gelap. Aku menjerit sekuat kuat hati, aku takut.

"Arif!!!!!"

Pintu kereta kubuka dan meluru keluar. Keadaan sunyi sepi. Aku pandang sekeliling. Ada bangunan yang tadi balai polis tapi kini gelap tanpa cahaya. Ke mana harus aku pergi? Ke bangunan gelap ni? Tah tah dalam tu penuh zombie atau....

"Arif!!!!".

Andainya kepala aku boleh berputar tiga ratus enam puluh darjah, mudahnya. Tak perlu aku berpusing sekali mencari Arif sambil berlari. Aku tak memandang balai polis, aku takut. Betul ke kami berhenti di hadapan balai polis tadi atau balai polis itu sekadar ilusi? Aku takut terlihat minachi yang memakai loceng kaki tadi. Dadaku terasa sempit, sakit. Air mata mula mengalir.

"Hoi!!!"

Aku seolah terdengar orang berlari di belakang, ada bunyi ching ching ching juga. Ahhh.. sudah. Laju lagi Nura, laju.

"Oii budak". Hoodie aku ditarik membuatkan aku terhenti berlari dan jatuh telentang ke belakang.

"Beratnya kau ni!"

Aku membuka mata, wajah Arif di depan mata dan dua tangannya menampung bahagian atas tubuhku. Segera aku memegang lengan dan bahunya lalu berdiri.

"Nak pergi mana? Laju sangat lari", soal Arif kelihatan mencungap juga. Kasihan, berat sangat aku agaknya.

"Boss pergi mana tadi, tinggal saya sorang sorang?", tanyaku mengesat pipi yang dibasahi air mata.

"Aku kat pondok pengawal tepi pagar balai tadi. Nak minta izin parking dalam sementara tunggu subuh".

Seorang anggota polis berdiri di sisi Arif, "laju juga cik ni lari", katanya sambil tersenyum sebelum berpusing dan berjalan menuju semula ke balai polis. Arif mengekorinya tapi aku tak mampu melangkah. Kakiku lemah. Aku memerhati sekeliling. Balai polis sudah nampak seperti mula mula kami tiba tadi. Lampu jalan turut bercahaya. Kenapa tadi semuanya gelap? Adakah mata aku telah ditutup sesuatu?

"Kenapa?", tanya Arif berpaling setelah sedar aku tiada disisinya. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tak tahu. Arif mendekati aku.

"Kau nak aku dukung? Serius la". Berkerut dahi Arif ketika bertanya soalan itu sambil memandang aku dari atas ke bawah. Ala.. aku tau la aku berat.

"Papah saya boleh?", pintaku. Arif mengeluh perlahan, bahuku dirangkul dan tanganku diletakkan ke pinggangnya. Aku mengheret kakiku. Tak mampu nak mengangkat.

"Kau nak ke mana tadi?", tanya Arif.

"Saya takut. Saya nampak semuanya gelap gelita. Boss pun takde. Lepas tu saya dengar ...", jawabku perlahan dan teresak menangis, masih terngiang di telinga bunyi loceng walaupun agak perlahan.

"Dengar apa?", bisik Arif.

"Lebih kurang macam bunyi loceng. Sekarang ni pun saya dengar. Boss dengar tak?", kataku mendongak memandangnya.

"Dah kau menangis kuat, macam mana aku nak dengar", ujar Arif menjeling.

Aku mencebik, menahan sedu. Aku berhenti dan menghadap Arif yang juga terhenti melangkah. Aku minta dia fokus. Dia tersenyum bila matanya terus memandang anggota polis yang berjalan menuju ke pagar balai.

"Kau nampak tak kat poket dia tu?", ujar Arif menuding ke arah polis tadi.

Mataku pantas mencari. Ada gugusan kunci terkeluar dari poket anggota polis berkenaan dan keychainnya loceng. Huk alohhh!!! Loceng kucing dibuatnya keychain.

Arif cuba menahan tawa, ditutup mulutnya dengan tangan. Benci tau! Rasa macam kena prank.

Kami terus melangkah. "Tadi gelap sangat masa saya tersedar, macam mana saya tak takut", kataku seakan merajuk.

"Blackout. Time tu la pulak kau terjaga. Aku nak kejutkan kau sebelum turun tadi, tengok kau sedap sangat tidur sampai meleleh air liur", jelas Arif.

Tindakan reflek, terus aku mengesat  sisi bibirku kiri dan kanan. "Mana ada", kerlingku pada dia yang sudah terbahak bahak.

Boleh pula dia gelakkan aku. Hish!!!!

Pintu kereta dibuka. Aku ditempatkan di belakang. Bukan disebelah pemandu seperti tadi. Kakiku diangkat dan dibetulkan kedudukan sebelum Arif masuk dan duduk di belakang pemandu. Disuruhnya aku bersandar pada pintu dengan badan menghala kepadanya. Kaki aku diangkat separas kerusi dan diletak ke atas pahanya.

Air mineral tadi diberi padaku dan dia mengambil satu tiub losyen panas dari dalam dashboard. Dipicitnya ke atas tapak tangan sebelum disapu pada kakiku, diurut perlahan.

"Tadi masa jalan seorang tu tak takut pula?", soal Arif dengan nada sinis. Aku tau dia perli aku.

"Tu nekad dah", balasku perlahan. Aku masih rasa bersalah pada diri sendiri sebenarnya. Rasa menyesal masih terbuku di dada.

"Kenapa?". Soalannya aku jawab dengan gelengan. Aku tak mahu menjawab.

"Macam mana boss boleh ada kat situ?", soalku pula.

"Kau ingat aku boleh lelap mata bila kau, satu satunya perempuan kat rumah tu? Walaupun kau tu penampilan je macam lelaki, kau tetap perempuan. Tempat penyedap lelaki". Berdesing telinga aku bila Arif kata begitu.

"Kak Iris kan ada", balasku namun disahut dengan tawa besar dari Arif.

"Kau ingat dia perempuan asli ke?", duganya.

"Hah??". Aku terpinga dengan soalan itu.

"Kau tengok tetek dengan punggung dia pun dah tau la. Apa naif sangat kau ni?", ujar Arif tak putus ketawa dari tadi sambil menggelengkan kepala.

"Habis dia tu bukan perempuan?"

"Kau tak nampak ke junior dia terjuntai masa mencangkung depan pagar tadi?", tanya Arif tersenyum sinis bila aku ternganga dengan kata katanya. Wallahi aku tak pandang pun. Aku cuma kagum dengan payudara Kak Iris. Besar, bulat, pejal dan mantap.

"Dave ok?", tanyaku mengalih topik.

"Padan muka dia. He deserved it. Dah banyak kali aku dengar pasal perangai dia. Yang kau tu berani sangat berjalan seorang waktu macam ni, bahaya tau. Kenapa tak telefon aku?", bebel Arif.

"Saya mana ada nombor telefon boss. Tak pernah bagi pun.  Kad nama boss pun saya takde, kedekut", kataku secara tak langsung mengutuk dia.

"Boss, boss. Aku cium kang"

"Berani?", tanyaku sambil mengenggam penumbuk di depan mukanya. Arif ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Hah.. tau pun takut. Mesti dia tengok tahap kecederaan Dave.

"Kenapa kau lari mencicit naik kereta aku tadi?", soalnya lagi mengurut betisku. Pandai pula dia ni mengurut. Dan dan aku rasa mengantuk semula. Tapi soalan dia buat aku tak jadi melayan mata.

"Saya nampak ada perempuan pakai sari berjalan ke arah saya", jawabku berbisik cuba mendekatkan jarak kami. Aku takut. Arif ni pun, macam la tak boleh tunggu siang nak tanya soalan cepu emas. Walaupun ada lampu jalan, malam tetap malam.

"Dia pakai sari warna merah kan?", soal Arif tanpa memandangku.

Aku mengangguk bila Arif mengangkat muka. Mataku dipandang tepat.

"Rambut dia mengerbang kan?"

Aku menelan air liur. Buku romaku mulai meremang.

"Boss nampak dia?", soalku pula. Aku sangka hanya aku yang nampak ketika itu. Kononnya nak membiarkan Arif berdiri sendirian di jalan raya itu tadi.

Arif mengangguk perlahan. Nafasku mulai sesak. Jelas, ianya bukan sekadar imaginasi. Ketakutanku bukan main main.

"Dia sebelah kau tadi", ujar Arif satu persatu.

"Ha?? Bila?". Serius aku terkejut.

"Masa aku naik kereta dekat kawasan kubur tadi", jawab Arif memicit kaki aku sebelah lagi.

"Masa tiba tiba boss terus tekan minyak tu?"

Arif mengangguk perlahan.

"Dia berdiri pandang kau dari luar tingkap. Mata kirinya terperosok sedikit, mata kanan kosong". Mataku tak berkedip memandang Arif. Seram.

"Aku rasa dia tahu yang aku perasan dia pandang kat kau. Sebabnya, dia pandang kat aku pula selepas tu dan senyum. Tu yang aku terus tekan minyak", cerita Arif membuatkan mulutku ternganga.

"Boss, saya takut la", kataku sambil mengensot agar dekat dengannya. Kaki dah ok. Tak perlu nak urut lagi.

"Kau ni kenapa nak rapat rapat? Hish... bersandar je la macam tadi. Ni, macam mana aku nak urut kaki kau. Gaya macam suruh aku urut badan sekali ni", selorohnya dengan riak muka miang.

" Jangan nak gatal. Siapa suruh cerita kisah tadi waktu waktu kritikal macam ni?", marahku.

"Small matter la. Nanti kau tanya Zal, apa lagi orang production pernah kena. Lagi hebat dari tadi tau".

"Ish.. boss ni. Jangan la cerita lagi", rayuku. Sungguh aku dah terimbas kelibat wanita bersari yang aku nampak tadi.

"Kaki dah ok kan? Kau duduk sini. Aku nak pergi tanya polis tadi lagi sekali", kata Arif mengalihkan kakiku ke bawah.

"Jangan". Aku menarik tangan Arif bagi menghalang dia membuka pintu.

"Kau tau tak, kita ni boleh kena tangkap basah?".

Ya, dengan keadaan kami rapat,  bersebelahan. Dengan gaya seperti aku memeluknya. Pandangan mata kami bertemu.

Tok tok tok...
Tingkap kereta diketuk.

Share this novel

adamucuq
2019-10-07 19:52:23 

Xmenarik novelplus. Susah nk g cerita dah baca. Not friendly

UdangGalah
2019-10-04 19:55:42 

Buruk muka jatuh tertonggeng depan jodoh. haha. Kalau dah depan kubur Hindu, dah tentu la penjaga tak pun pembersih kubur hindu tu kat situ, kalau hantu Hindu kat movie pun level biasa-biasa je takde la seram mana.

zlynn_Lynna
2019-10-03 23:03:23 

xsangka iris tu... cik pon..hajahaha... padamuka dave.. over sgt... sangap tu.. mndpt jgk sekor tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience