“Waalaikumussalam aunty. Thank you very much. Betul aunty memang jammed teruk nak keluar dari Shah Alam sampai Subang. Tak tahu lah bila kitorang nak sampai. Okay lah aunty take care assalamualaikum” kata Syaa sambil menutup panggilannya.
“Lambat betul jammed kali nih. Tengok display tadi kata trafik perlahan” kata Azralina.
“Sangat perlahan Lina. Aku lupa ada satu highway tu boleh tembus sampai Rawang. Takperlah kita hadap jelah. Location rumah ni dah dapat. Cuma kita masuk highway ni sampai lah nak keluar ke Bagan Serai” kata Syaa.
“Macam mana baju raya yang aku try tadi. Okay tak ? Aku rasa longgar sikit je” kata Azralina.
“Haa okay kan. Pandai betul aku pilih saiz kau. Untung aku semua pasal kau aku ingat hahaha” kata Syaa.
“Ya Syaa kau untung sangat. Untung ada kawan baik macam aku nih. Kalau tak kan aku sorang jela macam dulu sebelum aku jumpa kau” kata Azralina.
“Ish kau nih. Kau seorang diri pun ada jugak yang jaga kau kan selama kau kahwin. Tapi kau dah berpisah dengan dia. Betul ke apa yang kau nak buat nih ?” kata Syaa. Azralina terdiam sahaja.
“Lina..hm sorry kalau aku cakap nih buat kau terasa. Aku nak tolong kau je. Sebab tu aku bawak kau balik kampung. Kau tahu tak, aku sanggup tak ikut parents aku yang nak balik Kelantan tahun ni. Nasib baik diorang benarkan aku sebab nak tolong kau. Aku tolong kau ikhlas. Jangan lah sedih” kata Syaa memujuk kawan baiknya itu.
“Eh Syaa aku okay lah. Cuma biasalah, aku dah lama tak rasa kampung. Dulu parents aku pernah bawak aku balik kampung raya dulu dekat Kuala Terengganu. Tapi atuk dengan nenek aku dah meninggal. So rumah tu jadi rumah pusaka jela. Kau jangan lah salah faham Syaa okay” kata Azralina.
“Aku risau lah Lina. Aku faham situation kau sekarang nih. Nanti dah sampai kampung kita selesaikan pasal kau dengan Fadzil dengan cara baik. Mak mentua kau pun rindu kau tau. Tak tahu lah yang lain macam mana” kata Syaa.
“Ini yang merisaukan aku. Mana tahu tiba-tiba Fadzil, Ida dengan ayah mentua aku hambat aku serang aku ke. Aku takut lah” kata Azralina.
“Relaks eh Syaa. Kau tuh mengandung. Doktor ada cakap dengan kau jangan stres kan. Sabar Lina. You must think positive okay ?” kata Syaa.
“Hm okay Syaa. Haih lambat betul kereta depan nak gerak. 4 lane semua kereta tak gerak” kata Azralina
“Ada hikmah kan kalau jammed macam ni. Banyak masa dengan aku. Sekurang-kurangnya kau masih ada masa untuk rehat dulu” kata Syaa.
“Ya Syaa memang ada hikmah. Kalau dah sesak teruk nih sempat ke nak isi minyak kalau habis nanti. Jangan lah sangkut pulak dekat tengah jalan nanti” kata Azralina.
“Minyak penuh lagi. Jangan risau. Cuma yang aku risau kalau tak bergerak langsung nih, naik temperature kereta aku nanti. Lina kau bukak waze kejap tengok sesak sampai mana” kata Syaa.
“Okay kejap aku bukak” kata Azralina sambil membuka telefonnya. Dia membelek-belek laluan jalan di dalam aplikasi waze.
“Syaa…kereta sesak sampai R&R Sungai Buloh nanti. Lepastu okay dah. Kereta rosak rupanya” kata Azralina.
“Lah kereta rosak ke. Yang sesak ni mesti tengok je kereta rosak. Belum berapa buah kereta lagi yang tolong repair kan kereta yang rosak kan” kata Syaa.
“Kalau dah gaya macam nih…bila mau sampai ke kampungnya pun. Eh aku nak tanya kau sikit boleh tak Syaa” kata Azralina.
“Lah banyak pun takper Lina. Aku dah start bosan menghadap kereta atas jalan. Tanya lah apa dia” kata Syaa.
“Selama kita putus kawan dulu…apa yang kau rasa ? And apa yang kau buat lepas habis kolej dulu ?” tanya Azralina.
“Hm soalan tu ke yang kau nak tanya ? Aku bukan apa Lina, semua benda kisah lampau aku dah lupa semuanya. Tapi demi kau and tak rasa bosan aku cerita lah” kata Syaa.
“Sorry Syaa. Aku cuma nak tahu life kau lepas kolej je. Maybe kau rindu ke kat aku dulu ke kan” kata Azralina.
“Takper takper. Aku tak ambil hati pun okay ?” kata Syaa. Azralina mengangguk.
“Sejak aku keluar dari bilik kita dulu, aku ada je stay dengan kawan aku kat luar. Tak silap aku Siti dengan Trisya nama dia. Cuma diorang course lain” kata Syaa.
“Siti dengan Trisya yang ambik course programming kan. Kau dah lama ke kenal diorang ?” tanya Azralina.
“Kenal sangat Lina. Diorang satu sekolah dulu dengan aku. Erm sekolah dekat Seksyen 2 Shah Alam tuh. Diorang pun study jugak cuma course lain. Nasib baik diorang benarkan aku tinggal dekat rumah tu sampai lah aku habis semester” kata Syaa.
“Ouh yeke. Kau tahu tak selama aku tinggal seorang diri je dalam dorm aku. Aku rasa bosan sangat. Kalau nak study dengan member aku aku ajak siapa-siapa lah datang bilik aku. Member aku ada je tanya pasal kau and aku cuma jawap lah kau dah pindah” kata Azralina.
“Member aku asyik tanya je aku, kenapa aku pindah rumah sewa. Aku cakap jelah yang aku kena buang asrama” kata Syaa.
“Eh hahaha kau ada cakap ke sebab apa kena buang asrama ?” tanya Azralina.
“Aku cuma cakap yang aku bawak barang larangan kat asrama. Hihihi” kata Syaa tersengih.
“Hahahaha aduh kau nih. Takperlah okay lepas kau habis semester kau kerja mana dulu ?” tanya Azralina.
“Dekat Petaling Jaya lah. Dari start aku habis semester sampai sekarang. Cuma time tu aku separuh jalan je aku kerja. Lepastu aku balik kampung stay dekat sana dekat 3 bulan. Lepas tu aku kerja lah balik dekat PJ sampai sekarang”kata Syaa.
“Ouh yeke. Aku ingatkan kau pindah kawasan. Kau stay kerja dekat PJ lah ? Eh yang kau cakap kau kerja separuh jalan tu kenapa ? Ada masalah ke ?” tanya Azralina.
“Hmm macam ni ceritanya. Kau kenal Ikram ? Mamat yang nak aku dulu” kata Syaa.
“Aku kenal. Dulu Fadzil belasah Ikram sebab dia ingat Ikram rampas kau dari Fadzil. Padahal silap dia dulu kan. Ni apa kes pulak ni Syaa ?” kata Azralina.
“Aku dengan dia saling menyayangi…aku memang sayang betul dekat dia. Tapi aku sampai sekarang tak percaya apa yang dia dah buat walaupun dia dah masuk jail” kata Syaa.
“Apa yang dia dah buat ? Aku tak faham lah” kata Azralina.
“Dia rompak bank tempat Fadzil kerja. Guard tu terpaksa tembak Ikram masa dia nak ugut sorang staf bank tuh pakai pistol. Mujur guard tu tembak dekat kaki dia” kata Syaa.
“Ya Allah…Fadzil tahu ke yang rompak bank tuh Ikram punya kerja ?” tanya Azralina.
“Entahlah. Dia tengok dalam newspaper memang tahu lah kerja siapa. Cuma dia tak mahu sebut nama tu lah. Faham-faham lah musuh zaman kolej dulu. Dibantainya dia sampai lunyai Ikram tuh” kata Syaa.
“Yang tu aku tahu lah. Satu kolej tahu. Fadzil kena gantung kolej dulu. Ikram berhenti kolej. Fadzil nak cari si Ikram tuh tapi tak tahu rumah dia dekat mana” kata Azralina.
“Okay ni ada satu benda yang menarik perhatian aku. Si Ikram ni orang kata lah dia ni geng pusher dadah. Tak tahu lah betul ke tak sebab ada lah sebahagian student beli barang kat Ikram. Ish aku tak tahu lah” kata Azralina.
“Yang penting dia dah masuk jail pun. Penjara 2 tahun. Sebab tu lah sampai sekarang aku tak percaya yang dia rompak bank tuh. Aku anggap aku dengan Ikram dah break lah” kata Syaa.
“Haih siapa lah yang nak suka dengan penjenayah tuh. Kalau aku takut lah. Tapi kalau nak bandingkan dia dengan Fadzil, memang Fadzil lagi teruk. Katanya dia join kongsi gelap masa sem terakhir dekat kolej. Aku tak kisah sangat lah pasal dia sebab aku dengan dia dah senang dulu kan” kata Azralina.
“Hah ?! Dia join kongsi gelap ke Syaa ? Aku tengok dia biasa je. Last aku jumpa dia dekat rumah dia lah. Masa tu baru je lepas dia berpisah dengan kau. Mukanya biasa je” kata Syaa.
“Memang muka biasa je. Kau tahu sejak aku couple dengan dia sebelum aku dengan Fadzil kahwin, memang dia kaki pukul seluruh Selangor nih. Aku tak peduli janji dia banyak duit and aku boleh la berjoli dengan Fadzil. And then lepas je kitorang kahwin, dia nak cuci tangan la nak jaga aku. Mujur lah tak jadi apa-apa dekat Fadzil” kata Azralina.
“Yelah Lina biasanya kalau nak keluar dari kongsi gelap, bukan senang. Ada yang kena potong tangan la potong kepala lah. Hishh aku takut lah. Nasib lah Fadzil tak jadi apa-apa” kata Syaa.
“Aku ingat dia main-main cuci tangan Syaa. Rupa-rupanya dia betul-betul nak berubah. Dia start solat and dia berhenti minum arak and berhenti lepak dekat club macam dulu. Aku je yang tak percaya dengan dia dulu. Dia memang bersungguh-sungguh nak berubah” kata Azralina. Mukanya muram dan bersedih.
Syaa menepuk bahunya menenangkan kawannya yang sedang bersedih.
“Lina, kisah lampau kau tak perlu lah nak ingat lagi. Cuma niat kita nak balik Perak ni. Untuk kau Lina. Kau kena pujuk Fadzil. Sabar lah aku tahu kau rindu dia” kata Syaa.
“Hmm aku okay je Lina. Takde apa pun. Insyaallah aku okay je Syaa” kata Azralina.
“Haa alhamdulillah tengok dah boleh jalan. Kan aku dah cakap. Ada hikmah Allah pertemukan kita kan. Kita dapat berkawan baik macam biasa” kata Syaa sambil menekan minyak bagi meningkatkan kelajuan kereta.
“Boleh pun jalan kan. Huhuhu aku nak tidur. Makan ubat tadi punya lah banyak” kata Azralina.
“Rehat lah kau. Untuk anak kau jugak kan dalam perut kau tuh” kata Syaa.
“Baby…ibu nak balik kampung nak jumpa ayah. Tak sabarnya nak tengok ayah usap perut ibu nih” kata Azralina sambil mengusap perutnya berulang kali.
“Hahaha kau nih. Tahniah lah best friend aku dah mengandung. Aku ni suami pun takde lagi hahaha” kata Syaa.
“Insyaallah Syaa. Kau akan dapat jugak jodoh kau nanti. Tunggu je” kata Azralina.
“Yelah Insyaallah. Rehat lah kau ataupun tidur ke. Aku kejutkan kau kalau aku berhenti mana-mana hentian ke tau” kata Syaa. Azralina mengangguk dan memejamkan matanya.
.
Fadzil memandu keretanya dengan sedikit laju apabila hentian rehat Tapah sudah menghampiri kira-kira 2 kilometer di hadapan. Farhad mengelamun di cermin tingkap.
“Oi kau mengelamun apa dekat cermin tingkap tuh. Pasal perempuan tuh ke. By the way Ad, awek tu cun jugak kan. Tudung ayu je” kata Fadzil.
“Memang cun tapi tu lah sedih sangat lah. Aku tak sempat nak ambil nombor telefon dia” kata Farhad.
“Hahahaha aku dah agak Ad. Okay kau chill je kita dah sampai R&R nih. Solat kejap pastu pergi makan. Kau tak payah lah fikir sangat. Mana tahu kita terjumpa dia dekat kampung yang sama ke” kata Fadzil sambil tersengih.
“Ah kau banyak lah. Mana ada aku fikir dia. Cepat lah sikit waktu Maghrib dah nak habis ni” kata Farhad.
“Yelah okay jom. Banyaknya keretasemua nak balik kampung la ni” kata Fadzil sambil memasuki ke kawasan petak tempat letak kereta.
Farhad mematikan enjin keretanya. Fadzil dan Farhad keluar dari kereta dan mereka menuju ke surau untuk menunaikan solat Maghrib.
Sementara itu Jali memberhentikan keretanya di tepi jalan. Fahmi baru bangun dari tidurnya.
“Fahmi, mana barang yang kau cakap tuh ?” tanya Jali.
“Eh kau parking dulu. Parking yang dekat dengan kereta tuh. Aku keluar nak letak something dekat kereta dia” kata Fahmi.
“Okay Fahmi. Kau nak letak apa nih ?” tanya Jali seperti ingin tahu.
“Tracker” kata Fahmi sambil menunjukkan alat pengesan kepada Jali.
“Tu bukan tracker ke Fahmi ? Kau nak letak mana kalau diorang dah kunci kereta ?” tanya Jali sambil meletakkan kereta di petak tempat letak kereta.
“Aku rasa bonet kereta tu boleh bukak. Sebab ada button untuk buka bonet belakang. Sekarang kita kena tunggu orang semua dah lengang sikit” kata Fahmi.
“Diorang pergi lama ke ? Mana tahu diorang pergi sekejap je” kata Jali.
“Lama tu diorang makan. Dah la ramai beratur. Okay dah kurang. Kau duduk diam-diam dalam kereta” kata Fahmi lalu keluar dari keretanya.
Fahmi pergi ke arah keretanya dengan perlahan-lahan dan berpura-pura membuka bonet dengan menggunakan kunci kereta. Orang di sekeliling kawasan letak kereta semakin lengang.
“Habislah kau Fadzil dengan Farhad” kata Fahmi dalam hati. Dia meletakkan alat pengesan di bahagian bawah bonet yang menempatkan tayar ganti dan menutup dengan kain.
Selepas itu, Fahmi dengan pantasnya menutup bonet keretanya dan menuju ke arah keretanya.
“Jali, kau hidupkan tracker dekat fon kau. Hidup tak ?” kata Fahmi. Jali membuka telefonnya dan mengaktifkan alat pengesan itu. Alat itu berjaya dihidupkan.
“Cantik Fahmi. Tracker hidup” kata Jali.
“Kau keluar pergi dekat tempat minyak. Aku nak kencing kejap” kata Fahmi. Jali membawa keretanya dan menuju ke tempat mengisi minyak.
Fahmi keluar dari keretanya dan menuju ke tandas. Dia menelefon Halim Tokan.
“Hello Halim. Aku dah buat kerja aku. Kalau aku dah follow diorang sampai kampung, aku sent location dekat kau” kata Fahmi.
“Bagus. Sent location dekat aku nanti” kata Halim Tokan.
“Okay bos” kata Fahmi sambil menutup telefonnya. Dia duduk di atas bangku batu dan berehat seketika. Fahmi memegang perutnya yang masih lagi berasa kebas. Dia mengingati peristiwa dia dipukul dengan teruk oleh Fadzil dua hari lepas.
“Aku dah kenal kau Fadzil…hari lepas kau dah menang. Giliran aku lepas nih untuk hancurkan kau dengan family kau sekali” kata Fahmi dalam hati.
Jali menuju ke tempat Fahmi duduk dan memberikan sebotol air kepada Fahmi.
“So kita nak tunggu dekat sini ke ? Tunggu sampai diorang tu blah dari tempat ni” kata Jali.
“Yelah. Aku nak relaks kejap. Tunggu sampai diorang dah jauh sikit baru kita follow” kata Fahmi.
“Lama sangat lah pulak. Ni asal kau pegang perut kau dari tadi. Sakit lagi ke kena belasah haritu” kata Jali.
“Oh kau duduk diam masa tu boleh lah. Aku sorang je yang kene bantai time tuh. Kau dengan sorang lagi tuh terus kecut ke duduk diam” kata Fahmi.
“Yelah mana tahu kan kalau dia bantai aku teruk, susah jugak kerja kita nanti” kata Jali.
“Hah banyak lah kau susah. Cakap jelah kau tuh penakut nak mampus. Kau boleh tengok je aku kena bantai sampai aku tak boleh nak gerak” kata Fahmi.
“Ish mana ada. Kau nak tahu tak dengar cerita, Fadzil tuh join kongsi gelap dulu. Kau nak ke kepala kita kena pancung dengan geng dia kalau kita sengaja cari pasal dengan dia” kata Jali.
“Ah tak heran la dia tu masuk kongsi gelap la jadi taiko lah. Aku tak peduli la semua tuh. Itu cerita dulu okay. Mana lah tahu dia dah cuci tangan ke. Itu pun kau takut ke Jali” kata Fahmi.
“Takde lah. Alah aku mana lah tahu dia dah taubat ke apa ke” kata Jali.
“Itu je yang kau fikirkan. Kau sabar je lah nanti ramai lagi yang akan datang sini. Kita nak habiskan seluruh family dia. Baru puas hati kita dendam dah balas” kata Fahmi.
“Elok lah hari raya nanti jadi hari kematian diorang. Hahahaha” kata Jali ketawa.
“Pandai kau eh. Dah aku nak kencing. Dari tadi aku tak kencing sebab aku call bos. Kau duduk lah dulu” kata Fahmi bangun dari tempat duduknya menuju ke tandas.
Share this novel