Air mata yang jatuh berlinangan di pipi gebu milik Ariana diseka oleh Adi Ashraf. Dirinya tak mahu lagi isterinya dilanda kesedihan mahupun menyembunyikannya daripada dirinya.
Wajah isterinya pula diangkat bagi membenarkan dia melihat ke dalam anak mata isterinya. Pelukan mereka dileraikan. Tangannya naik mengusap lembut raut wajah isterinya.
Ariana menikmati belaian suaminya. Tangannya naik memegang tangan suaminya yang sedang mengusap wajahnya. Dia mengukir senyuman ikhlas.
"Thank you, Ash." ucap Ariana benar-benar memaksudkan kata-katanya. Sungguh tersentuh dia diperlakukan sebegitu. Apatah lagi apabila suaminya sudi berada di sisinya.
Adi Ashraf membalas senyuman isterinya. Tangan isterinya dicium sekilas. Membuatkan Ariana tersenyum malu. Manakala, dia tersenyum simpul.
"Most welcome, wifey. Anything for you." ucap Adi Ashraf sambil memandang tepat ke dalam mata isterinya. Membuktikan dia amat serius apabila menuturkan kata-kata tersebut.
Malangnya Ariana menganggap kata-kata tersebut hanya kata-kata manis yang selalu suaminya tuturkan untuk menenangkan dirinya. Dia menongkat dagu sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang.
"Jom." ajak Adi Ashraf tiba-tiba. Dia sudah menarik tangan isterinya. Ariana hanya mengikut langkah suaminya.
Mereka berdua berjalan ke arah pinggir pantai. Terasa air ombak membasahi kaki mereka sehingga buku lali. Ariana menundukkan badan cuba merasai air laut yang sejuk.
"Sejuknya!" ucap Ariana mula teruja. Dia mengerling ke arah suaminya di sebelah.
"Kan, apalagi mandilah. Alang-alang dah ada dekat sini." ucap Adi Ashraf yang sudah masuk ke dalam air. Dia menghulurkan tangan untuk mencapai tangan isterinya.
Ariana berpeluk tubuh. Berkira-kira untuk menyertai suaminya. Adi Ashraf mengharapkan isterinya bersetuju. Dia mahu isterinya itu tidak lagi memikirkan perkara yang menganggunya lagi.
"Tak naklah, Ash. Kau je lah mandi. Aku tengok dari situ tau." balas Ariana sambil menudingkan jari ke arah sebuah batu besar yang tidak jauh dari situ. Adi Ashraf mengeleng kepala tanda tak setuju.
"Riana, jomlah." pujuk Adi Ashraf. Ariana mengeleng kepala tanda tak mahu. Dia bercekak pinggang.
Tanpa amaran, Adi memercikan air ke arah isterinya. Menyebabkan pakaian Ariana serta-merta basah. Dia membulatkan mata. Senyuman kemenangan sudah terbit di bibir Adi.
"Ash! Apa ni! Habis basah dah." rungut Ariana sambil mengelap wajahnya yang sedikit basah. Dia membalas semula tindakan suaminya sebagai tanda membalas dendam. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
Wajah suaminya yang disimbah air itu membuatkan Ariana menghamburkan tawa. Tanpa dia sedari, tangannya ditarik ke dalam air. Hampir lemas dia dibuatnya.
Kini, giliran Adi Ashraf yang galak mentertawakan isterinya. Rambutnya yang basah diraup ke belakang. Wajahnya diraup sekilas membolehkan dia melihat isterinya dengan lebih jelas. Tudung isterinya yang senget membuatkan dia melepaskan tawa sekali lagi.
Ariana memasamkan wajah. Matanya dikecilkan. Sebuah jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Dia menyilangkan tangan ke dada. Geram dengan sikap suaminya itu.
"Ei, jahat!" marah Ariana penuh geram. Dia menarik kepala suaminya masuk ke dalam air bersama dirinya. Adi Ashraf yang tidak bersedia dengan serangan mengejut isterinya tertelan air laut yang banyak.
Sebaik tiba di permukaan dia terbatuk-batuk mengeluarkan air tadi. Ariana mempamerkan riak muka tak bersalah. Dia tersenyum kepuasan.
"Padan muka." balas Ariana berpuas hati. Lidahnya sengaja dijelirkan ke arah suaminya. Adi Ashraf menyembunyikan senyuman sebaik melihat senyuman yang terbit di bibir isterinya. Asalkan isterinya bahagia, dia tak kisah tentang apa-apa.
"Ha gelaklah puas-puas. Sini tudung kau aku betulkan. Senget dah. Buat malu aku je jadi suami kau." ucap Adi Ashraf selamba. Dia segera berenang mendekati isterinya.
"Aku reti buat sendiri lah." bidas Ariana mencebik. Tetapi tangannya ditepis lembut oleh Adi Ashraf. Suaminya mengeleng kepala tanda tidak membenarkan isterinya berbuat sedemikian. Ariana mengalah.
Dia memerhatikan raut wajah suaminya yang sedang sibuk membetulkan tudungnya. Setiap tindakan lelaki itu membuatkan hatinya berbunga-bunga. Sudah lama dia tak merasakan perasaan tersebut.
"Ok dah. Eh kejap." ucap Adi Ashraf mematikan lamunan Ariana. Dia meletakkan jari di dagunya seperti sedang berfikir. Ariana mula tertanya-tanya.
"Kenapa- Ash!" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, awning tudungnya digosok sehingga rosak. Dia segera mencari kelibat suaminya yang sudah melarikan diri.
Tak guna!
"Adi Ashraf!" jerit Ariana sambil sibuk membetulkan tudungnya. Tak sangka dia ditipu hidup-hidup dengan taktik baru suaminya. Hish.
Adi Ashraf yang sedar dirinya akan menjadi mangsa isterinya sudah bersiap sedia. Seperti yang dijangkakan, dia sedikit pun tidak terkejut apabila dirinya telah basah kuyup apabila disimbah oleh isterinya buat sekian kalinya.
Gelak tawa isterinya menerjah ke dalam gegendang telinga. Dia tersenyum lebar. Mereka berdua bergembira bersama. Masing-masing menikmati kegembiraan yang dirasai.
Sebelum mengecapi kebahagiaan yang dingini.
???????????????????
Alif Zafran yang sedang serabut memeriksa telefon pintarnya buat seketika. Takut sekiranya dia terlepas apa-apa mesej penting daripada Adi Ashraf. Mujurlah tiada. Tetapi dia berasa pelik apabila tiada apa-apa balasan daripada lelaki itu.
Barangkali mungkin kerana Adi Ashraf telah pun mengetahui tentang kematian Naufal. Sijil kematian Naufal yang dihantar olehnya kepada Adi Ashraf bertujuan untuk membuktikan bahwa Naufal benar-benar tiada kaitan tentang kes yang disiasatnya sekarang.
Dia berharap Adi Ashraf tidak lagi mengesyaki apa-apa mengenai Naufal. Namun itu makin menyukarkan keadaan buat Alif Zafran untuk meneruskan siasatan.
Hal ini kerana senarai suspeknya telah pun tiada. Sempat juga dia menyiasat tentang punca kematian Naufal yang disebabkan oleh kemalangan lima tahun yang lalu. Lelaki itu tidak terselamat kerana hantukan kuat di kepala hingga menyebabkan kematian.
Alif Zafran melepaskan keluhan berat. Gambar yang ditinggalkan di tempat kejadian dilihat sekali lagi. Itu sahaja petunjuk yang dia ada buat masa sekarang. Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu.
Bagaimana gambar Naufal dan Ariana boleh ada di tempat kejadian sedangkan Naufal telah tiada? Siapa lagi yang mempunyai gambar ini selain Ariana dan Naufal? Dia mula memeriksa gambar tersebut dengan teliti.
Barulah dia tersedar terdapat seorang lagi lelaki yang berada dalam gambar tersebut sedang melihat ke arah Ariana dan Naufal. Pada mulanya dia menyangkakan lelaki itu melihat ke tempat lain tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti barulah dia perasan.
"Macam pernah nampak." ucap Alif Zafran perlahan. Dia cuba mengingat kembali di mana dia pernah terlihat wajah lelaki yang tak bernama itu.
Tanpa membuang masa, dia mula memeriksa akaun media sosial milik Adi Ashraf. Sedikit sebanyak dia mengharapkan dapat menemui jawapan dari situ.
Tak lama selepas itu, dia telah mendapat jawapannya apabila mengenal pasti lelaki yang tidak bernama itu terdapat di dalam gambar bersama Adi Ashraf. Nama lelaki itu telah ditag di gambar tersebut memudahkan urusannya lagi.
"Izz Faris."
Sebaris nama itu disebut oleh Alif Zafran sebelum dia mencari maklumat lanjut tentang lelaki tersebut. Semoga kali ini siasatannya membuahkan hasil. Dia menulis sesuatu di buku notanya sebelum berehat untuk seketika.
"Cari kaitan antara Izz Faris dengan Naufal dan Ariana."
???????????????????
"Kenapa kita ada dekat sini, Ash? Kau nak beli apa?" soal Ariana tertanya-tanya. Dia mempercepatkan langkah agar dapat berjalan disebelah suaminya.
Adi Ashraf yang menyedari perbuatan isterinya memperlahankan langkah serta-merta. Tangan mereka yang sesekali bersentuhan membuatkan Ariana menahan senyuman. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling pasar raya yang disinggah oleh mereka berdua.
"Nanti kan kita nak balik dah. Kau tak nak beli buah tangan untuk mama ke?" balas Adi Ashraf sambil memandang isterinya. Perlahan-perlahan, dia memegang tangan isterinya.
"Nak!" balas Ariana penuh gembira. Tanpa menyedari tangannya yang dipegang erat oleh Adi Ashraf. Sebaik dia tersedar, dia tersenyum sendiri.
"Kalau macam tu, jom kita cari barang untuk mama sama-sama, okay?" kata Adi Ashraf lagi. Dia mengeratkan pegangan tangan mereka berdua. Ariana mengangguk laju.
Mereka berdua berjalan berpegangan tangan. Tiada perkataan yang dapat diungkapkan bagi mengambarkan perasaan Ariana Atilia pada ketika itu. Sesekali dia akan mencuri pandang melihat suaminya di sebelah.
Adi Ashraf menyembunyikan senyuman apabila menyedari tindakan isterinya. Dari ekor matanya dia dapat melihat wajah isterinya yang sedang tersenyum manis. Sengaja dia melambatkan langkah supaya mereka berdua boleh berada dalam keadaan sebegitu lebih lama.
Riak wajahnya dimasamkan apabila Ariana tiba-tiba menghentikan langkah. Dia memandang isterinya mahukan penjelasan. Tetapi riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.
"Kenapa kita berhenti hmmm?" tanya Adi Ashraf mahukan jawapan. Tangan isterinya dipegang erat tak mahu melepaskan. Ariana memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kedai yang menarik perhatiannya sebentar tadi kepada suaminya.
Adi Ashraf mula berkira-kira sama ada mahu melihat arah yang ditunjukkan oleh isterinya atau bibir isterinya yang kelihatan comel apabila buat sedemikian. Dia mengeluh dalam diam.
Apa aku fikir ni, haih.
Akhirnya, dia menoleh ke arah sebuah kedai pakaian yang ditunjukkan oleh isterinya sebelum mengembalikan pandangan pada raut wajah Ariana. Dia mengangkat kening.
"Kau nak belikan mama baju? Okay, jom." kata Adi Ashraf kepada isterinya. Baru sahaja dia mahu mengorak langkah, lengannya dipaut oleh Ariana.
"Ash, aku nak pergi seorang-seorang boleh? Please?" pinta Ariana sambil mencebikkan bibir. Dia berdoa semoga suaminya bersetuju. Bukan apa, tetapi dia mahukan belikan sesuatu untuk suaminya juga tanpa pengetahuan lelaki itu.
Adi Ashraf mula risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku kepada isterinya jika dia tiada di sisi. Apatah lagi apabila dia tak dapat memegang tangan isterinya lebih lama lagi. Namun, pada akhirnya dia bersetuju juga.
"Okay, tapi janji dengan aku kalau ada apa-apa jerit panggil aku faham? Jangan percaya orang yang tak kenal." pesan Adi Ashraf sambil memegang tangan isterinya. Ariana mengangguk tanda faham.
Lalu, Adi menghadiahkan ciuman hangat pada dahi isterinya. Terpejam mata Ariana menikmati saat itu. Jarang sekali dia mendapat peluang sebegini.
"Dah pergi cepat, jangan lama-lama. Nanti aku sendiri yang heret kau keluar dari kedai tu, nak?" ugut Adi cuba menakutkan isterinya. Ariana mengeleng kepala tanda tak mahu.
Isterinya yang kelihatan comel itu membuatkan Adi Ashraf tak dapat menahan diri daripada mencubit pipi isterinya. Ariana mengeluh kecil sambil memegang pipinya yang memerah.
"Ya aku tahulah. Bye aku nak shopping!" kata Ariana dengan gembira sebelum mengorak langkah ke kedai tersebut dengan penuh teruja. Adi Ashraf memastikan isterinya selamat masuk ke dalam kedai tersebut sebelum beredar pergi.
Pelbagai jenis pakaian yang dijual di kedai tersebut benar-benar membuatkan Ariana rambang mata. Segalanya lengkap serba ada. Dia menyanyi kecil sambil memerhatikan mana-mana pakaian yang menepati citarasanya.
Sehelai hoodie yang tergantung di situ serta-merta menarik perhatian dirinya. Mengingatkan suaminya yang kelihatan kacak apabila memakai pakaian tersebut. Walaupun sebenarnya, tak kira apa yang dipakai oleh lelaki itu membuatkan dirinya terlihat kacak.
Hmmm susah ada suami handsome ni sebenarnya...
Tanpa membuang masa, dia segera mengambil pakaian tersebut tanpa ragu-ragu. Sekali pandang dia tahu hoodie tersebut sememangnya sesuai untuk Adi Ashraf. Warna dan rekaannya ringkas tetapi dalam masa yang sama mengikuti trend terkini.
Akhirnya, dia bergerak ke kaunter pembayaran bersama hoodie tersebut bersama beberapa helai pakaian yang lain untuk ibu mertuanya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman apabila memikirkan suaminya memakai hoodie tersebut.
Sabar Riana. Suami kau tak lari mana pun. monolognya sendirian apabila menyedari dirinya yang mula bertindak secara berlebih-lebihan. Dia mengeleng kepala.
"Apa yang kau dah buat dekat aku, Ash?" ucapnya perlahan sambil tersenyum sendiri.
Manakala, Adi Ashraf sedang sibuk memilih coklat untuk dihadiahkan kepada isterinya. Terlalu banyak aneka coklat yang dijual membuatkan dia sukar untuk meneka coklat kegemaran isterinya. Tambah-tambah lagi, apabila dia berada di Langkawi yang terkenal dengan coklat.
Jenama Toblerone, Pepero, Daim, Dairy Milk dan lebih lagi membuatkan dia pening. Risau sekiranya dia tersalah pilih dan membuatkan isterinya dia sedih. Terbayang perkara itu terjadi pun membuatkan hatinya pedih.
"Ha Ash, penat aku cari kau. Eh, coklat!" tegur Ariana yang baru tiba. Adi Ashraf segera menoleh ke arah isterinya apabila mendengar suara Ariana.
Dia melepaskan tawa halus apabila melihat riak wajah teruja isterinya. Tak ubah seperti kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula sebagai ganjaran.
Cute!
"Ambiklah mana-mana kau suka, aku belanja." kata Adi Ashraf sambil melihat isterinya dalam diam. Ariana membulatkan mata tanda tak percaya.
"Betul ni?" soal Ariana mahukan kepastian. Adi mengangguk sebagai balasan. Ariana tersenyum sungging. Tak sabar mahu memilih coklat yang berada di depan mata.
Sebuah beg pakaian yang dibawa oleh Ariana disedari oleh Adi. Dia mengambil beg tersebut daripada pegangan isterinya agar biar sahaja dia yang bawa.
"Kau beli apa untuk mama?" soal Adi tanpa melihat isi kandungan beg tersebut. Ariana tersenyum kekok sebelum membalas soalan suaminya.
"Oh yang tu bukan untuk mama. Tapi... Untuk kau." balas Ariana malu-malu. Dia menundukkan pandangan. Adi sedikit terkejut dalam masa yang sama terharu.
"Erm, Ash aku cari coklat dulu eh. Nanti kita jumpa dekat sini balik tau. Bye!" kata Ariana tiba-tiba cuba mengelakkan keadaan yang kekok. Dia segera beredar dari situ meninggalkan Adi yang masih terpinga-pinga.
Adi tak lama kemudian membuka beg pakaian tersebut kerana rasa ingin tahu. Senyuman lebar terpamer di wajahnya apabila melihat hoodie yang dibeli oleh isterinya. Tak dapat dia nafikan isterinya benar-benar tahu mengenai cita rasanya terhadap pakaian.
Dia segera mencari kelibat isterinya. Tetapi sebelum itu dia pergi ke tandas yang berdekatan. Ariana yang leka memilih coklat terlupa tentang suaminya.
Penuh sebakul yang dibawanya dengan coklat pilihannya untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Kemudian barulah dia teringat tentang suaminya.
Oh suami aku, mana dia?
Bagai soalannya didengari oleh Adi Ashraf, lelaki itu telah pun berdiri di hadapannya dengan senyuman penuh makna. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
"Miss me?" usik Adi Ashraf sambil tersenyum nakal. Ariana masih terkelu apabila melihat suaminya telah memakai hoodie yang dibelinya tadi.
Hampir sahaja dia menjatuhkan bakul coklat tersebut jika suaminya tidak mengambil dari tangannya. Suaminya kelihatan sungguh kacak bersama hoodie tersebut. Rambutnya yang menyerlahkan dahinya luas. Tubuhnya yang tegap langsung tak dapat disorokkan di sebalik hoodie tersebut.
Dia dah kata susah bila ada suami handsome ni...
"Kau suka?" soal Ariana ingin tahu pendapat suaminya setelah selesai memerhatikan suaminya sendiri. Bukan selalu.
"Suka... Sangat." balas Adi Ashraf sambil memegang tangan isterinya. Wajahnya dimasamkan apabila merasakan tangan isterinya yang sejuk. Mungkin kerana terlalu lama berada dalam tempat yang berpenghawa dingin.
Tanpa amaran, Adi Ashraf meniup lembut nafas hangatnya pada kedua-dua belah tangan isterinya untuk memastikan ianya kekal hangat. Sebaliknya terjadi kepada Ariana apabila tindakan suaminya membuatkan pipinya hangat kerana membahang.
"Better?" tanya Adi Ashraf mula risau. Ariana mengangguk lemah. Adi Ashraf menghela nafas lega sebelum membawa tangan isterinya ke dalam poket hoodienya tanpa melepaskan pegangan.
"Oh, sebelum aku terlupa." kata Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana beristighfar dalam hati. Apa lagi suami dia nak buat? Dia betul-betul lemah ni. Cukuplah dengan semua tindakan suaminya. Dia tak dapat menerima yang lain pula.
Ya Allah, aku mimpi ke?
Tiba-tiba, pipinya dicium oleh suaminya sekilas. Berpusu-pusu darah mengalir pada pipinya kerana tindakan itu. Menampakkan kesan pipinya mula memerah. Tak lupa juga dengan rentak jantungnya yang bagai sudah menggila. Kata-kata suaminya membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
"Thank you, sayang."
Updated!
Next chapter tomorrow ?
Enjoy reading
Don't forget to vomment!
Share this novel