Bab 11

Romance Series 9630

BAB 11

Malam itu, Fakhri membawa Maisarah, Aishah dan ibu bapanya keluar makan. Ada agenda yang ingin dia laksanakan setelah sesi pengakuan cintanya itu. Dia sudah pun menyampaikan hasratnya untuk memperisterikan Maisarah kepada kedua-dua ibu bapanya tanpa pengetahuan Maisarah apabila dia pulang ke kampung mereka dua minggu lalu. Selama itu juga daii sudah merancang untuk emberikan kejutan kepada wanita yang sudah lama dicintainya.

Seperti biasa, Aishah akan bermanja dengan Fakhri. Maisarah yang memerhatikan hal tu lega kerana anaknya dan Fakhri saling menerima dan menyayangi. Malah Ibu bapa Maisarah yang ada di situ juga syukur kerana Maisarah terbuka hati untuk menerima kehadiran cinta dari Fakhri. hanya rasa syukur kepada tuhan yang dapat mereka panjatkan diiringi doa kebahagiaan untuk satu-satunya puteri mereka itu.

Setelah selesai menghabiskan makanan, semua sedang leka bersembang. Tiba-tiba, Fakhri mengeluarkan bekas cincin bewarna merah hati dari poket seluarnya. Cincin emas yang bertatahkan sebutir berlian putih di atasnya. Rekaan ringkas namun cantik sekali. Sememangnya Fakhri pandai memilih, Maisarah juga berkenan melihat rekaan cincin yang ingin diberikan kepadanya itu.

Maisarah memandang Fakhri. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Sejuk hatinya tatkala memandang wajah Fakhri. Sama seperti dia memandang wajah arwah suaminya, Muhamad dahulu. Fakhri memandang kedua-dua ibu bapa Maisarah dengan senyuman. Mereka tersenyum dan menganguk sedikit tanda setuju juka Fakhri mahu melamar anak perempuan mereka. Kemudian barulah Fakri merenung ke dalam mata Maisarah untuk bertanya.

"Maisarah binti Ali, sudikah awak menerima lamaran saya untuk jadikan awak kekasih halal saya dan menjadi ibu buat anak-anak saya nanti?” ucap Fakhri lancar tentang hasrat hatinya kepada Misarah. Tenang saja riak wajahnya. Cukup yakin. Romantis sekali Fakhri ketika menyuakan cincin itu ke Maisarah.

Mendengar kata-kata lamaran itu, Maisarah rasa macam nak luruh jantungnya. Rasa seperti nak terjun ke gaung pun ada. Malu rasanya dilamar oleh seorang lelaki yang masih bujang sedangkan dia berstatus janda. Ada anak satu pula. Tak ubah seperti pakej di pasaraya buy 1, free 1. Memang tak kena statusnya itu.

Tambah tak percaya, lelaki itu sudah bersama-samanya sejak mereka masih kecil. Membesar bersama-sama. Kemudian berkawan baik semasa sekolah dan tiba-tiba dilamar oleh seseorang yang sudah dianggap seperti sahabat baik itu.

Maisarah diam seribu bahasa. Lidahnya kelu. Tak tahu apa jawapan yang harus terpacul dari mulutnya. Hati kata ya, mulut cakap tidak. Dia memandang wajah Fakhri. Lama dipandangnya. Dia mahu mencari keikhlasan di sebalik ketenangan wajah itu. Dia kemudiannya mengalih pandangan kepada kedua orang tuanya. Mencari jawapan dan restu dari mereka.

“Mia, kenapa diam saja ni? Awak tak sudi ke terima lamaran saya?” tanya Fakhri mengangkat keningnya seolah mahu mendapatkan kepastian segera jika boleh. Maisarah menarik nafasnya dan melepaskannya perlahan. Dia sendiri berdebar. Bismillahirrahmanirrahim,aku harap kali ni aku tak salah membuat keputusan.gusar hati Maisarah.

“Saya terima lamaran awak. Saya sudi menjadi yang halal dan menjadi ibu buat anak-anak kita nanti” jawab Maisarah perlahan-lahan dengan berhati-hati.

Fakhri tersenyum gembira mendengar jawapan positif Maisarah itu. Terasa seperti nak buat lompat bintang kerana terlalu gembira apabila mendengar penerimaan Maisarah. Maisarah juga tersipu malu. Aishah dipeluknya erat. Aishah yang belum mengerti hanya mengikut. Dia bertepuk taangan apabila melihat akhri dan Maisarah gembira.

Kalau inilah jodohnya kali kedua,dia terima dengan hati yang terbuka.Takdir Allah itu rahsia dan tidak siapa akan pernah menyangka.

"Uncle Erry handsome nak kahwin dengan mama ke ni?" tiba-tiba terpacul soalan dari Aishah kepada Fakhri. Fakhri dan Maisarah saling berpandangan dan tersenyum malu.

"Aah, uncle dengan mama akan kahwin tak lama lagi. Icha suka tak?" tanya Fakhri menduga.

"Eh, mestilah Icha suka. Nanti, Uncle duduk dengan kita sekali ya. Boleh lah Icha jumpa dengan Uncle hari-hari. Nanti kita main sama-sama ye. Tak payah call lagi. Icha rindu kat uncle. Nanti, Icha akan kenalkan uncle dengan kawan-kawan Icha juga," kata Aishah meluahkan fikiran seorang kanak-kanak. Terkejut Fakhri mendengar. Dia tidak sangka Aishah begitu mengharapkan kehadirannya di sisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience