"Hello, mama..." Deringan telefon mengganggu tugas Khasyaf sehingga dia terpaksa menghentikan jari-jemarinya dari terus melakar kertas kerja bersaiz besar di atas meja. Tertera perkataan 'my syurga' di skrin telefon. Ikon hijau digesek perlahan.
"Hah, Syaf... Busy sangat ke sampai tak ingat nak balik rumah mama ni..."
"Busy, mama... Lagipun, Arikan sekolah. Syaf tak nak dia ponteng sekolah."
"Ya, mama tahu. Tapi, takkan hujung minggu pun, Ari tak boleh nak singgah rumah mama sekejap? Dah dua minggu mama tunggu cucu mama tu. Papa kamu tu dah bising, rindukan cucu dia..." Keluhan dilepaskan.
"Later, mama... Buat masa sekarang ni, Syaf memang sibuk sikit."
"Takkan takde masa langsung nak bawa Ari jenguk kami, Syaf? Syaf merajuk dengan mama ke?"
"Merajuk kenapa?"
"Yelah... Hari tu, mama sebut pasal pengganti Bella..."
"Takkan pasal itu, Syaf nak merajuk. Mengarutlah mama ni. Syaf sibuk je, mama..."
"Syaf, selalunya, sibuk macamana pun, Syaf akan bawa Ari ke sini, pada hujun minggu. Ni, dah lepas dua minggu, tak muncul-muncul."
"Mama, Syaf memang sibuk. Ari pun kekadang kena tinggal kat rumah ni, sebab Syaf selalu outstation." Jelas Khasyaf.
"Selalu ke Syaf tinggalkan Ari?"
"Selalu gak..."
"Hah? Syaf tinggalkan Ari sendirian?"
"Tak... Ari dah ada penjaga. Jadi, Syaf tak risau sangat."
"Penjaga? Mak Piah ngan Tok Mid?"
"Ada seorang lagi, mama...."
"Siapa? Syaf kenal ke dia siapa? Anak siapa? Dah periksa latar belakang dia?"
"Mama, mama... Relaks okay... She's okay, mama..."
"She? Syaf nak cakap yang penjaga Ari tu, perempuan?"
"Yes, mama... Ada masalah ke?"
"Syaf... Syaf dah kenal betul ke dengan budak tu?" Khasyaf tertawa kecil.
"Mama jangan risau. Syaf dah periksa latar belakang dia. Lagipun, takde siapa yang berani buat hal dengan Syaf. Mama tahukan anak.mama ni, macamana?"
"Syaf, itu kata Syaf... Mama ni risau tengok cucu mama tu. Nak tunggu cucu mama yang lain, susah sangat nak muncul. Nak balik time raya pun, susah. Agaknya, nak tunggu mama mati baru dorang nak balik rumah ni, agaknya."
"Mama... Apa cakap macam tu? Mama tak payahlah nak fikirkan hal Khabir dengan Khaleeda tu. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Nak tegur, Syaf tak layak. Dorang dah besar pun. Kalau budak-budak, Syaf dah belasah dah..." Ujar Khasyaf, selamba.
"Mama rindukan cucu-cucu mama tu, Syaf. Dah lebih setahun, dorang tak pulang ke Malaysia. Sibuk sangat ke sampai tak boleh nak Skype, video call dengan mama papa?" Ada getaran di hujung suara mama. Khasyaf menghela nafas.
Sejujurnya, dia sendiri kurang selesa dengan perangai abang dan kakak kandungnya sendiri. Walaupun jarak umur mereka tidak jauh, tapi bagaikan ada jurang yang membuatkan mereka tidak rapat dan susah hendak bertegur sapa.
Khabir, tiga puluh lapan tahun, seorang arkitek dan bekerja di Australia, berkahwin dengan gadis tempatan disana dan mempunyai sepasang anak kembar. Khaleeda, tiga puluh enam tahun, bekerja di London sebagai pereka fesyen, sudah berkahwin dengan seorang lelaki melayu campuran mat saleh dan mempunyai seorang anak lelaki.
"Mama nak Syaf call dorang ke?"
"Tak payah, Syaf. Kalau dorang ingat mama ngan papa, dorang mesti akan call kami. Takpelah, Syaf. Mama tak nak susahkan anak-anak mama lagi." Khasyaf sebak mendengar esakan kecil dihujung talian.
"Mama, Syaf minta maaf. Syaf takde niat nak buat mama sedih macam ni. Ampunkan Syaf, mama..."
"Syaf tak salah, Syaf. Mama ni agaknya yang tak pandai didik anak-anak."
"Jangan cakap macam tu, mama. Mama dah banyak berkorban untuk anak-anak mama. Kami je yang tak pandai hargai jasa mama ngan papa."
"Syaf memang anak yang baik. Tapi, mama pohon sangat... Jangan sesekali call abang dan kakak kamu tu. Biarlah keadaan yang menentukan segala-galanya."
"Syaf faham, mama... Mama jangan sedih, ya. Syaf sayang mama."
"Mama pun sayangkan Syaf. Dahlah. Sambung kerja Syaf tu. Nanti ada masa balik sini, ya?"
"Baik, mama. Syaf janji."
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Talian diputuskan. Khasyaf melepaskan keluhan. Khasyaf terleka hingga terlupa mama dan papa. Dia akui, sejak adanya Ana, dia tidak perlu berkejar ke sana ke mari untuk Ari. Segala tentang Ari, Ana yang bertanggungjawab dan Khasyaf terlebih tumpukan perhatian pada tugas hakikinya. Walau macamana sibuk pun, Khasyaf tidak pernah lupa menjenguk orang tuanya setiap minggu.
Nafas dihela. Nampaknya, malam ni, dia perlu bawa Ari menemui mama dan papa. Kebetulan, malam ini malam sabtu dan Ari tidak bersekolah keesokannya. Jadi, ini peluang terbaik buat Ari dan Khasyaf menghabiskan masa dengan mama dan papa.
"Tapi, daddy..." Khasyaf menoleh ke arah Ana, mohon bantuan dari Ana.
"Ari... Ari tak kesiankan tokmi ke? Kesian, tokmi, tokpa? Kak Ana cakap apa? Kita kenang sayang, layan orang yang lebih tua dari kita. Lagi-lagi, macam tokdi dan tokmi tu. kalau tokmi dan tokdi takde, daddy pun takde tau. Dan, Ari pun takkan wujud." Ari menoleh ke arah Khasyaf.
"Tapi, Ari nak dengan Kak Ana... Daddy, please..." Khasyaf menggosok tengkuknya yang tidak gatal.
"Okey. Macam ni... Kak Ana tak kenal lagi dengan tokmi dan tokdi. Jadi, Ari kena jumpa tokmi dan tokdi dulu. Lepas ni, baru Kak Ana pulak yang jumpa tokmi dan tokdi. Boleh tak? Lagipun, Kak Ana baru je kerja kat rumah ni. Kak Ana tak boleh tinggalkan Nek Piah ngan Tok Mid. Ari tahukan?" Ari angguk kepala perlahan-lahan.
"Janji nanti Kak Ana ikut Ari jumpa tokmi ngan tokdi?"
"In shaa Allah..." Ujar Ana sekaligus membuatkan Mak Piah tersenyum lebar. Semua tahu yang Ari hanya akan mengikut kata Ana berbanding orang lain di dalam rumah agam itu. Entah mantera apa yang Ana beri pada Ari sehingga Ari benar-benar melekat dengan Ana.
Jika dilihat pada perwatakkan Ana, jelas, Ana tidak kekok menjaga kanak-kanak walaupun dia tidak punya adik-beradik yang lain. Dan hal itu, menyebabkan Khasyaf tidak bimbang jika Ari ditinggalkan dibawah jagaan Ana sepanjang ketiadaannya lantaran kesibukan Khasyaf dengan tugasnya yang tidak pernah habis.
"Tokmi, tokdi!" Ari menerpa ke arah Datuk Seri Khairul Khaseef sebelum beralih ke arah Datin Seri Halimah Harun, mama Karl Khasyaf.
"Eh, cucu tokmi datang rumah tokmi?"
"Ari... What you should do, Ari?"
"Assalammualaikum, tokmi, tokdi..."
"Waalaikumussalam..." Ari mengucup kekura tangan tokmi dan tokdi.
"Ala, rindunya tokmi dengan cucu tokmi ni... How are you, Karl Khusyairi?" Pipi Ari dikucup. Jelas terpancar keceriaan di wajah mama dan papa melihat kehadiran Ari dan Khasyaf.
"Alhamdulillah, tokmi. Ari sihat je... How are you tokmi, tokdi?"
"Alhamdulillah... Tokmi, tokdi sihat bila Ari ada depan mata." Ari melebarkan senyuman.
"Sorry, tokmi... Ari busy..." Mama dan papa berpandangan sambil melorek senyuman.
"Amboi... Busy sangat ke sampai tak boleh jenguk tokmi dan tokdi?"
"Busy, tokdi... Ari sibuk sebab daddy pun sibuk jugak..." Mata mama dan papa serta-merta beralih ke arah Khasyaf. Terjegil mata Khasyaf mendengar omelan si anak tunggalnya.
"Amboi... Apa kena-mengena dengan daddy? Daddy kerjakan? Cari rezeki untuk kita semua?"
"Ala, daddy... Ari gurau jelah... Itupun nak serius. Tak chilllah daddy..."
"Chill? Where did you learn that word?"
"Kak Ana..."
"Kak Ana? Budak perempuan yang jaga Ari tu ke, Syaf?"
"Ya, mama... Ana nama dia."
"Mana Syaf kenal? Syaf dah periksa latar belakang dia ke?"
"Dah, papa. Syaf dah periksa kad pengenalan dia. Budak baik. Orang susah, papa. Syaf bertembung dengan dia masa dia larikan diri dari dikejar penyangak yang cuba nak jual dia kat rumah pelacuran."
"Allah, kesiannya..."
"Kesian dia, mama... Kena hahlau dari rumah nenek dia selepas nenek dia meninggal dunia. Dari kecil dah kehilangan orang tua. Lepas tu, kena halau dengan mak cik dia pula sebab dituduh menggoda suami baru mak cik, sedangkan lelaki jahanam tu, kaki judi dan pencuri."
"Syaf yakin dengan cerita budak perempuan tu?"
"Papa jangan risau. Syaf memang susah nak percayakan orang. Tapi, Syaf dah upah orang untuk mencari alamat yang tertera di kad pengenalan budak Ana tu. Dan setelah beberapa hari orang yang Syaf upah tu, Syaf dah dapat bukti, yang budak tu tak menipu."
"Syaf upah orang?"
"Ya, mama. Syaf kesiankan Ana tapi dalam masa yang sama, Syaf kena siasat juga latar belakang budak Ana tu. Lagipun, dia muda sangat ma... Baru dua puluh dua tahun."
"Ya Allah. Muda sangat tu, Syaf..."
"Tulah... Setakat ni, Alhamdulillah. Ana tak pernah buat masalah lagi. Mak Piah ngan Pak Mid pun seuka dengan Ana tu. Dia pandai buat kerja rumah. Tak perlu disuruh. Tak pernah curi tulang. dia pandai berkebun. Dan satu lagi, Ana pandai ambil hati Ari. Itu dah cukup buat Syaf."
"Macam berkenan je?"
"Ish, takde maknanya, papa... Syaf, tiga puluh lima. Budak Ana tu, dua puluh dua tahun. Beza tiga belas tahun, papa. Dah pangkat anak dah, papa..." Dalih Khaysaf. Sesungguhnya, dia sendiri senang dengan Ana.
"Cinta tak kenal semua tu, Syaf..."
"Hahaha... Papa ni, mengarut je..."
"Ari suka Kak Ana." Ujar Ari, jujur.
"Ari nak mummy macam Kak Ana, Ari tak suka Aunty Yaya... Dia selalu marah Ari. Cakap Ari ni malang. Kak Ana baik dengan Ari. Kak Ana tak pernah marahkan Ari. Dia cakap baik-baik, je..." Mama jatuh kasihan pada cucunya. Tubuh kecil itu, dipeluk sebelum dikucup di bahagian dahi Ari.
"Budak kecil pun pandai menilai, Syaf..."
"Mama... Ana tu sukakan budak-budak. Dia anak tunggal, mama. Tapi, memang miracle bila Ari boleh berkenan dengan si Ana tu. Ikutkan, Ari bukan jenis yang mudah nak rapat dengan orang. Lagi-lagi orang yang dia baru kenal. Mama pun tahu perangai Arikan?"
"Tadi, Ari cakap Aunty Yaya marah Ari, cakap Ari malang. Bila dia cakap macam tu?" Soal Khasyaf.
"Ada hari tu, yang tokmi datang kat rumah sebab Ari demam tu... Aunty Yaya cakap Ari mengada. Ari nak manja dengan tokmi. Ari sakit sebab Ari malang. Ari malang ke daddy?" Soal anak kecil itu dengan wajah yang sugul.
"See... Mama, papa dengar sendiri. Tu sebab Syaf tak suka Yaya dattang rumah tu. Mama tak payah ajak dia datang lagi. Mati hidup semula pun Syaf takkan kahwin dengan sepupu sendiri. Macam takde orang lain nak buat laki..."
"Syaf, papa ngan mama tak pernah pun aturkan perkahwinan anak-anak. Kami bagi anak-anak buat pilihan sendiri. Yaya tu yang tiba-tiba muncul. Siuk nak ikut mama."
"Dahlah. Lain kali tak payah bawa perempuan tu. Syaf memang tak suka. Annoying. Malu Syaf, bila dia canang yang dia bakal jadi isteri Syaf. Hell no!"
"Dahlah tu, Syaf. Nanti papa warning Yaya tu. Papa pun tak berkenan dengan dia. Tapi, macamana pun dia tetap sepupu Syaf. Anak buah papa, juga. Darah daging kita."
"Syaf tak peduli semua tu, pa. Tapi, dia tu melampau sangat. Jangan sampai Syaf tampar muka dia nanti. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah."
"Sudah, sudah. Takmu marah-marah. Ari tidur sini, ya malam ni?"
"Hah?" Ari menoleh ke arah Khasyaf.
"Kenapa? Arikan dah lama tak tidur sini... Lagipun, tokmi dan tokdi banyak nak tanya Ari ni. Bolehlah... Tokmi rindu Ari tau..."
"Tapi, Kak Ana macamana?"
"Kenapa dengan Kak Ana?"
"Ari..."
"Ari... Kak Ana tak lari, Ari. Ada je kat rumah tu."
"Tapi, nanti Kak Ana tunggu Ari..."
"Tak. Daddy dah cakap dengan Kak Ana, Nek Piah, Tok Mid yang malam ni kita tidur rumah tokmi ngan tokdi."
"Bolehlah, Ari... Tokdi dah lama tak main dengan Ari. Lagipun, kat belakang tu, kolam rennag tu pun, dah lama takde orang mandi-manda. Kita mandi sama-sama nanti, ya?" Ari terdeiam seketika. Masing-masing memerhatikan kelakuan Ari.
"Ari..."
"Okeylah. Ari setuju. Tapi, tokdi janji nanti tokdi kena belanja Ari McDonalds."
"Anything for cucu tokdi..." Pipi Ari dicuit. Tertawa kecil Ari. Khasyaf tergeleng-geleng melihat gelagat Ari. Jauh disudut hatinya berdoa moga Ari sentiasa dilindungi. Sementelaah, hanya Ari yang dia ada sebagai peneman di kala kesunyian.
Tipulah kalau dia tidak terfikirkan hal Bella, bekas isterinya dan ibu kepada Ari. Tapi, bila memikirkan hal yang menyakitkan dan melukakan hatinya hampir enam tahun lalu, perasaan itu dibbuang jauh-jauh. Khasyaf dah lama buang Bella sebaik sahaja Bella minta perceraian hanya kerana mahukan lelaki yang jauh lebih kaya dari dirinya.
Kini, Khasyaf lebih yakin. Dia mampu besarkan dan bahagiakan Ari tanpa kehadiran si ibu. Cukuplah dia dengan Ari dalam hidup mereka. Andai ditakdirkan Bella tiba-tiba muncul mahukan Ari dan kembali ke pangkuannya, Khasyaf tekad untuk buang Bella terus dari hidup. Bagi Khasyaf, Bella tidak layak untuk bergelar seorang ibu. Ari tidak perlukan ibu. Ari hanya pelrukan seorang ayah disisinya. Itu yang pasti.
last chapter for free reading. lepas ni kena unlock ya guys...
Share this novel
bole tu klu nk tawen hihihi ...