Rate

Bab 35 Menungang Motorsikal

Drama Completed 203283

Hari ini hari sabtu suami aku tetap kerja seperti biasa. Tapi selalunya hari sabtu suamiku akan pulang awal sikit dari hari lain. Rutin aku sekarang ni bila suami pujaan hatiku pergi kerja,aku akan menolong dan berlajar memasak dengan bibik. Tu tak pa lagi,aku tak kisah sangat berlajar memasak dengan bibik. Yang aku kisah esok la,bibik akan ikut aku keluar dengan suami aku sekali.

Apa la nasib badan aku ni. Baru nak berangan dapat berjalan berdua-duaan, tapi sekalinya kena bertiga pula dah. Ni yang aku rasa nak jadi detektif Conan. Aku nak siasat kenapa Ikwan tu marah sangat dekat suami aku ni.Sampai suami aku takut jika Ikwan tahu dia dah ada pasangan yang halal. Pasangan halal tu aku lah sebagai isteri dia.

Aku merasakan kemungkinan ada perkara lain yang terjadi masa kejadian mereka bertiga kena rompak 13 tahun dahulu. Rasanya apa yang terjadi pada masa kejadian rompakan tersebut. Aduh,kepala aku ni pun dah kenapa la asik fikir tentang masalah suami aku dan sepupu dia tu. Dari aku sakit kepala duk fikir tentang masalah diorang berdua baik aku fikir tentang esok.

Sebab esok aku akan keluar jalan-jalan dengan suami pujaan hati aku ni. Agaknya esok suami aku akan bawa aku pergi mana ya. Walau pun bibik akan ikut aku keluar bersama suami aku. Tak kisah la yang penting dapat juga aku jalan-jalan. Aku pun bosan juga duduk dekat rumah ni je. Asik jalan keliling kawasan rumah ni je.

Nanti suami aku balik nak bagitahu esok aku nak suruh naik motor je lah. Tak payah naik kereta,lagi pun dekat garaj tu ada 2 buah motorsikal. Motor Yamaha LC tu boleh la aku bawa,bibik boleh naik dengan aku esok. Suami aku dia bawa la motor kuasa tinggi dia tu. Daripada aku naik kereta buat pening kepala je. Lebih baik naik motor je. Lagi pun 2 minggu lebih dah aku tak bawa motor jauh-jauh. Dekat rumah ni bila nak pergi kedai je baru aku bawa motor. Kedai runcit dengan rumah mentua aku ni tak jauh mana pun.

Malam seperti biasa Haziq akan pergi ke bilik orang tuanya terlebih dahulu untuk melihat abahnya. Selepas itu barulah ia akan masuk ke dalam bilik kami berdua. Masuk di dalam bilik ketika aku melihat Haziq sudah melabuhkan pungungnya di atas katil.Aku pun menghampiri suamiku dan duduk di sebelahnya.

"Abang esok jadikan kita akan keluar bertiga dengan bibik?" tanyaku pada suami pujaan hatiku.

"Jadilah,kan dah bagi tahu pada mak dan abah", jawab suamiku sambil matanya mula memadang padaku.

Ni yang buat aku lemah semangat ni bila mata pujaan hatiku memadang padaku.

"Esok kita keluar naik motor boleh tak? Lagi pun dekat rumah ni ada 2 buah motorsikal. Jadi motor Yamaha LC tu biar Zara bawa. Bibik boleh naik dengan Zara. Abang pula bawa la motor yang lagi satu. Nanti Zara ikut abang dari belakang je", kataku memberi cadangan.Supaya kepala aku tak pening sebab naik kereta esok.

"Zara,ajak naik motor ni sebab takut mabuk kalau naik kereta kan", kata suamiku sambil tersenyum memadang padaku.

" Ya lah,nanti kalau Zara mabuk kenderaan tak seronok la. Lagi pun dah lama Zara tak bawa motor jauh-jauh ni",kataku dengan nada yang agak lembut.

"Ya lah,esok kita naik motor je lah. Esok Zara kena ikut belakang abang. Sebab Zara tak biasa lagi jalan dekat sini kan", kata suamiku.

"Abang setuju la ni esok kita keluar naik motor sorang satu" kataku sambil tersenyum gembira dapat juga aku lepas gian nak bawa motor.

"Ya la,abang setuju. Zara ni perangai macam budak-budak la" kata Haziq. Membuatkan aku menarik muka masam kerana tidak suka di katakan perangai macam budak-budak.

"Perangai Zara bukan macam budak-budak la", kataku sambil membuat muka tidak suka.

"Ala,jangan la marah nanti cepat tua. Sebab perangai Zara macam ni lah,yang membuatkan hati abang terpaut," kata Haziq cuba memujuk ku.

Suami aku ni memang pandai membuatkan hati aku cair. Sekarang ni hati aku bukan setakat cair, rasanya dah nak banjir bila mendengar kata-kata suamiku itu.

-----------

Pagi yang ku tunggu telah pun menjelma. Kerana hari ni aku akan keluar berdating dengan suamiku. Tapi sayangnya bukan berdua tapi bertiga dengan bibik sekali.

Selesai menunaikan sembahyang subuh dan melihat suamiku sudah siap mengemas sejadah. Aku pun menghampiri suamiku kerana ingin bertanya sesuatu padanya.

"Abang kita nak pergi pukul berapa nanti? Abang nak bawa Zara dan bibik pergi mana ya?",tanyaku pada suamiku yang berada di sebelahku.

"Kita pergi lepas abang siap mandikan abah dan bantu mak gantikan apa yang patut dekat abah. Selepas tu baru lah kita boleh pergi. Abang rasa nak bawa Zara pergi jalan-jalan dekat Shopping Mall je la," kata suamiku sambil matanya memadang padaku.

"Boleh juga,Zara pun dah lama tak pergi Shopping Mall. Asyik pergi kedai runcit yang kecil dekat tepi jalan tu je," kataku.

Memang betul aku dah lama tak senaman mata dekat Shopping Mall ni. Terakhir aku pergi Shopping Mall 2 minggu sebelum aku kahwin je. Lepas tu tak pernah dah pergi.

Seperti yang di janjikan oleh suamiku. Selesai ia memandikan abah dan membantu mak mentuaku menukar apa yang patut pada abah barulah kami bersiap untuk keluar. Yang paling awal bersiap adalah bibik. Punya la teruja si bibik ni siap bermake up lagi,kalah aku yang jadi isteri Haziq ni.

Adui, bibik ni tua pun lawa juga kalau dah pakai make up. Aku macam biasa hanya pakai gincu di bibir dan sedikit bedak asas di muka. Yang alat make up lain aku tak ada,kalau ada pun bukannya aku pandai guna juga.

Seperti yang telah di persetujui aku bawa motor Yamaha LC kepunyaan mentuaku dan bibik akan naik bersamaku. Sementara suamiku pula bawa motor kuasa tinggi kepuyaan nya. Walau pun pada mulanya mak mentua ku bertanya kenapa tak bawa kereta je lagi senang. Dengan perasaan malu aku bagitahu juga yang aku tak tahan naik kenderaan yang tertutup semua. Kerana rasa macam terkurung dan kepala aku akan rasa pening.

Nampaknya hari ini aku akan berkonvoi dengan suamiku naik motor. Tapi aku bawa penumpang suamiku pula sorang diri dia je. Aku mengikuti suamiku dari belakang bila aku rasa motor suamiku agak makin jauh aku akan memulas minyak agak laju sedikit. Aku dapat rasakan bibik akan cubit pingang aku bila dia rasa aku bawa laju. Bukan setakat kena cubit je,bibik peluk aku kalah aku peluk suami aku. Kalau suami aku yang peluk aku kuat-kuat macam bibik ni seronok la juga. Hai,nasib badan aku la. Lagi pun ni idea aku nak naik motor sebab tak mahu naik kereta punya pasal.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience