Chapter 1

Horror & Thriller Completed 5356

Part 1.
{ Emylea POV }

Aku membuka mataku perlahan - lahan apabila angin menyapa lembut mukaku. Hurmm, bau... Vanilla?

Aku melihat sekeliling. Aku kat mana ni? Rupanya aku sedang terbaring atas rumput. Rumput ini lembut gila! Wah, bestnya. Aku dah berguling - guling atas rumput. Lepas penat berguling aku duduk kembali. Aku mengeluh. Aku kat mana?!?!

Aku bangkit dari pembaringan dan membetulkan tudungku yang sudah senget akibat aktiviti berguling tadi. Kini aku hanya berdiri. Aku tak tahu nak pergi mana. Aku tak tahu macam mana, bila, kat mana, dan bagaimana aku boleh ada kat sini. Nama tempat pun aku tak tahu. Aku meraba poket seluar jeansku. Yes, Iphoneku masih ada bersamaku. Dan sekarang, pukul 3,00 pagi? Agaknya jam telefon aku dah rosak kot. Ah, biarkan jelah. ‘Pagi’ sangat bila matahari dah tegak atas kepala bersama dua bulan . Okay, itu pelik.

Setelah penat berdiri selama 45 saat, aku kembali duduk. Penatlah sangat! Aku bermain dengan rumput. Aku cabut sikit dan cium. Hmmm, coklat! My fave! Agaknya rasa dia macam coklat tak? Nak rasa tak? Aku gigit sikit rumput tu. Waahh, oishii! Sedap, doe! Aku dah lah lapar ni.

Aku dah jadi macam orang sakai. Aku cabut lagi rumput dan makan. Cabut dan makan. Cabut dan makan. Perghh, nikmat! Dah macam orang kebuluran dah. Kalau kat tempat aku ada rumput macam ni, gerenti jimat duit aku. Tak payah pergi beli coklat hari - hari. Petik je belakang rumah. Hahah!

Sedang aku dok petik dan makan rumput tu, ada satu kelibat atas langit menuju ke arah aku. Apa tu? Burung ke? Macam besor je. Aku berhenti cabut rumput. Aku berdiri semula. Amenda tu? Aku amati betul - betul objek apakah itu. Macam kuda pun ada.

Aku dok sibuk perhati, aku tak perasan objek tu dah semakin hampir dengan aku. Last - last sikit lagi nak langgar aku. Benda tu berhenti betul - betul depan aku. Aku dah terduduk. Terkejut. Apa dah jadi? Depan aku, kuda. Kuda berkepak. Di badannya ada tempat duduk penunggang. Tapi penunggangnya takde.

Meremang bulu roma aku bila kuda berkepak tu pandang aku semacam. Hah, kuda ni ada tanduk. Takkanlah ni... Unicorn. Macam tak logik. Unicorn bukan tak wujud ka?

"A-a-awa-awak ni Kuda- Eh, bukan! U-uni-unicorn-. Kan?" Kataku tergagap - gagap. Tak percaya! Aku jumpa unicorn! Wah, bestnya! Nak mintak autograph tak?

"Boleh dikatakan macam tulah. Tapi sebenarnya saya ni Pegasus." Kuda yang aku panggil unicorn tu boleh bercakap lah!

"A-aw-awak- bo-boleh berca-bercakap...??" Bergetar suara ku. Gelap. Aku dah tak sedar apa jadi lepas tu.

***
Sekali lagi aku tersedar. Berpusing kepala aku rasa. Dan sekali lagi aku tak tahu aku kat mana. Haish, aku buntu!!

Aku memegang kepalaku. Fuh, tudungku masih tersemat kemas di kepalaku.

Aku tengok sekeliling. Aku ada dalam bilik atas katil empuk pulak tu. Besarnya! Macam dalam istana. Rasanya satu bilik ni besar satu rumah aku kot. Perghh, gempak!

Aku turun dari katil. Aku merayau - rayau dalam bilik tu. Pusing punya pusing, last - last aku pening. Aku kembali ke katil. Duduk. Fikir last thing aku buat semalam. Sebelum aku ada kat tempat ni.

15 minit aku termenung sambil berfikir. Kosong. Aku tak ingat apa - apa. Blank. Nothing. Zero.

Tiba - tiba ada ketukan pada pintu. Pintu terbuka dan seorang lelaki masuk. Aku dah ternganga. OMG, hensemnya!

"Owh, awak dah sedar?" Soalnya. Aku mengangguk dan kemudian pandang bawah. Malu!

"Awak okey tak ni?" Soalnya lagi. Wuuu, ada orang risau kat aku. Perasan kejap. Heheh.

"Saya okey. Awak jangan risau. " kataku sambil mengangkat mukaku.

Aku terkejut bila dia sudah pun berada di hadapanku. Bila pulak dia ke sini? Aku scan dia dari atas ke bawah. Wah, kacaknya!

Dia memakai baju ala - ala penunggang kuda di raja. Sah, dia pemilik kuda unicorn pegasus apa benda alah tu! Matanya berwarna biru terang. Dia ada lesung pipit. Waa, boleh kata lelaki idaman aku lah ni! Heheh.

Aku tersengih - sengih memandangnya. Kalau orang tengok ni cukup bulan boleh masuk Tanjung Rambutan. Tak payah interview.

"Awak...? Kenapa sengih - sengih ni? Betul ke awak okay? Tak demam ke apa ke.." Lelaki tu.. Dia kata aku...?

Aku dah tak sengih. Secara tiba - tiba mood aku hilang. Terus masam. Aku tengok lelaki tu macam serba salah kot. Atau tak.

"Saya nak keluarlah dari tempat awak ni. Awak jangan risau. Saya takkan lama kat sini. Saya tahulah awak tak suka saya. " kataku sambil bangun dengan nada sedih. Emo pulak tiba - tiba. Apahal kau Emylea?

Dia nampak terkejut.

"Awak.." Panggilnya.

Aku terus keluar dari situ. Dari bilik tu. Aku keluar je, dah macam dalam maze. Besar gila. Silap karang aku yang boleh sesat kat rumah dia ni.

Punyalah nak lari dari lelaki tu, aku main redah je. Straight, belok kiri and then belok lagi. Pastu turun tangga then straight and then corner. Pusing sana pusing sini. Ni bandar ke rumah?! Akhirnya, aku terserempak dengan seorang perempuan yang agak berumur. Dalam 40 - an kot.

"Maafkan saya, boleh saya tahu jalan keluar kat mana?" Aku menyoalnya sambil tersenyum. Dia membalas senyumanku.

"Dah nak balik ke? Tak nak makan dulu?" Katanya pula. Aku nak keluar dia ajak makan pulak. Hmm, bolehlah. Lagipun aku dah kebulur ni. Rasanya seekor lembu kot aku boleh telan. Aku memang kuat makan. Heheh.

Aku mengangguk. Kemudian senyum lagi.

"Apa nama kamu?" Soal wanita itu semasa dalam perjalanan ke tempat makan.

"Nama saya Emylea. "Jawabku. Orang tanya kita jawablah.

"Saya tak pernah nampak kamu pun sebelum ni. " katanya lagi. Aku pun tak tahu aku kat mana. Tempat ni pun macam tak wujud secara logik akal aku.

"Sebenarnya...." Ayatku tergantung apabila mamat yang tanya aku demam ke tak tu ada kat depan aku. Terkedu 3 saat aku. Aku cuba buat cool. Chillax, babe! Kau jangan gelabah, Emylea!

"Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak!" Soal mamat tu risau. Aku diam. Tak mampu nak bukak mulut. Wuu, ada orang cari akulah!

"Daiyan, ni ke dia?"

"Ya, ma. Dialah yang pengsan tadi. " kata Daiyan.

"Ooo, kalau begitu mari kita makan dulu. Mesti kamu lapar, kan?" Kata mama Daiyan.

Grukkk~

Erk, tu bunyi perut aku. Kantoi dah kebuluran. Aku memegang perutku. Timing salah betullah perut ni nak berbunyi! Heish!

Aku tersengih. Daiyan dan mamanya dah pandang aku. This is awkward.

"Dah, dah. Mari! Kan mama dah kata dia lapar. Jom Amylea. Kamu pergi tukar baju dulu, Daiyan."

Aku hanya menurut. Daiyan pula mengangguk dan terus blah. Dia pergi mana aku pun tak tau. Ah, kesah pulak aku.

{ End Emylea POV }

______
# Skip #
______

{ Daiyan POV }

"Tak guna kau, Titan! Kau dahlah jatuhkan aku kat tengah - tengah hutan. Lepas tu kau tinggalkan aku sorang pulak? Nasib baik hutan biasa je kalau tak aku sembelih buat lauk kau nanti, Titan! " Bebelku sendirian.

Pegasus tak kenang budi betul! Ada ke dia jatuhkan aku? Dia tahu tak apa itu sakit? Macam jatuh dari langit tahu tak? Memang jatuh dari langit pun.

Aku jalan sambil memegang pinggangku. Ya ampun. Sakit wey. Serius. Nasib tak tercabut.

Aku dah biasa macam ni. Selalu di kenakan. Tapi tak pernah lagi kot sampai kena campak dari langit. Dia ni memang dah melampau. Siaplah kalau aku jumpa dia.

30 minit lepas dari kena campak masuk hutan tu, aku berjaya keluar. Aku nampak Titan. Dari jauh. Siaplah! Kau tunggu pembalasan dariku. Wahahhahaha! *gelak jahat.*

Aku nampak dari jauh Titan hilang kawalan masa nak mendarat. Tulah. Eksyen lebih. Sapa suruh campak aku? Kan dah kena. Padan muka.

Aku lari kearahnya. Rasanya Titan tak perasan aku. Aku berjengket pergi ke arahnya.

"Bah!" Aku terkejutkan Titan. Terlompat dibuatnya. Nasib aku dapat elak. Kalau tak aku jadi tilam dia pulak sebab kena hempap.

"Daiyan, kau ni! Terkejut aku!" Marah Titan. Aku ketawa. Sampai bergolek - golek kat rumput tu.

"Kau patut tengok muka kuda kau tu. Hahah! Lawak gila! Hahhahahah!" Kataku. Masih lagi ketawa.

"Daripada kau ketawa baik kau tolong aku." Katanya. Dah tak marah dah.

"Tolong apa?"

"Ni haa.."

"Amenda....?" Aku memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Titan.

Perempuan? Aku terdiam. Dah lama takde perempuan muda masuk dalam tempat ni. Sapa dia ni? Mukanya pucat. Rasanya dia tak sedarkan diri. Apalah si Titan ni buat sampai dia boleh pengsan?

"Aku tak nak masuk campur. Kau yang buat. Kau yang selesaikan. " kataku dan terus pergi dari situ. Tinggalkan Titan seekor di situ.

"Wey, tolong ar. " rayu Titan. Mengekori aku dari belakang.

"Tak nak. Nanti kau tinggalkan aku dalam hutan lagi."

"Aku janji tak buat lagi. Tolonglah!"

"Taknak!"

"Please!"

"No!"

"Tolonglah!"

"Sorry. Aku tak nak. "

"Kau nak aku tinggalkan dia kat situ ke?" Ah, sudah! Titan ni sengaja betullah!

"Okay, fine!"

"Yipee..!" Titan dah terbang dah. Excited betul! Aku tak habis cakap lagi.

"But in one condition." Titan dah jatuh bila aku cakap macam tu.

"Adoii, sakitnya! Kaulah ni! Punca. Apa dia? Dengan kawan pun nak berkira. Huh!"

Aku dah ketawa bila tengok kemonyokkan muka Titan. Macam mak nenek betullah kawan aku ni.

"Bagitau aku, kau suka Candy, kan?" Soalku. Candy, pegasus betina yang selalu dipuji Titan. Tapi bila Titan berdepan dengan Candy, dia malu. Aku rasa dia suka kat Candy.

Titan dah tersipu - sipu. Dia tertunduk. Aku rasa betullah tu.

"Betul ke tak? Kalau tak aku tinggalkan je lah. Nanti aku bagi tahu mama tentang kau jatuhkan aku and pasal perempuan ni. And then kau tadah lah telinga kau." Saja aku desak Titan.

"Weeehhhh, kau ni. Teruk betul! Yelah! Aku suka dia! Puas hati? Huh!" Akhirnya Titan mengaku. Aku tersenyum. Puas. Misi bermula.

"Kan senang! Dah jom. "

Aku bawa perempuan tu pulang ke istana. Ya, aku seorang putera. Tapi aku tak kesah bila Titan panggil aku dengan nama je. Boleh kata aku ni rendah dirilah. (Ceh, masuk lif tekan sendiri betul!)

Aku letak perempuan tu kat dalam bilik tetamu. Lepas setengah jam aku masuk balik bilik tu. Sebelum masuk tu aku ketuk dulu, okay! Tengok dia dah sedar.

"Owh,awak dah sedar?" Soalku. Dia angguk and then pandang bawah. Apa yang best kat lantai tu?

"Awak okey tak ni?" Soalku lagi. Nak pastikan dia ni betul - betul normal. Kang mana tahu bisu ke apa ke.

"Saya okey. Awak jangan risau. " katanya sambil mengangkat mukanya. Wah, cantiknya dia! Tergugat iman den.

Dia nampak terkejut bila aku kat depan dia. Dia tak perasan ke tadi? Dia pandang aku dari atas ke bawah. Seram pulak aku. Lepas tu dia tersengih - sengih pulak. Okay ke tak budak ni?

"Awak...? Kenapa sengih - sengih ni? Betul ke awak okay? Tak demam ke apa ke.." Aku saja tanya. Nak pastikan. Aku lihat dia terus masam. Erk, aku ada buat salah ke?

"Saya nak keluarlah dari tempat awak ni. Awak jangan risau. Saya takkan lama kat sini. Saya tahulah awak tak suka saya. " katanya lalu berdiri. Macam sedih je. Aku terkejut dengan reaksinya. Datang bulan ke apa minah ni?

"Awak.." Aku memanggilnya. Dia terus keluar dari bilik tanpa mempedulikan aku. Aku kejar dia.

Aku kejar dia tapi dia jalan cepat sangat sampai aku tak tau dia belok celah mana. Aku try jugak cari dia sampai aku sendiri sesat dalam rumah sendiri.

Cari punya cari, sekali aku terserempak dia dengan mama.

"Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak!" Kataku. Aku risau ke? Mestilah! Mana tau dia curi teddy bear aku nanti ke? Macam mana? Macam mana aku nak tidur malam nanti dan pecahlah rahsiaku sebagai lelaki macho.

Dia hanya diam.

"Daiyan, ni ke dia?" Soal mama kepadaku

"Ya, ma. Dialah yang pengsan tadi." Jawabku.

"Ooo, kalau begitu mari kita makan dulu. Mesti kamu lapar, kan?" Mama menyoal perempuan tu. Waaa, mama tak ajak aku pun.

Grukk~

Tu.. Aku dan mama dah pandang dia. Kebulur betul. Aku nampak dia pegang perutnya sambil tersengih. Sengih je tau dia ni. Takde benda lain ke?

"Dah, dah. Mari! Kan mama dah kata dia lapar. Jom Amylea. Kamu pergi tukar baju dulu, Daiyan." Kata mama.

Amylea. Baruku tahu namanya. Cantik. Secantik orangnya. Erk, apa kau melalut ni, Daiyan?

Amylea hanya menurut dan aku pun begitu. Aku mengangguk dan terus pergi ke bilikku untuk tukar baju.

{ End Daiyan POV }

//ToBeContinue\

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience