Bab 6

Drama Series 3858

Di sekolah. Musalmah dalam kelas 6A. Waktu pagi.

 

Musalmah masuk ke dalam kelas. Beg galas diletakkan ke kerusi sebelum dia duduk. Wajah teman baiknya dipandang.

          “Kenapa?” awal-awal lagi Hanani, kawan baik Musalmah sudah bertanya.

          “Ayah aku nak kahwin lain. Kau rasa best tak kalau ada mak baru?” bisik Musalmah. Sudah tak terpendam gelisah yang menebak di jiwa kecilnya. Muka Hanani jelas berubah. Muka Musalmah jadi turut berubah.

          “Mak baru tu maksudnya mak tiri la kan?” bisiknya pula di telinga Musalmah. Riak di muka makin berubah, Musalmah tenguk sampai dia jadi tak faham apa yang ada dalam fikiran budak berkening cantum itu.

          “Kau ada tenguk cerita Bawang Putih Bawang Merah?”

          Musalmah angguk kepala.

          “Mana seronok ada mak tiri. Kau tenguk macam mana Merah kena buli dengan Putih dan mak tiri dia.”

Musalmah terkebil-kebil sendirian dengan kenyataan yang keluar dari mulut Hanani. Cerita Bawang Putih Bawang Merah pantas berlegar dalam kepala. Perhatiannya pada pelajaran jelas terganggu.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience