BAB 2

Humor Completed 734

“Alah, Misae. Biarlah saya tidur sekejap je lagi,” gumam Nazeem dengan matanya masih terpejam. Bulat mata Farhana . Dia mula bercekak pinggang.

“Siapa Misae? Awak jangan mulakan lagi drama Shin Chan awak tu ya. Bangunlah, cepat!” gerutu Farhana geram. Otaknya ligat memikirkan bagaimana caranya untuk membangunkan suaminya yang tidurnya seperti beruang berhibernasi itu. Tiba-tiba satu idea bernas melintasi saraf otaknya. Farhana tersengih jahat. Tangannya pantas mencabut bulu kaki Nazeem .

“Aduh! Aduh! Sakit! Okay-okay. Saya bangunlah ni. Aduh!” rungut Nazeem kesakitan lalu pantas bangun dari katil. Farhana ketawa terkekeh-kekeh.
Akhirnya dia menang.

“Sedap? Kalau awak bangun masa saya kejut tadi kan awak tak sakit. Dah, pergi mandi. Masham!” bebel Farhana sambil menghulurkan tuala kepada Nazeem Nazeem muncung. Dia menyambut tuala diberikan Farhana lalu menghampiri isterinya itu. Farhana memandang.

“Kenapa?” tanya Farhana . Spontan sahaja Nazeem menarik kepala Farhana lalu dikepitnya ke ketiak. Farhana meronta-ronta diperlakukan sedemikian. Tidak lama kemudian baru Nazeem melepaskan kepala Farhana dari sepitan ketiaknya. Farhana menutup hidungnya. Tekaknya mual. Nazeem tersengih.

“Okay. Sekarang kita seri. Buwek!” ejek Nazeem lalu pantas melarikan diri ke bilik air sebelum diterkam oleh Farhana .

“Awak, saya penatlah. Awak boleh tak tolong saya kemas rumah ke, masak ke? Hmm?” rungut Farhana sambil duduk bersebelahan Nazeem yang sedang leka menekan Joy Stick PlayStationnya. Dia penat menguruskan rumah. Pagi dia harus bekerja. Selepas pulang dari kerja dia perlu memasak, kemas rumah dan membasuh baju. Semua kerja dilakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience