PETANG itu Juwita dan Zailani telah berjanji untuk keluar menonton wayang. Zailani terlebih teruju apabila Juwita tanpa menunggu lama, bersetuju untuk turut serta.
Bukan senang nak ajak Juwita ni keluar. Ada je alasan dia. Tapi kali ni Zailani tersenyum puas. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh pembuluh darahnya.
Zailani siap menanti Juwita di parkir kereta. Mereka telah berjanji untuk menaiki kereta Zailani.
Lima belas minit menanti, akhirnya Juwita menghampiri Zailani dengan senyuman manis.
"Sorry lambat. Ada document urgent kena siapkan tadi." Juwita serba salah kerana membiarkan Zailani menunggunya lama.
"No worries, sayang. Jom..." Wajah Juwita merona merah saat Zailani memanggilnya sayang.
Masuk saja dalam perut kereta, masing-masing melayan perasaan. Hanya suara radio yang menemani perjalanan mereka.
"Ju tahu tak, Lan dah lama sukakan Ju. Dari dulu lagi." Tiba-tiba Zailani bersuara. Matanya masih fokus dijalan raya.
Juwita terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Dia juga sama tapi dia sendiri putus asa bila bertahun Lan pergi tanpa berita.
"Kenapa Ju diam? Tak percaya apa yang Lan cakap?" Juwita mengeluh. Bukan dia tak percaya tapi Lan pergi tanpa sebarang khabar.
"Ju tahu tak kenapa Lan jadi kurita?" Zailani ketawa kecil. Juwita juga turut ketawa dengan gelaran kurita itu.
"Sebab Lan takut Lan tewas bila kena goda. Lan lelaki. Lan ada nafsu. Lan takut Lan tak mampu lawan nafsu Lan. Lan takut Lan khianati rasa sayang dan cinta Lan pada Ju. Jadi Lan pilih untuk jadi kurita. Biar apa pun orang nak kata." Juwita tertunduk malu.
Dia sendiri pernah tewas dalam menanti Zailani. Tapi utuhnya sayang dan cinta Zailani kepadanya sehingga sanggup merubah perwatakkan dirinya demi untuk tidak tewas dengan godaan dan nafsunya sendiri. Tapi dia...
Juwita tertunduk hiba. Setitis air mata jatuh menitik. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Bagai dapat membaca yang terbuku dihati Juwita, Zailani segera merubah topik.
"Nanti kita beli tiket dulu ye. Lepas tu pergi makan. Lan dah lama tak makan Mcdonals. Teringin pula nak makan Spicy Chicken Mcdeluxe." Juwita kalih wajahnya memandang Zailani. Bagai tak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Seriuslah Lan. Benda tu bukan susah pun nak dapat. Ke Lan saja nak kenakan Ju ni?" Wajah Juwita berubah masam. Zailani ketawa.
"Betullah. Ingat tak masa kita pergi beli hadiah mak? Lepas tu Lan ajak makan? Memang dah bertahun Lan tak makan Mcd. Sebab kalau Lan pergi sana, mesti teringat dekat Ju." Zailani ukir senyum bahagia.
Tanpa sedar, dia menggenggam tangan Juwita yang terletak elok di atas peha. Namun, tiada penolakan dari Juwita. Makin bahagia Zailani rasakan. Bagai ada rama-rama yang berterbangan di hatinya.
Indahnya rasa menyintai dan dicintai. Dia yakin Juwita juga punya rasa yang sama. Biar pun jarak masa terlalu lama memisahkan mereka, hati Zailani masih utuh untuk Juwita.
"Lan, boleh ke Lan terima Ju seadanya? Boleh ke mak dan ayah terima Ju?" Ada getaran sebak disebalik suara itu. Wajah Zailani berkerut.
Meskipun dia masih tekun memandu, Juwita tetap dapat menangkap perubahan riak wajah Zailani.
"Apa yang jadi pada Ju, bukan kehendak Ju. Lan nak Ju berlapang dada. Terima setiap ujian yang datang dari Allah. DIA maha mengetahui Ju. Setiap yang berlaku, baik atau buruk pasti ada hikmahnya." Zailani cuba menghilangkan gundah di hati Juwita.
"Okey. Kita dah sampai. Kali ni, Lan bagi Ju pilih cerita. Next time, Lan pula yang pilih ye? Deal?" Juwita tersenyum gembira.
Juwita segera membuka seat belt. Dia sendiri sudah lama tidak merasa bahagia sebegini. Kerana rasa sayang yang semakin bercambah di dalam hatinya buat Zailani, dia turutkan permintaan Zailani.
"Our first date." Zailani mengangkat telefonnya tinggi, dia segera merapati Juwita. Senyum manis mekar dibibir Juwita saat Zailani cuma berswafoto dengannya.
"Lan nak update dalam IG. Biar satu dunia tahu yang Ju cinta hati Lan." Tanpa rasa segan silu Zailani menzahirkan rasa hatinya. Merona merah wajah Juwita saat mendengar kata-kata Zailani.
Mereka beriringan masuk ke dalam mall. Tempat pertama mereka tuju, wayang. Setelah membeli tiket, mereka segera bergerak menuju ke Mcdonals.
Indahnya rasa ini bila sama-sama saling menyayanginya. Bila sama-sama saling menyintai. Tidak sia-sia pengorbanan yang dilakukan. Akhirnya Juwita menerima rasa yang terbit di hatinya.
Sampai masa akan ku pinang kau menjadi permaisuri hati ku. Menjadi ibu kepada anak-anak ku. Menjadi pelengkap hidup ku.
Zailani tanam tekad. Apa pun berlaku, dia takkan melepaskan Juwita. Juwita nyawanya. Juwita semangatnya.
"I love you, Ju..." Tak semena Zailani meluahkan rasa yang terbuku di hati. Semakin merona merah wajah Juwita mendengar bait kata yang keluar dari mulut Zailani.
Semoga saja rasa bahagia ini kekal selamanya.
Share this novel
wow...pengakuan berani btul lan...nasib baik tak bertwpuk sebelah tangan...i like it...