Bab 4

Vampire Series 4523

Aku memerhati sekeliling ruang yang agak gelap itu . Sehinggalah mataku bertembung dengan sepasang mata yang amat aku kenali . Dia ! Gadis yang selalu masuk ke dalam mimpi aku .
Seperti biasa , dia menghadiahkan senyuman kecilnya kepadaku . Senyuman yang amat menggerunkan . Aku perhatikan mata kirinya , memang sama ! Matanya sama seperti makhluk yang aku jumpa tu !

“ Aku hidup dalam diri kau . ” katanya lagi .

“ Kau siapa ? Kenapa kau selalu ganggu aku ? Aku tak pernah kenal malah tak pernah jumpa dengan kau ! ” jeritku lantang .

Senyumannya semakin lebar apabila mendengar kata-kataku . Lalu dia perlahan-lahan mendekatiku . Dapat aku rasakan aura kejamnya . Sebelum tiba-tiba dia rebah di depan mata ku .
Aku segera mendapatkannya . Aku lihat belakangnya mempunyai luka yang sangat dalam . Luka ini .. Ia terlihat seperti dicakar . Namun bukan cakaran binatang buas .

“ Cealyn ! ” jerit seorang lelaki .

Aku terduduk apabila mataku terbuka luas . Peluh mula membasahi tubuhku . Jantungku berdegup dengan kencang .
Cealyn ? Kenapa aku mimpi tentang dia ? Siapa dia ? Kenapa dia selalu muncul dalam mimpi aku ? Apa yang terjadi dengan dia ?

“ Kenapa kak ? ” soal Lya apabila memandang kakaknya yang kelihatan seperti baru ternampak hantu . Niat sebenarnya mahu mengejutkan kakaknya untuk makan malam . Tapi terbantut kerana kakaknya terlebih dahulu bangun .
Aku yang baru perasan akan kehadiran Emelya terus memandangnya dengan terkebil-kebil .

“ Sekarang jam berapa ? ”

“ Jam lapan setengah . Mak ajak makan malam . Cepatlah turun . ”

Lama juga aku tidur . Hah ni lah akibat suka tidur petang .
Aku mengangguk perlahan lalu meraup wajahku beberapa kali . Sungguh dia alami mimpi buruk sebentar tadi .
Tapi , kenapa macam aku kenal suara lelaki tu ? Cara dia menjerit macam aku pernah dengar .

•••••

Sepanjang makan malam , aku hanya berdiam diri . Mimpi ngeri tadi masih bermain di kotak ingatanku .

“ Lyn ? Kamu okay ? Senyap je mama tengok dari tadi . ” soal Anne

Belum sempat Emelyn menjawab , Lucas sudah pun memotong .

“ Biarkan dia senyap . Tenang rasanya kalau dia diam dari tadi . ”

Aku menarik nafasku dengan dalam . Mencari kesabaran yang hampir hilang tadi . Kau memang tak boleh hidup senang kan kalau tak sakitkan hati aku ? Aku swing kang hah ..

Seperti yang dikatakan oleh mama . Selepas makan malam , diorang ada benda nak cakap . Emelya disuruh masuk ke biliknya , hal orang tua konon . Macam lah aku ni tua sangat .
Aku memandang mama dan papa silih berganti . Mereka duduk berhadapan dengan aku . Muka serius betul , macam betul-betul penting .

“ Ada apa ma ? ” Soalku terus .

Muka mama aku tengok macam rasa bersalah je . Macam nak tak nak saja dia cakap perkara ni . Pelik .

“ Macam ni Lyn . Mama harap Lyn akan setuju dengan cadangan mama dan papa . ”

Terus berkerut dahiku . Namun aku masih sabar menunggu perkara penting yang ingin disebut oleh orang tuaku .
Baru sahaja Anne ingin membuka mulut , Lucas terlebih dahulu mengatakan tentang cadangan itu . Kalau menunggu untuk isterinya cakap , memang sampai besok pun tak selesai perkara ni .

“ Aku nak kau kahwin dengan anak tunggal keluarga Zhao . ”

Apa ?! Maksud kau si Noah Zhao tu ? Huih memang tak lah ! Dah lah musuh ketat aku dulu . Senang-senang je nak jadikan dia suami aku ! Memang gaduh tiap hari lah jawabnya .
Anne yang perasan akan perubahan wajah Emelyn terus membuka mulut .

“ Lyn .. Lyn dengar dulu apa yang papa nak cakap . ”

“ Apa semua ni ma ?! Mama nak Lyn kahwin dengan orang yang langsung Lyn tak suka ?! ”

Keputusan aku muktamad . Aku tak akan dan sesekali kahwin dengan lelaki tu . Dia memang kacak , lepas tu bijak . Full package gitu . Tapi aku tetap tak suka ! Sebab dia suka buat aku malu masa sekolah dulu !

“ Kau suka atau tak , aku tak kisah ! Keluarga dia dah berkenan dengan kau . Jadi jangan malukan aku ! ”

“ Kenapa tak bincang dengan Lyn dulu ? Suka hati je nak kahwin kan Lyn tanpa pengetahuan Lyn kan ?! ”

“ Dengar sini ! Keluarga mereka tu bukan calang-calang orangnya . Orang terkaya dalam bandar ni . Kau tak rasa bersyukur ke dapat kahwin dengan dia ?! Dasar budak tak tahu bersyukur ! ”

“ So papa nak kan harta dia saja ?! Sorry , Lyn tak akan berkahwin dengan .. ”

Kata-kataku mati saat pipiku terasa hangat . Aku memegang pipi aku yang sudah mula memerah , aku tak sangka dia akan menampar aku .
Anne yang melihat kejadian tersebut terus memegang tangan suaminya . Dia juga tidak menyangka bahawa suaminya akan mengangkat tangan ke muka anak sulungnya itu .

“ Kau dah berani nak melawan kan ?! ” katanya sambil menujuk tepat ke wajah aku .

Aku memandangnya dengan tajam . Hati aku membara . Ni kalau sampai limit kesabaran memang dengan meja-meja ni sekali terbang .

“ Apa pun cadangan kau , aku takkan terima ! ” kata aku dengan keras . Panggilan aku terhadapnya juga bertukar menjadi kasar .
Aku sudah tidak kisah tentang gelarannya sebagai seorang ayah di rumah ini .

Aku berjalan menuju ke pintu keluar . Aku ingin mencari ketenangan . Duduk di rumah ini seolah-olah akan memberikan aku tekanan yang besar .
Anne hanya membiarkan Emelyn keluar , dia faham bahawa anaknya memerlukan sedikit ketenangan selepas mendengar berita ini .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience