Bab 86

Romance Completed 78329

“Terima kasih mak cik sebab sudi jemput Gia datang makan lunch dekat rumah mak cik.” Ujar Gia selepas menyarung kasut tumit tingginya.

“Biasa je tu. Kalau Gia nak makan lagi dekat sini, call je mak cik. Mak cik akan masak yang sedap-sedap untuk Gia.”

Luqman mengerling tajam ke arah mamanya. “Amboi ma! Dekat Gia je? Habis tu Luq dengan Ira macam mana?”

Ungku Maria mendecit kecil. “Luq dengan Ira dah berapa tahun makan masakan mama. Macam Gia ni baru je rasa masakan mama. Jadi, mama akan utamakan Gia dulu.”

“Mana aci ma! Ini pilih kasih ni!” Halamak Luqman oiiii!!!! Mengalah jelah!

“Mestilah! Ini bakal menantu mama. Biarlah mama nak pilih kasih pun. Mama pun tak larat dah nak berkasih dengan kamu berdua.”

“Auch!” Serentak Luqman dan Zahirah memegang hati mereka. Kononnya hati sakit dengan apa yang Ungku Maria cakap pada mereka. Sakit pilu hati ini. Aaaaa!!! Mama sayang Gia lebih!

“Gia balik dulu ya? Terima kasih sekali lagi mak cik,” tangan Ungku Maria disalamnya sebelum melangkah ke arah keretanya yang diparkir di luar pagar rumah.

“Luq nak cakap dengan Gia kejap,” Ungku Maria sekadar mengangguk.

Luqman menghampiri Gia. “Gia, aku ada benda nak cakap dengan kau.”

“Cakap apa?”

“Pasal Danial.”

“Kenapa pulak dengan Danial?”

“Kau tahukan polis akan serbu tempat haram dia tu?”

Gia mengangguk. “Tahu. Kenapa?”

“Danial dapat larikan diri dia dengan orang-orang dia yang lain. Aku nak bagitahu kau lama dah tapi lupa. Sekarang ni polis tengah buru dia tapi jejak hilang dia. Yang aku peliknya sekarang ni siapa yang bagitahu dia pasal polis nak serbu tempat dia.”

“Ye tak ye jugak. Macam mana Danial boleh tahu? Kalau saya nak tuduh mummy pun, macam tak je sebab mummy yang pergi report kes Danial tu. Tapi, saya rasa lah Danial memang dah aware benda ni awal-awal lagi. Jadi, bila dia dapat tahu polis nak datang serbu, dia chau awal-awal. Saya tahu Danial tu macam mana orangnya. Dia takkan buat kerja dia tanpa teliti yang tepat. Dia memang sangat teliti orangnya. Sebab tu kalau nak deal dengan dia, susah sikit.”

“Even mummy pun dah kena dengan dia. Saya dapat report dari Lola yang Danial pukul mummy saya dan pijak mummy saya dekat kaki sebab dia tahu mummy saya yang buat report tu dekat polis dengan bukti yang memang kukuh. Saya ada tanya Danial lari pergi mana tapi mummy tak tahu.”

Hmmm…macam tu. Maknanya kau ni memang orang yang susah nak deal jugaklah. Ok…sekarang ni aku dah faham rentak kau macam mana. Patutlah kerja haram kau langsung tak dapat detect dengan polis.

“Tak apa Luq, macam ni…kalau saya dapat apa-apa maklumat dari mummy pasal Danial, saya akan bagitahu awak. Tapi, selalunya memang susahlah nak detect Danial ni.”

“Tak apa…aku tak kisah pun pasal dia. Lagipun kawan aku pun tahu nak buat macam mana.”

“Oklah kalau macam tu. Saya balik dulu.”

“Drive safe.”

“Thanks,” Gia masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari situ. Banyak benda yang bersarang di dalam kepalanya. Cuma, apa yang dia terfikir sekarang ni dekat manalah agak-agaknya Danial bersembunyi?

GIA masuk ke dalam rumah lalu segera menuju ke tingkat atas. Ke bilik Vitalika. Dia merempuh masuk ke dalam bilik Vitalika dan mengunci pintu. Kristine dan Vitalika yang tadinya rancak bersembang terkejut dengan Gia yang tiba-tiba merempuh masuk serupa penyamun.
Kalau ye pun nak rempuh masuk, at least ketuklah pintu dulu. Nasib baik tak ada serangan jantung. Kalau tak, tidurlah kau dekat hospital.

“Akak dah kenapa?” Tanya Vitalika dengan kerutan dahinya.

“Entah kau ni. Dah kenapa serupa penyamun?”

“Actually, aku ada benda nak bincang dengan korang berdua.”

“Apa benda?” Soal Vitalika dan Kristine serentak.

“Aku dah fikir masak-masak yang…aku nak tukar nama rumah ni ke atas nama Luqman.”

“Huh?” Dua-duanya dah kerut dahi seribu. “Kau seriuslah ni Gia? Dah kenapa pulak kau nak letak rumah kau ni atas nama Luqman. Look, aku bukan nak kata apa tapi why? Kau sendiri usahakan rumah ni tapi kau nak letak atas nama Luqman? Kau seriuslah Gia?”

“Betul tu akak. Akak sendiri cakap dekat Vi akak susah-payah usaha untuk rumah tatay ni tapi kenapa at last akak nak letak nama Luqman?”

“Akak ada sebab Vi. Akak banyak dosa dengan dia dan ibu. Rasa dosa dan bersalah akak ni akak takkan boleh lupa dan takkan pernah padam dalam diri akak. Rasa berdosa ni akak akan tanggung sampai bila-bila. Untuk tebus rasa ni, akak nak serahkan rumah ni dekat ibu dan Luqman. Walaupun ibu tak nak duduk dalam rumah ni tapi at least biarlah rumah ni atas Luqman dan biarlah Luqman duduk sini sebab sini tempat selamat untuk Luqman.”

“Sayang ye kau dekat Luqman?”

“Aku sayang dia Kris. Aku tak nak kalau satu hari nanti tiba-tiba Danial muncul dan apa-apa akan jadi dekat Luqman. Aku tahu Danial takkan berani jejak kaki dia dekat sini. Kris…aku nak kau handle benda ni boleh? Tolong…”

“Kau sure ni Gia?”

“Aku sure. Kau tolong settle benda ni secepat mungkin.”

“Ok…I will.”

“Vi nak tanya akak satu benda. Andai kata satu hari nanti Luqman buat macam-macam dekat dan dendam dia masih ada setelah akak kahwin dengan dia, akak akan tukar balik nama rumah ni atas nama akak?”

“Tak…biarlah rumah ni jadi nama dia selamanya. Kalau dia dah tak perlukan akak, it’s okay. Akak boleh balik ke Filipina dan duduk dekat kondo akak balik. Akak takkan ambik balik benda yang akak dah bagi.”

“Ok…apa pun keputusan akak Vi akan sentiasa follow akak. Kalau akak balik sana, Vi akan ikut.”

“Betul! Aku pun setuju dengan Vi.”

“Thank you both of you,” Gia memeluk mereka berdua erat.

“JER! Jer! Wait!!!” Namanya diseru dari belakang tapi dia hanya buat bodoh dengan panggilan Lisa yang sedang berlari mengejarnya dari belakang. Pakai kasut tumit tinggi memang lambatlah dia nak kejar aku.

“Jer!!” Lengannya dipegang dari belakang. Jericho berhenti melangkah. Lisa di belakangnya tak dipandang. Matanya diliarkan ke sekeliling bangunan-bangunan tinggi yang gah.

“Jer! Benci sangat dah ke you pada I sampaikan muka I pun you tak nak pandang?”

“I bukan tak nak pandang you sebab I benci tapi I dah tak boleh terima bila you tuduh macam-macam antara I dengan Gia. Lagipun, kita dah tak ada apa-apa hubungan. You terkejar-kejarkan I lagi dah kenapa?”

“Jer…I…”

“You apa? You dah sedar yang sebenarnya you salah? Macam tu? Tak ada maknanya lagi sekarang Lisa. I betul-betul dah tawar hati dengan you.” Bila dah tahu yang Gia nak kahwin dengan Luqman, barulah nak menyesal tak sudah sebab tuduh aku macam-macam dulu.

“Jer…takkan you tak boleh nak bagi I peluang lagi? I sayangkan you Jer.”

Jericho menoleh memandang Lisa. “Kalau you sayangkan I, you takkan pernah fikir macam-macam pasal I dulu. You akan percayakan I. Bukan sekali I deny yang I tak ada hubungan dengan Gia but thousand time I deny it tapi you still dengan cemburu buta you sampaikan I fikir yang I tak layak untuk perempuan macam you. Ok? Better you cari lelaki yang boleh handle you punya cemburu buta tu!”

“Jer! You lelaki yang perfect untuk I! You tak pernah pun mengalah dengan perangai I! You selalu ada dengan I bila I perlukan you tapi I silap percaturan bila I terlampau fikir bukan-bukan pasal you dengan Gia. I tahu I salah.”

“Sepatutnya you sedar kesalahan you dari dulu lagi! Bukan baru sekarang! I pernah cakap pada you kan Lisa? Kalau I sayang orang tu, I akan sayang dia sepenuh hati I macam mana I sayang you dulu tapi kalau hati I dah tawar, takkan ada chance lagi untuk orang tu masuk dalam hati I. I rasa you dah faham kot apa yang I cuba maksudkan. I harap you dapat jumpa pengganti yang lagi better dari I. Ok?”

“Habis tu? You buat apa dekat Thailand ni?”

“You rasa I ada dekat Thailand ni sebab nak tengok you ke? No! Bukan…I ada dekat sini atas urusan kerja dan family I pun ada jugak dekat sini. Please move on ya Lisa…” Jericho melepaskan pegangan Lisa pada lengannya dan pergi meninggalkan Lisa keseorangan di situ.

Tulah Lisa…dulu kemain sangat kau cakap Jericho itu ini tapi bila Jericho dah keluar dari hidup kau, kau nak menyesal? Menyesal kemudian dah tak ada guna lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience