Bab 42

Romance Series 113896

Aniq yang masih berada dalam bilik kerjanya tekun melakukan kerja.

Siap juga laporan ni. Lenguh-lenguh tengkuk dibuatnya asyik menunduk menaip di lap top.

Lehernya diurut perlahan dan badan ditegakkan membetulkan urat. Panas pulak malam ni.

Aniq kemudian, switch off lap top dan berjalan keluar dari bilik kerja. Lampu bilik itu ditutup sebelum pintu dirapatkan.

Aniq melangkah masuk ke bilik yang dihuni Yus dulu, bilik itu di hadapan bilik tidur mereka. Pintu bilik ditutup rapat. Pakaian dibuka dan tuala dicapai lalu kaki melangkah masuk ke bilik air untuk mandi bagi menyegarkan badan sebelum tidur.

Yus dan sudah bersedia dari tadi lagi perlahan berjalan menuju ke bilik kerja Aniq. Perlahan pintu dibuka. Gelap je. Dah masuk bilik tidur ke. Alamak macam mana ni.. Ah, teruskan je la dah alang-alang dah seksi seksa macam ni.

Yus kemudian menghayun langkah ke bilik yang pernah dihuninya sewaktu awal perkahwinan dahulu. Sampai di hadapan pintu bilik, tegak Yus berdiri. Jangan la pintu ni kunci, kalau kunci terpaksa batalkan misi. Batalkan ke? Takkan nak batal, ketuk je la. Adeh..

Perlahan Yus memulas tombol pintu bilik yang dihuni Aniq waktu ini dan menolak daun pintu dengan perlahan. Kepala dijenguk terlebih dahulu, aik tak de atas katil. Ke mana pulak dia ni.

Yus melangkah masuk dan dengan perlahan pintu ditutup rapat dan berdiri tegak di hadapan pintu bilik. Dah macam penyamun pulak. Kemudian terdengar bunyi air dari bilik air. Oh.. Mandi. Tak lama pintu bilik air dibuka.

Bulat mata Yus memandang Aniq yang bertuala separas pinggang dengan rambut dan badan yang masih basah dengan titisan air. Terkejut Aniq dengan kehadiran Yus dengan pakaiannya yang begitu seksi, ya tanpa pakaian dalam, hanya baju tidur jarang semata-mata. Walaupun lampu di dalam bilik tidur tidak begitu terang, Aniq tetap nampak dengan jelas susuk tubuh Yus yang mengiurkan. Tertelan air liur. Tidak berkelip mata Aniq.

Figura di hadapannya sungguh memukau. Aniq memandang Yus dari atas ke bawah. Rambut yang diikat tinggi menyerlahkan lehernya yang jinjang. Baju tidur yang hanya bertali halus menampakkan dadanya putih dan montok serta tanggannya yang mulus. Ah.. Singkat sungguh baju tidur Yus sehinggakan boleh nampak celahannya yang satu itu.

Yus memberanikan diri berjalan menghampiri Aniq. Perlahan tangan kiri Aniq ditarik ke katil. Aniq seperti orang dipukau, mengikut sahaja langkah Yus. Sampai di tepi katil, perlahan Yus menolak Aniq hingga terlentang di tengah katil.

Yus dengan beraninya memanjat katil dan baring mengiring di kanan Aniq. Perlahan Yus mengelus rambut Aniq dan bibirnya menyapa lembut dahi Aniq kemudian turun ke mata, pipi, hidung, dagu yang terbelah dan telinga. Cuping telinga Aniq digigit dan dijilat perlahan, lalu turun ke leher. Leher Aniq dicium, dijilat dan digigit manja. Terpejam mata Aniq menikmati belaian itu. Kemudian bibir Yus perlahan menindih bibir Aniq, dalam dan lama ciuman itu. Lidah saling bertingkah hingga keluar erangan sedikit kasar dari Aniq.

Selepas nafas dikumpul semula, Yus meneruskan tugasnya, tangan kanan Yus bijak mengusap dan menggentel dada kiri Aniq manakala dada kanan pula menerima sedutan dari bibir Yus yang basah. Lidah bermain-main di situ dan diselang seli dengan gigitan manja. Aniq sudah larut dengan perasaannya ketika ini. Lidah dan bibir Yus semakin jauh perjalanannya dari dada turun ke pusat. Tuala yang terikat di pinggang pantas dibuka maka terserlahnya senjatanya yang sudah tegak berdiri dengan hujungnya yang berkilat dan sedikit basah.

Perlahan tangan kanan Yus mengusap celahan paha kiri hingga ke pangkal. Yus tunduk mencium hujung senjatanya perlahan. Dari atas hingga ke bawah lidah bermain. Diusap-usap kantung di bawahnya. Dapat dilihat semakin banyak cairan yang keluar. Yus perlahan mengulum, mula dari atas, masuk sikit, sikit lagi hingga hampir masuk kesemuanya sambil lidah bermain-main di dalam. Sibuk lidah bermain dengan senjatanya yang dikulum, sekejap masuk sekejap keluar, mengerang sedap Aniq hingga terangkat kepalanya.

"Ah.. Sedapnya sayang" ucap Aniq dengan suara yang tenggelam timbul kerana keasyikan. Rambut Yus diusap perlahan.

Yus makin rakus mengerjakan senjata Aniq hingga sampai satu masa Aniq menahan Yus dari meneruskan pergerakannya. Pantas Yus ditarik ke atas dadanya. Tidak sampai berapa saat, Yus pula berada di bawah. Tanpa ditahan, pantas baju tidur Yus dibuka dan menyerlahkan dadanya montok dan berisi.

Aniq tanpa boleh menunggu, laju melekapkan bibirnya disitu. Basah dada kiri dan kanan Yus dikerjakan Aniq. Dari dada turun ke bawah. Ah... Aniq buat lagi. Lidahnya bermain di situ, digigitnya perlahan. Yus sudah basah. Tanpa menunggu lebih lama, Aniq masukkan senjatanya perlahan-lahan ditolak hingga rapat dan ditolak dengan kuat.

Argh!! Bergabung suara mereka kesedapan. Aniq keluar masuk dengan pantas. Ah! Ah! Ah!

Tidak tahu berapa pusingan pertempuran berlangsung pada malam itu..

+++

Yus tersedar dari tidurnya yang lena. Tubuhnya berada dalam pelukan Aniq. Wajah Aniq yang rapat dengan wajahnya diusap perlahan. Dagu terbelah itu dicium perlahan. Tiba-tiba terasa pelukan dipinggangnya semakin rapat. Aniq perlahan membuka mata. Puncak hidung Yus dicium sekilas.

"So naughty" ucap Aniq sambil pipi Yus dipicit.

Ketawa manja Yus dan menyembunyikan wajahnya pada leher Aniq. Malu bila teringatkan tindakannya malam tadi. Nasib baik Aniq tak menolak, kalau tidak, tak tahu nak letak mukanya di mana.

Aniq memegang dagu Yus dan didongak supaya memandangnya. Hujung jari mengelus lembut bibir Yus yang merah. Lantas Aniq tunduk lalu menindih lembut bibir Yus, diurut perlahan bibir itu dengan bibirnya, lama, seakan tidak puas seperti tekak yang tidak hilang hausnya. Bibir itu dilepaskan dan bibir Aniq menjalar ke leher jinjang Yus, dicium, digigit manja. Hidung mancungnya menghidu aroma yang terbit dari situ. Tangan Aniq pula mula bergerak di dada Yus dan diramas perlahan. Yus mendesah perlahan sambil menggigit bibir bawahnya..

"Argh.. Abang.. Kita mandi dulu.." suara Yus merengek sambil kepala Aniq digosok lembut.

"Erm.. Sayang, abang tak tahan. Lama sangat tak bermanja dengan sayang" suara Aniq dengar dan tidak sahaja.

"Kita mandi dulu.. Auch! Tak nak gigit kuat-kuat. Putus nanti" marah Yus sambil belakang Aniq ditepuk.

"Hm.. Geram.."

"Jom la... Mandi, nak subuh dah ni.." perlahan dan meleret saja kata-kata Yus.

"Sayang... Boleh lah, sekejap je, abang speed. Boleh ya.." rayu Aniq.

"Urm.." jawab Yus sambil perlahan menggangguk rela dengan rayuan Aniq dan mengikut kehendak hati yang turut mahukannya.

Sudahnya kedua-dua mereka solat subuh lagi lima belas minit pukul tujuh.

Sesudah solat, Aniq menarik Yus supaya menemaninya tidur sekejap, mengantuk katanya. Tu la.. Nak sangat sambung pagi tadi. Penat la tu.

Disebabkan hari ni hari ahad, Yus layankan sahaja karenah Aniq yang mahu sambung tidur. Mulanya hanya mahu tidur sekejap saja kerana mahu siapkan sarapan pagi, sudahnya lena sungguh-sungguh. Jam sebelas baru Yus terjaga.

Perlahan Yus bergerak mahu bangun dari katil, belum sempat bangun, Aniq sudah memeluk rapat pinggangnya.

"Sayang nak ke mana?" soal Aniq dengan mata yang masih terpejam.

"Sayang nak ke dapur, nak masak. Lapar la abang. Dah pukul sebelas ni.." ucap Yus.

"Lamanya kita tertidur.." kata Aniq.

"Sayang nak masak apa, meh abang tolong sekali" ucap Aniq lalu bangun dari tidurnya.

"Sayang nak masak nasi teruslah. Nak dekat tengah hari dah ni. Sementara tunggu sayang masak, abang makan roti dulu buat alas perut. Boleh?" tanya Yus.

"Boleh sayang.." balas Aniq lalu melabuhkan ciumannya pada bibir Yus.

Aniq kemudian bangun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mencuci muka manakala Yus pula ke bilik air di dapur untuk cuci muka.

Yus membuka peti ais lalu mengeluarkan ayam dan ikan yang telah diletakkan di bahagian bawah malam tadi supaya mudah untuk dimasak.

Sebelum itu, Yus telah siapkan air koko panas dan roti bakar untuk Aniq makan bagi lapik perut.

"Sayang tak nak makan roti dulu ke, nanti perut masuk angin pulak" tanya Aniq yang sedang sarapan di meja pulau. Katanya nak teman Yus siapkan makan tengah hari.

"Sayang dah makan biskut cicah air koko panas tadi. Tak apa, abang makan lah" balas Yus.

Aniq mengambil roti bakar lalu datang ke arah Yus lalu disuapkan ke mulutnya.

"Makan ni. Abang tak nak sayang sakit"

Laju Yus makan roti bakar yang disuap Aniq. Tanpa disedari menitis air mata Yus di pipi.

"Hei.. Kenapa sayang abang ni.. Dah kenapa menangis pulak?" soal Aniq lalu meletakkan roti bakar di atas piring lantas memeluk tubuh Yus rapat padanya sambil perlahan menggosok belakangnya.

Terdengar esakan halus terbit dari bibir Yus.

"Sayang rindukan abang..." terus kuat Yus mengongoi dan tubuh Aniq pantas dipeluk selepas meletakkan sayur di dalam sinki.

"Shh... Dah-dah, sayang jangan macam ni.. abang janji tak buat lagi okey. Abang pun rindukan sayang sangat-sangat. Sempit rasa dada menahan rasa rindu pada sayang" balas Aniq, dicium lembut ubun-ubun Yus.

Aniq kemudian memegang dagu Yus dengan tangan kanan supaya mememandangnya manakala tangan kiri pula menyapu air mata di pipi dan Aniq tunduk mencium kedua-dua belah mata Yus yang basah.

"Jangan sedih lagi okey... Abang sayang dan cintakan sangat pada sayang. Tak ada yang lain dapat menggantikan sayang dalam hati abang" tubuh itu sekali lagi dirangkul kemas.

Perlahan Yus menggangguk dalam pelukan itu.

"Sayang pun sayang dan cintakan abang sepenuh hati sayang"

"Dah, sekarang ni, sayang habiskan roti ni dulu okey. Lepas tu baru kita masak" ucap Aniq lalu menyuap kembali roti ke mulut Yus.

"Thanks abang" senyuman manis diberikan.

"Sama-sama sayang abang" ucap Aniq lalu pipi Yus dicium sekilas.

"Makan sampai habis okey, abang suapkan" kata Aniq yang masih setia berdiri di tepi Yus menyuap roti bakar.

Meriah tengah hari itu dengan gurau senda dan gelak tawa Yus dan Aniq. Lebih kurang jam dua belas setengah, makanan tengah hari siap dimasak Yus dengan dibantu Aniq. Menu ringkas, nasi putih, kari ayam, ikan goreng, sayur campur, sambal dan ulam timun. Bertambah Aniq makan tengah hari itu.

Sesudah makan dan mengemas dapur, kedua-duanya berehat di ruang tamu sambil menonton tv sementara menunggu 'nasi turun ke perut' kata arwah mak sebelum solat zohor.

Yus duduk di sisi Aniq, ralit memandang wajah itu.

"Ada apa ni.. Pandang abang macam tu?" soal Aniq lantas memeluk bahu Yus dan menarik rapat padanya.

"Hm.. Abang.. Sayang minta maaf dengan apa yang sayang lakukan dan ucapkan pada abang" ucap Yus sambil tangan Aniq dicapai lalu dicium pada kekura tangannya.

Perlahan Aniq toleh ke kiri mahu melihat wajah kesayangannya.

"Abang pun minta maaf. Tak sepatutnya abang sorokkan mengenai keluarga abang daripada sayang. Maafkan abang sayang" kata Aniq lalu tangan Yus ditarik dan tapak tangan itu dicium.

"Tak.. Sayang yang salah. Sayang patut faham, mesti ada sebab mengapa abang tidak mahu bercerita mengenai keluarga abang tambahan pula kita baru berkahwin dan perkahwinan kita pula bukan macam orang lain.." terang Yus sambil wajahnya menunduk.

"Dah.. Tengok sini, abang tak nak sayang salahkan diri. Kita sama-sama salah. Jadi tak perlu kita ingatkan perkara yang dah berlalu. Boleh?" soal Aniq.

"In sha Allah abang. Hm.. Tapi kalau sayang nak tanya sesuatu boleh?" soal Yus.

"Boleh, apa yang sayang nak tahu?" soal Aniq.

"Hm.. Apa sebenarnya yang berlaku pada papa abang?" tanya Yus ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience