BAB 1

Horror & Thriller Completed 12257

BAS PARIT yang dinaiki oleh Suri berhenti di Hentian Cempaka Sari Pekan Parit. Suri langsung bangun dari duduknya lalu mengangkat beg sandang yang terletak pada sebelah atas tempat duduk penumpang.  Kemudian beg terus dia sarungkan pada kedua belah bahu sebelum membuka langkah menuju ke pintu keluar.

Suri balik kampung kerana esoknya dia akan menjadi model perasmian butik pengantin kawan mak su nya  di Pekan Kuala Kangsar.  Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket kemeja setelah menghantar mesej aplikasi Whatsapps pada Mak Su Zila menyatakan dia sudah tiba.

Mak Su Zila meminta  dia pergi makan dahulu di Cempaka Sari food court.  Suri Jasmeen akur kerana dia juga berasa lapar setelah dua jam setengah perjalanan melalui jalan lama.  Jalan kiri kanan hutan-banat.

“Suri...” seru satu suara. 

“Ya...”  Suri terus menjawab tanpa berpaling kerana masa itu dia ingatkan itu suara opah.  Tapi, dia terhenti langkah buat seketika dia berjeda.  Pemandu dah memandangnya dengan satu renungan lain. 

Semua orang dah turun. Dia juga mahu turun.  Dia kena pastikan semua penumpang turun dahulu barulah dia boleh turun.  Tambahan dia nak cepat ke tandas. 

“Dik, kenapa tak turun lagi tu?” Mahu tak mahu terpaksa meninggikan suara kerana dia semakin tidak tahan nak terkucil.  Suri yang tersedar langsung berpaling semula ke depan lalu menancap tatapan tajam pemandu.  Laju dia berjalan ke arah pintu keluar bas.

“Kamu kenapa dik?  Hati-hatilah jika kamu masih tak biasa dengan sini...”  ujar pemandu sebelum membuka pintu dan turun keluar.  Suri Jasmeen  yang mendengar makin tidak terkata apa-apa.  Sudahlah perkara tadi masih dalam kotak ingatannya.

Dari atas tangga Suri berpaling semula ke tempat duduk paling belakang bas namun kosong.  Suri terus turun dari bas.  Dia tetap yakin itu suara opah.  Cuma kenapa dia terdengar-dengar?

“Aku rindu opah gamaknya...” omelnya sambil memerhati kawasan hentian sehinggalah mata terpandang deretan kedai makan.  Seperti selalu ramai pelanggan.  Sekali lagi Suri terpandang wajah seseorang yang dia kenali sedang duduk bermenung atas bangku bantu tepi deretan kedai.

Laju dia buka langkah.  Mungkin telahan dia betul kali ini.  Rindukan opah yang agak lama dia tak jumpa.

“Op...” Suri terbejat.  Lidah menjadi kelu.  Yang dia nampak dan juga dia tebak tetap tidak betul.  Namun dia berfikir semula,  jelas apa dia nampak sebenarnya tadi.  Susuk tubuh yang dia nampak dari jauh tadi itu adalah opah, tapi kenapa bila dah dekat susuk itu sebenarnya bukan opah tetapi pokok bunga dalam pasu.

“Tak mungkin aku berhalusinasi.  Fatamorgana?  Aku tak berada dekat dengan api pu...  Kenapa dengan aku ni?” bebel Suri seorang diri tanpa menyedari seseorang sedang memerhatikannya.

Pemuda bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu bangun dan menapak ke arah Suri Jasmeen.  Mata dia juga tertumpu pada bangku tersebut sambil mulut melakukan sedikit pergerakan seakan membaca sesuatu.

“Kak...”  panggilnya setelah berada di belakang tubuh Suri Jasmeen yang memaku diri itu.  Suri terus memusingkan tubuh ke belakang.  Pemuda berkulit gelap itu masih lagi merenung tajam ke arah bangku batu putih depannya.

“Didi? Mana mak su?”

“Akak dah makan ke ni? Kalau belum mari kita bersama.  Mak su suruh Didi fetch akak...”  jawab pemuda yang menggelarkan dirinya itu sebagai Didi. 

“Kalau begitu katanya, moh ler kite...”

 

 

 

RUMAH  Mak Su Zila  bersebelahan dengan rumah opah.  Dahulunya rumah mak su ni di jadikan dangau serta ada beberapa batang pokok koko yang ditanam oleh arwah pakcik,  bawah kepada bapa Suri Jasmeen.

Namun setelah arwah meninggal, ada beberapa tanaman yang dia usahakan ditebang oleh bapa saudara  sulung keluarga besar itu.  Bantahan memang banyak namun bapa saudara Suri Jasmeen yang satu itu,  seorang yang berpendirian teguh. 

A katanya, maka  A jugalah jawabnya.  Tiada B atau C.

“Mak su apa khabar? Macamana persiapan apa semua?”  SuriJasmeen menyoal setelah menyalami tangan wanita yang berkahwin muda itu.  Sebab itulah, Didi dengan dia tidak ada gaya ibu dengan anak tetapi kakak dengan adik.

“Suri...”

“Ya opah...”

Didi dan Mak Su Zila saling berpandangan.  Baru sahaja Suri Jasmeen mahu menapak ke rumah opah di sebelah, tangannya ditarik oleh Mak Su Zila manakala Didi pula memandang atas atap.

Langit makin merah menandakan bunga senja bakal bertamu.  Didi minta izin ke belakang rumah sebentar dan Mak Su Zila mengangguk.  Dia juga dalam masa sama merenung ke arah tingkap rumah opah.  Ada bayangan pada tingkap.

“Kenapa ni mak su? Opah panggilkan? Mak Su... Mak  Su...”  gesa Suri dengan menarik-narik tangan wanita itu.  Suri juga pandang ke arah tingkap rumah opah.  Kosong namun angin yang berhembus membuatkan dia terasa sedikit meremang.

“Dah moh kiter masuk.  Dah senja ni, opah mana ada yang... dia ke  baruh jumpa Pak Ngah Kulop kamu...”

“Ye ker? Tapi tadi?”

“Angin kut... Moh masuk.  Tak elok  berdiri dekat luar waktu macamni...  Mandi kemudian solat...” 

Jawapan Mak Su Zila tetap tidak menyenangkan hati Suri Jasmeen.   Dia tetap melangkah masuk ke dalam rumah namun hati masih pada rumah opah.  Suri menjengah semula ke luar pintu, tingkap rumah opah kosong. 

Suri terus menggeleng.  Halusinasi lagi.  Tertutup sahaja pintu,  ada sesuatu yang sedang terpacak mendepani rumah Mak Su Zila.  Tajam matanya merenung permukaan pintu sebelum dia menembusinya ke dalam.

“Suri, kamu nak tidur bilik mana?  Dura sekarang ni tinggal di asrama.  Atau nak tidur bilik mak su sahaja?”  soal Mak Su Zila pada Suri Jasmeen.  Suri Jasmeen berkerut kening memikirkan bilik mana.  Bilik Dura sedikit sempit serta terlalu dekat dengan tingkap rumah opah.

Entah kenapa, seriau pula dia rasa kala teringatkan apa yang sudah  berlaku sedari  atas bas lagi. 

“Suri, mak su tanya ni?  Kamu nak tidur mana?” 

“Ke kamu memang nak tidur rumah opah?”

Soalan Mak Su Zila yang satu ini makin meresahkan hati.  Dengan pantas dia menjawab akan tidur di bilik Dura dahulu, tengok macamana keadaannya.  Mak Su Zila mengangguk dan dia juga bergerak ke arah biliknya untuk menunaikan solat maghrib.

Manakala Didi pula baru hadir dari arah laluan ke sungai.  Agak berpeluh dia seakan baru bersilat sahaja gayanya.  Apabila sampai depan rumah, Didi tidak terus masuk ke dalam rumahnya namun dia ke rumah opah.

Berkumat-kamit mulutnya membaca sesuatu.  Sebelum dia hembuskan ke depan pintu.  Ada asap putih sedang laju bergerak ke arahnya. 

“Dia juga keturunan kita...”  ujarnya pada ‘sesuatu’  yang dia sahaja nampak. 

“Tolong jangan apa-apakan dia.  Aku tahu dia  yang kau mahukan untuk menjaga kau, tapi sabar dahulu...”

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience