"Ala... Sekejap je Hanis... Jangan malu okey?" pujuk Puan Amni. Akhirnya Hanis akur. Ken sudah tersenyum melihat reaksi si gadis itu. Comel pula apabila melihatnya.Dia mencium dahi Hanis dengan penuh syahdu. Selesai cium, banyak pula songeh si photographer. Suruh buat gaya itulah, gaya inilah. Penat Hanis dengan Ken mahu mengikut rentak mereka. Wajah Hanis usah dikatakan lagi, habis merah padam. Usai majlis pernikahan mereka, Hanis pinta diri dahulu untuk masuk ke bilik. Terpegun dia seketika apabila melihat bilik yang bakal dia duduki itu di hiasi dengan cantik. Jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan apa yang bakal berlaku. Seram pula rasanya...
“Sayang... awalnya naik atas" nada suara Ken berubah romantis tiba- tiba. Hanis terkejut apabila Ken dengan selamba badaknya memeluk badannya dari belakang. Pelukkan erat Ken dia cuba leraikan.
“Apa ni Ken? Aku tak sukalah" ujarnya malu- malu. Muka sudah bertukar warna."Ala.. Malu- malu pula..." kini hidung pula bergesel dengan telinga Hanis. Makk aih... Meremang bulu roma Hanis.
“Gatallah awak ni..."
“Gatal dengan awak je..."
“Pergilah peluk benda lain"
“Ala... awak je bantal peluk yang saya ada"
“Saya manusia bukannya bantal"
“Tapi sama je..."
“Tak!"
“Alaaa... nak manja dengan bini pun takkanlah tak boleh?"
“Tak!"
“Alaa..." Ken sudah memuncungkan bibirnya. Hanis di situ sudah seperti mahu gelakkan Ken sahaja. Perangai seperti keanak- anakkan.
“Ni bila nak lepaskan saya?"
“Lepas awak cakap cium pipi saya" Kepala Hanis di toleh kebelakang lalu mata terbeliak besar tanda terkejut. Mak aih... Gatalnya suami aku ni, bisik dia dalam hati.
“Ala... Janganlah buat muka comel depan abang" sakat Ken lagi.
“Ei... bila masa...""Tu... Ni yang abang lagi takut nak lepaskan sayang..." pelukan dikemaskan lagi. Rimas Hanis jadinya.
“Pengsanlah saya kalau macam ni. Kuat sangat awak peluk" omel Hanis. Ken tergelak mendengarnya.
“Kalau saya cium mesti awak bangun balik"
“Ceh! Fikir ni cerita cinderella ke?"
“Awak memang cinderella saya..."
“Bila masa?"
“Tadi... Siap malu- malu lagi bila nak ambil gambar"
“Ken!!!!" marah Hanis apabila Ken mengungkit kembali kisah tadi. Serius dia malu gila. Ada ke patut photographer suruh Ken dengan dia buat aksi manja di hadapan khalayak ramai. Memang tidaklah. Kalau ikut photographer zaman mak ayah dia mana ada kena buat banyak gaya. Buat simple- simple sahaja.
“Saya takut tengok awak haritu..." luah Ken tiba- tiba. Dahi Hanis mula berkerut pelik.
“Kenapa?"
“Awak kena buat pembedahan."
Share this novel