Bab 8

Romance Series 4350

“Sayang, kita duduk dekat belakang sikit.” Khairul memberitahu ketika kami baru saja melangkah masuk ke dalam perut LRT. Entah kenapa hari ini Khairul mengajakku untuk keluar meluang masa dengan menaiki kenderaan awam. Mungkin dia penat memandu agaknya. Entah, aku tak pasti.

Tadi Khairul mengambilku dirumah dan memberitahu tentang rancangannya hari ini. Kami parkir kereta di tapak letak kereta LRT dan kemudian naik tren ke NU Sentral. Khairul mengajakku untuk menonton wayang.

Aku terlihat ada tempat kosong dihujung tren dan sebaik saja aku duduk, Khairul terus memegang tanganku dan duduk dikerusi kosong disebelah kiriku. Aku membiarkan saja namun terasa gemgamannya agak kuat. Aku memandangnya tanda meminta penjelasan namun aku lihat Khairul memandang tajam ke arah lelaki yang duduk dikerusi didepan kami.

Aku menoleh sekilas kearah lelaki itu. Entah aku tak pasti apa bangsanya namun lelaki itu tampak seperti warganegara asing.

“Sayang, what’s wrong?” Aku segera berbisik kepada Khairul.

“I hate the way he looks at you, sayang.” Begitu sebenarnya yang berlaku.

“B, tak ada apalah. Dia pandang je.”

“Dia ingat dia handsome sangat ke? B lagi handsome tau!” Kemarahan Khairul membuatkan aku hampir ketawa namun aku cuma tersenyum.

“Okey, B. Dah, dah. Dia nak blah dah tu.” Aku memujuk sambil menjeling sedikit lelaki tadi yang nampaknya sudah bangun. Tren sudah berhenti dan lelaki tadi terus keluar dari tren.

Khairul memandang tajam lagi ke arah lelaki itu. Aduh, sungguh aku lihat wajah Khairul nampak sangat tegang ketika itu. Aku menepuk perlahan tangan Khairul dengan tangan kananku tanda menenangkannya.

Ini bukan kali pertama terjadi yang mana Khairul menunjukkan sikap cemburunya sejak beberapa bulan kami rasmi bercinta. Aku terus saja berdoa didalam hati agar janganlah Khairul mengamuk seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Pernah pada suatu ketika Khairul memarahi seorang lelaki yang terlanggar bahuku ketika kami berselisih di muka pintu bank. Entahkan lelaki itu sengaja atau tidak namun aku tak merasakan kejadian itu satu perkara yang besar namun Khairul yang berada dibelakangku terus saja mengamuk dengan menolak lelaki itu. Mereka hampir bergaduh.

Aduh, entah kemana hendak aku sorokkan mukaku kerana kami menjadi tontonan orang ramai ketika itu. Pantas aku menarik tangan Khairul agar beredar dari situ. Sungguh aku tak gemarkan situasi begitu namun dapat aku lihat Khairul ini seorang yang agak protective denganku. Pantang sungguh ada lelaki yang dekat denganku mudah saja dia berubah menjadi seorang yang baran. Itu adalah karakter Khairul yang baru aku ketahui. Semasa aku manjadi rakan biasanya dulu tak pernah aku lihat dia mengamuk begitu.

Aku dan Khairul sudah berada di NU Sentral kini. Kami berjalan santai dan masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Aku lihat Khairul begitu teliti membelek sehelai baju T berlengan panjang yang tersangkut di rak pakaian. Baju itu biasa saja, berwarna hitam dan putih. Aku mendekati Khairul.

“You like it?” Aku bertanya.

“I think so.” Khairul nampaknya benar-benar berminat dengan baju itu.

“Can I have it?” Khairul bertanya seolah anak kecil meminta gula-gula pula aku rasakan. Wajahnya begitu comel dengan cara meminta izin sebegitu.

“Of course!” Aku meyakinkannya. Sudah tentulah dia boleh memiliki baju itu jika dia mahukannya.

“Sayang belanja?” Khairul membuat muka nakal pula. Terus mati riak wajahku. Entah kenapa hatiku terasa seperti berbisik ‘lelaki ini mengikis wangku!’.

“Then B belanja sayang handbag. Fair, kan?” Khairul tiba-tiba memberi cadangan. Aku rasa dia nampak perubahan pada wajahku makanya dia memujukku dengan cadangan begitu pula. Aku terus beriak seperti berfikir lanjut dengan tangan kiriku memegang-megang daguku.

“Handbag?” Aku menyoal cuba memancingnya. Khairul terus mengambil baju yang dipegangnya dari rak dengan tangan kirinya. Manakala tangan kanannya pula menarik tangan kiriku dan membawaku menuju ke fitting room.

“Eh, B..” Aku berhenti ketika Khairul masih menarik tanganku. Dia nak aku masuk sekali dalam fitting room ni ke? Aku mula meninjau sekeliling. Khairul menoleh ke arahku.

Khairul sudah berada didalam bilik menukar pakaian sementara aku masih berada didepan pintu dan tangannya masih kejap memegang tanganku. Khairul ketawa senang. Nakal!

“B jangan mengada, eh!” Marahku. Khairul masih lagi tertawa. Khairul melepaskan tanganku.

“Alah, saja usik Sayang. Sayang tunggu B depan pintu, okey?” Khairul mula menutup pintu dan aku setia menunggu dia mencuba baju tadi. Sambil itu mataku melihat-lihat pakaian yang terpamer di rak.

Tak semena mataku terpandang Daniel yang sedang berjalan bersama Elin. Pasangan yang agak rumit bagi aku. Mereka bersama seperti pasangan bercinta tapi Elina seolah bebas untuk berkawan rapat dengan lelaki lain. Pelik. Kalaulah Khairul begitu, entah aku dah meroyan agaknya. Namun aku tak pasti adakah Daniel sedar akan siapa Elin yang sebenarnya?

“Sayang, B panggil banyak kali dia tak dengar ke?” Tiba-tiba Khairul menarik lenganku. Aku agak tersentak segera menoleh ke arah kekasihku. Baju tadi sudah tersarung kemas dibadannya. Tampak sesuai dan kena dengan Khairul.

“Sorry, B.” Aku pantas menoleh Khairul yang berada dibelakangku.

“Sayang tengok apa tadi? Tengok lelaki dalam LRT tadi ye?” Khairul serkap jarang. Eh? Soal lelaki tadi pulak dia bangkitkan.

“Tak adalah. Takkan pulak lelaki tadi boleh sampai ke sini pulak? B ni mengarutlah.” Aku ketawa kecil. Terasa lucu sangat dengan imaginasi Khairul itu.

“Habis tu B panggil tadi Sayang tak dengar. Entah leka apa entah.” Khairul seakan merajuk. Aku terus ketawa. Wajah Khairul masam saja ketika merungut begitu. Hai, benda kecil pun boleh jadi serius ke?

“Sorry, sayang. Okey, Sayang suka baju ni. Smart B pakai. Kita beli baju ni. Nice..” Aku terus memberi pujian sambil meneliti baju yang dipakai Khairul. Khairul masih merenungku dengan tajam.

“B, kenapa ni? Alahai, janganlah serius sangat. B suka tak baju ni? Kalau suka jom pergi bayar. Lepas tu Sayang belanja B makan aiskrim Haagen Dasz, okey?” Aku memegang tangan Khairul sambil tersenyum manis, cuba memujuk.

“Sayang tu keluar dengan B tapi tak fokus langsung kat B.” Khairul merungut lagi dan seraya itu dia masuk semula ke dalam bilik persalinan dan menutup pintu dengan rasa marah.

Aduh, pakwe aku ni kenapa merajuk sangat ni? Sikap keanak-anakan Khairul yang baru aku ketahui kini. Khairul benar-benar menagih perhatianku dan aku akan layankan saja emosinya sebentar lagi.

Setelah membayar harga baju, kami berjalan perlahan menuju ke arah eskalator. Tangan kananku menggemgam erat tangan kiri Khairul. Beg kertas berisi baju tadi Khairul pegang dengan tangan kanannya.
“Nak pergi mana ni? Khairul bertanya tanpa riak. Okey, dia masih merajuk.

“Nak cari something sweet sebab wajah kekasih Sayang ni masam je dari tadi.” Aku memberitahu dengan mesra sambil ketawa kecil, cuba mengambil hati Khairul. Mungkin aiskrim bisa menyejukkan hatinya yang sedang panas kini.

“Okey.” Sepatah saja Khairul membalas namun masih tiada riak diwajahnya.

Kami berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah dengan eskalator. Aku hanya diam sambil sesekali menjeling Khairul. Wajahnya tiada riak langsung. Kelihatan serius sahaja. Entah apa yang sedang berlegar difikirannya ketika ini. Apa besar sangatkah salah yang aku lakukan sebentar tadi? Tak mungkinlah Khairul terlalu paranoid hanya kerana aku melamun sebentar sehingga tidak mendengar panggilan darinya?

“Sayang!” Khairul menarik sedikit tanganku sehingga aku tersentak dari lamunan.

“See, I told you! Sayang ni melamun apa entah. B panggil asyik tak dengar je!” Khairul tampak marah benar kini. Suaranya merungut seolahkan dia benar-benar jauh hati denganku. Apa yang tak kena dengannya hari ini? Aku terus berfikir sambil memandang tepat ke arah wajah Khairul. Kelihatan air mukanya benar-benar tegang kini. Aku menghela nafas berat. Kami sudah tiba di sebuah kafe aiskrim.

“Okay, sayang. I’m sorry. Jom order aiskrim.” Aku merapatkan diriku ke kaunter sambil menarik sedikit tangan Khairul yang masih digemgamanku. Khairul hanya menurut. Aku tersenyum ke arah pelayan yang sedang menunggu pesananku.

Aku melihat-lihat menu yang tertera didalam buku menu diatas kaunter. Segera aku memilih menu dan mengeluarkan wang untuk membuat bayaran.

“Simpan duit Sayang tu.” Khairul tiba-tiba melepaskan gemgaman ditangan dan menghulurkan wang yang dia ambil dari poket seluarnya kepada pelayan dikaunter. Aku memandangnya hairan namun akhirnya aku akur saja dan menyimpan semula wangku.

“Okay cik duduk dulu nanti saya hantar pesanan cik.” Pelayan dikaunter memberitahu sebaik sahaja memberi wang baki kepada Khairul. Khairul hanya mengangguk.

Aku sedari tadi memandang wajahnya berpaling ke arah pelayan dihadapanku dan senyum sedikit kepadanya.

“Okay, terima kasih.” Ucapku dengan sopan.

Khairul segera menarik perlahan tanganku menuju ke sebuah meja. Aku mahu duduk dihadapan Khairul namun Khairul menegah. Aku benar-benar hairan dengan tingkahlaku kekasihku ini.

Khairul menarik tanganku dan memintaku supaya duduk bersebelahan dengannya. Aku cuma menurut kehendaknya yang sedang ‘naik angin’ ketika ini.

“Sayang, what’s wrong with you?” Aku terus bertanya meminta kepastian.

“Takde apalah.” Khairul bersandar lemah sambil matanya memandang kosong kearah meja. Khairul membertul-betulkan topi yang dipakainya.

Aku hanya memerhatikannya dengan perasaan ingin tahu. Kini aku dapat rasakan betapa Khairul benar-benar berbeza berbanding yang dulu. Khairul seorang yang mudah mesra dan gemar ketawa dulu semasa berkawan denganku. Tetapi kini dia seorang yang agak sensitif dan gemar merajuk. Split personalitykah dia ni? Aku hampir ketawa dengan analisaku sendiri. Hampir saja tawaku meletus keluar namun aku cepat-cepat mengawalnya, menghindar dari pengetahuan Khairul.

Pelayan datang menghantar pesanan. Aku hanya tersenyum memerhati pesanan kami diletakkan diatas meja. Aiskrim dua scoop besar didalam mangkuk sederhana ditaburi kekacang disamping strawberi dan kepingan coklat.

“Terima kasih.” Aku terus memberi ucapan sebaik saja pelayan mahu beredar. Aku mula menyudu aiskrim dan menyua kearah Khairul. Khairul cuma menurut. Dia makan saja tanpa suara.

“B, janganlah macam ni. Tak seronoklah B diam je dari tadi. Kenapa ni? Cuba cerita dengan Sayang apa yang tak kena.” Aku mula memujuk.

Aku makan sedikit aiskrim sambil tersenyum kearah Khairul. Khairul menghela nafas berat.

“Sayang tu janganlah duduk jauh-jauh dengan B.” Akhirnya Khairul meluah rasa.

“Duduk jauh-jauh?” Aku terus menyoalnya tanda kurang faham dengan kata-katanya.

“Yelah, nak duduk depan B buat apa? Kita bukannya kawan biasa. Sayang kena duduk sebelah B macam ni.” Khairul membalas sambil menjelingku. Entah mengapa aku rasakan Khairul bersikap sangat kebudak-budakkan dengan pendapat begitu. Aku menahan tawaku dengan mengetap bibir.

“Okay B, Sayang minta maaf.” Aku menyusun rapat kedua tanganku dihadapannya.

“Maaf, ni ada nota untuk encik.” Tiba-tiba seorang pelayan datang dan menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Khairul.

Khairul tampak hairan namun dia mengambil jua kertas itu. Pelayan tadi terus pergi. Khairul membuka lipatan kertas itu dan wajahnya terus berkerut seribu.

Aku hairan dan belum sempat aku membaca tulisan dikertas itu Khairul terus merenyukkan kertas itu dan membuangnya keatas meja. Aku terkejut dengan tindakan spontannya itu. Apa yang tak kena ni?

“Sayang, what happened?” Aku terus bertanya dan segera mengambil kertas itu. Khairul ingin bangun namun aku pantas menghalang. Aku membuka renyukan kertas dan membaca laju tulisan disitu. Sebaik saja aku membacanya entah bagaimana harus aku ungkapkan perasaanku.

“Sayang, cepat habiskan aiskrim. B nak baliklah.” Khairul bersuara perlahan. Aku menyimpan geram dan menurut saja kata-kata Khairul.

Khairul menggemgam erat tangan kananku ketika kami mula beredar. Khairul sempat berhenti dihadapan kaunter. Langkahku turut terhenti.

"Nanti cakap dekat kawan awak tu yang saya dah ada special one. Sorry saya tak layan orang desperate macam tu, okey?!” Khairul berpesan kepada pelayan yang memberinya nota tadi dan terus menarik tanganku berlalu dari situ. Sempat aku menoleh kebelakang dan terlihat seorang pelayan wanita tak jauh dari situ yang turut memandang kearahku.

“B tak sukalah dapat nota macam tadi.” Khairul memberitahu sebaik saja kami duduk di kerusi menunggu di platform LRT. Khairul cuma bersandar ditempat duduknya. Aku yang duduk disebelahnya menghela nafas berat.

“Hai, boleh berkenalan? Ni nombor fon saya 017…” Aku mengajuk kembali tulisan dinota tadi.

“Sayang ni kenapa? Tak payahlah nak ulang ayat nota tu.” Khairul memarahiku.

“B, seriously orang bagi B nota macam tu? Wow!” Aku terasa kagum sekali sambil menghela nafas sekali lagi. Dadaku terasa sendat juga dengan kejadian tadi. Berani betul gadis itu bertindak begitu.

“Perempuan kat situ dari tadi B nampak dia pandang-pandang kita. Dah gila agaknya perempuan tu bagi B nota tu.” Bebelan Khairul membuatkan aku ketawa kecil.

“Kenapa Sayang ketawa ni?”

“Rasa kelakar pulak B kena ngorat macam tu.”

“Sayang tak marah ke?”

“Mula-mula rasa nak marah tapi lepas tu rasa kelakar pulak sebab B ni saham tinggi jugak, ye? Sampai macam tu perempuan boleh bertindak? Inagtkan lelaki je yang berani bagi nota macam tu dekat perempuan. Tak sangka.” Aku memberitahu perasaanku.

“Actually macamana ye B masa dekat oversea dulu? Mesti ramai perempuan nak ngorat B, kan? Baik bagitau cepat!” Aku menggesa sambil memegang tangannya.

“Entah-entah Sayang tu yang beratur lelaki nak ngorat.” Khairul menjelingku.

“Eh, cakap Sayang pulak! Sayang ni mana laku macam B tu. Bukan main lagi gadis-gadis bagi nombor telefon dekat B, eh! Padahal dah nampak girlfriend B dekat sebelah.” Aku menjeling tajam. Khairul menggemgam erat tanganku.

“Itulah, kalau duduk depan B lagilah perempuan tu datang duduk dekat sebelah B agaknya.” Khairul membalas.

“Eh, ada hati jugak B, ye?” Aku menepuk geram lengan Khairul. Khairul mengelak sedikit sambil ketawa riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience