Bab 6

Horror & Thriller Completed 4404

Maisarah terkaku. Tiada perkataan yang mampu diluahkan. Betapa takutnya Maisarah pada waktu itu. Maisarah mula sedar yang dia bukan di dunianya. Ya, Maisarah di dunia yang lain. Di dunia alam ghaib. Mungkin semasa bermain sorok sorok tadi dia telah disorok kan oleh sesuatu yang membawanya ke alam ini.

Maisarah kuat kan diri untuk berlari ke surau sekolah. Tiba disurau, surau yang sepatutnya dinamakan surau itu tidak berupa seperti surau. Suraunya seperti sudah lama ditinggalkan dan kelihatan usang. Maisarah buntu. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada dunia ini.

Maisarah mula menangis. Dia rindu kan ibu dan ayah nya. Rindukan rakan rakan nya. Rindukan guru guru nya. Maisarah rindukan segala nya yang dia ada di dunianya. Sedang Maisarah menangis teresak esak, datang seorang lelaki yang tiba tiba menyentuh bahunya. Maisarah melihat wajah lelaki itu dengan teliti. Wajah itu seperti Maisarah kenal. Ya, memang Maisarah kenal. Lelaki itu adalah bekas teman lelakinya, Aris Aikal.

Maisarah bangun dan cepat cepat bertanya, "Macam mana kau boleh ada kat sini? " tanya Maisarah sedikit pelik.

"Aku kat sini untuk tolong kau." Aris membalas dengan nada yang lembut.

"tolong apa?" tanya Maisarah lagi.

"tolong kau keluar dari dunia ni." balas Aris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience