Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 4

Humor Completed 61915

Lama Farid Husin termenung, dia duduk di birai katil selepas menunaikan solat subuh, Fazura sudah turun ke bawah untuk memasak,

"Awaisha? kenapa aku mimpikan perempuan bedebah tu?,"
getus Farid Husin perlahan, tangannya mengusap dahi, wajahnya berkerut seperti sedang memikirkan masalah besar, wajah perempuan di dalam mimpinya bermain di mindanya, hatinya merasa geram

Fazura baru sahaja naik ke atas, dia kemudian berdiri di tepi pintu memerhatikan suaminya duduk dalam keadaan gelisah, entah apa yang di fikirkan suaminya ketika ini sehingga berkerut wajah suaminya, adakah dia ada membuat kesalahan? Fazura mengeleng kepala, kakinya di ayun perlahan masuk ke dalam bilik

"Abang?,"

Farid Husin pantas menoleh, bibirnya mengukir senyuman manis bila melihat isteri tercinta masuk ke dalam bilik

"Zura dah siap masak?,"
Tanya Farid Husin, lembut nadanya

Fazura mengeleng,
"Adik tengah bantu mak memasak,"

"Mak dengan adik datang ke?,"

"Ah.. ah,"
Jawab Fazura sebelum duduk di sebelah suaminya
"Kenapa Bang, Zura tengok muka abang macam gelisah je tadi,"

Farid Husin mengeluh perlahan,
"Abang teringatkan seorang perempuan,"

"Perempuan?,"
Tersentak Fazura, bertaut keningnya memandang suaminya, tiba-tiba hatinya merasa cemburu
"Kekasih lama abang ke?,"

"Kekasih?,"
Farid Husin memandang muka fazura, wajahnya begitu serius membuatkan Fazura menelan air liur kerana takut

"Perempuan tu pembunuh nenek abang,"

"Pem.. Pembunuh, be.. betul ke abang?,"
Terkejut fazura dengan dengan jawapan suaminya

Farid Husin mengangguk sambil mengetap giginya memandang Fazura

"Kalau abang jumpa dengan perempuan tu lagi, abang akan bunuh dia, oh tak.. tak bukan bunuh,"
Farid Husin tersengih-sengih namun menakutkan
"Abang akan seksa dia, abang akan seksa dia sampai dia sendiri yang ingin mati,"

Tubuh Fazura mengigil-gigil memerhati muka suaminya sangat menakutkan, rahangnya seakan membeku untuk bersuara

"Jangan risau Zura, dalam hati abang ada Zura je, tiada orang lain, abang cintakan Zura,"

"Zu.. Zura pun cintakan abang,"

Farid Husin memusingkan separuh badannya, memegang kedua bahu isterinya
"So abang harap, Zura pecayakan abang, jika suatu hari nanti abang buat sesuatu, Zura kena tetap pecayakan abang, boleh?,"

Fazura terangguk-angguk
"Zura akan pecayakan abang,"

Farid Husin tersenyum, tubuh isterinya di peluk penuh kasih

**

BUKIT ANTARABANGSA

"Selamat pagi Mak,"
Ucap Anita, isteri kepada Fadil Fitri, selepas berkahwin, dia dengan suaminya tinggal di rumah Dato sri Hassan kamarudin

"Selamat pagi Anita,"
Jawab Puan Sri Sahara, bibirnya tersenyum memandang menantunya

"Mana suami kamu?,"

"Ada kat atas, kejap lagi dia turun,"
Jawab Anita,
"Ayah mana mak?,"

Datin Sri Sahara menyenget bibir
"Ada kat dapur, marah sebab mak tak buatkan kopi,"

"Ayahkan suka minum kopi,"

"Itu mak tahu, tapi ayah mertua anita ada darah tinggi, mana elok kalau setiap hari minum kopi, lepas tu nak pekat-pekat, baik minum air arang je,"

Anita menutup mulut menahan dari ketawa bila melihat ayah mertua berjalan ke arah meja

"Eloklah tu, Pagi-pagi mengumpat saya,"

"Bukan mengumpat, nasihat,"
Jawab Datin Sri Sahara bersahaja

"Selamat pagi a..?,"
Ucapan Anita tergantung bila Fadil Fitri tiba-tiba mengucap telebih dahulu

"Selamat pagi,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin dengan isterinya

"Alang dengar, Pakcik said nak bersara, betul ke ayah?,"
Tanya Fadil Fitri sambil menarik kerusi

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk sebelum menghirup kopi

"Itulah niat dia,"

"Awal betul Said nak bersara, dia bukan tua sangat pun,"
Kata Datin Sri Sahara

"Entahlah, lagi pun saya tengok dia, macam dah tak sihat sangat, yelah dari arwah ayah saya sampailah ke saya dia dah jadi peguam, biarlah dia berehat,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin, dia menaruh kopi di atas meja lalu menghembus nafasnya dengan kuat

"Kenapa pulak tu Bang, sampai nak terbang pinggan dengan gelas atas meja nie?,"
Tegur Datin Sri Sahara mengerut keningnya

Dato sri Hassan kamarudin meraup mukanya
"Farid punya masalah, pening saya di buatnya,"

"Masalah apa pulak?,"
Tanya Datin Sri Sahara sedikit terkejut

"Ah.. ah Yah, masalah apa?,"
Celah Fadil Fitri pula sambil menguyah mee goreng

"Tan Sri omar nak saman kita sebab Farid hina anak dia,"

"Oh pasal tu ke,"
Celah Anita pula

"Anita tahu ke?,"
Tanya Datin Sri Sahara, bingung

Anita mengangguk
"Tapi Anita cuma dengar dari staf Farid, Anak Tan Sri omar terjerit-jerit dalam office Farid, katanya anak Tan Sri omar pakai pakaian seksi gila,"

Datin sri Sahara mengerut wajah kiri
"Memang cari masalah lah tu, dia ingat Farid suka sangat tengok perempuan pakai seksi-seksi, kan dah kena,"

"Habis tu, macam manalah ayah?,"
Tanya Fadil Fitri

"Tengoklah, nanti ayah bincang dengan Said,"
Selepas menjawab Dato sri Hassan kamarudin memandang isterinya

"Hari nie awak tak pergi rumah Farid?,"

Datin sri Sahara mengeleng
"Hari nie tak, mungkin esok,"
Ringkas jawapan Datin Sri Sahara kemudian menompang dagu,

"Saya nie tak sabar nak meminang cucu,"

Dengar sahaja perkataan cucu, membuatkan tangan Anita terhenti menyuap mee goreng ke dalam mulutnya

"Kitakan dah ada cucu,"
Balas Dato sri Hassan kamarudin, hairan

"Memanglah ada, tapi semuanya lebihkan belah sana daripada belah sini, anak fuad dengan anak Fazilah saya boleh kira berapa kali saya jaga"
Jawab Datin Sri Sahara, dia memandang menantunya

"Mak harap kalau anita atau Fazura bersalin nanti, bagilah perluang kat mak jaga ya,"

Anita tersenyum
"Insya allah Mak,"

**

Teguh holding

Said bohkari memarkir kereta di lot parking tingkat bawah bangunan Teguh holding, wajah Awaisha Laila kelihatan tidak bersemangat, hatinya begitu gelisah takut terserempak dengan Farid Husin

Said bohkari menarik nafas
"Ini kali petamakan Awaisha datang ke sini?,"

Awaisha Laila mengangguk

"Inilah HQ utama Teguh holding, Awaisha patut bangga tau dapat berkerja dekat sini,"

Awaisha Laila tersenyum namun tawar, dia mengeluh perlahan

"Saya sebenarnya tak kisah pakcik kalau saya cuma berkerja dekat cawangan je, tempat macam nie memang tak layak untuk saya,"

Said bohkari mengeleng
"Sabab Farid ke?,"

Awaisha Laila meraup mukanya
"Saya takut pakcik, dari malam tadi hati saya tak tenang,"

Said bohkari menyandar tubuhnya,
"Awaisha, pakcik suruh kamu datang ke sini, bukan keinginan pakcik, kalau ikutkan hati pakcik, memang pakcik nak kamu kerja saja dekat sana, tapi..?,"
Said bohkari mengeluh perlahan

"Tapi apa pakcik?,"

Said bohkari mengalih pandangan memandang Awaisha Laila

"Dalam beberapa bulan nanti, Cawangan Teguh holding di jakarta akan di ambil alih sebuah perusahaan di sana, bukan kerana Teguh holding mengalami kerugiaan tetapi atas desakan daripada kerajaan Indonesia yang ingin mengutamakan perusahaan tempatan untuk mengimport beras dengan minyak masak mereka ke luar negara,"

Awaisha Laila termangu, sebelum ini dia juga ada mendengar dari rakan-rakan sekerjanya di sana mengatakan cawangan Teguh holding di jakarta akan di jual pada perusahaan tempatan tapi dia fikir itu hanya sekadar kabar angin

"Habis tu, macam mana dengan perkerja dekat sana pakcik?,"
Tanya Awaisha Laila, merasa bimbang dengan rakan-rakan sekerjanya di sana mungkin akan kehilangan kerja

"Itu Awaisha jangan bimbang, insya allah mereka tidak akan kehilangan kerja, yang pakcik bimbangkan adalah kamu, pakcik bimbang kalau perusahaan tu halau kamu keluar,"

Awaisha Laila tersenyum, dari dulu dia tahu kebanyakan perusahaan dari Indonesia mengutamakan perkerja tempatan berbanding perkerja luar

"Pakcik tak akan paksa kamu kerja di sini, cuma pakcik nak kamu cuba dulu, tapi andai kata Farid masih berdendam dengan kamu, Awaisha berhenti saja,"

"Saya faham pakcik, saya akan cuba, tapi saya mahu berterima kasih pada pakcik kerana jaga saya dengan anak saya selama nie,"

"Laa.. kenapa nak berterima kasih, itu dah tanggungjawab pakcik, amanah yang di berikan oleh Arwah nenek Farid pada pakcik supaya jaga Awaisha,"

Awaisha Laila mengangguk dengan perasaan sebak

Sebaik sahaja Said bohkari bersama Awaisha Laila masuk ke dalam Lif Vip, jari telujuk Said bohkari pantas menekan butang tingkat 25, Lif naik ke atas namun berhenti di tingkat Lobby, Pintu lif terbuka seorang lelaki bersuit merah dengan kepala menunduk berdiri di luar lif

"Assalamualaikum Farid,"
Ucap Said bohkari membuatkan mata Awaisha Laila terbeliak

Farid Husin mengankat muka
"Waalaikummusalam pakcik,"
Jawab Farid Husin kemudian melangkah masuk ke dalam Lif

Butang ke Tingkat lima terus di tekan, Farid Husin berdiri mengadap pintu Lif, menjatuhkan wajah, seakan sedang memikirkan sesuatu tanpa menghiraukan Said bohkari dengan Awaisha Laila berdiri di belakangnya

Dahi Said bohkari berkerut, hairan memerhati tingkah Farid Husin hanya mendiamkan diri selalunya kalau lelaki itu terserempak dengannya ada saja topik yang ingin di bualkan, namun dia sedikit terkejut bila teringatkan Awaisha Laila ada bersamanya cepat-cepat dia menoleh memandang Awaisha Laila namun Awaisha Laila turut menunduk seakan sedang menyembunyikan wajah

Tidak beberapa lama kemudian Pintu Lif terbuka, Farid Husin masih berdiri seperti tidak sedar pintu Lif sudah terbuka, kening Said bohkari berkerut, bila pintu Lif hampir tertutup, jarinya cepat-cepat menekan butang open

"Farid..?,"
Tegur Said bohkari lembut, namun tiada reaksi dari Farid Husin

"Farid!,"
Tegur Said bohkari lagi, kali ini nadanya agak tinggi

Bahu Farid Husin terangkat, dia mengankat muka,
"Oh Maafkan saya pakcik,"
Ucap Farid Husin bila melihat pintu Lif terbuka, said bohkari pula sedang menekan butang open

Said bohkari tersenyum
"Jauh betul Farid mengelamun?,"

Farid Husin tersengih
"Takdelah jauh sangat pakcik, tapi dah nak hampir ke bulan,"
Seloroh Farid Husin membuatkan Said bohkari tergelak

"Saya pergi dulu ya pakcik,"

"Yelah,"

Pintu Lif tertutup selepas Said bohkari melepaskan jarinya dari butang open, dia memandang Awaisha Laila sudah mengankat muka

"Itulah Farid, oh pakcik lupa kalau Awaisha dah pernah tengok Farid kat jakarta,"

Awaisha Laila tersenyum nipis, mana boleh dia lupa bagaimana kecohnya Cawangan jakarta bila Farid Husin datang ke sana, dia pula bermati-matian bersembunyi dari Farid Husin bila lelaki itu berkunjung ke departmentnya untuk mendapat nasihat guaman

**

Pejabat Pengerusi Teguh Holding

"Awaisha nie dah macam anak angkat saya Dato,"
Kata Said bohkari tersenyum

Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk, dia duduk di single sofa sambil memegang sebuah fail

"Awaisha Laila?,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin sambil beberapa jari mengosok hujung keningnya

"Macam pernah dengar je nama nie, sekolah pun kat melaka, Tunas bakti, Hisy macam pernah dengar nama sekolah nie,"
Ujar Dato sri Hassan kamarudin, mambaca informasi tentang Awaisha Laila di fail

Said bohkari menoleh ke arah Awaisha Laila, tangan kanannya pelan-pelan memberi isyarat kepada Awaisha Laila supaya jangan menjawab apa-apa dulu

"Result Spm bagus, tapi kenapa ambil ujian Spm persendirian?,"
Soal Dato sri Hassan kamarudin

"Sebab dia kemalangan,"
Ringkas Said bohkari menjawab

"Oh ye ke,"
Dato sri Hassan kamarudin mengangguk, berat hati pula dia ingin terus bertanya tentang kemalangan itu
"Semuanya bagus takde masalah, walaupun berlajar secara online, keputusan Awaisha tetap bagus,"

Awaisha Laila tersenyum mendengar pujian daripada Dato sri Hassan kamarudin,

"Semua tu berkat bantuan dari pakcik said Dato, pakcik banyak tolong saya, ajar saya, tanpa pakcik, tak mungkin saya akan jadi seorang peguam sekarang nie,"
Ujar Awaisha Laila,

bukan mudah untuk Awaisha Laila mendapat segulung ijazah, tidak sampai setahun di Australia, pendemik covid 19 melanda seluruh dunia, dia mengambil keputusan tidak pulang ke Malaysia dan berlajar secara online selama dua tahun atas berkat bantuan dan didikan dari Said bohkari akhirnya dia berjaya

"Tapi Said?,"

"Ya Dato,"

"Pengalaman Awaisha, dia berkerja di cawangan kita di jakarta tak sampai setahun,"

"Ya saya faham Dato, sebab itulah saya bawa dia ke sini, memang hasrat saya nak bersara, tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin lepas lima, enam tahun barulah saya fikir nak bersara,"

"Ye ke.. aku mati-mati ingat kau nak bersara esok,"

"Amboi, Dato macam tak sabar je nak halau saya?,"

"Hisy, sudah cukup lama aku bersabar said,"

Said bohkari bangun pelan-pelan sambil menunduk kepala
"Kalau begitu, saya minta diri dulu ya Dato, Tolong halalkan makan minum saya selama nie,"

"Pergilah said, aku tidak mahu lihat wajah mu lagi,"

Awaisha Laila menjadi terkejut, dia cepat-cepat bangun dari Sofa namun secara tiba-tiba Said bohkari dengan Dato sri Hassan kamarudin tegelak ketawa

"Duduk Awaisha, tak usah bimbang, kami berdua bergurau je, Said nie abang sepupu saya, arwah ayah dia dengan arwah mak saya adik beradik, kami dah cukup lama berkawan,"

Raut muka Awaisha Laila terlihat terpinga-pinga sambil mengangguk perlahan, Said bohkari masih lagi tergelak

Beberapa detik kemudiannya, daun pintu di luar pejabat di ketuk beberapa kali, Awaisha Laila masih berdiri

"Dah sampai pun,"
Dato sri Hassan kamarudin memandang ke arah pintu pejabatnya

"masuk jelah Farid,"

Mata Awaisha Laila membulat, tubuhnya berdiri tegak seperti membeku tidak mampu bergerak, batang lehernya seperti mengeras terus mengadap ke arah pintu pejabat

Farid Husin membuka pintu pejabat, lelaki berwajah tampan berpakaian segak terus memandang ke arah wajah wanita sedang berdiri turut memandang ke arahnya

Pandangan mereka bertembung

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience