BAB 2

Romance Completed 129968

"Kenapa mummy tak pergi jemput anak mummy tu? Nanti daddy marah Farid lagi. Mummy! Dengar tak?" Pertanyaan daripada Farid tidak di endahkan.

Syarifah Rozyana hanya ketawa. Dia masih tenang di spa itu. Hanya mahu melakukan pedicure kerana kukunya rosak minggu lepas. Dan harini, dia terpaksa menadah telinga tentang kepulangan banduan yang tidak dia suka.

"Daddy ada. Mesti dia dah pergi jemput anak kesayangan dia tu. Kenapa, kamu nak jumpa dia?" Sakat Syarifah Rozyana.

"Tak naklah! Nanti kalau dia belasah Farid? Kan mendapat!" Dalih Farid.

Sebenarnya dia berasa terancam. Enam tahun, dia hidup serba mewah dan selesa. Tiba-tiba saja, dia harus kembali pada realiti. Kenyataan dimana dia hanya anak pungut dan tidak layak menerima apa-apa harta daripada Syed Ali. Lelaki koperat yang sentiasa dingin dengannya.

Pewaris mutlak lelaki itu hanya Syed Gibran. Satu-satunya anak lelaki tunggal yang menjadi banduan dalam waktu yang sangat singkat. Entah bagaimana rupanya sekarang. Kali terakhir dia bertemu, sewaktu umur Syed Gibran lapan belas tahun. Kepandaianya dan kecekapan nya sering di akui oleh semua pekerja Syed Ali. Walaupun usianya masih muda, dia sangat cekap dalam pengurusan perniagaan.

"Kamu jangan risau. Mummy ada kan? Walaupun banduan tu dah balik, kamu tetap anak mummy. It's fine, I will protect you. Apa yang kamu risaukan?" Tanya Syarifah Rozyana.

Dia perasan banyak hal. Semenjak berita kepulangan Syed Gibran, Farid nampak gusar. Terkadang dia tidak tenteram atau saja sering termenung. Mungkin risau jawatan di syarikat milik suaminya itu di tukar ganti?

"Syed Gibran. Dia dah keluar daripada penjara. Mesti dia akan jadi pengurus besar syarikat daddy kan? Mummy ok dengan tu semua?" Soal Farid.

"Pembunuh tetap pembunuh. Walaupun dia bertaubat, dia tetap pembunuh yang meragut nyawa orang lain. Mummy masih tak dapat nak maafkan kesalahan dia. Untuk percaya dia bakal jadi pengurus besar, tak mustahil. Semua orang akui kemampuan banduan tu macam mana. Jadi, kamu kena buktikan pada daddy. Yang kamu boleh!" Bahu Farid ditepuk kuat.

Keduanya saling berbalas senyuman. Farid hanya mengangguk. Usai pedicure itu, mereka berdua berjalan ke pusat membeli belah yang besar itu. Kata Syarifah Rozyana, dia mahu makan sebelum pulang. Walhal dia tahu, itu hanya alasan untuk tidak bertembung dengan Syed Gibran.

Apa yang dia patut buat?

"Isteri kamu. Bila nak mengandung?" Soalan keras bergema.

Air liur terasa kelat. Farid hanya diam. Beg kertas yang dipegang dipandang. Itulah soalan yang saban hari dia terima. Sudah berkahwin tiga tahun, namun mereka belum mempunyai zuriat. Dan, Syarifah Rozyana adalah satu-satunya orang yang sering menggesa mereka berdua.

"Belum ada rezeki, mummy. Kami dah usaha." Jawab Farid dengan berhati-hati.

Syarifah Rozyana menjuihkan bibir.

"Isteri kamu tu mandul agaknya.? Kan mummy dah cakap, kahwin dengan anak Tan Sri Abdullah tu? Kamu tak nak, nak sangat kahwin dengan perempuan tu. Perempuan kampung macam dia, mana tahu nak ikhtiar cara lain? Kamu fikirlah. Lagipun, kamu lelaki. Boleh kahwin banyak. Kalau rasa Zulaikha tak mampu bagi kamu zuriat, cari isteri baru. Tak adalah malu muka mummy bila orang tanya!" Pedas Syarifah Rozyana bercakap.

"Insha Allah, kami tengah usaha. Mummy boleh sabar sikit lagi kan?" Pinta Farid.

"Nanti lagi dua tiga hari ada majlis nak buat dekat rumah kita. Anniversary mummy dengan daddy. Bawak isteri kamu. Biar dia belajar kenal cara hidup mewah kita macam mana. Kalau malu sangat, bukak je tudung tu. Rimas mummy tengok!" Bidas Syarifah Rozyana.

Rambut perang nya diraup kasar. Anak itu hanya mengangguk kepala. Bosan. Hanya menurut dan tidak pernah membantah. Yang pasti, Farid adalah anak yang baik. Dia sentiasa mendengar setiap yang dia arahkan. Dia perlukan Farid, untuk kukuhkan semua yang berlaku di dalam keluarga nya. Maruah keluarga yang sudah tercalar kerana onar Syed Gibran. Mengingat namanya saja boleh buatkan dia sakit hati.

"Zulaikha ada cakap, dia nak masak untuk mummy. Boleh ke?" Tanya Farid.

"Kamu gila? Masakan kampung tu semua? Nak bagi mummy mati cepat ke?!" Marah Syarifah Rozyana.

"Sorry mummy,"

Giginya diketap. Farid hanya mengeluh perlahan. Sampai bila dia mahu bersabar? Kejamkah dia? Memaksa isterinya bersama di dalam keluarga yang tiada ruang untuk nya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience