BAB 34

Mystery Series 6391

"Mika!"

Mika tersentak. Dia tersenyum melihat ke arah ibu yang sedang bercekak pinggang di belakangnya itu. "Buat apa dekat situ? Mari masuk. Ibu ada masak kari ikan kesukaan kamu ni. Panggil Aliya sekali ye!" Mika mengangguk perlahan. Dia bangun dari duduknya. Menepuk-nepuk punggung yang baginya agak kotor akibat dia melabuhkan punggung di atas tanah.

"Aliya! Ibu suruh masuk makan dekat dalam." Mika berjalan menuju ke arah tempat yang dia nampak Aliya berada. Gadis itu sedang bermain-main bersendirian tanpa menghiraukan keberadaannya. "Ibu suruh masuk, Aliya." Mika menyentuh bahu Aliya lembut.

Gadis itu menepis tangannya kasar. "Aku taknak masuklah, Khairi!" Mika mengeluh perlahan. Dia bercekak pinggang memerhati tingkah laku Aliya.

"Kenapa Aliya selalu panggil Mika Khairi? Nama Mika, Mika lah bukan Khairi." Aliya tersenyum memandang me arah Mika. Dia kemudiannya memeluk bahu lelaki itu. "sebab aku suka nama Khairi. Dalam diri kau ada Khairi juga tau!" Mika mengangkat satu keningnya ke atas. Menandakan dia tidak faham apa yang sedang dikatakan oleh Aliya pada saat ini.

"Kau tak perlu faham pun, Khairi. Dah, jom masuk!" Ujar Aliya sambil menarik tangan Mika masuk ke dalam rumah. Ibu sedang menanti mereka dengan senyuman dibibirnya.

--

"Khairi! Aku rindukan kau.."

Aliya berlari memeluk tubuh sasa Mika. Kini mereka berdua sudahpun mencecah usia 13 tahun. Aliya yang belajar di tempat yang agak jauh tidak dapat mengungkapkan rasa rindunya kepada Mika. Dia sungguh merindukan lelaki itu. Mika meleraikan pelukan mereka. Wajahnya cemberut mendengar nama Khairi yang keluar dari mulut Aliya.

"Bila Aliya nak panggil nama Mika elok-elok?" Aliya tersenyum kecil. Dia menarik Mika masuk ke dalam biliknya. Ibu dan juga ayah yang sudah terbiasa dengan sikap Aliya itu hanya membiarkan anak perempuan mereka bersama dengan Mika.

Aliya mendudukkan Mika di atas katilnya. "Dengar ni, Khairi. Aku lulus nak masuk sekolah yang sama macam kau!" Mika yang cemberut terus membuka senyumannya kembali. "Serius lah?" Aliya mengangguk dengan senyuman terukir dibibirnya. Mika mengangkat tubuh Aliya masuk ke dalam pelukannya. "Tak sabarnya aku!" Aliya tersenyum. Perlahan-lahan dia sedar akan perubahan yang berlaku pada Mika.

"Aku pun tak sabar juga, Khairi."

--

Mika berjalan dengan nyanyian kecil keluar dari mulutnya. Dia menuju ke arah bilik kerja ayah yang berada di tingkat bawah. Bilik kerja itu agak dalam tidak diketahui oleh sesiapa. Hanya dia sahaja yang tahu keberadaan bilik kerja milik ayah itu.

Tok..
Tok..
Tok..

Dia mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Sesaat selepas itu, Mika terus masuk ke dalam dengan senyuman dibibirnya.

"Ayah!" Dia memanggil.

"Ye, mari masuk!" Seru ayah.

Mika tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Dia paling menyayangi ayah di dunia ini. Ayah paling berharga buatnya. Mika berjalan ke arah belakang bilik kerja ayah. Dia tidak pernah masuk ke dalam tapi sekarang dia dibenarkan masuk.

"Ayah buat apa t-"

Kaki Mika terhenti seketika. Jantungnya bagaikan ingin terkeluar dari badan. Kini ayah yang berada di hadapannya itu sedang berseronok memakan sesuatu yang baginya agak menakutkan.

Daging manusia yang dicincang menggunakan tangannya sendiri. Ayah bagaikan sedang memakan daging biasa tapi hakikatnya itu adalah daging manusia. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri.

"Mari masuk!" Panggil ayah dengan nada ceria. Mika tidak langsung bergerak dari tempatnya tadi. Dia bagaikan ingin berlari meninggalkan tempat menjijikkan itu. "Ayah buat apa ni?" Soal Mika mencuba untuk membetulkan nada suaranya.

Ayah tersenyum. Dia bangun kemudian berjalan menuju ke arah Mika. Tangannya yang dipenuhi dengan darah dilapnya di baju Mika. "Aku rasa kau dah layak nak ambil pekerjaan aku. Aku ni dah makin tua. Tak larat dah nak buat kerja macam ni." Ayah memeluk bahu Mika.

"Haihhh..salah tu ayah."

Mika tersentak. Suara yang agak familiar. Dia beralih memandang ke arah suara yang baginya begitu dia kenali. Aliya sedang berdiri sambil memeluk tubuh memandang me arahnya. Wajahnya datar sahaja. Tiada sebarang reaksi.

"A-aliya.."

Aliya tersenyum sambil mengangkat tangan menyapa keberadaan Mika. "Aku rasa dia dah patut keluar kot." Aliya berjalan ke arah Mika. Tubuh ayah ditolaknya kasar kemudian dia memegang kedua belah bahu Mika.

"Keluarlah, Khairi. Aku dah lama menanti kemunculan kau."

Mika menggeleng laju. "Mika ni Mika lah! Bukan Khai-"

Pang!

Satu tamparan mengena tepat di pipi Mika. Terasa peritnya tamparan itu membuatkan Mika terus terdiam.

"Aku tahu dia ada dalam diri kau! Keluarkan dia sekarang juga!" Aliya tidak berhenti memaksa Mika. Bagaikan tertekan dengan paksaan Aliya, Mika terus menolak tubuh kecil milik Aliya itu perlahan.

"Aku dah kata aku bukannya Khairi!"

Mika tersentak. Dia menutup mulutnya saat sedar akan kelakuannya yang agak aneh pada saat ini. Aliya tersenyum bangga. "macam tu lah Khairi aku! Lagi..aku nak lagi!" Aliya terus memaksa. Ayah yang berada di sana hanya menyaksikan sambil kembali memakan daging yang dicincangnya tadi.

Mika menggeleng perlahan. "Tak..Mika bukannya Khairi. Aku dah kata aku bukannya Khairi lah, sial!" Mika terus berlari keluar dari bilik itu. Dia sungguh tidak tahan akan tekanan yang diberikan Aliya kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience