Bab 7 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Sometimes you can't let go of what makes you sad. Because that's the only thing that makes you happy.~

"Oo i see... Jom lah kita jumpa pak long. Han pun tak sabar nak jumpa dengan pak long," ujar Eshan segera mempercepatkan langkahnya mahu melihat raut wajah yang digelarkan sebagai 'musuh tradisi' arwah Walid oleh Adham sebentar tadi.

Dengar jawapan Eshan, Adham sudah tepuk dahi. Sudah, apa kena dengan boss dia ni? Bukan ke tadi dia ada bagitahu mereka berdua ini musuh dalam selimut arwah Tengku Eqbal? Eshan ini faham ke tidak?

'Hish susah betul nak jaga boss yang hilang ingatan ni, lepas ni kena briefing si boss ni betul-betul,' Adham merungut sambil menggeleng.

Setibanya Eshan di hadapan pintu pejabatnya, sempat dia titikan pesanan kepada setiausaha supaya tidak menerima sebarang tetamu buat seketika. Setiausahanya hanya mengangguk. Eshan menguak pintu masuk pejabatnya dan mempersilakan Tengku Emran masuk. Namun Tengku Emran memberikan ruang kepada Eshan terlebih dahulu, kononnya menghormati Eshan itu selaku Pengarah Urusan EN Holdings.

Eshan cuma mengangguk lalu kepalanya di angkat, matanya terus terpaku kepada Tengku Eqram yang sedang duduk bersantai di kerusi miliknya. Eshan sedikit tersentak tetapi cepat-cepat dia kawal situasi, buat lagak seperti biasa. Dia terus melangkah masuk seolah-olah tidak ada kesan pun dengan tindakan biadap Pak Longnya itu.

Dengan lagak seperti boss, Tengku Eqram tersengih disitu sambil menongkat dagu menanti kemunculan anak saudaranya. Tengku Emran juga melangkah masuk, senyuman di bibirnya terukir tatkala matanya bertaut dengan abang sulungnya itu. Ada maksud tersirat disebalik senyuman itu.

Adham selaku pembantu peribadi Tengku Eshan Maisur juga membontonti mereka namun belum sempat Adham melangkah masuk ke dalam pejabat Eshan, langkahnya dihalang oleh sepasang tangan milik Tengku Emran.

"Opss... wait, family members only," ujar lelaki itu, ada senyuman sinis bergentayang di bibirnya. Keduanya saling berpandangan. Hanya mereka sahaja yang faham erti pandangan itu. Adham turut ukir senyuman senget sebelah.

"Why? Saya tidak diterima masuk?"

"Kau bukan selayaknya ada di sini. Kau cuma PA, rasanya tak semua tempat kau boleh masuk.'' Bicara Tengku Emran agak sinis.

"Yes saya memang seorang PA jadi sudah menjadi tugas saya untuk ada dengan boss saya."

"Actually, we don't need a PA at the moment. We have something to discuss and we need privacy. So please ..." Emran sudah mempersilakan Adham berlalu dari bilik itu.

"Sure?'' Adham lontarkan soalan kepada Eshan yang sudah berada berdekatan meja kerjanya.

Eshan cuma mengangguk. Dia perlu dengar apa yang musuh tradisi walid ini mahu beritahu dia. Tentu ada yang mereka rancangkan. Dan dia juga punya rencana. Dia perlu bijak untuk kawal situasi. Dia tahu, dia 'kosong' tapi dia bukannya bodoh untuk mudah makan dengan omongan seseorang.

Adham mengangkat kedua belah bahunya lalu mendepakan sebelah tangannya, mempersilakan Emran masuk. Emran sempat senyum sinis untuk Adham sebelum menutup pintu.

Adham berdecit, sakit hati dengan kata-kata Emran sebentar tadi. Selebihnya dia pelik kenapa dengan Eshan tiba-tiba sahaja mahu mendekati mereka berdua sedangkan dia sudah beritahu itu musuh tradisi walidnya.

'Hish, tak faham dia dengan Eshan ni!'

Adham sebenarnya tidak mahu sesuatu berlaku kepada Eshan lagi. Dia cukup kesian dengan keadaan Eshan sekarang. Kehidupan Eshan sudah berubah 360° beza dari dulu. Pantas telefonnya dikeluarkan lalu mendail nombor seseorang. Dia memerlukan seseorang yang boleh 'selamatkan' Eshan dari dua orang malaun itu.

"Assalamualaikum Tengku. Saya perlukan bantuan Tengku sekarang," ujar Adham terus sebaik sahaja panggilannya disambungkan.

"Kenapa?" tanya si dia di hujung sana.

"Tengku Eqram dan Tengku Emran ada di EN sekarang. Diorang datang jumpa Han dan saya tidak dibenarkan masuk dalam office Han. Saya risau kalau diorang apa-apa kan Han. Han, masih tidak sihat sepenuhnya lagi."

"Tapi... awak pun tahu yang saya tidak boleh muncul depan Han." Si dia dihujung sana juga resah dengan maklumat yang baru diterima oleh Adham.

"Tolong la Tengku. Saya rasa kalau kita slow talk dengan Han, dia akan terima. Sampai bila Tengku nak biarkan dia hadap semua ni sorang-sorang? Saya kesian dengan Han, dia macam terkapai-kapai sorang diri. Semua benda dia tak ingat. Saya takut dia termakan umpan dengan kata-kata diorang tu."

Bunyi si dia mengeluh berat. Lama diam sebelum si dia mengambil keputusan.

"Baik lah, kalau itu yang kamu kata. Sekejap lagi saya sampai."Talian dimatikan.

Lega, itulah yang Adham rasakan saat ini. Nasib baik Tengku Eqmal sudi campur tangan. Tengku Eqmal, kembar kepada arwah Tengku Eqbal dan juga bekas tunang kepada Tengku Naina. Hubungan Tengku Eqmal dan arwah Tengku Eqbal agak rapuh bila ada desas-desus yang tidak baik muncul angkara dari dua malaun itu sehinggakan hubungan antara kembar itu terjejas. Tengku Eqmal membawa diri, keluar dari EN dan tubuhkan syarikatnya sendiri.

* * *

Tengku Eqram perati sahaja tidak tanduk Eshan yang sudah melabuhkan duduknya, dihadapannya. Lain rasanya Eshan ini dengan Eshan yang 2 tahun lepas. Rasanya Eshan yang dihadapannya ini nampak lebih lembut wajahnya berbanding Eshan yang serius dan bermuka ketat.

2016.

"Pak long... Han tak ada kena mengena dengan masalah pak long, so please... stay a way from me."

Itu bicara sombong Eshan kepadanya suatu ketika dulu. Ketika itu dia betul-betul perlukan Eshan untuk membantunya bila syarikat yang ditubuhnya dengan Tengku Emran sedang menghadapi masalah kewangan. Eshan yang mahu keluar dari tandas itu, cepat saja dia menahannya.

"Han... tunggu dulu. Han kan anak saudara pak long, sanggup ke Han tengok pak long jatuh macam ni?"

Eshan merentap lengannya. Pegangan bapa saudaranya terlepas dari lengannya. Sudahlah dia sendiri pun tengah serabut dengan masalah, pak long pula sedang cuba taburkan masalah dia kepadanya. Masalah yang lelaki itu cari sendiri.

"Bukan Han yang buat masalah pak long, tapi pak long sendiri. Pak long yang songlap duit syarikat sendiri. Not me." Eshan membetulkan kotnya terlebih dahulu sebelum keluar dari tandas.

Entah bagaimanalah dia boleh terserempak dengan Pak Longnya di sini. Rasanya ketika dia keluar dari bilik mesyuarat tadi, semuanya tengah sibuk membincangkan sesuatu. Hinggar sekejap bilik mesyuarat itu. Teringatkan itu hatinya meruap marah. Walid menyuruhnya balik ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri mesyuarat yang entah apa-apa ini. Huh! Sebal.

"Han, memang itu salah pak long tapi tolonglah pak long kali ni. Han saja tempat yang pak long ada untuk minta pertolongan.

"Maaf pak long, I'm not interested. Kalau pak long dah tahu apa jawapan walid pada masalah pak long ni, dah tentu-tentunya pak long juga tahu apa jawapan Han. I'm off."

Eshan segera pusing badan dan keluar meninggalkan Tengku Eqram. Tengku Eqram kacing gigi, menahan amarahnya terhadap satu-satunya anak lelaki Tengku Eqbal. . Sejak saat itu, dia bertekad keluarga Eqbal perlu diberikan pengajaran dan dijatuhkan.Pengabaian Eshan disaat dia memerlukan pertolongan diibaratkan sudah menambah bara diatas api dendam yang sedia ada untuk keluarganya.

2018.

"Han okay ke? Kenapa pak long tengok macam Han tak okay je ni?" Tengku Eqram memulakan agenda. Dia memperolehi sedikit maklumat dari orang-orangnya. Eshan mengalami amnesia selepas terlibat dengan satu kemalangan di Turkiye 2 tahun lepas. Tapi tiada seorang pun tahu keadaan Eshan, hanya kenalan ahli keluarga rapatnya sahaja yang tahu. Pandai sungguh angah sembunyikan keadaan anak lelakinya. Huh! Apa yang dia tahu lagi, Eshan pulang ke sini dengan otak yang kosong!

'Padan muka kau, Han. Dulu kau sombong sangat dengan aku!' cemuhnya dalam hati.

"Han okay pak long. Masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru." Eshan berikan jawapan yang selamat.

Umi pernah menasihatinya, 'jangan biarkan orang lain kuasai ingatan Han. Tidak semua yang terlihat baik itu, baik untuk Han. Pasti ada juga manusia yang bertopengkan syaitan yang akan mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku pada Han. Jadi selagi Han tidak ingat apa yang berlaku, berhati-hatilah ketika bersama dengan orang yang bukan dari orang kita. Han dan walid ada musuh yang sama, musuh yang mahu lihat Han jatuh tersungkur. Tapi umi tidak akan benarkan itu berlaku. Umi dan acik akan selalu ada mempertahankan Han. Ingat tu!'

"Han?"

"Ye pak long?"

"Dengar tak apa yang pak long tanya Han ni?"

"Er.. apa pak long? Maaf-maaf Han tak tumpukan perhatian."

"Pak long tanya, Han free ke malam esok? Kalau Han free, datanglah rumah pak long, pak long ada buat majlis sikit. Han datanglah."

"Majlis apa tu pak long?"

Tengku Eqram hanya senyum. Tengku Emran juga. Malam esok, dia perlu temukan Eshan dengan seseorang. Seseorang yang telah lama berhajat untuk bersemuka dengan Eshan. Katanya Eshan perlu selesaikan 'hutang' yang dia tinggalkan sebelum membawa diri dulu.

"Datang jelah Han. Dah lama kita tak berkumpul dengan semua keluarga kita. Kalau bonda ada tentu lagi seronok, kan long?" Tengku Emran menyampuk sambil menepuk bahu Eshan.

Eshan turut senyum. Ya, kalau nendanya ada tentu lagi seronok tapi nenda sudah keras hati mahu balik ke sini. Dia lagi seronok berada di Turkiye bersama datuk dan keluarga kak longnya di sana.

"InshaAllah, nanti Han sampai."

Tok! tok!

Pintu pejabat Eshan diketuk dari luar. Tiga pasang mata memandang ke arah pintu.

"Masuk!" Hanya itu arahan Eshan. Tengku Eqmal muncul di sebalik pintu yang dibuka dari luar. Eshan terngadah tatkala melihat raut wajah lelaki yang baru menyelinap masuk itu seiras dengan muka arwah walidnya. Apa yang dia tahu dari umi, arwah walidnya ada abang kembar, hanya itu saja maklumat yang diperolehi. Gambar dan maklumat tentang lelaki itu dia tidak tahu dan tak sangka muka mereka memang seiras.

Tengku Eqram dan Tengku Emran sedikit terlopong dengan kemunculan Tengku Eqmal. Tidak meyangka Tengku Eqmal masih berani menjejak kakinya ke sini lagi selepas 15 tahun membawa diri dari EN Holdings.

"Assalamualaikum," sapa Tengku Eqmal. Dengan penuh berwibawa, lelaki terlajak bujang itu melangkah mendekati mereka yang tidak berkelip melihatnya.

"Waalaikummusalam, pak lang." Eshan menjawab salam itu terlebih dahulu sebelum bangun dari tempatnya.

"Han, apa khabar?" Wajah Eshan ditenung. Ada sedikit rupa Eqbal disitu dan selebihnya banyak rupa Naina. Eqmal menghulurkan tangan, mahu berjabat tangan. Rasanya Eshan pasti tidak ingat apa yang terjadi kepada hubungan mereka dahulu. Kalau Eshan tahu, tidak mustahil Eshan akan melayannya dengan sebegini ramah.

"Alhamdulillah, sihat." Eshan tidak dapat menahankan diri lagi, lalu tubuh bapa saudaranya itu dipeluk. Rindu pada arwah walid.

Tengku Eqram dan Tengku Emran sekali lagi terpinga-pinga. Masing-masing mengangkat bahu bila berpandangan, terkedu dengan tindakan Eshan. Keduanya berdecit, dapat merasakan rancangannya untuk mengenakan Eshan bakal dimusnahkan oleh Tengku Eqmal.

* * *

"Eshal..." panggil si ibu di muka pintu bilik anak perempuannya. Pintu bilik dikuak sedikit.

"Ya mak?" sahut si anak sambil membetulkan baju kurungnya. Walaupun bajunya sudah sedikit lusuh, dia sayang akan baju ini.

"Betul ke Eshal nak kerja dekat situ?"

"Betul mak. Eshal cuba dulu pergi interview, manalah tahu rezeki Eshal ada dekat situ. Mak doakan ya." ujar si anak sambil tersenyum lebar. Hatinya sangat berharap ada rezekinya untuk memulakan satu perkerjaan baru. Nanti bolehlah dia berhenti kerja di tempatnya sekarang. Dia bukan memilih, dia cuma tidak tahan lagi kerja di sana. Bossnya gatal, suka sangat pandang dia semacam saja.

"InshaAllah. Mak sentiasa doakan Eshal tau. Semoga setiap langkah Eshal, sentiasa dirahmati-Nya. Ya sayang?"

Eshal pegang tangan ibunya lalu dikucup lembut.

"Terima kasih mak doakan Eshal. Eshal sayang mak dunia akhirat." Pipi ibunya dikucup sayang.

Si ibu turut tersenyum lebar. Senang dengan keceriaan anaknya.

"Ni pergi interview, abang hantar?"

"Tak mak. Biar je Eshal pergi sendiri. Lagipun Eshal kesian dekat abang, nanti kena balik lagi nak hantar Eshal... Abang pun baru je mula kerja kan? Eshal tak nak abang skip kerja dia semata-mata kerana Eshal."

Ibunya mengeluh. Eshal ni, kadang-kadang degil dia tak boleh bawa bincang juga.

"Betul ke ni Eshal tak apa-apa kalau pergi sorang?"

"Iya mak. Eshal okay. jangan risau. Anak mak ni kuat tau." Eshal rangkul manja tubuh berisi ibunya. Bahu ibunya diusap lembut. Pelukan dileraikan. Eshal kembali ke meja soleknya. Tudungnya dibetulkan sedikit, niqap yang ada diatas meja solek diambil lalu diikatkan di belakang kepalanya.

"Iya lah. Eshal hati-hati tau."

"InshaAllah mak. Eshal pergi dulu ya mak."

"Yelah."

Eshal bersalaman dengan ibunya terlebih dahulu sebelum menyarung kasut lusuhnya untuk keluar menghadiri temuduga di sebuah Taska Permata Budi Maryam.

Watak Eshal baru muncul =) Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience