Bab 21

Fantasy Completed 13895

"kak, saya ada sesuatu nak tunjuk dekat akak" dani tersengih.

"apa dia? Kau angkat je barang tu diam diam boleh tak?" balas jane. Malas dia nak layan. Dah la barang dapur ni berat.

"nanti dekat rumah saya tunjuk dekat akak tau" ujar lelaki itu lagi.

"yelah.."
______________

"hah letak je barang tu kat atas meja dani, nanti akak susun" arah sarah sambil tersenyum manis memandang dani. Dani hanya menurut.

"kak jane, jom" ajak lelaki itu. Laju tangannya menarik tangan jane.

"eh eh nak pergi mana?" jane yang baru hendak duduk terus terbangun.

"ikut jela"

Sarah pelik. "nak pergi mana pulak tu? Hei dani!"
Laung sarah kuat. Dia buat tak layan! Gadis itu memandang geram. Kau tengoklah nanti!

"hei dani nak pergi mana ni, laju betul kau tarik tangan aku" tanya jane. Dah kenapa dani ajak dia lalu kawasan hutan belakang rumah pulak ni? Haish jangan macam macam!

"jap kak" balas dani sambil berjaga-jaga melangkah ke hadapan.

"ok akak dah sedia?"
"hehe nah tengok ni" ujar dani sambil tersenyum menunjukkan satu taman yang amat cantik yang tersembunyi di dalam hutan.

Jane terpegun. Wow.. Sejak bila ada taman dekat dalam hutan ni?  "lawanya.. Dani mana kau tahu tempat ni?"

"saya jumpa.. Jom kita pergi sana" ajak lelaki itu. Tangannya yang masih lagi memegang tangan gadis itu digenggam erat supaya mengikutinya masuk ke dalam taman.

"cantiknya aku suka la dani! Siapa punya taman ni?"

Dani tersenyum melihat tingkah laku jane yang sibuk melihat bunga berwarna warni di taman itu.
Dia hanya duduk santai di atas rumput.

"dani! Siapa punya taman ni?" tanya gadis itu lagi. Jane melabuhkan punggung di tepi dani. Terlihat jelas ke kegembiraan di wajah gadis itu.

Dani hanya menggeleng. "seronok?"

Pantas jane mengangguk. "aku suka taman macam ni"

"cantik tak rantai ni jane?" ujar dani sambil menunjukkan seutas rantai yang mempunyai sebutir mutiara kecil.

"cantiknya.. Kau nak bagi siapa?" tanya jane sambil memerhatikan rantai di tangan lelaki itu.

"nah" hulur dani kepada gadis di sebelahnya.

"eh? Asal bagi aku?" jane mengerutkan dahi. Mana budak ni dapat?

"hish kau ni dah aku bagi ambik jela jangan banyak tanya lah"

"tak nak. Baik kau bagitahu aku mana kau dapat ke kau..?" jane memandang wajah lelaki di sebelahnya.

Dani menjeling sekilas. "aku apa? kalau kau tak nak tak apa aku simpan" terus lelaki itu menyimpan rantai itu di dalam poket nya dan bangun.

Jane terdiam. Memanglah aku nak tapi aku takut tu bukan dia punya..

"jane, sejahat jahat aku, aku tak akan mencuri" ujar lelaki itu dan terus berlalu pergi.

Alamak aku salah cakap ke? "dani! Tunggu!" pantas gadis itu mengejar langkah dani yang semakin jauh.
______________

"hai dani..." tegur jane sambil tersenyum. Lelaki itu buat tak endah. Tekun dia melakukan kerjanya.

Jane menggaru kepala. Macam mana ni? Dari tengah hari tadi dani tak nak layan dia. Masa dia kejar lelaki itu pun, lelaki itu hilang entah ke mana. Lesap begitu sahaja.

"dani.."
"dani!" gadis itu mula bengang. Laju dia berjalan ke arah lelaki itu dan menarik wajah dani supaya memandangnya.

"hoi kau buat apa ni? Tak ada kerja ke?!" dani menepis tangan jane dan terus sambung melakukan kerjanya.

"dah petang kan. Aku dah siap kerja"

"dahtu kau buta ke aku masih buat kerja. Jangan kacau aku, pergi sana!" dani menolak tubuh jane supaya menjauhinya.

Hish! "kalau aku tak nak?" jane berdegil.

Dani memandang geram. "kau nak apa sekarang ni?" ujar lelaki itu sambil memandang tajam ke arah jane.

"nak rantai" selamba jane meminta sambil menadah tangannya di depan muka dani.

"tawaran aku dah habis. Rantai tu ada dalam bilik aku. Kalau kau berani pergilah ambik. Dah sekarang kau tepi sebelum aku tanam kau kat sini" balas lelaki itu tegas dan terus menyambung kerjanya kembali.

Dalam bilik dia? Memang tak lah aku nak ambik tapi.. Jane berkira kira. Gadis itu beredar menuju ke biliknya. Aku tahu! Jane tersenyum. Tunggulah malam nanti.
_________________

Malam.

Jane berjalan dengan berhati hati menuju ke bilik dani. Tadi dia nampak dani keluar entah ke mana. Jadi inilah peluang dia untuk ambil rantai tu. Hahaha.

Gadis itu memerhatikan sekelilingnya sebelum memulas tombol pintu bilik lelaki itu dan menyelinap masuk.

Dia berjalan menuju ke almari lelaki itu. Perlahan-lahan dibukanya pintu almari. Segera di cari rantai itu di dalam laci yang terdapat di dalam almari.

Mana rantai ni. Aduh! Oh mungkin dekat laci meja tu. Baru kaki jane hendak melangkah menuju ke meja solek di tepi katil, langkahnya terhenti. Dia terdengar suara seseorang di luar pintu bilik.

Habislah!! Jane mula gelabah. Nak nyorok mana?!! Almari! Meluru gadis itu masuk ke dalam almari dan menutup pintu rapat. Ya ampun! Gelapnya!

Gadis itu mendengar pintu bilik dibuka perlahan. Dia mendengar bunyi tapak kasut perlahan-lahan mendekati tempat persembunyiannya.

Gulp. Jane menelan air liur. Jangan la kantoi! Tolonglah! Mana dia nak sorok muka nanti.

"alamak aku lupa pula nak bagi barang ni dekat kak sarah" dani bersuara.

Tidak lama kemudian, jane terdengar pintu terbuka dan tertutup kembali. Dia dah pergi ke? Pintu almari dibuka sedikit. Kepalanya dijengahkan ke luar. Dah pergi! Fuhh.

Jane menarik nafas lega. Baik aku keluar sekarang! Tapi rantai tu.. Haish. Tak apalah. Gadis itu terjengket jengket berjalan ke pintu. Pantas dipulasnya tombol pintu.

Bulat mata jane memandang dani yang sudah berada di depan pintu sedang mengerut dahi memandang gadis itu .

"saya masuk dulu kak sarah, selamat malam" laung dani sambil tersenyum. Pantas ditolak tubub jane masuk kembali ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Jane kaku. Habislah aku! Gadis itu tunduk. Perlahan-lahan dia memandang lelaki di hadapannya.

"apa kau.. Oh" dani tersenyum sinis saat matanya bertaut dengan pandangan jane. "kau cari rantai tu ke?"

Dani gelak besar. "kau memang suka masuk bilik lelaki ke jane?" soal lelaki itu pula. Jane memandang senyuman sinis yang terukir di wajah lelaki itu.

"aku bukan macam tu lah! Tepi" balas jane. Gadis itu sengaja melanggar bahu dani dan berjalan menuju ke pintu.

"hah keluarlah, Sarah ada kat luar tengah bersembang dengan si kerdil. Kau nak keluar? Silakan" ujar dani selamba. Lelaki itu baring di atas katil sambil memerhatikan jane yang sedang berdiri tegak di depan pintu.

Macam mana ni?! Hati gadis itu meronta. Kalau aku keluar, konfem aku kena tapi kalau kat dalam ni... Aduh!

Dani menyambung kembali gelak nya. Idea nakal mula timbul. "nampaknya kau kena tidur kat sini"

Jane menoleh laju. Tak nak! Gadis itu menggeleng.

Dani mengangkat bahu. Dia bangun dari katil berjalan menuju ke almari. Pintu almari dibuka, sehelai baju lengan pendek diambil.

Dia menjeling ke arah jane yang masih berdiri di depan pintu sambil ke arahnya. Dani tersenyum. Lelaki itu membuka bajunya.

"hoi dani!" jerit jane perlahan. Pantas gadis itu memandang ke tempat lain.

"kenapa?"

"kau buat apa?" ujar jane lalu menutup matanya.

Dani tersengih. "kak jane, inikan bilik dani. Akak tak ingat ke? Kan akak nak tumpang tido kat sini?" usik lelaki itu. Usai menukar baju dia terus melompat di atas katil.

"kak meh lah" panggil dani menepuk nepuk bantal di sebelahnya. Lelaki itu menahan tawa.

Jane membuka sebelah matanya. Ok dia dah pakai baju. "dani aku nak keluar"

Keluar? Lelaki itu menggeleng. "kak sarah kata dia tak nak tido malam ni, jadi dia nak duduk luar. Yela esokkan cuti"

Jane buntu. Gadis itu duduk bersandar pada dinding di depan pintu bilik.

"akak, tak sejuk ke duduk bawah? Mehla sebelah dani. Kosong lagi ni" semakin galak lelaki itu mengusik.

Jane menjeling tajam. Bencinya! Apasal lah dia berani sangat nak masuk dalam bilik lelaki ni tadi. Hish!

Dani tersengih. Lelaki itu bangun dan berjalan ke arah jane.

"hah kau nak buat apa? Jangan macam macam dani!" gadis itu memberi amaran. Dia memandang dani yang sedang berdiri di hadapannya.

"kau buat apa datang bilik aku?" tanya lelaki itu dengan nada serius.

Alamak! Perangai pelik dia datang lagi! Jane menggigit bibir .

"jawablah jane!" desak dani. Lelaki itu merendahkan badannya supaya wajah jane dapat dilihat jelas.

"tak ada apa apa" balas jane perlahan. Sungguh dirinya tidak selesa ketika itu.

Dani mengangguk perlahan. "jadi kau datang sini sebab kau sengaja?" tembak lelaki itu.

Jane pantas menggeleng.

"bukan? Oh kau nak goda aku ke?" dani ketawa. Jane menggeleng lagi. Gadis itu menahan sabar Gelak lelaki itu seakan sinis di telinganya.

"habistu? Jawab la sebab apa" bahu gadis itu ditolak perlahan.

Jane mendongak memandang dani di hadapan. Budak ni! "aku datang sini sebab" belum habis gadis itu bercakap, dani memotong.

"sebab ni?" lelaki itu mengeluarkan seutas rantai dari dalam poket nya.

Jane merenung wajah dani lama. "kau sengaja suruh aku masuk dalam bilik kau kan? Padahal rantai tu ada dengan kau!" gadis itu memukul bahu dani kuat.

"sakit lah kak jane" dani mengaduh.

Hish gedik!! Jane mula bengang. Segera dirampas rantai dari tangan dani. Namun belum sempat dia memegang rantai itu, tangannya ditarik kuat sehingga badannya terdorong ke hadapan.

Wajah dani berada betul betul di hadapan muka jane. Tidak berkelip mata gadis itu saat bertaut pandangan dengan lelaki di hadapannya.

Dani tersenyum sinis. "kau memang suka tengok mata aku lama lama ke?"

Suara dani mematikan lamunan gadis itu. Apa yang aku buat ni?! Cepat cepat dia berundur. Wajah gadis itu merah.

Dani ketawa melihat jane yang sudah tidak tentu arah. Dia menarik gadis itu bangun. "tido atas katil"

Jane menggeleng. "kau gila ke?!" gadis itu merentap tangannya.

"sampai hati akak cakap dani gila" dani bersuara seolah olah sedih.

"akak tidolah kat atas katil tu. Dani tido dekat bawah ok"

Jane masih kaku berdiri. Wajahnya masam.

"pergilah sana kak!" dani menolak tubuh jane.

Jane berjalan perlahan-lahan ke arah katil. Gadis itu duduk sambil memerhatikan dani yang sedang memandangnya.

"tidolah, bukannya aku nak buat apa apa kat kau pun" ujar dani selamba. Dia membentang sehelai selimut tipis di atas lantai dan baring.

Dia dah tido ke? Perlahan-lahan gadis itu mengintai.

"tak payah intai aku, baik kau tido sekarang kalau tak nak apa apa jadi" ujar lelaki itu dengan mata tertutup.

Erk?! Dia nampak aku ke? Pantas gadis itu berselubung dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience