CHAP 32

Romance Series 74213

"Aku lah.. memang nak tumbuk je muka Abang Bahr dengan Sherry tu." luah Becky selepas pertemuan empat mata mereka. Anya hanya tersenyum, "kau juga yang cakap tadi, carry on je.. percayakan Abang Bahr lah katakan." kata Anya. Dia memang sudah agak ini yang akan dihadapinya, seakan dendam Bahr belum terbayar dengan cara menyeksanya secara halus.

"Tapi, aku tak harapkan macam ni. Abang Bahr ni dia dah ingat..." hampir sahaja Becky membocorkan rahsia bahawa ingatan Bahr sudah pulih. "Ingat apa?" soal Anya. "Dia dah ingatkan Sherry.. tulah pasal dia tak endahkan kau." tutup Becky. "Dahlah, kau pergilah balik. Malam ni family kau gathering. Pergilah." kata Anya.

"Kau macam mana?" soal Becky, masih risau. Selepas ini dia akan buat perhitungan dengan Bahr. "Becky.. ni rumah kedua aku. Kau pun tahu juga kan, aku pernah tidur dekat butik ini sebab siapkan rekaan." kata Anya. "Dan, waktu tu habis kau kena marah Abang Bahr sebab tertidur dekat sini. Selepas tu, Abang Bahr terus bagi larangan dekat kau untuk tidak tidur di butik." kata Becky. Anya hanya tersenyum, "I just miss us.. Anya.. Aku, kau, dan Abang Bahr. Tanpa ada Zahin, Sherry.. Tugas kau cover Bahr daripada semua girlfriends dia." kata Becky.

"Dah lah tu.. benda dah berlalu. Aku okay juga. Dah, pergilah.." kata Anya.
***
"Memang bagus Anya ni sayang.. I suka dengan kerja dia. Walaupun dia dah curi tunang I." kata Sherry selepas mereka makan bersama. Becky dilihatnya kurang senang dengan dirinya, tapi dia tidak mempedulikan semua itu, asalkan Bahr miliknya. Bahr hanya mengiyakan kata Sherry.

"Anyway, Aunty.. I balik dulu ye.. Masih jetlag. Terima kasih atas jemputan makannya. Nanti keluarga I akan menyusul pula." senyum Sherry, tidak sabar dia mahu mendirikan rumah tangga. "Tapi, satu je I nak.. you kena ceraikan Anya tau, bila kita dah khawin." kata Sherry dengan perangai manjanya. Berbulu mata Becky melihat dua belangkas ini.

Setelah menghantar Sherry pulang, kini kemarahan Becky akan meletus. "Abang Bahr ni bipolar eh? Ke memang betul-betul.lupa ingatan daa.. Sekarang ni saya pula yang nak naik angin." kata Becky. Puan Bahreah hanya menenangkan anak perempuannya. "Becky, mama bukan apa.. tapi, awak tak boleh masuk campur urusan rumah tangga Anya dan Abang Bahr." pujuk mamanya. "Tapi, Anya kawan Becky.. kalau Abang Bahr buat macam tu dekat kawan Becky, Becky tak boleh terima. Anya dah banyak berkorban untuk kita!" marah Becky.

Bahr menghampiri Becky dan sempat mengusap kepala Becky, "dan sekarang.. Abang yang berkorban untuk Anya pula. Percayalah.." kata Bahr.
***
Anya meluruskan kakinya, akhirnya diterima juga bilik baharu majikannya. Dia mengambil bantal sofa dan ingin berehat seketika di karpet lantai yang boleh tahan lembutnya. "Rehat kijaplah.. Nasib lah dia terima juga akhirnya.." kata Anya.

Kemudian, tiba-tiba Anya menitiskan air matanya, hasil penat lelahnya membangunkan butik ini akhirnya tiba di penghujung jalan. Dia terus menjadi pekerja. "Anya... be strong.. Takpe, nanti ada hari lain, aku yakin kau boleh buka balik butik baharu. Tanpa Bahr dan tanpa semua orang. " Anya cuba memujuk dirinya. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidupnya sekarang. Dia menangis sambil memeluk lututnya.. Dia menangis sehingga tertidur dan entah kenapa suhu ruangan sejuk di bilik seperti menjadi selesa dengan haba panas. Dia malas ambil pusing semuanya.. Dia cuma ingin berehat.
***
Telefon seseorang berbunyi, Anya terjaga dan mencapai telefon tersebut. sempat dia melirik ke arah jam empunya telefon tersebut, jam 3 pagi. Dia tidak mengendahkan telefon siapa kerana terlalu penat. Sudah sah-sah dia tertidur di pejabat. Nasib juga hari ini hari cuti bagi butik ini.

Dia cuba menyuluh keadaan sekeliling dengan telefon tersebut dan pelik kenapa seakan ada benda berat sedang memeluk pinggangnya, dia cuba berpusing. "Tidur Anya.. Hari ni butik cuti kan. Tak akan siapa yang datang. Sleep and rest." satu suara garau menyapa telinganya.

"Awak bila datang sini?" soal Anya sebenarnya masih mamai. "Semalam.. Sempat jugalah tengok ada orang tu tertidur dekat sini. Dah, tidur.. Abang penat, sayang pun penat. Just sleep.." bisik Bahr. "Habistu, jam berapa kita nak bangun ni?" soal Anya. "Solat Subuh Abang kejutkan. Sleep sayang.." kata Bahr ditambah mengeratkan lagi pelukannya. Dan, Anya turut tertidur kembali. Mungkin kerana kepenatan juga cepat matanya tertutup kembali.
***
Zayhar hanya memerhatikan Sherry yang sudah tidur di katil miliknya, dan terus tersenyum, "dasar perempuan!" senyum Zayhar. Dia mengambil baju yang berada di lantai dan terus keluar membuat panggilan.

"Hello Misha, kau kena tolong aku. Temukan aku dengan Anya.." kata Zayhar. Dia kena pastikan bahawa Anya miliknya. "Sherry? Tu kau jangan risau.. senang je nak perbodohkan perempuan tu. Sempat jugalah aku rakam aksi kami. Jadi, aku nak kau cari orang yang pandai dalam hal ni. Tukar wajah aku pergi wajah Bahr... dan video tu sudah semestinya aku bagi khas untuk Anya." rancangan Zayhar.

"Untuk apa? supaya senanglah mereka bercerai. Pasal Zahin dan Becky, tu kau tak perlu risau. Mereka tak penting pun.. Asalkan dendam Idlam terbalas. Nanti aku sent video." kata Zayhar.

Mereka dah bertindak........ stay tuned.. cuti sekolah dah start kan? (>~<). Selamat meluangkan masa bersama yang tersayang..

Share this novel

norsila
2023-12-15 21:37:12 

aduhhh!! kesian isterinya...dahlah butiknya di rampas..


NovelPlus Premium

The best ads free experience