Bab 13

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 13

"Kakak dan adik, papa dan mama sudah buat keputusan. Kamu berdua dan mama akan dihantar pulang ke Malaysia lagi dua hari. Jadi papa mahu kamu kemas barang-barang dan bersedia untuk menaiki kapal terbang nanti." Wajah papa serius dengan nada yang tegas. Mama yang tidak mengalih pandangan dari kami mengangguk saja.

"Habis papa macam mana?" tanya adik.

"Papa akan tinggal di sini dulu sayang." Tangan papa mengusap bahu adik.

"Tapi papa akan ikut kami juga nanti kan?"

"Ya, papa akan ikut tapi papa nak selesaikan dahulu kerja di sini. Lepas tu barulah papa akan ikut adik balik ya." Terang papa baik-baik supaya adik tidak terasa kehilangan barangkali.

"Tapi kenapa kita kena pulang ke malaysia cepat sangat papa? Macam mana sekolah adik di sini?"

Tercengang papa apabila adik masih mengajukan soalan.

"Papa nak selamatkan adik. Nanti bila dah sampai Malaysia, Adik ikut cakap mama ya sayang. Papa nak adik sihat dan baik-baik macam dulu." Pujuk Papa.

Adik terdiam. Sepertinya dia juga bingung dengan apa yang terjadi sejak kebelakangan ini. Kasihan adik.

------------------

Aku, adik dan mama sudah tiba di lapangan terbang untuk kembali semula ke Malaysia. Atas bantuan pekerja syarikat papa, urusan perpindahan sekolah kami dan pengangkutan diselesaikan dengan mudah. Cuma tinggal papa di sini untuk menyerahkan tugasnya kepada pengganti baru.

Bukan kami tidak mahu mencuba mengubati kepelikan yang melanda adik di sini tetapi mama mendesak untuk kembali semula ke kampung. Apatah lagi mama tidak yakin dengan cara dan kaedah yang bakal digunakan di sini untuk membantu adik. Papa juga tiada pengetahuan tentang orang yang mampu membantu kami menyelesaikan masalah. Maka mama dan papa membuat keputusan untuk kembali sahaja ke Malaysia.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan apabila papa meminta bantuan dari stafnya. Setelah memberitahu dan memberi penerangan kepada orang atasan pihak syarikat, papa dibenarkan untuk pulang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Namun papa hanya dibenarkan pergi setelah pengganti papa bersedia. Disebabkan itulah hanya kami bertiga yang kembali dahulu dan papa akan menyusul kemudian.

Kasihan mama kerana terpaksa memikul tanggungjawab papa buat semntara waktu bagi menjaga adik. Hal ini juga telah dimaklumkan pada keluarga di kampung dan pak cu sudi memberikan bantuan. pak cu adalah adik bongsu kepada ayah. Janji temu dibuat dengan seorang pengamal perubatan tradisional iaitu Ustaz Halim.

Setiba di lapangan terbang Kuala Lumpur, Pak cu dan keluarga yang datang menjemput kami. Dari situ kami dibawa terus ke kampung untuk mendapatkan rawatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience