80

Romance Series 93217

“Sayang, where are we going? You ni buat I makin nervous lah. Tak suka tau macam ni." Rengek Trisya mengada - ngada. Sementara itu lengan Yasir terus dipaut erat.

Yasir tersenyum sinis. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia meninggalkan Trisya di tepi jalan dengan mata yang bertutup itu. Semakin lama dia bersama dengan gadis itu, semakin sesak fikirannya dirasakan. Namun demi sebuah misi, Yasir terpaksa turutkan jua.

‘Sabar Yasir. Dah tak lama pun. Kejap je lagi. Lepas ni perempuan ni dah boleh mereput dalam penjara tu.' Monolog Yasir di dalam hati.

“Sayang, lama lagi ke? I dah tak sabar ni." Soal Trisya lagi. Kepalanya langsung dilentokkan di bahu Yasir.

“Sabar ye, baby. Kejap je lagi. Dah nak sampai pun. I guarantee you akan suka dengan surprise I ni. Dah lama tau I planned semua ni. It's special for you, baby." Balas Yasir dengan mimik muka yang penuh muslihat.

“Like seriously, sayang? Awww.. You're so sweet. Sebab tu I sayang you sangat - sangat." Ujar Trisya penuh keterujaan.

Yasir tertawa di dalam hati. Tidak sabar rasanya dia ingin melihat reaksi Trisya sebaik tiba di sana nanti. Sejujurnya dia tidak menyangka bahawa Trisya akan masuk ke dalam perangkap mereka dengan semudah itu. Hanya berbekalkan sedikit pelaburan melalui wang ringgit, jiwa gadis itu sudah berjaya ditawan dengan sekelip mata.

Setelah menempuh hampir 30 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di sebuah restoran mewah seperti yang telah dirancang. Yasir segera memakirkan keretanya tidak jauh dari situ lalu tangan Trisya dipimpin kemas menuju ke dalam restoran. Sebaik kaki melangkah masuk, secara automatik suasana di dalam restoran itu bertukar menjadi sedikit romantis dan sentimental dengan alunan muzik yang mendayu - dayu. Yasir segera menghantar isyarat kepada beberapa orang pelayan di restoran itu untuk menunjukkan meja yang telah ditempah khas buat mereka berdua.

“Ok baby, kita dah sampai. I bilang sampai tiga baru you buka mata you ok?" Arah Yasir bersama senyuman sinis.

“Ok sayang! Tak sabarnya!!"

“Satu, dua, tiga.. Surprise!!" Ucap Yasir sambil membantu menanggalkan kain di mata Trisya.

Trisya bagaikan terkedu. Pandangan matanya benar - benar terpukau dengan keindahan dekorasi yang memenuhi ruang meja mereka. Bibirnya kelu. Sejujurnya dia tidak menyangka betapa Yasir sanggup melayaninya dengan penuh istimewa seperti ini. Tidak semena - mena air mata Trisya berguguran membasahi pipi. Selama hidupnya, belum pernah ada mana - mana lelaki yang sudi melayaninya seperti mana yang sedang dilakukan Yasir pada ketika ini. Sungguh Trisya merasakan dirinya terlalu istimewa di mata Yasir.

“Sayang, you buat semua ni untuk I?" Soal Trisya seakan tidak percaya.

“Yes baby. Everything's for you. You suka tak?" Soal Yasir kembali.

“Of course I suka sayang! Thank you so much, sayang!! I love you, Yasir." Ucap Trisya penuh teruja sekali gus tubuh Yasir dipeluk erat tanpa segan silu.

“Err, apa kata you duduk dulu sementara menu kita akan sampai kejap lagi. I nak ke gents for a while. If you nak apa - apa, just order ok baby?" Pesan Yasir sebelum berlalu pergi meninggalkan Trisya sendirian di situ.

Trisya Is Our Target

Yasir :
We all dah sampai. Everything's under control. Abang Raz & Kak Aayra bleh masuk after 10 minutes. Make sure smua org standby & jgn ambil masa yg lama.

Abg Raz :
Ok Yasir

Abg Ez :
Noted!!
Cover selagi boleh cover. Kejap lg kitaorg sampai. Takut nanti Trisya syak something. Make sure malam ni Trisya akan dihumban ke dalam

Kak Aayra :
Akak nervous!!

Kak Sofya :
Good luck teams!! We will pray for the best. In shaa Allah, may Allah ease everything.

Yasir kembali mendekati Trisya dengan wajah yang bersahaja. Gadis itu dilihat masih teruja dengan kejutan yang diterimanya. Yasir menarik kerusi di hadapan Trisya lalu wajah menggoda gadis itu ditenung lama. Pada malam ini Trisya dilihat begitu daring menggayakan pakaian yang agak menjolok mata sehingga mampu mendedahkan lurah dendamnya. Namun bagi Yasir dia sedikit pun tidak tergoda melihat penampilan seksi gadis itu walaupun sejak tadi Trisya tidak henti - henti menggodanya. Lagi pula sejak dari awal lagi Yasir sudah menyatakan bahawa gadis seperti Trisya itu bukanlah citarasanya.

“Kenapa you tak makan lagi? Tak suka ke dengan menu yang I ordered ni?" Soal Yasir sekadar berbahasa basi.

“No lah, sayang. I tunggu you la. Nak makan sama - sama dengan you. Jom makan. Perut I dah berkeroncong ni." Pelawa Trisya lalu dia menyisip sedikit air kosong dihadapannya sebelum bibirnya menjamah makanan.

“Makan puas - puas ok? Mana tahu kalau - kalau ini makanan terkahir yang you akan jamah sebelum you digari nanti." Ujar Yasir perlahan namun ianya masih mampu didengari oleh Trisya.

“Wait! Apa you cakap tadi? Digari? Apa maksud you dengan digari tu?" Trisya dilihat seperti tidak berpuas hati.

“Maybe it's a hardcore 'game' and I believe that you will like it very much. Bukan ini ke saat - saat yang you impikan selama ni?" Jawab Yasir dengan penuh helah. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Trisya dilihat tersenyum riang tanpa sedikit pun mengesyaki maksud lain yang tersirat di sebalik kata - kata Yasir itu. Pada telahan Trisya, Yasir akhirnya menyerah kalah dengan godaanya apatah lagi pada malam ini dia sengaja mengenakan pakaian yang paling seksi untuk tatapan nafsu Yasir. Kini lelaki itu tidak boleh mengelak lagi. Trisya berjanji akan menjadikan malam ini merupakan malam yang paling indah buat mereka berdua. Senyuman penuh menggoda dihadiahkan kepada Yasir yang tidak jemu - jemu menatapnya sejak tadi.

“Wow!! Wow!! Wow!! Bukan main romantis lagi pasangan merpati dua sejoli kita ni. Candle night dinner!! Hebat!!" Tiba - tiba ada suara yang menegur mereka dari arah belakang.

Trisya kaget. Tubuhnya tiba - tiba terasa menggigil. Entah mengapa dia seakan dapat merasakan pemilik suara itu adalah milik Harraz. Malah semakin lama suara itu semakin mendekat. Wajah tenang Yasir dipandang resah. Lelaki itu hanya berlagak biasa seperti tiada apa - apa yang terjadi.

“Hi, Trisya! How are you? Boleh kita orang join?"

Bagai mahu gugur jantung Trisya apabila melihat Harraz dan Aayra sedang berdiri tegak di hadapannya. Kemudian disusuli pula oleh Ezmal dan beberapa orang lelaki yang tidak dikenali di belakangnya. Riak wajah Trisya tidak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menantikan hukuman dijatuhi ke atas dirinya.

“Err.. Encik Harraz, Puan Aayra!! You all buat apa dekat sini?" Soal Trisya gugup.

Harraz dan Aayra tersenyum sinis. Manakala Yasir pula hanya tertawa kecil. Tidak sedikit pun dia memberi respon terhadap soalan - soalan Trisya itu.

“Why, Trisya? Terkejut? Mesti you tak sangkakan orang yang you fikir akan mati dalam kemalangan tu akan berdiri di hadapan you macam ni? Kenapa? You takut? Atau sebenarnya you dah imagine yang mayat I dah mereput dalam kubur tu?" Provok Harraz galak.

“Apa yang you cakapkan ni Encik Harraz? I tak faham." Trisya pura - pura tidak faham.

“Come on, Trisya. Don't pretend like you don't know anything. Atau kau nak kita orang tunjukkan semua bukti yang kita orang ada? Macam tu?" Kali ini giliran Ezmal pula menyampuk.

“Encik Harraz, Encik Ezmal, apa semua ni? Yasir? Seriously I tak faham. Permainan apa yang korang cuba mainkan ni? Kemalangan? Kemalangan apa?" Trisya masih berpura - pura seperti tidak memahami apa - apa.

Wajahnya juga kelihatan semakin resah.
Mendengarkan soalan Trisya membuatkan Yasir, Ezmal serta Harraz tertawa besar. Tawa mereka saling bersahutan antara satu sama lain. Ternyata Trisya benar - benar seorang pelakon yang hebat. Tanpa membuang masa Yasir segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari porch bag lalu rakaman suara Trisya dimainkan di hadapan gadis itu.

Para pengunjung yang mula memenuhi ruang restoran itu dilihat tertanya - tanya antara satu sama lain. Suasana menjadi semakin panas. Rata - ratanya seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi panas itu. Namun itu semua langsung tidak menganggu konsentrasi Harraz, Aayra dan lain - lain.

“So now what is your explanation, Trisya? Tergamak kau buat macam ni dekat kita orang berdua? Manusia jenis apa kau ni sebenarnya?" Soal Aayra penuh amarah. Suaranya juga kedengaran sedikit bergetar.

Trisya panik. Akhirnya dia sudah terperangkap dalam permainannya sendiri. Peluh dingin mula membasahi tubuhnya. Trisya mula mencari jalan bagaimana untuk meloloskan diri dari tempat ini. Jika dia tidak bertindak sekarang, pasti sebentar nanti dia akan tertangkap jua. Memikirkan hal itu membuatkan Trisya semakin panik. Tanpa sebarang kata, Trisya segera berlari untuk menyelamatkan diri. Malangnya belum pun beberapa langkah dia berlari, tiba - tiba lengannya ditarik oleh seseorang.

“Kau nak lari mana Trisya? Kau ingat kau boleh selamat dengan melarikan diri macam ni? Jangan mimpi Trisya!! Malam ni tempat kau bukan di rumah. Tapi sebaliknya di dalam penjara sana tu!!" Ezmal menolak tubuhnya kuat sehingga terduduk. Seketika kemudian muncul dua orang lelaki yang berpakaian uniform polis lalu menghampirinya.

“Encik Harraz, Encik Ezmal, tolong jangan buat I macam ni. I merayu sangat - sangat. Tolong maafkan I. I janji I tak akan ganggu hidup you all lagi. Tolong lepaskan I, Encik Harraz, Encik Ezmal!! Yasir!! Tolong I, Yasir. Tolong lepaskan I. Please!!" Rayu Trisya bersama air mata yang berjuraian turun membasahi pipi.

“It's too late, Trisya. It's too late!! Once you ganggu keluarga I, I akan pastikan hidup you tak kan tenteram untuk selama - lamanya. Now encik boleh bawa dia pergi. Lagi lama dia di sini, lagi banyak drama dia akan buat." Arah Yasir kepada kedua - dua pegawai polis itu.

Trisya dibawa pergi dengan menaiki kenderaan polis. Suasana di restoran itu kelihatan sedikit kecoh dengan situasi panas sebentar tadi. Namun setelah Ezmal dan Harraz berbincang dengan pihak restoran, semuanya kembali tenang. Akhirnya masing - masing dilihat bersurai bersama - sama senyuman yang mekar di bibir. Alhamdulillah segala perancangan mereka berjalan lancar dan telah dipermudahkan oleh Allah. Semoga Trisya mendapat pembalasan yang setimpal di atas perbuatan kejamnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience