Aku memandang Qarl yang sedang melayan mak dan ayah di dapur.
Macam mana la aku boleh terfikir yang Qarl Lee ni abang sepupu aku? Tapi melihatkan kemesraan mereka, macam betul.
Pelik melihat ayah melayan tetamu yang tidak dikenali dengan baik sekali. Ayah bukan jenis cepat kamceng dengan orang luar.
"Hah Na, buat apa berdiri tercegat kat situ? Meh sini tolong Mak goreng ikan. Lee kamu ni minta Mak buatkan sambal belacan. Kamu tengok la Lee, gigih betul menumbuk belacan."
Aku tahan gelak. Memandang pakaian Qarl atas bawah. Dia memakai T-shirt Pagoda milik ayah bersama kain pelekat.
Serupa seperti apek cina jual surat khabar lama. Aku tergelak perlahan. Tidak dapat tahan rasa geli hati.
Mak memandang aku pelik.
"Na ni dah kenapa? Gelak sorang-sorang."
Aku cepat-cepat geleng. Qarl memandang aku sambil senyum. Senyuman yang paling susah aku lihat ketika berdua dengan dia.
"Dari pagi tadi berkurung dalam bilik je. Nanti nak kahwin macam mana?"
Mak tiba-tiba bicara soal kahwin. Wajah aku mula merah. Hangat.
"Saya selalu rasa air tangan dia, makcik. Sedap Anna ni masak."
Qarl memuji aku lantas mengenyitkan matanya sebelah. Saja la tu nak mengusik.
"Eloklah tu. Anna ni memang hobi dia memasak. Tapi bila kamu ada dia taknak turun dapur. Entah kenapa dengan Anna ni."
Mak mula membebel kecil. Aku memeluk tubuh tua Mak dari belakang.
"Anna rindu Mak. Sangat."
Aku tahan perasaan. Qarl memandang aku semacam. Agaknya dia risau aku akan bocorkan rahsia.
"Mak pun sayang Anna. Lain kali kalau rasa susah sangat belajar, balik la sini. Jangan lari menghilang. Jangan buat Mak susah hati."
Aku sebak.
"Maaf, Mak. Anna janji takkan buat lagi."
Aku memandang wajah berkedut Mak. Pandangan sayu di situ. Kesian Mak. Kalau Mak tahu Qarl Lee menipu, mesti Mak takkan terima dia.
Qarl berdehem.
"Makcik, saya dah siap tumbuk belacan ni. Saya nak ke bilik air kejap."
Aku lihat Qarl berlalu ke bilik air. Matanya merah. Dia menangiskah?
Saya tak salahkan awak, Qarl. Ini semua takdir. Kalau awak tak culik saya, kita takkan dipertemukan.
.
.
.
Qarl memandang kesemua lauk di depan mata. Harini mak masakkan semua lauk kampung kegemaran Qarl.
Dia nampak teruja dan tidak sabar mahu makan.
Masak lemak pucuk ubi, sambal sotong, sayur kailan, ikan goreng cicah air asam, sambal belacan, kacang botol.
"Apa tunggu lagi, moh la kita makan. Lee, tadah tangan dan baca doa makan."
Ayah sepertinya tidak sabar juga mahu makan. Lee sengih. Lantas membaca doa makan.
"Maaf, Lee. Ni lauk kampung je. Makanan biasa. Bukan macam kat bandar sana."
Lee menjamah dengan penuh selera.
"Sedap. Saya suka lauk kampung macam ni. Lagi-lagi ada sambal belacan. Terliur tekak saya, makcik."
Mak senyum bila masakannya dipuji.
Aku juga menambah nasi sebanyak tiga kali. Rindu gila dengan masakan Mak. Air tangan ibu tiada tandingan.
"Anna kenal Lee dari mana?"
Ayah mula menyoal selidik. Aku jadi kecut perut. Takut terlepas kata.
"Err... Anna kenal Lee tak lama pun."
Baru dua bulan je, ayah. Aku hanya mampu menjawab di dalam hati.
"Yeke, nampak macam kamu berdua dah kenal lama."
"Saya mula mengenali Anna ketika kereta Mira rosak di tepi jalan."
Qarl sudah mula membuka cerita.
Iya, dari situ perkenalan aku dan dia bermula. Ketika kali pertama dia mendekati aku dan memberi bantuan.
Lee memang sweet.
Tapi, itu semuanya lakonan.
"Anna ni tak ramai kawan lelaki. Jangan-jangan takde langsung. Pakcik ingat anak pakcik ni memang takde perasaan kat lelaki. Suka benar menjauh bila lelaki nak dekat."
Aku menundukkan wajah. Tak mampu memandang wajah Qarl.
Ishh ayah ni. Malukan aku je.
"Tak sangka, Anna bawa balik calon menantu untuk ayah."
Qarl senyum. Aku memandangnya dari ekor mata.
"Mungkin, saya lelaki yang bertuah kot. Dapat cairkan perasaan Anna."
Banyaklah kau punya perasaan. Kau culik aku. Aku terpaksa redha jela.
"Pakcik, saya memang sukakan Anna. Kalau boleh saya nak bernikah dengan Anna secepat mungkin, boleh tak?"
Aku tersedak. Uhuk. Terbatuk tiba-tiba.
Qarl ni dah gila ke cakap macam tu depan mak ayah. Kalau mak ayah reject dia depan aku macam mana?
Ayah terdiam. Mak memandang air wajah aku yang resah gelisah.
"Kami ni keluarga biasa saja. Mungkin kurang sesuai di mata Lee. Kami risau kalau Lee tak selesa tinggal di rumah buruk kami. Lee orang bandar. Family Lee boleh terima ke kami ni?"
Ayah mula meluahkan rasa.
Iya. Aku sedar, aku dan Qarl bagaikan langit dengan bumi. Dia anak orang senang. Ketua mafia yang digeruni ramai.
"Saya takde mak ayah lagi. Saya anak yatim piatu."
Suara Qarl kedengaran lirih.
Mak memandang simpati pada Qarl.
"Pakcik minta maaf. Kami tak tahu yang Lee..."
Qarl senyum. Dan mencedok sambal sotong ke dalam pinggan.
"Takpe. Saya okay. Sebab tu saya nak mengahwini Anna. Sebab saya sayangkan dia. Dan juga, mahu menumpang kasih dari pakcik sekeluarga."
Aku tersentak dengan kata-kata Qarl Lee. Selera aku terus mati.
Kita di dunia berbeza.
Tak mungkin awak sayangkan saya sepenuh hati. Sedangkan May mahukan awak. Dia akan bunuh saya jika saya memiliki awak.
Aku terus membawa pinggan ke singki dapur.
"Na, habis da makan?"
Mak keliru memandang aku. Aku juga keliru dengan kata-kata Qarl.
"Anna dah kenyang. Lepasni nak basuh baju pulak."
Aku memberi alasan. Tidak sanggup bertatapan dengan dia.
Usai mencuci pinggan, aku membawa diri ke dalam bilik.
Dada yang berombak kencang aku tahan dengan tangan.
Perasaan ini... Apakah sebenarnya rasa ini?
Cinta? Aku tidak pernah jatuh cinta. Tetapi kata-kata dia membuat aku rasa sesuatu.
Wajah aku panas. Hangat. Pengakuannya di depan mak ayah buat jantung aku berlari laju dan tidak mahu berhenti!
.
.
.
Qarl memandang aku dengan penuh asyik.
Aku sedang menyidai baju di ampaian. Dari tadi mata dia sedikitpun tidak beralih.
"Abang Lee... Kenapa pandang Anna macam tu?"
Aku tersengih. Dia menarik muka masam.
Tidak suka aku memanggilnya Abang Lee.
Baldi baju aku letak di tepi pintu dapur. Aku melangkah ke arahnya yang sedang mematungkan diri di atas pangkin kayu.
"Marah?"
Aku sengaja mengusik dia.
"Seronoknya tatap muka saya." Aku duduk di sebelahnya.
"Jangan panggil aku Abang Lee boleh tak? Aku bukan abang kau. Boleh cair tahi telinga aku."
Aku senyum senget.
"Baiklah, Lee yang ku sayang."
Aku menyebut perlahan.
"Apa dia?"
"Takde pape." balasku dengan laju.
"Aku dengar kau panggil aku sayang."
Dia merapatkan dirinya dengan aku. Aku menjarakkan diri.
"Ishh, kita ni kat kampung tau. Behave sikit. Tak manis kalau jiran tengok."
"Eloklah. Boleh kahwin cepat." Dia berkata dengan selamba.
"Siapa yang nak kahwin dengan awak?"
Aku menundukkan muka.
"Qarl Lee. Aku yang tekad nak kahwin dengan kau."
Sorotan matanya agak tajam.
"Saya tak sesuai dengan awak. Awak ada segalanya. Saya cuma perempuan kampung. Anna Adriana yang tidak punyai apa-apa. Belajar pun tak habis lagi."
"Kau ni, jangan buat muka sedih boleh tak? Geram aku tengok. Comel."
Aku mencemik.
"Aku tak pandang semua tu. Aku cuma nak hidup dengan orang yang boleh terima diri aku. So far, kau da tahu diri aku macam mana."
"Banyak lagi yang saya tak tahu pasal awak. Awak dah nampak kan life saya macam mana. Saya tak sepadan dengan awak. Saya pipit, awak enggang. Nak terbang beriringan pun tak mampu."
"Masalahnya aku bukan enggang. Kau pun bukan burung pipit."
"Saya cuma timun, awak durian. Tak sesuai dicampurkan dalam lauk."
Qarl memandang aku geram. Terletus ketawa dari mulut dia.
"Kau ni kelakar la. Lawak. Hahahahahahaha."
Aku mengherot bibir.
"Aku tengah serius kau buat lawak. Tak pernah aku jumpa perempuan tiga suku macam ni."
"May kan cantik. Ada segalanya. Dia macam Elizabeth Tan."
Mulut aku mula merapu kata. Mahu lari dari topik.
"Siapa May? Aku dah lupa ingatan pasal May."
Qarl menghala pandangan ke arah sawah padi.
"Awak kahwin jela dengan May. Saya undur diri."
Aku takut. Aku takut jika family aku diapa-apakan.
"Apa kau cakap ni? May tiada lagi dalam hati aku. Dia dah bunuh parents aku. Perempuan tu pembunuh dan sepatutnya mati."
"Tapi..."
"No tapi-tapi... Aku tekad. Nak kahwin dengan kau. Lagipun mak ayah kau suka aku."
Iya. Nampak sangat berkenan dengan Lee ni. Mak asyik tanya aku tentang perkenalan dengan Lee buat kali pertama.
Lee baik. Lee kacak. Lee berbudi bahasa. Lee hormat orang tua.
Sedangkan hakikatnya, dia penculik. Dia pembunuh. Dia ketua mafia.
Kalau mak ayah tahu kebenarannya, pasti Qarl Lee akan meringkuk dalam penjara. Kerana telah menculik aku.
"Anna..."
Aku memandang dia.
"Kau... Kau memang tak sudi nak kahwin dengan aku ke?"
Bukan macam tu. Tapi, entahlah. Saya cuma takut. Takut diburu.
"Sudi." jawabku lambat-lambat.
Mata Qarl bersinar.
"Betul?"
Aku angguk. Sembunyikan senyuman.
"Kalau awak sudi lakukan sesuatu untuk saya."
"Apa dia? Kacang je tu."
Aku senyum meleret. Senyuman penuh makna.
"Awak nampak tak pokok kelapa tu?"
Aku menunjuk pokok kelapa di hadapan.
"Panjat pokok kelapa tu. Saya mengidam nak minum air kelapa muda."
Qarl mendongak memandang pokok kelapa yang tinggi.
Wajahnya jelas terkejut dengan permintaan aku yang sedikit gila.
"Kau... Serius?"
Aku angguk laju.
"Cepat panjat."
"Makcik! Pakcik!"
Qarl melaung memanggil mak ayah aku. Amboi, tekad betul bakal menantu mak ayah ni.
"Saya akan buktikan, yang saya mampu panjat pokok kelapa. Ni Qarl Lee la, ketua mafia. Awak tunggu sini. Saya pergi panjat sekarang."
Qarl menyarung selipar dan berhenti di depan pokok kelapa.
Aku main-main je. Seriuslah mamat mafia ni. Kalau dia panjat betul, matilah aku kena kahwin dengan dia.
Aku menelan air liur yang semakin mengering di dalam mulut.
Qarl Lee sudah naik gila!
Share this novel
Sambung lagi..
Sambung lagi..
Sambung lagi..