Hazel tersentak dari lamunan panjangnya bila terasa gegaran bunyi telefonnya.Dibelek skrinnya ternyata Tengku Que Iskandar yang memanggil.Telefonnya berkali-kali bergetar menandakan panggilan masuk namun Hazel hanya membiarkan sahaja sehingga gegaran itu terhenti sendiri.Terdapat lebih 100 misscall,dan WhatsApp yang tidak terkira banyaknya dari beberapa nombor tapi Hazel tiada mood untuk membukanya.Bateri telefonnya juga sudah nyawa-nyawa ikan sahaja yang tinggal.
Berlainan pula dengan situasi Tengku Que Iskandar yang sedang menjejaki isterinya.Tiga biji telefon sudah berkecai dihempas kerana Hazel enggan menyambut panggilannya.Kini hanya berbaki telefon Alex di tangannya.Alex pasrah jika telefonnya turut menjadi mangsa amarah ketuanya.Nyawanya lebih berharga daripada telefon itu buat masa sekarang.
Hazel memandang suasana sekeliling yang sudah senja.Entah bila dia melabuhkan punggung dipangkin usang di bawah pokok nangka,dia pun tidak pasti.Habitnya yang suka mengelamun kadang-kadang agak membahayakan dirinya.Suasana malam yang sunyi dan keadaan sekeliling yang hanya disimbahi lampu jalan yang agak jauh dari rumah arwah Opah sedikit menghadirkan rasa seram.Sang Drakula pula bermaharajalela terbang ke sana sini mencari darah.Sesekali tangannya melibas-libas nyamuk si penghisap darah yang sibuk mencari peluang menyerang mangsanya.
"Hishh,ni mesti drakula professional!"tangannya ligat menggaru kulitnya yang sudah berbintik merah.
Suasana yang semakin suram menimbulkan rasa tidak sedap di hatinya.Terasa seram sejuk saat bulu roma ditengkuknya meremang 90darjah bila disapa angin senja yang sepoi-sepoi bahasa.Hazel menggosok tengkuknya dibalik tudung yang dipakainya,lengannya juga diusap bagi menghalau rasa gelisah yang bertamu dihatinya lalu dia mengatur langkah ke arah pondok usang yang kelihatan begitu menyeramkan bila malam tiba.
Hazel membelek telefonnya kembali,mengharapkan Tengku Que Iskandar membuat panggilan.Bateri juga hanya tinggal 15 peratus.Jadi dia tidak berani untuk kerap membuka telefonnya bagi menjimatkan penggunaan bateri.
"Itulah tadi kau jual mahal sangat!"omelnya lebih kepada marahkan diri sendiri.Rasa takut mula menyelinap ke sanubarinya.Dia sudah berkira-kira untuk membuka aplikasi Grab,tangannya ligat di dada telefon sementara matanya melilau memandang di sekeliling halaman bagi memastikan keselamatannya.Tiba-tiba matanya dapat mengesan satu lembaga hitam di sebalik rimbunan semak samun yang tebal walaupun dalam cahaya senja yang kelam.Hatinya berdetak kencang apabila lembaga itu kelihatan bergerak menuju ke arahnya dan tiba-tiba telefonnya bergetar kembali.Tangannya ligat menyentuh butang hijau tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Awak,tolong saya!Saya takut",mengigil suaranya bila mendengar suara suaminya dicorong telefon,matanya masih mengawasi pergerakan lembaga itu.Terbang segala rasa marah pada lelaki yang telah meragut mahkotanya yang selama ini berjaya dia pertahankan walaupun perkahwinan mereka sudah menjejak setahun.
"Sayang dekat mana ni?",naik semput suara Tengku Que Iskandar bila rasa debar memalu dadanya bila mendengarkan suara cemas Hazel.
"Ru..rumah arwah Opah!"sejurus mengucapkan ayat itu,Hazel terkedu apabila lembaga yang tadi berada jauh darinya kini sudah berdiri betul-betul dihadapannya.Lidahnya kelu bila satu objek tajam berkilau ditekan kuat dilehernya yang ditutupi tudung.Terlepas telefonnya yang masih bersambung panggilan dengan Tengku Que Iskandar kerana rasa terkejut yang teramat sangat sedangkan Que semakin gelisah apabila talian terputus tiba-tiba.Hatinya kuat mengatakan isterinya dalam bahaya.Tangannya digenggam kuat menimbulkan urat kekar ditangannya,matanya dipejam merapat.Rahangnya sudah bergerak menahan segala rasa yang bercampur baur.Alex yang faham keadaan ketuanya semakin menginjak pedal minyak hingga sudah habis meter,lokasinya sudah tidak jauh.
"Kau!!!",Hazel terjerit bila matanya mengenalpasti wajah bengis dan hodoh didepannya.Wajahnya bertukar pucat,terasa darahnya mengering dengan tiba-tiba apabila mengingatkan peristiwa 7tahun yang lalu.
"Kalau kau nak selamat,ikut arahan aku!",kasar lelaki itu berkata sambil menolak tubuh Hazel kembali ke arah pangkin dibawah pokok nangka kerana di situ lebih terlindung tempatnya.
"Siapa kau!Kenapa kau bunuh Opah aku,apa kau nak daripada kami?",bentak Hazel berani,matanya tajam menikam pandangan mata lelaki durjana itu yang sedang galak ketawa mengejeknya hingga kelihatan giginya yang berkarat dan penuh dengan plak dicelahan gigi.
Eeeee...mesti segala keturunan kuman berumahtangga dekat dalam mulut dia ni,geli geleman,kembang tekaknya memandang.Pengotor betul lah jantan keparat ni.
"Aku nak engkau!Nyawa kau Hazel Haufa Henry Lee!"Hazel tergamam bila lelaki itu menyebut nama penuhnya,ternyata dia adalah sasaran sebenar lelaki keparat ini.
"Aku suka tengok kau ketakutan!Engkau semakin cantik,lebih cantik daripada dulu,"....Indra tersengih gatal menampakkan giginya yang hitam berkarat.
"Gila,jijik!"...amarahnya membuak-buak bila tangan Indra bermain dikulit wajahnya.Tangannya menepis kuat sentuhan lelaki itu.
"Engkau ni cantik betul,untung kalau aku dapat merasa badan kau yang indah menggoda",tanpa sebarang signal,Indra menarik kasar tudung dikepala Hazel hingga terpampang indah rambut ikalnya.
"Jantan tak guna!",jerit Hazel berani sambil menolak kuat Indra sehingga lelaki itu mengundur beberapa tapak ke belakang.Saat itu,Hazel memanfaatkan peluang yang ada untuk melarikan diri namun nasibnya selalu tidak menyebelahinya.
"Bukkkkkk!!".....macam nangka tergolek lagaknya.
"Aduh!Hisyyyy!tak guna punya tunggul kayu!"Hazel mengerut dahi menahan sakit dikakinya.Belum reda sakit dikakinya rambut lebatnya dicengkam kuat dari belakang.
"Arghhhhh!!"Lepaskan aku,lepaskan aku!",jerit Hazel kuat sambil tangannya terkial-kial memukul tangan Indra yang kuat mencengkam lalu tubuh Hazel diseret sehingga ke bawah pokok nangka semula.Rontaannya dan seretan menyebabkan kain baju kurungnya tersingkap hingga menampakkan betisnya yang Putih gebu walaupun dalam cahaya samar-samar.
Glurppppp.....Halkum Indra bergerak-gerak menelan ludah bila mata gatalnya terpandang kulit putih Hazel.Matanya galak menelanjangi setiap inci tubuh genit Hazel.Nafsunya tiba-tiba sahaja melonjak naik memuncak.Namun keinginan hatinya berperang hebat dengan arahan dari majikannya.
"Aku nak kau jejak budak perempuan tu!Bila dapat peluang paksa dia sampai turunkn cap jari pada dokumen ni!",arahnya sambil menyuakan beberapa keping kertas yang bertaip kemas.
"Tapi ingat Indra!"Jangan melampaui batas,aku hanya mahu kau takut-takut dia sahaja dan yang paling penting dapatkan apa yang aku mahu!"Kalau sampai sesuatu terjadi pada budak perempuan ni,aku tak dapat jamin engkau akan selamat dari anak aku!"gertaknya lagi.
Siapa tidak kenal dengan perangai Indra,lelaki yang tidak berperasaan.Indra juga antara penjenayah yang sangat dikehendaki oleh pihak polis kerana penglibatannya dalam pelbagai jenayah berat termasuk pembunuhan terancang ibubapa kandung Hazel iaitu Henry Lee dan Tengku Zarith Laila,diikuti pembunuhan Wan Badariah iaitu penjaga Hazel yang diupah oleh Tengku Benjamin Adame tanpa pengetahuan Hazel.Kematian Tengku Que Izham juga adalah olah mereka demi membatalkan perkahwinan Hazel,namun perancangan mereka nyata gagal bila Hazel dikahwinkan pula dengan Tengku Que Iskandar.
"Aku akan gunakan rahsia yang disimpan oleh Tengku Benjamin Adame sebagai perangkap untuk menjerat Hazel supaya membenci seluruh keluarga Tengku Benjamin Adame dan merampas Hazel dari keluarga mereka untuk jadi hak milik anak aku",kelihatan tuannya ketawa besar dengan perancangannya,menunggu saat-saat kemenangan berada di pihaknya.
Pelik dan aneh,tetapi pokok pangkalnya pertumpahan darah antara mereka berlaku kerana dendam dan perebutan harta pusaka yang akan jatuh pada waris tunggal mereka masing-masing.
"Panggggg..!!!!"bunyi hempasan kuat bergema bila Hazel nekad menghempas kepala Indra dengan pasu usang Opah.
"Arghhhhh..."Indra terlolong kesakitan sehingga terduduk memegang kepalanya yang berlumuran darah.
"Berjasa juga pasu Opah,"desis hati kecilnya.Hazel menggunakan peluang keemasan itu dengan bijak walaupun kakinya masih kesakitan akibat tersadung tadi,namun dikuatkan semangatnya untuk meloloskan diri.Hazel terhinjut-hinjut melarikan diri namun entah di mana silap langkahnya hingga dia merintih kesakitan.
"Ya Allah!Sakitnya!",Hazel mengetap giginya,bibirnya bergetar hebat melihat serpihan pasu yang membelah telapak kakinya,serta merta matanya berpinar-pinar hendak pitam.Darah membuak-buak keluar bersama bau darah meloyakan tekaknya menyebabkan anak tekaknya seperti di jolok-jolok dan tanpa dapat ditahan lagi Hazel memuntahkan isi perutnya.
"Uwekkkk...uwekkk...!!"hanya cairan hijau kekuningan yang keluar dari esofagusnya..Terasa perit dadanya menahan sebu.Airmatanya begitu murah di kala ini,dia sudah tidak berdaya lagi bila Indra yang berlumuran darah dikepalanya terhuyung- hayang menuju ke arahnya.
"Celaka kau perempuan!"pekikan marah Indra memaki Hazel walaupun matanya sudah naik juling menahan kesakitan.Tangannya kemas mengenggam pisau Ramboo yang dulu pernah bermandikan darah Wan Badariah.
"Dah lama engkau tak mandi darah,hari ini nampaknya aku nak jamu kau dengan darah betina tak guna ni!"Indra bercakap sendiri dengan pisau Ramboonya seperti orang gila lagaknya.
"Aaaaaarrr....,"Hazel menjerit gerun bila Indra dengan bersahaja menghiris telapak tangannya sendiri dan dijilat darahnya yang mengalir laju.
"Tuihhhhh..,masin!"Indra meludah sambil tersenggih memandang Hazel.
"Darah kau mesti maniskan?"soal Indra sambil memainkan pisau dipipi gebu Hazel yang lencun dengan airmata.
"Tak boleh,tak boleh!"aku suka tengok kecantikan kau walaupun sekejap lagi kau dah nak mampus!"Indra mengalihkan pisau ramboonya ke leher Hazel sehingga hujung pisau itu sedikit tertusuk menghiris kulitnya.Beberapa titis darah mula mengalir dari luka kecil itu.Hazel hanya memejamkan matanya rapat-rapat sambil mengucapkan syahadah tanpa henti.
"Ya Allah,jika ini sudah takdir hidupku,jika begini berakhir hidupku,maka aku redha dengan ketentuanMu",bisik Hazel perlahan namun masih boleh ditangkap oleh Indra.
Hazel sudah terlalu keletihan,badannya sudah tiada daya.Hilang sudah segala kudratnya untuk melawan,darahnya juga tidak berhenti-henti mengalir.Lencun kain baju kurungnya bermandikan darah,bau hanyir menyesakkan pernafasannya,matanya sudah tidak berdaya untuk bertahan.
"Aku mengantuk nak tidur!"luah Hazel perlahan.Indra sudah bersedia menghayun pisau ramboonya tetapi tangannya terhenti saat melihatkan mata Hazel sudah tertutup rapat.Deru nafas Hazel yang semakin perlahan menghadirkan suatu rasa aneh,menyelinap ke seluruh rongga badannya.Fikirannya terbayang wajah polos anak gadisnya.Jika anak gadisnya masih hidup mungkin sudah sebaya Hazel.
Indra tidak jadi meneruskan niatnya.Segunung rasa kasihan menyentuh hatinya.Sudah lama rasa itu hilang dari hidupnya.Indra mengangkat tubuh Hazel yang sudah layu terkulai,dibaringkan di atas pangkin kayu.Dikoyakkan sedikit hujung baju kurung Hazel lalu diikat ketat pada luka di kaki gadis itu.Indra bingkas bangun bila terdengar deruman enjin kereta mendekati halaman rumah usang itu.
Indra ingin berlalu namun langkahnya terhenti saat terasa ada sentuhan lembut dihujung jarinya.
"Terima kasih kerana tidak membunuh aku!"perlahan sahaja suara itu kedengaran.Indra sedikit tersentuh mendengar ucapan itu,hatinya mencair dengan sendirinya.
"Hahahaha....!Indra engkau sudah kalah!"ejek suara hatinya.
"Diam!diam...!jangan ganggu aku!"bentak Indra kasar lalu direntap tangannya dari pegangan Hazel.Terkulai tangan Hazel,tubuhnya menggigil menahan kesakitan dan kesejukan yang teramat bila disapa angin malam.
"Opah!"Tolong Hazel!Hazel sakitttt!"hanya itu yang meniti dibibirnya saat matanya tertutup rapat bila sorotan cahaya menikam masuk ke anak matanya.
Share this novel