BIBIRNYA dikemam. Tangannya mula memeluk tubuh. Dadanya terasa bagai ditikam dengan gunting ikan. Semuanya hancur dan tidak ada rupa lagi.
"Papa! Papa nak Shah mati ke? Apa kata kawan-kawan Shah nanti bila tahu Shah kahwin awal?"
"Shah, tak salah pun. Lagi pula papa dah janji nak jodohkan Shah dengan kawan papa."
"Papa, Shah ni gemok, selalu kena buli kat sekolah. Siapa yang nak ke Shah?" pujuk Shah.
Sedaya upaya dia cuba selamatkan dirinya dari dipaksa berkahwin dengan pilihan papa.
"Papa tak kira, bulan depan Shah kena nikah dengan Lily, anak Tengku Farhan."
Bagaikan kena panahan petir apabila mendengar ayat keramat yang keluar dari mulut papa. Tegas dan keras. Dia rasa seperti dirinya digadai dengan bapanya sendiri. Usia baru 18tahun dan sekarang dipaksa berkahwin dengan rakan niaga bapanya Tengku Farhan.
"Shah tak nak!"
Shah memberontak tanda protes. Dia berlari menuju ke bilik dan menghempas pintu bilik kuat. Semua barang diselerakkan dan dipecahkan melepaskan amarahnya.
Pintu bilik terbuka perlahan selang beberapa minit. Seorang perempuan perlahan menjengahkan kepalanya ke dalam cuba mengintai keadaan Shah.
"Assalamualaikum, ada orang tak? Boleh akak Mina masuk?"
"Dah hulur kepala macam kura-kura lagi tanya. Masuklah!"
"Shah, kenapa mengamuk ni? Shah marah akak Mina nak balik Sweden ya. Merajuk dengan kakak?" tegur Mina lembut. Mina tahu Shah marahkan papa yang cuba satukan Shah dengan anak rakannya.
"Akak... Akak tahu ke sengaja buat tak tahu!"
Mina tersenyum nipis.
"Shah untung tau sebab papa nak nikahkan Shah dengan dia. Shah tahu tak siapa yang bakal jadi isteri Shah?"
"Tahu, Lily!"
"So? Kahwinlah. Nanti boleh sambung belajar ke oversea sama-sama. Nanti Shah tak sunyi macam akak. Kesian akak sorang-sorang long ranger di Sweden sana."
Shah ketawa kecil mendengar nasihat kakak angkatnya. Dia menyiku kak Mina disebelahnya. "Banyaklah akak punya long ranger. Power ranger ada la."
Satu keluhan dilepaskan kasar. Matanya dipejam sekejap. Sesaat kemudian dia menjerit.
"Saya bukan apa kak, saya gemuk. Akak pun tahu saya dekat sekolah selalu kena buli. Nanti mesti Lily kutuk sebab Shah gemuk papa jodohkan dia dengan Shah."
Pecah tawa Mina mendengar kata-kata Shah tadi. Kepala adiknya digosok manja dan dipeluk erat. "Tenangkan hati, kosongkan minda dari benda negative. InsyaAllah perkahwinan Shah pasti berjaya."
Shah tunduk memandang lantai. Dia bangun mundar-mandir di hadapan kak Mina. Seminit dia berhenti dan merenung wajah kak Mina sekali lagi. Seminit kemudian dia menyambung langkahnya mundar-mandir.
Mina hanya mampu menggeleng. Dia bangun dan berhentikan langkah Shah dengan memeluk tubuh gempal agar berhenti.
"Peninglah akak tengok adik ke sana ke sini. Shah dengar sini, ingat tak apa arwah mama pesan?"
Shah tergumam. Dia mengangguk, matanya memandang gambar mama di meja belajar. "Hidup kita, kita yang tentukan. Susah kita fikir, susah jadinya. Senang kita fikir senang jadinya. Nawaitu kita penting, biarlah orang nak kata kita, yang penting kita berdiri atas kaki sendiri."
"Pandai pun adik akak." Kepala adiknya dicium lembut. Pelukannya masih kemas saat ini.
"Tapi kak, macam tak kena pula ayat mama tu dengan keadaan Shah sekarang?" Shah meletakkan wajahnya dibahu Kak Mina.
"Sudahlah, Shah buang semua yang menyakitkan hati tu. Shah baring sini tidur. Orang bambam tak elok tidur lewat-lewat nanti seri bambam tu hilang."
Cermin mata tebal Shah ditarik kak Mina dan diletakkan di meja bucu katil.
"Kak, terima kasih berbual dengan Shah, walaupun...."
"Walaupun keputusan papa tak berubah dan adik akak ni masih lagi susah hati?" Mina hanya ketawa kecil dan mencubit pipi Shah.
"Bambam tidur dulu, akak pun dah mengantuk ni. Kita sembang dalam mimpi okay," pujuk Mina.
"Night kak."
"Night Shah."
*
Hari berganti hari, akhirnya tiba hari Shah dijodohkan dengan anak tunggal Tengku Farhan. Anak perempuan Tengku Farhan keluar duduk di bantal nikah dan saat itu juga dia curi-curi menoleh.
Terkesima Shah melihat gadis yang bakal menjadi isterinya. Salah seorang daripada kumpulan perempuan yang suka membulinya ketika di bangku sekolah.
Wajah yang tidak pernah Shah lupakan di mana seorang gadis yang sentiasa merasakan dirinya terlalu sempurna dan terkenal dengan sikap kurang ajar di sekolah. Selalu bangga diri, tidak pernah rasa bersalah atas apa sahaja yang telah dilakukan malah sesiapa yang menentangnya bakal menerima padah hingga dibuang sekolah.
"Zuyyin!"
Semua tetamu memandang Shah apabila suara Shah menyebut nama pengantin perempuan dengan kuat.
"Shah, malulah," bisik paksu.
"Lily Zuyyin? Awak ni Lily Zuyyin?" soal Shah berkali-kali. Dia langsung tidak mengendahkan orang memandangnya.
Lily menutup mukanya menggunakan bunga tangan apabila Shah memandang wajahnya.
"Pengantin lelaki. Bertenang. Kita nak mulakan majlis kita sekarang," tegur tok kadi.
Entah kenapa hatinya mula terpaut melihat kecantikan Lily walaupun sebelum ini gadis bernama Lily Zuyyin pernah membulinya di sekolah. Mungkin disebabkan aura pengantin menyerlahkan lagi kecantikan Lily hingga dia sanggup melupakan caci maki gadis itu sebelum ini.
Pernikahan Shah dan Lily berjalan lancar hinggalah saat Shah ingin menyarung cincin di jari Lily. Lily tidak memberi kerjasama seakan malu dipegang Shah. Semua yang ada terkejut dan ketawa melihat Lily seakan malu dipegang Shah.
*
"Shah, senyum sorang teringat ke siapa tu?" usik Tengku Farhan.
"Mana ada abah. Senyum itu awet muda," balas Shah sopan.
"Dah, tak payah nak senyum. Pergi masuk bilik. Kesian Lily tunggu Shah dalam bilik."
Shah mengangguk dan meminta izin abah dan saudara mara lain masuk ke bilik. Shah melangkah masuk ke bilik dengan hati berdebar-debar.
"Assalamualaikum."
Bau haruman di bilik itu makin menambahkan lagi rasa gemuruh dan gementar dalam dirinya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan menghampiri isterinya sedang duduk di kerusi.
"Assalamualaikum isteriku Lily."
"Waalaikumsalam".
Lily bangun dan menoleh ke arah lelaki itu dengan muka sombong. Dia memandang Shah dari atas ke bawah berulang kali. Sedetik kemudian dia mencekak pinggang di hadapan suaminya yang gempal.
"Kenapa you terima?!"
"Terima apa?"
"Terima perkahwinan kita. Kenapa you terima?"
"Bukan ke orang tua kita yang rancang?"
"Bear! Kenapa you ni bodoh sangat."
Terdiam Shah mendengar perkaraan yang keluar dari mulut isterinya. Entah apa yang merasuk Lily kini dia mula membebel tanpa henti. Tidak cukup dengan itu dia mula marah dan memaki suaminya menggunakan kata yang cukup kesat.
"Lily, awak dah kena rasuk ke?"
"Shut up! You tak sepatutnya terima. I hate you!"
Shah sekali lagi tergumam apabila isterinya Lily dengan berani mengaku hal yang cukup menjatuhkan maruah Shah sebagai seorang lelaki. Kini sabar Shah hilang.
"You sanggup jadi kambing hitam abah I sebab harta? You tahu tak sebenarnya I mengandungkan anak orang lain, itu sebab abah pilih you. Abah tak bagi I kahwin dengan lelaki yang I sayang. Dia suruh I kahwin dengan you."
"You mengandung?"
"Yes, I mengandung. Kenapa? You jijik dengan I? Dengar sini bulat, you tu dah la gemok. Gaya you pun kolot dengan cermin mata tebal. You memang tak layak jadi suami I."
"Astagfirullah, Lily!"
"Hei, bear bulat! Dengar sini, I langsung tak ada selera dengan you. You tak layak sentuh I apa lagi jadi suami I!"
"Sampai ha...."
"Pangg."
Lily menampar pipi suaminya demi melepaskan amarahnya. Walaupun Shah cuba berlagak tenang dia masih tetap membakar dan meneruskan bebelnya agar sabar lelaki itu pudar.
"Lily Zuyyin! Kau memang betul-betul melampau."
Shah mula hilang sabar. Amarahnya memuncak. Dia mula hilang kewarasan saat Lily merendah-rendahkan dan menghina kedudukan papa. Malam itu juga buat pertama kali Shah meninggikan suaranya.
"Dengar sini Lily Zuyyin, kau boleh kutuk rupa paras aku tapi bila maruah papa aku kau pijak-pijak, aku hilang sabar Lily."
"So, ada I kisah. You nak marah I?"
"Memang aku marah. Baik! Kau... sebabkan kau dah mengaku kau mengandungkan anak orang lain. Lily Zuyyin binti Tengku Farhan aku ceraikan kau dengan talak tiga!"
Shah keluar dari bilik dan menghempas pintu bilik kuat. Shah turun dengan perasaan marah yang membuak-buak menuju ke pintu.
"Shah, nak ke mana ni dengan bawa beg?" soal Tengku Farhan.
"Maafkan saya abah, saya dah ceraikan Lily dengan talak tiga. Saya tak tahu dia mengandung anak orang lain."
"Apa? Lily mengandung?!"
"Abah sengaja suruh saya jadi kambing Lily. Saya sedar saya gemok macam bear, Lily boleh hina dan maki saya. Bila Lily hina papa, maaf sangat... Shah memang tak boleh terima Lily. Maaf abah, saya dan Lily tiada jodoh."
"Allahuakbar, Shah." Tengku Farhan memegang dadanya terasa sakit dan rebah di depan Shah.
Shah sempat menyambut Tengku Farhan dari jatuh ke lantai. "Abah, abah... kenapa ni?"
*
Suasana di ruang menunggu dipenuhi dengan keluarga Tengku Farhan. Shah duduk jauh daripada mereka memikirkan kata-kata terakhir dari Tengku Farhan kepadanya. Dia mula tidak senang duduk. Serba tak kena dibuatnya bila mengingatkan semula bicara bapa mertuanya tadi.
"Sini rupanya anak papa duduk."
"Papa, maafkan Shah. Shah punca Tengku Farhan meninggal."
Shah memandang wajah papa dan mencium tangan papa berulang kali. Hatinya diselubungi perasaan bersalah.
"Papa dah dengar semuanya daripada keluarga mereka. Salah papa juga paksa anak papa kahwin. Papa tak tahu yang Lily mengandung."
Shah mengeluh. "Papa, sebenarnya abah ada bagitahu sesuatu masa Shah bawa dia ke hospital. Betul ke semua ni?"
Jelas sekali papa agak lambat mengangguk. Tubuhnya papa tarik dipeluk erat. "Betul Shah. Maafkan papa rahsiakan semua ni."
Shah meraup wajahnya berkali-kali terasa bersalah. Saat itu juga matanya memandang wajah Lily bersama sanak saudaranya.
~
Lamuman Shah terhenti tatkala terasa tangan lelaki patah menarik batang hidungnya kasar. Membulat matanya memandang wajah putih mulus lelaki di hadapannya.
"Amboi, mujurlah handsome. Boleh termenung I makeup dia. You ni teruk tau. Cium kang baru tau," rengek lelaki patah, manja.
Shah bangun dan mencuit pipi lelaki patah itu. "Temenung fikirkan nasib malam nanti."
"Amboi, belum sanding dah fikir malam pertama. Class betul you. Nanti dulu, ini ambil. Pakai baju tu."
"Nak tukar sini?"seloroh Shah.
"Pergi tukar sana. Nanti tak jadi kerja I," balas lelaki itu dengan tawa nakal.
Shah mengukir senyuman mengambil baju yang diberikan lelaki patah. Sempat Shah melihat Lily masih di dandan seorang lagi sotong.
"Hei nokk, makeup isteri I elok sikit. Bagi dia meletup malam ni. Dia cantik you juga yang masyuk," usik Shah.
"Baik handsome, don't worry. Wife you paling cantik malam ni."
Shah masuk ke ruang bilik dan menukar pakaian sanding. Dia memandang cermin membetulkan kolar baju dan tersenyum sendirian.
"Finally, game will begin... we wait and see who wins Zuyyin," omel Shah.
republish semula ya. ;)
Share this novel
Handsome betul Shah ni sampai nyah pun berkenan hahaa